𝗧𝗨𝗗𝗨𝗛𝗔𝗑-𝗧𝗨𝗗𝗨𝗛𝗔𝗑 π—₯𝗔𝗦𝗨𝗔𝗛 π—§π—˜π—₯𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣 𝗦𝗔𝗬𝗔: π—•π—¨π—žπ—§π—œ π—žπ—˜π—‘π—”π—£π—” 𝗧𝗔𝗑 𝗦π—₯π—œ 𝗔𝗭𝗔𝗠 π—•π—”π—žπ—œ π—ͺ𝗔𝗝𝗔π—₯ π——π—œπ—šπ—”π—‘π—§π—¨π—‘π—š π—¦π—˜π—šπ—˜π—₯𝗔

 




17 𝘍𝘦𝘣𝘳𝘢𝘒𝘳π˜ͺ 2026


𝗧𝗨𝗗𝗨𝗛𝗔𝗑-𝗧𝗨𝗗𝗨𝗛𝗔𝗑 π—₯𝗔𝗦𝗨𝗔𝗛 π—§π—˜π—₯𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣 𝗦𝗔𝗬𝗔:

π—•π—¨π—žπ—§π—œ π—žπ—˜π—‘π—”π—£π—” 𝗧𝗔𝗑 𝗦π—₯π—œ 𝗔𝗭𝗔𝗠 π—•π—”π—žπ—œ π—ͺ𝗔𝗝𝗔π—₯ π——π—œπ—šπ—”π—‘π—§π—¨π—‘π—š π—¦π—˜π—šπ—˜π—₯𝗔






Sejak beberapa hari yang lalu, dengan tiba-tiba Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) giat menyiasat tuduhan kononnya ada salah laku dan rasuah terhadap saya semasa di Kementerian Ekonomi dahulu.


Tuduhan-tuduhan itu berkisar kepada dua dasar utama kerajaan:


(1) Program Visi Silikon (seperti dihuraikan di https://siliconvision.ekonomi.gov.my/) yang melibatkan kerjasama strategik di antara Kerajaan Malaysia dan ARM untuk mencipta cip-cip semikonduktor pertama negara; dan


(2) Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang menggariskan sasaran peralihan tenaga negara menjelang 2050 dan melibatkan pelaburan besar ke dalam industri hijau negara.


Kedua-dua dasar utama kerajaan ini dilancarkan sendiri oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim setelah melalui pelbagai proses kelulusan peringkat kerajaan (dari jawatankuasa kerja, ke majlis-majlis kabinet hingga keputusan Jemaah Menteri).


Laporan-laporan terhadap saya mengenai kedua-dua dasar negara ini dibuat oleh pertubuhan-pertubuhan yang anti Perdana Menteri sendiri, iaitu PERKASA dan PPIM, atau individu perseorangan yang tidak dikenali.


NETR dilancarkan dalam Ogos 2023. Visi Silikon dengan ARM dilancarkan dalam Mac 2025.


Sejak kedua-dua dasar ini dilancarkan dan dijalankan, tidak ada satu laporan atau kontroversi yang ditimbulkan. Malah, pimpinan kerajaan terutamanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim menggunakan kedua-dua dasar ini sebagai bukti perancangan ekonomi di bawah pentadbirannya. NGO dan individu yang membuat laporan SPRM juga tidak pernah menunjukkan minat atau ambil tahu mengenainya.


Sehinggalah minggu lepas, apabila saya lantang menuntut Tan Sri Azam Baki digantung dan satu siasatan bebas dijalankan berikutan pendedahan Bloomberg mengenai dakwaan-dakwaan penyelewengan di SPRM.


Modus operandi ini bukanlah baru.


Dalam tahun 2022, dakwaan pemilikan saham oleh Tan Sri Azam Baki didedahkan buat pertama kali. Beliau memberi alasan bahawa akaun sahamnya digunakan oleh orang lain, yang menimbulkan pula tuduhan melanggar peraturan pasaran saham yang perlu disiasat Suruhanjaya Sekuriti (SC).


Tidak lama selepas dakwaan itu, secara tiba-tiba SPRM menyerbu Suruhanjaya Sekuriti (SC) atas alasan ada dakwaan salah laku terhadap pegawai-pegawai kanan SC.


