Perbicaraan Anwar mohon dokumen kes liwat pada 22 Jun

12/06/2009 4:16pmKUALA LUMPUR 12 Jun — Permohonan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pihak pendakwaan menyediakan beliau dengan semua dokumen berkaitan kes liwatnya ditetapkan perbicaraan pada 22 Jun.


Peguam Anwar, S.N.Nair berkata beliau diberikan notis oleh mahkamah itu mengenai perkara berkenaan yang akan didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pada hari berkenaan.


Rabu lepas, Anwar memfailkan satu notis usul meminta mahkamah memaksa pendakwaan menyediakan beliau dengan dokumen itu sebelum perbicaraan mengenai kes liwatnya didengar bermula pada 1 hingga 24 Julai.Antara dokumen yang beliau mahukan ialah rakaman asal Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian itu di Desa Damansara Condominium, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara dari 25 hingga 27 Jun, 2008, sampel DNA, kenyataan daripada saksi termasuk pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, polis dan beberapa dokumen lain.


Beliau memohon kepada mahkamah untuk melepas dan membebaskan beliau dengan segera daripada pertuduhan liwat atau menggantung proseding mengenai kes liwat nya dengan tetap jika pendakwaan tidak mematuhi perintah mahkamah itu untuk membekalkannnya dengan dokumen berkenaan.Anwar, 61, menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, tahun lepas.

PUNCA TAYAR BOCOR DI JAMBATAN PULAU PINANG


Peronda kutip paku: Kakitangan Jambatan Pulau Pinang bahagian peronda mengutip paku dengan menggunakan magnet yang dipercayai ditabur oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Paku sepanjang lima dan tujuh sentimeter itu ditabur di lorong motosikal sebelum plaza tol menuju ke pulau. Dipercayai ada individu yang mengambil kesempatan mencari keuntungan berlipat ganda apabila tayar motosikal bocor.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati


ialah :
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.

Razak Baginda gets doctorate from Oxford

KUALA LUMPUR- 11 JUN- Penganalisa politik Abdul Razak Baginda, yang menjadi orang tengah diatas kea pembunuhan berprofil tinggi yang melibatkan pembunuhan wanita Mongolia dimana beliau didapati tidak bersalah,telah dianugerahkan ijazah kedoktoran falsafah dan hubungan antarabangsa dari University Oxford salah sebuah uniersiti terkemuka dunia.


Dr Abdul Razak 49 memberitahu ,beliau sepatutnya di anugerahkan anugerahkan tersebut pada september 2006 dulu tetapi disebabkan kes beliau masih berjalan maka ianya ditangguhkan..Beliau berkata dan berharap rakyat Malaysia akan menyambung pelajaran seperti beliau hingga ke tahap paling tinggi.....



HA...ha...ha Jika ada yang dapat banyak duit..................



TERJEMAHAN DARI MALAYSIAN INSIDER