‘Derhakakah patik berkata benar?’, Hassan dipanggil polis isu sajak “Patik Tak Rela”

 


Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dipanggil ke Bukit Aman hari ini susulan sajak kontroversinya bertajuk “Patik Tak Rela”.

Veteran PKR yang terkenal dengan kelantangannya memperjuangkan prinsip keadilan itu memaklumkan bahawa beliau akan disiasat berhubung sajak yang dimuat naik menerusi Facebook pada 14 November lalu.

Menurut Hassan, beliau diminta hadir ke Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pada jam 3 petang ini

“Saya akan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya, lapor Malaysiakini.

Menerusi sajak berkenaan, Hassan menggunakan ungkapan “Ampun Tuanku” sebelum mengemukakan persoalan tentang keadilan yang sepatutnya tidak membezakan seseorang berdasarkan kedudukan atau darjat.

“Ampun Tuanku, derhakakah patik berkata benar? Tuhan menyeru bersikap adil sesama insan; tegakkan hukum di bumi Allah yang tak mengenal darjat dan kelas,” antara bait sajak tersebut.

Hassan turut mempersoalkan sama ada tindakan berdiam diri ketika menyaksikan sesuatu yang dianggap tidak adil boleh membawa maksud seseorang itu merelakan ketidakadilan berkenaan.

“Ampun Tuanku, derhakakah patik menyanggah, ketidakadilan di depan mata? Bersikap diam diri, ertinya rela bersubahat,” tulisnya lagi.

Harga tinggi

Malah, Hassan sudah menjangkakan kemungkinan perlu berdepan akibat daripada pendiriannya apabila menyatakan kesediaan menanggung sebarang harga kerana menyuarakan pandangan tersebut.

“Ampun Tuanku, jika patik berbicara begini, terpaksa membayar dengan harga yang tinggi, maka silakan, patik tidak lari,” katanya menerusi sajak itu.

Beliau mengakhiri sajak berkenaan dengan ungkapan tegas, “Patik tak rela, negara ini jatuh ke longkang sehina begini,” yang menggambarkan kekecewaannya terhadap keadaan yang dipersoalkan.

Walaupun sajak itu tidak menyebut nama Najib secara langsung, kandungannya dipercayai merujuk perkembangan berkaitan keputusan tahanan rumah bekas Presiden Umno berkenaan yang terus mencetuskan perbahasan mengenai keadilan dan layanan sama rata di sisi undang-undang.

Pada 11 November lalu, Najib dilaporkan mula menjalani tahanan rumah di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur selepas Mahkamah Tinggi membenarkan beliau menjalani baki hukuman penjara dalam kes SRC International di kediaman tersebut sehingga 23 Ogos 2028.

Keputusan itu dibuat selepas Hakim Aslam Zainuddin membatalkan perintah pelepasan atas pembayaran denda bertarikh 6 November yang dikeluarkan Pejabat Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi.





RM10 juta sudah dibelanjakan, Sanusi kata litar tak mustahak, sindir suruh beli motor

 




Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengakui Projek Litar Lumba Sungai Petani bukanlah sesuatu yang terlalu penting meskipun RM10 juta wang awam sudah dibelanjakan.

Sanusi bahkan menyindir wakil rakyat pembangkang yang mempersoalkan kelewatan projek yang dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.

Kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Darul Aman daripada DAP, Teh Swee Leong pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini.

Teh sebelum itu meminta penjelasan mengenai kronologi pelaksanaan, kemajuan fizikal serta jumlah dana yang telah dibelanjakan bagi projek litar lumba tersebut yang pernah terhenti selama kira-kira dua tahun.

Bagaimanapun, Sanusi dalam jawapannya sempat menyindir ahli politik pembangkang yang menurutnya terlalu sibuk mempersoalkan projek tersebut sedangkan mereka sendiri tidak mempunyai motosikal.

“Maka ceplos-ceplos di luar, ahli-ahli politik pembangkang yang tiada motor ini sibuk dok tanya, kacau… seolah-olah depa betul mat rempit.

“Jadi, yang sibuk-sibuk ni, beli motor dulu. Bila siap tu boleh terus ‘race’,” katanya sambil ketawa seketika.