Oleh itu, saya tahu bahawa dakwaan-dakwaan salah laku terhadap saya yang telah melepasi jumlah melibatkan Dato’ Seri Najib Razak (iaitu RM1.1 bilion melibatkan kerjasama ARM dan RM2.5 bilion untuk projek tenaga boleh baru) adalah satu bentuk intimidasi.


Saya mengalu-alukan siasatan oleh mana-mana pihak kerana saya tahu tiada salah laku berlaku di peringkat saya atau Kementerian Ekonomi.


Ia berasaskan perkara-perkara berikut:


π—©π—œπ—¦π—œ π—¦π—œπ—Ÿπ—œπ—žπ—’π—‘: π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 π——π—˜π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗔π—₯𝗠


Rundingan dengan ARM melalui pelbagai peringkat iaitu:


(i) rundingan awal di antara pasukan Kementerian Ekonomi dan ARM;


(ii) rundingan peringkat jawatankuasa rentas kementerian (melibatkan tiga menteri dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan dan MITI) dengan ARM. Rundingan dengan ARM ini turut disertai oleh Tengku Zafrul Aziz, Menteri MITI ketika itu dan Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II selain dari pegawai-pegawai kanan;


(iii) rundingan di antara Perdana Menteri sendiri dengan CEO ARM, Renee Hass dan pemegang saham terbesar ARM, Masayoshi San (pemilik Softbank); dan


(iv) dibentangkan di Jemaah Menteri sebanyak tiga kali (mengikut ingatan saya) dan diluluskan oleh Jemaah Menteri.


Kementerian Ekonomi bukan kementerian pelaksana. Ia kementerian yang merancang dan tidak ada kuasa untuk mengendalikan perolehan atau kontrak sebegini.


Oleh itu, kerjasama dengan ARM ini sebenarnya adalah di bawah MITI dan ditandatangani oleh MIDA, sebuah agensi di bawah MITI.


Sebarang pembayaran diproses oleh MIDA dan ditapis/diluluskan oleh MOF.


Draf perjanjian telah disemak terlebih dahulu dan diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara sebelum dibawa dan diluluskan oleh Jemaah Menteri.


Tuduhan bahawa perjanjian itu dibuat secara tergesa-gesa dan terburu-buru adalah tidak masuk akal kerana Jemaah Menteri itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri.


Mengiyakan tuduhan itu bermakna menuduh sama ada Perdana Menteri lalai dalam menjalankan tugas atau tidak faham mengenai industri semikonduktor sehingga boleh diperdaya oleh saya.


Malah, tuduhan itu seolah-olah mengatakan semua menteri yang terbabit (Tengku Zafrul dan Amir Hamzah), pegawai-pegawai kanan kerajaan, Peguam Negara dan keseluruhan Jemaah Menteri telah diperdaya oleh saya.


Lebih penting lagi, sehingga kini tidak ada satu bukti pun ditunjukkan bahawa ada berlaku kebocoran dana awam dalam tuduhan ini. Tidak ada bukti saya mengambil wang, tidak ada bukti wang masuk ke akaun saya, tidak ada apa-apa bukti kewangan.


Paling berbahaya, tuduhan ini menggambarkan bahawa ARM, iaitu salah satu syarikat cip semikonduktor yang menguasa lebih 90% pasaran cip peranti dunia telah merasuah saya tanpa ada sebarang bukti.


Apabila berita ini mula dilaporkan di peringkat antarabangsa, imej Malaysia dan industri semikonduktor negara akan mendapat liputan negatif yang akan menjejaskan negara.


π—‘π—˜π—§π—₯: 𝗣π—₯π—’π—π—˜π—ž π—§π—˜π—‘π—”π—šπ—” π—•π—’π—Ÿπ—˜π—› 𝗕𝗔π—₯𝗨 π—’π—Ÿπ—˜π—› π—¨π—˜π—  π—Ÿπ—˜π—¦π—§π—₯𝗔


Kementerian Ekonomi membangunkan dasar, iaitu Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR).


NETR tidak melibatkan dana awam untuk membina projek-projek. Ia bukan melibatkan perolehan dan Kementerian Ekonomi tidak mengendalikan perolehan, itu di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan.


