MGID

Anwar Ibrahim & kenangan manis di Tivoli Villa – Dr Novandri Hasan Basri

JUNE 26 – Pada 14 April 1999, DS Anwar Ibrahim telah dijatuhkan hukuman penjara selama 6 tahun kerana salah kuasa dan rasuah. Pada 8 Ogos 2000 pula beliau dijatuhkan hukuman penjara 9 tahun kerana meliwat (sodomi).

Hukuman tersebut dijalankan serentak. Anwar Ibrahim gagal di dalam rayuan beliau di mahkamah rayuan pada tahun berikutnya dan pada Julai 2002, Anwar sekali lagi gagal di dalam rayuan akhir di mahkamah persekutuan.


Pada 2 September 2004, dua daripada tiga hakim di dalam Mahkamah Persekutuan (Mahkamah tertinggi di Malaysia) membuat keputusan untuk mengenepikan tuduhan meliwat ke atas Anwar Ibrahim di atas sebab-sebab teknikal yang bercanggah di dalam kes tersebut.
Bagaimanapun, kesemua hakim bersependapat bahawa bukti-bukti yang dibawa ke mahkamah menjuruskan Anwar Ibrahim kepada melakukan aktiviti homoseksual.
Di dalam penggulung kes tersebut, hakim tersebut berkata :-


“We find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen.” – Malaysian Story

Clause di atas jarang berkumandang apabila kita membicarakan isu Anwar Ibrahim. Ramai yang tidak tahu mengenai clause tersebut terutamanya orang kampung dan rakyat yang tidak fasih bahasa Inggeris dan mereka yang malas untuk mencari bukti serta menerima sahaja segala maklumat tanpa berfikir.


Fanatik Anwar Ibrahim sebolehnya tidak mahu mempercayai clause tersebut walaupun mereka juga sebenarnya ragu-ragu tentang ‘minat dua alam’ Anwar Ibrahim ini. Apa tidaknya, mereka terpaku dengan ceramah dan kata-kata Anwar Ibrahim yang boleh membakar perasaan mereka yang mendengar, disulami dengan hadis dan ayat Quran.


Ironinya, sebagai seorang yang kelihatan ‘warak’, Anwar Ibrahim masih boleh mengadu domba ke Hakim yang paling tinggi sekali di dalam dunia dan akhirat ini iaitu Allah swt setelah gagal di mahkamah tertinggi di Malaysia.


Dan penyokong-penyokong beliau terutamanya parti Pas, tentunya mahukan Anwar Ibrahim berbuat demikian demi membersihkan nama beliau.


1. Sebagai seorang ahli politik yang bermatlamat tinggi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim sendiri tahu bahawa jika beliau bersumpah tidak meliwat, sokongan rakyat ke atas beliau mungkin berlipat ganda tetapi beliau tidak melakukannya!
Kenapa?


2. Beliau mencipta pelbagai teori dan konspirasi, mengadu domba di dalam dan luar negeri, memujuk rayu agar ahli-ahli parlimen melompat dan menyokong beliau dan pelbagai lagi yang tidak terfikir oleh otak kita ini tetapi beliau tidak menggunakan satu saluran yang paling ultimate untuk mengangkat martabat beliau iaitu tuhan beliau sendiri!


Di manakah logiknya itu?



Penulis tidak mengharapkan penyokong bukan Islam Anwar Ibrahim untuk menyuruh Anwar bersumpah tetapi sekurang-kurangnya penyokong beliau yang beragama Islam. Tetapi tidak ada!


Kenapa?


Apakah mereka sudah tidak lagi mempercayai kepada sistem penghakiman yang tertinggi di alam ini?


Pelik sungguh dan hari ini Anwar Ibrahim masih dipuja dan disanjungi oleh sesetengah rakyat yang sengaja tidak mahu ambil tahu fakta dan kebesaran yang maha Esa.