Sanusi yang juga ADUN Jeneri kemudian meminta pihak pembangkang menghentikan kritikan jika tidak benar-benar berminat dengan aktiviti perlumbaan motosikal, sebaliknya hanya mahu mengenakan kerajaan negeri.

“Kalau tak minat saja nak pekena orang, berhentilah sebab kita sedang ikut peraturan yang betul,” katanya.

Diberikan masa

Pemimpin Pas itu turut meminta kerajaan negeri diberikan masa untuk menyelesaikan perkara berkaitan projek berkenaan yang kini dirancang diteruskan menerusi kaedah pembiayaan swasta atau Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).

“Bagi masa kepada kerajaan untuk selesaikan perkara ini. Insya-Allah akan siap tapi PFI lah. Kena bayar sikit kot, masuk kena bayarlah pasal swasta,” ujarnya.

Namun, kenyataan yang paling mencuri perhatian ialah apabila Sanusi sendiri menganggap pembinaan litar lumba itu bukan sesuatu yang begitu mustahak, tetapi perlu diteruskan kerana wang awam telah dibelanjakan.

“Track tu bukan penting sangat pun, tak mustahak. Tapi dah dibelanjakan RM10 juta,” katanya.

Beliau menjelaskan, projek berkenaan perlu diteruskan bagi mengelakkan perbelanjaan terdahulu menjadi pembaziran, selain memastikan pelaksanaannya mematuhi prinsip tadbir urus yang betul.

Untuk rekod, RM10 juta tersebut dibelanjakan oleh pentadbiran terdahulu antara 2017 hingga 2019 bagi kerja pembersihan tapak, penyediaan tanah dan pembinaan jalan masuk, daripada keseluruhan peruntukan asal RM30 juta yang disediakan Kerajaan Persekutuan.

Projek itu kemudiannya mengalami pemberhentian kerja dari Ogos 2023 hingga Ogos 2025 susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sebelum pelaksanaannya disambung semula menggunakan pembiayaan swasta.

Menurut Sanusi, kemajuan fizikal fasa awal kini mencapai 78 peratus, manakala keseluruhan pembangunan dianggarkan menelan belanja RM46 juta dengan fasa awal dijangka siap pada Jun 2027.



Tujuh bulan Negeri Sembilan terus bergolak, Ismail yang pernah nafi akhirnya letak jawatan MB

 


Selepas hampir tujuh bulan Negeri Sembilan dibelenggu krisis adat dan istana, Datuk Ismail Lasim akhirnya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar berkuat kuasa hari ini, meskipun sebelum ini pernah menafikan dakwaan beliau akan berundur.

Keputusan itu sekali gus menamatkan tempoh singkat pentadbirannya yang bermula pada 2 Ogos lalu, ketika kemelut melibatkan institusi adat, istana dan pentadbiran kerajaan negeri masih belum menemui penyelesaian menyeluruh.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengesahkan perkembangan tersebut menerusi kenyataan hari ini selepas Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima salinan surat peletakan jawatan Ismail yang diutuskan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Menurut Zambry, BN akan mengemukakan cadangan calon Menteri Besar baharu untuk dipersembahkan kepada Tuanku Muhriz selaras dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.

“Pengerusi Barisan Nasional akan mengemukakan cadangan calon Menteri Besar yang baharu untuk dipersembahkan ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan,” katanya.

Beliau berkata, BN berharap keputusan tersebut membuka lembaran baharu bagi memulihkan kestabilan politik dan memastikan pentadbiran Negeri Sembilan kembali berfungsi dengan lancar.

BN juga memberikan komitmen untuk bekerjasama memastikan proses peralihan kepimpinan berjalan secara teratur dengan mengambil kira kedudukan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta perkenan Tuanku Muhriz.

Mainan politik

Peletakan jawatan Ismail menarik perhatian kerana pada 23 Oktober lalu, beliau secara terbuka menafikan dakwaan bahawa dirinya akan berundur susulan krisis adat dan istana yang berlarutan di negeri itu.