Salah satu dasar penting di bawah NETR ialah membenarkan pihak swasta membangunkan projek tenaga boleh baharu untuk membekalkan terus tenaga hijau kepada industri tanpa melalui Tenaga Nasional Berhad (TNB).


Ini mempercepatkan pelaburan di dalam projek-projek berskala besar.


Hasil dari dasar ini, syarikat-syarikat besar mula melabur untuk membangunkan projek tenaga boleh baharu berskala besar.


Salah satunya ialah UEM Lestra, anak syarikat UEM yang dimiliki Khazanah.


Projek tersebut adalah inisiatif pihak swasta sepenuhnya dan tidak melibatkan keputusan Kementerian Ekonomi mahu pun keputusan kerajaan, apatah lagi sebarang bentuk perolehan kerajaan.

 

Maklumat yang diumumkan oleh UEM Lestra melalui kenyataan media yang dilaporkan The Edge (https://theedgemalaysia.com/node/741401) menyatakan:


(i) UEM Lestra akan melabur RM2.5 bilion untuk membangunkan projek tenaga boleh baharu dengan kapasiti puncak 750 MW di Segamat;


(ii) Projek itu diusahakan oleh sebuah syarikat usaha sama di antara UEM Lestra dan I-Squared Capital, sebuah firma USA yang melabur di dalam projek infrastruktur sedunia;


(iii) UEM Lestra telah berjaya memuktamadkan jualan tenaga boleh baharu itu dengan ESR Group Limited, sebuah syarikat berpangkalan di Hong Kong.


Sejak bila seorang menteri yang bertanggungjawab membangunkan dasar dituduh menyeleweng atas keputusan-keputusan yang dibuat oleh sebuah syarikat swasta yang tidak ada kena mengena dengan Kementerian Ekonomi.


Apa-apa keputusan komersial yang dibuat oleh UEM Lestra, atau mana-mana syarikat swasta yang membangunkan projek tenaga boleh baharu selepas NETR dilancarkan, adalah keputusan swasta yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan; apatah lagi ia bukan perolehan awam.


Saya sedia maklum ada serangan terancang yang menggunakan pempengaruh untuk melontarkan tuduhan salah laku terhadap saya seperti di atas.


Salah satunya ialah tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh seorang yang bernama Ariz bin Ramli (No KP: 86XXXX-XX-XX75) di bawah nama Caprice. Beliau membuat kandungan yang menuduh saya menganugerahkan projek yang diusahakan oleh UEM Lestra itu kepada sebuah syarikat yang dikatakan saya berkepentingan, yang cuba memberi gambaran saya mengambil rasuah.


Fakta-fakta yang saya kongsi setakat ini jelas menunjukkan bahawa saya atau Kementerian Ekonomi tidak ada kuasa atau terbabit dalam apa-apa urusan komersial syarikat swasta.

 

Saya akan terus bentangkan fakta-fakta yang lebih mendalam dalam minggu ini, terutamanya di dalam podcast YBM pada hari Jumaat, 20 Februari 2026.


Selepas fakta-fakta ini dibentangkan, saya memberi peluang kepada Caprice untuk menyiarkan fakta-fakta itu kepada pendengarnya dan dalam kandungan-kandungan beliau; seterusnya meminta maaf kepada saya kerana memfitnah.


Sekiranya beliau gagal berbuat demikian setelah diberi peluang, saya telah mengarahkan peguam-peguam saya untuk memulakan tindakan saman terhadap beliau.


Serangan-serangan terhadap saya, terutamanya dengan tindakan SPRM yang secara tiba-tiba mahu menyiasat dasar-dasar kerajaan yang tidak ada unsur perolehan atau motif kewangan kepada saya, menunjukkan betapa bahayanya apabila seorang yang dituduh seperti Tan Sri Azam Baki meneruskan tugas dan memegang kuasa semasa beliau sedang disiasat.


Keadaan ini membuka ruang kepada risiko salah guna kuasa apabila SPRM dijadikan senjata untuk menyerang pihak-pihak yang mempersoalkan beliau, seperti mana siasatan-siasatan terhadap SC (2021) dan saya (2026) yang kebetulan berlaku apabila integriti beliau dipersoalkan.


Sebab itu, tindakan sewajarnya ialah menggantung tugas Tan Sri Azam Baki serta-merta, seperti yang sepatutnya dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dari minggu lepas lagi.