Dan teori untuk menimbulkan keraguan kepada clause tersebut ialah kononnya ianya satu konspirasi untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim. Dan dengan kemampuan Anwar Ibrahim untuk mempersonakan peminat-peminatnya, kenyataan penutup hakim mahkamah persekutuan itu tidak mendapat tempat dan berjaya di’lupus’kan dari memori rakyat Malaysia.


Parti pemerintah BN terutamanya Umno tidak pula agresif dan ‘terlalu sopan’ apabila berdepan dengan Anwar Ibrahim!


Mereka juga sebolehnya tidak akan membangkitkan kembali isu liwat Anwar Ibrahim dan kenyataan hakim tersebut di atas dasar kononnya tidak mahu mengaibkan orang lain dan tidak mahu menganggu proses pendakwaan yang masih berjalan hari ini.


Cuba kita terbaikkan isu ini dan tertuduh kes liwat tersebut adalah seorang pemimpin tertinggi Umno, apakah Anwar Ibrahim akan berdiam diri kerana tidak mahu mengaibkan orang itu dan tidak mahu mengganggu proses pendakwaan?


Jawapan kepada persoalan tersebut mudah iaitu tidak mungkin!
Anwar Ibrahim akan mencanangkan kes tersebut ke seluruh pelusuk dunia serta tidak memperdulikan pendakwaan yang sedang berjalan seperti kes Alatunya.


Tetapi, apakah kepimpinan tertinggi Umno/BN berbuat demikian?
Tidak ada!


Cuma ‘gurkha-gurkha’ Umno/BN sahajalah yang berani mengenengahkan kebenaran ini agar rakyat sedar dan tidak lagi menyokong agenda Anwar Ibrahim. Pemimpin-pemimpin tertinggi Umno/BN cuma berdiam diri dan langsung tidak berani untuk melawan Anwar Ibrahim.
Kenapa begitu?


Apakah mereka masih menyimpan ‘ketakutan’ yang Anwar Ibrahim mampu memimpin negara satu hari nanti?


Apakah mereka tidak agresif melawan Anwar Ibrahim kerana dengan cara itu mereka masih boleh melompat ke kem Anwar Ibrahim jika Anwar ditakdirkan memimpin negara satu hari nanti demi menyelamatkan karier politik mereka?


Jika ya, penulis berharap agar kita mengenepikan pemimpin-pemimpin Umno/BN yang pengecut seperti itu. Kita tidak memerlukan mereka yang hanya mementingkan diri sendiri dan berubah pegangan apabila merasakan kedudukan politik mereka tergugat. – pemudaumno.org


Penulis adalah Naib Ketua Pemuda Umno Bukit Gelugor.

ORANG MAKAN ORANG:I BILLION MANUSIA KELAPARAN- UNITED NATION




UN agency: over 1 billion people are hungry around the world ...
Hungary. Iceland. Ireland. Italy. Lithuania. Luxembourg. Malta. Monaco ... UN agency: over 1 billion people are hungry around the world Star Tribune 2009-06-19































MUNGKIN INILAH APA YANG DI ISTIHARKAN OLEH UN BAHAWA 1 BILLION MANUSIA KELAPARAN DAN DUNIA AKHIR ZAMAN.
GAMBAR KIRIRMAN SHAMSUL IBRAHIM.











BANYAK SPEKULASI YANG TAK TERJAWAB????

Spekulasi kes Al Tan Tu Ya pun BN tak leh jawab !
Spekulasi Kes Lingam pun BN tak leh jawab !
Spekulasi kes komisyen kapal selam pun BN tak leh jawab !
Spekulasi kes komisyen kelikopter pun BN tak leh jawab !
Spekulasi kes stadium runtuh pun BN tak leh jawab !
Spekulasi kes royalti minyak Kelantan pun BN tak leh jawab !
Spekulasi kes kes Liwat Part 1 pun BN tak leh jawab !

(function() { var d = document, w = window; w

CERITA MATA LEBAM ANWAR ANGKARA TUN/ANWAR DI PUKUL [PIDATO DATUK EZAM GE...