“Mainan politik saja tu… tak betul. Saya tak letak jawatan,” katanya ketika mengulas laporan sebuah portal berbahasa Cina yang mendakwa beliau sudah menandatangani surat peletakan jawatan.

Ketika itu, Ismail yang juga ADUN Juasseh menyifatkan khabar angin mengenai kedudukannya sebagai Menteri Besar sebagai permainan politik pihak tertentu semata-mata.

Malah, pada 6 November lalu, beliau sekali lagi menegaskan masih memegang jawatan Menteri Besar ketika diminta mengulas dakwaan bahawa ADUN Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias bakal menggantikannya.

“Itu saya tak tahu. Setakat ini, saya yang Menteri Besar,” katanya kepada pemberita ketika itu.

Namun, hanya 10 hari selepas kenyataan itu, Ismail akhirnya mengambil keputusan melepaskan jawatan yang disandangnya selama kira-kira tiga bulan setengah.

Krisis adat dan istana Negeri Sembilan mula tercetus secara terbuka pada April lalu susulan pertikaian mengenai kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar, sebelum berkembang menjadi kemelut politik dan pentadbiran negeri.

Semakin meruncing

Kemelut semakin meruncing apabila Ismail bersama anggota pentadbirannya dikaitkan dengan surat bertarikh 17 September yang menyokong pengisytiharan penyingkiran Tuanku Muhriz, sebelum pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dibatalkan oleh baginda.

Keadaan itu menyebabkan pentadbiran negeri berdepan kesukaran untuk berfungsi seperti biasa, termasuk persoalan mengenai pelantikan Exco baharu dan keperluan mendapatkan perkenan bagi mengadakan persidangan DUN serta membentangkan belanjawan negeri.

Pada 14 November lalu, Ismail mengesahkan bahawa beliau bersama 10 bekas Exco telah menarik balik kandungan surat terdahulu berhubung kedudukan Tuanku Muhriz menerusi surat baharu bertarikh 10 November.

Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai antara usaha untuk menyelesaikan krisis adat dan pentadbiran yang sudah berlarutan selama beberapa bulan.

Bagaimanapun, belum sampai tiga hari selepas pengesahan penarikan balik surat itu, perkembangan politik negeri menyaksikan Ismail sendiri mengambil keputusan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.

Perkembangan terbaharu itu turut membuka persoalan mengenai kedudukan 10 bekas Exco, pembentukan barisan pentadbiran baharu serta sejauh mana pertukaran Menteri Besar mampu menyelesaikan pertikaian yang berpanjangan.




Pantun ‘kencing’ malukan diri sendiri, MP PH tegur Ahmad Maslan berpantun sokong BN–PN

 


Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan ditegur Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) selepas membacakan pantun berunsur sindiran yang mengajak menyokong Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) ketika menjawab pertanyaan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen Jelutong daripada DAP, RSN Rayer yang bangkit membantah tindakan tersebut mengingatkan Ahmad supaya tidak memalukan dirinya sendiri kerana beliau sedang memberikan jawapan sebagai anggota pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Kejadian bermula ketika Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian menjawab celahan Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham berhubung isu penghapusan tol serta janji politik yang didakwanya masih belum ditunaikan.

Ahmad kemudian menyebut bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua yang pernah membuat pengiraan mengenai kos penghapusan tol sebelum menyampaikan pantun berikut:

“Jika tuan pergi memancing,
Jangan lupa membawa umpan,
Jika tak mahu kena kencing,
Sokong Barisan dan Perikatan.”

Pantun sinis itu segera mengundang bantahan Rayer yang mempersoalkan sama ada Ahmad sedang memberikan jawapan sebagai Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan atau sebagai pemimpin Umno.

“Adakah Timbalan Menteri memberi jawapan sebagai Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan atau sebagai pemimpin Umno di sini?” soalnya.

Menyindir rakan

Rayer turut menegaskan bahawa Ahmad sepatutnya menghormati kedudukannya dalam pentadbiran kerajaan yang turut dianggotai PH, bukannya menggunakan sesi jawapan kementerian untuk menyindir rakan dalam kerajaan sendiri.

“Jawab sebagai Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan. Jangan malukan diri sendiri!” tegasnya.