π—₯π—”π—™π—œπ—­π—œ π—₯π—”π— π—Ÿπ—œ

Ahli Parlimen Pandan


Nota:

Versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi kenyataan media ini boleh diakses melalui pautan berikut: https://drive.google.com/drive/folders/1QgpUKt4odeHrR4R3jUJmkfSQqKrc_Rmf?usp=sharing




BAGUS LA BERANI CAM TOK GURU. TAPI USAHA NAK PERANG RASUAH BUKAN SEDIKIT. SEMUA SEKTOR..SEBUAT SAJA DI SEKTOR MANA SEKALI PUN DAH ADA BERAKAR UMBI SEBAT DUIT.

 


Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memberi amaran keras agar agenda memerangi rasuah tidak diselewengkan menjadi senjata politik atau alat ugutan untuk mengekalkan kuasa.







Presidennya, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, menegaskan bahawa rakyat kini mula merasa resah dan keliru apabila isu rasuah seolah-olah dipersembahkan dalam bentuk retorik dan perang propaganda semata-mata.


“Rakyat tidak akan percaya kepada perang antirasuah jika tindakan dilihat selektif, tidak konsisten, atau berubah mengikut musim politik.


“Keadilan yang hanya tegas kepada musuh tetapi lunak kepada rakan bukan ‘reform’ dalam erti kata sebenar. Ia adalah pengkhianatan terhadap prinsip keadilan dan pencabulan terhadap kepercayaan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi. 


Berita penuh: https://mk.my/APNpSgn




MELALAK LAK LEBIH. JANGAN JADI BATU API DALAM HAL BERAGAMA...DOK DALAM ADA AKAI......KANG KENA SAMAN TAK CUKUP TANAH LAK LARI.

 

Che Ibrahim





Antara masalah pendengaran dengan masalah hati...ambo lebih takut kepada masalah hati.


Masalah hati terlalu sukar untuk dicari ubatnya berbanding masalah telinga.




Dari Tapak Projek ke Mahkamah: Apabila Yakin Akan Kalah...


Zainuddin Hj Omar





Semasa bertugas sebagai Jurutera Daerah di JKR Daerah Pulau Pinang pada awal 1990-an, saya diarahkan oleh KKM untuk membina dan renovasi sebuah klinik pergigian di tingkat bawah sebuah apartmen.


Ketika itu, JKR Daerah Pulau Pinang masih menjaga keseluruhan pulau dan belum lagi dipecahkan kepada Daerah Timur Laut dan Barat Daya seperti hari ini.


Di Pulau Pinang, harga tanah amat tinggi. Justeru, pihak KKM telah membeli beberapa unit rumah kedai di bawah apartmen tersebut untuk dijadikan klinik pergigian.


Ketika projek sedang berjalan, kami menerima surat bantahan daripada persatuan penduduk yang meminta projek itu dipindahkan atas alasan ia akan menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan mereka dan menyebabkan nilai property mereka turun. 


Memandangkan tiada arahan rasmi daripada KKM untuk menghentikan kerja, saya meneruskan projek sehingga siap. 


Semua surat-menyurat saya simpan dengan teratur dan saya catatkan kronologi bantahan secara terperinci di dalam fail projek.


Akhirnya, projek tersebut berjaya diserahkan kepada KKM.


Beberapa bulan kemudian, saya menerima kenaikan pangkat ke Gred 48 dan dipindahkan ke Ibu Pejabat.


Setahun berlalu. 


Suatu hari saya menerima panggilan telefon daripada seorang yang memperkenalkan dirinya sebagai peguam persekutuan dari Pejabat Peguam Negara Cawangan Pulau Pinang.


“Tuan diminta hadir ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang lusa untuk satu perbicaraan berkaitan projek Klinik Pergigian yang tuan uruskan, sebagai saksi kerajaan,” katanya.


Keesokan harinya saya bergegas ke pejabat lama di Pulau Pinang dan meminta kerjasama Jurutera Daerah yang baharu untuk mencari fail projek tersebut.


Alhamdulillah, semua dokumen dan kronologi peristiwa masih tersusun rapi. Ia sangat membantu saya mengimbas kembali setiap detik yang berlaku dua tahun sebelumnya.


Pada malam itu saya bertemu peguam persekutuan tersebut dan berbincang panjang mengenai kes berkenaan. 