Beliau kemudian merujuk Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang melarang penggunaan bahasa kurang sopan dalam persidangan Parlimen.

“Adalah menjadi kesalahan bagi ahli-ahli Dewan menggunakan bahasa yang kurang sopan,” katanya ketika membangkitkan bantahan terhadap penggunaan perkataan ‘kencing’.

Rayer turut mengingatkan bahawa Ahmad sedang menjalankan tanggungjawab rasmi sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya dan bukannya berucap dalam program politik kepartian.

“Tadi kita dengar Timbalan Menteri membuat sindiran terhadap ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan. Kita dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Beliau turut meminta Ahmad menarik balik perkataan berkenaan dan memohon maaf kepada Ahli Parlimen PH yang menjadi sasaran sindiran tersebut.

Susulan teguran Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ramli Mohd Nor, Ahmad akhirnya menarik balik penggunaan perkataan ‘kencing’ dalam pantunnya, namun menegaskan bahawa beliau tidak menyebut nama PH.

Untuk rekod, pantun hampir sama pernah digunakan Ahmad ketika Perhimpunan Agung Pemuda Umno pada Disember 2019, tetapi ketika itu rangkap terakhir secara jelas menyeru supaya tidak menyokong PH.

Pada tahun berkenaan, Ahmad menggunakan pantun tersebut ketika Umno dan Pas berada dalam kerjasama politik pembangkang, sebelum landskap politik berubah apabila BN dan PH bekerjasama membentuk Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15.




Apa salah saya?

 




Apa salah saya?

Ayat ini pernah keluar daripada mulut PMX.
Aku percaya soalan ini keluar kerana PMX tertanya-tanya adakah yang beliau buat ni salah?
➡️ Salahkah berusaha untuk negera sehingga mencatat KDNK 6% di suku tahun ke dua?
➡️ Salahkah berusaha untuk negera sehingga kadar pengangguran turun kepada 2.9 %?
➡️ Salahkah berusaha untuk negera sehingga pelaburan untuk negara capai RM218 billion?
➡️ Salahkah berusaha untuk negera sehingga turun inflasi kepada 1.8%
➡️ Salahkah berusaha untuk negera sehingga belanjawan 2027 digelar solid untuk rakyat?
➡️ Salahkah berusaha untuk negera sehingga gaji penjawat awam naik 7 + 8 %?
➡️ Salahkah berusaha untuk negera sehingga rakyat terima STR, SARA dan BAP lebih tinggi?
Adakah pencapaian teruk ketika PN dan MN dianggap lebih baik? Zaman di mana rakyat :
❌️ Kadar pengangguran 4.7%
❌️ Ringgit membimbangkan cecah RM4.60
❌️ Harga barang dapur naik tanpa kawalan
❌️ Jerung rasuah bebas dan mewah
❌️ KDNK 2022 minus 5 5%
❌️ Kadar kemiskinan mutlak tahun 2022, 6.2%
Bersusun perkara yang buatkan rakyat menangis dan mengeluh waktu itu ....
Bemakna pencapaian PMX mengurus negara dan rakyat jauh lebih baik jadi apa salah PMX?
Pandangan aku lima sahaja :
1. Siapa yang di sekeliling PMX?
2. Peranan kabinet dan menteri-menteri.
3. Porfolio apa dan siapa yang berada dalam agensi milik kerajaan.
4. Gelombang dan gagasab gerak kerja masih dalam strategi business as usual
5. Belanjawan tidak salah, memberi juga tidak salah tetapi kepada siapa?
Buatlah post mortem bersusun tetapi tanpa gerak kerja berstrategi ianya kekal post mortem.
Melaka mengulangi perkara sama .
.
Kami dah lama cakap tetapi pimpinan yang tetap lalai







"Kalau Anak Jantan, Letak Jawatan Segera!" – MP Pakatan Harapan Cabar Ahmad Maslan

 


TERBONGKAR! ISU SOLAR SEKOLAH PEDALAMAN: SUAPAN RM187J JEPAK BONGKAR PENGARUH MEWAH?!


 

ZALIM TETAP ZALIM! TOKOH DAN ULAMA PONDOK BALUN RETORIK HADI AWANG!