Beliau seorang peguam muda, kelihatan seperti masih baharu dalam perkhidmatan.


Keesokan harinya saya hadir ke mahkamah. Persatuan penduduk telah menyaman kerajaan agar projek tersebut dipindahkan walaupun klinik telah siap dan beroperasi.


Sebagai saksi Kerajaan, memang diasak bertalu-talu oleh peguam pihak plaintif, khususnya berhubung isu Akta Hakmilik Strata. Peguam persekutuan pula berhujah mempertahankan projek tersebut atas dasar kepentingan awam.


Hakim yang kelihatan serius hanya mendengar hujah peguam-peguam dan mencatit nota. 


Di akhir perbicaraan, secara jujur saya merasakan kerajaan mungkin tewas. Hujah peguam persatuan penduduk sangat mantap, manakala peguam persekutuan pula masih muda dan masih kurang pengalaman.


Seminggu kemudian saya menerima panggilan telefon dari peguam persekutuan tersebut. 


“Tuan Haji, alhamdulillah kita menang. Hakim memutuskan bahawa projek untuk kepentingan rakyat awam mengatasi kepentingan segelintir penduduk,” ujar peguam itu dengan nada lega.


Hakim yang membuat keputusan tersebut ialah Tun Abdul Hamid Mohamad, yang kemudiannya dilantik sebagai Ketua Hakim Negara.


Beliau telah kembali ke rahmatullah pada tengah hari, 19 Februari 2026.


Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya, dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.


Wallahua'llam.  


Ir. Hj. Zainuddin bin Hj. Omar

FB: Zainuddin Omar



TAK SEMUA ..TAPI BERJALAN


 

KEH KEH KEH


 

BUKTI RAFIZI BUKAN PRNYAKAW


Iswardy Morni.





 SSM 1 menunjukkan Rafizi Ramli lepaskan pegangan pada 1 disember 2022. Dia angkat sumpah sebagai menteri 3 disember 2022. 






Ssm 2 menunjukkan pegangan nama pemegang saham terkini tiada nama cina tu Dan nama rafizi.


Untuk menang dalam Kes Saman fitnah, yang di tuduh perlu membuktikan bahawa tuduhan mereka benar.


Dalam Kes ini tuduhan caprice Dan ceplos ialah


 " RAFIZI ADALAH MENTERI YANG MEMBERIKAN PROJEK BILLION RINGGIT KEPADA KAWANNYA YANG SAMA PEGANG SHARE DALAM INVOKE SEWAKTU DIA MENTERI EKONOMI DAN PROJEK ITU ADALAH PROJEK BAWAH KEMENTRIAN EKONOMI"


Soalan yang perlu dibuktikan oleh Caprice Dan lain lain kepada Faizal Rahman nanti ialah.  


1. Rafizi Masih ada share sewaktu dia jadi Menteri

2. Projek itu di bawah kawalan Rafizi sebagai Menteri 

3. Dia ada kuasa meluluskan projek tersebut

4. rafizi telah meluluskan projek tersebut 

5. Projek itu diperolehi oleh Itramas (YA. betul mereka dapat)


Selain Dari no 5 jawapan nya ialah Ya, soalan 1-4 jugak mesti Ya. Kalau salah satu adalah TIDAK, Maka ia adalah fitnah Dan akan didapati bersalah.


Setelah berborak dengan peguam tadi, Nama saya nampak dalam senarai untuk mintak maaf ialah 


1. Caprice

2. Salim iskandar 

3. Wan Hadi

4. Salman udang (fake akaun tapi kenal)

5. Yanie

6. Harun

7. Dato Meletop (fake akaun tapi kenal dia)

8. Azlan Official 

9. Taufik Iskandar 

10. Izzat

11. Julfadzli 

12. Joker (fake akaun tapi kenal)

13. Adam yusoff (fake akaun tapi kenal)

14. Wan askar botak 

15. Ritz (fake akaun tapi kenal)

16. Admin Fitnah apa hari ini (ikhwan)

17. Shafiq anuar


(Ada lagi aku tak senarai. Biar suspen 🫒)


Sabtu last. Jangan cakap abang tak payung 🀣🀣


Ps: semua screenshot,video Dan sewaktu dengannya dah di download.