DEPA KATA MAKAN GAJI BUTA...???

 

HAMZAH RIE NA


Lebai Hadi kata antara tugas beliau dilantik Duta Khas Ke Timur Tengah tarik pelabur Asia Barat. Skrg ni dah berapa billion trilion dari Asia Barat masuk?

Dah 2 kali lawatan kerajaan ke Arab Saudi, tetapi TAK PERNAH SATU PUN Hadi turut sekali bersama lawatan rasmi/ kerja ke sana, tu kenapa??!

DAH SETAHUN bergaji & elaun RM85,227.20 SEBULAN tu buat apa? Apa hukum makan gaji buta..

#MakanGajiButa

SR



May be an image of 1 person and text that says "Duta Khas Ke Timur Tengah GAGAL 周 E Makan Gaji Buta Ka Apa? 19 Feb. 2021 Hishammuddin ke Arab Saudi Hadi Awang tidak ikut serta 6 Mac 2021 PM Muhyiddin ke Arab Saudi Hadi Awang tidak ikut serta"




 

"KING MUHYIDDIN" KATA DATO LOKMAN/TUANKU KATA PARLIMEN BERSIDANG KING MU...

Pas kata muafakat bersama Bersatu dan Umno perlu diteruskan selepas PRU15

 


Pas kata muafakat bersama Bersatu dan Umno perlu diteruskan selepas PRU15


PAS mahu melihat ‘muafakat politik’ yang termeterai di bawah Perikatan Nasional (PN) antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PAS dan Umno diteruskan sehingga selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), demi masa depan negara.

Justeru, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menasihati pemimpin ketiga-tiga parti itu untuk terus mendukung kerajaan sedia ada sekali gus memberi fokus kepada isu rakyat yang menanggung beban berikutan pandemik Covid-19 dan kurangkan politik dalaman yang mengganggu tumpuan.

“Saya yakin muafakat politik ini bukan sahaja untuk parti tetapi untuk masa depan negara dan seluruhnya. Sebarang keputusan politik melibatkan masa depan negara, jadi bagi PAS, kita lihat ketiga-ketiga parti perlu teruskan muafakat bukan sahaja sampai Pilihan Raya Umum (PRU) tetapi sampai selepas PRU nanti.

“Bila kita dukung kerajaan, kita dukunglah kerajaan (PN) ini. Jangan timbul pandangan yang menyebabkan situasi tidak berapa selesa untuk rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis undi perdana kerja-kerja di bawah peruntukan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) di sini hari ini.

Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata sepatutnya apa-apa perkara (yang menjadi percanggahan) boleh diselesaikan menerusi perundingan dan mencari jalan keluar.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Annuar yang menyifatkan Umno, PAS dan Bersatu bukanlah musuh sebaliknya pesaing dan sebaliknya wujud kekeliruan yang cuba menyembunyikan musuh politik sebenar mereka.



ISMA kata BMF boleh berjaya tanpa parti Pas?

 


ISMA kata BMF boleh berjaya tanpa parti Pas?

Kempen ‘Buy Muslims First’ yang selalu dilaungkan, sebenarnya tidak perlu kepada kempen parti politik untuk dijayakan di dalam masyarakat.

Ini kerana, membina rantaian ekonomi umat Islam yang tersendiri juga boleh dimainkan oleh pertubuhan bukan politik.

Langkah ini berkait dengan struktur dan agensi-agensi yang sentiasa wujud di dalam masyarakat, walau berubah tampuk pemerintahan negara dari satu parti ke parti yang lain.

Timbalan Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata, objektif pertubuhan bukan politik biasanya adalah objektif jangka jauh, kerana tidak mampu untuk diukur dalam tempoh yang pendek.

Sebahagian dari objektifnya berkait dengan pembudayaan yang sudah tentu memakan masa yang panjang untuk dilihat kesannya, katanya.

“Dengan itu penting untuk pekerja-pekerja pertubuhan bukan politik ini untuk mempunyai ketahanan jiwa dan stamina yang tinggi.

“Kesan yang akan ditinggalkan oleh pertubuhan bukan politik di dalam masyarakat adalah kesan yang mendalam jika ia dilakukan dengan senyap, tekun, sabar dan tenang.

“Perlahan tapi pasti. Dan apabila ianya tercapai, untuk pihak lain mengubahnya, mereka juga perlukan masa yang panjang dan lama,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ustaz Fauzi berkata, Islam satu-satunya agama yang meletakkan ilmu di kedudukan yang amat tinggi sehingga sanggup belajar dari tamadun-tamadun luar, semata-mata menjadikan ilmu sebagai landasan dalam kehidupan.

Bagaimanapun agak mengecewakan, apabila melihat umat Islam hari ini seolah-olah ditolak ke arah kebodohan oleh Barat.

Barat memperkenalkan kepada umat Islam metodologi ilmu yang salah hingga akhirnya yang bergelar ilmuwan itu sendiri masih lagi tidak pandai.

Oleh itu katanya, masyarakat yang terus belajar hingga mati adalah masyarakat yang tidak akan dikalahkan oleh mana-mana kuasa luar.

“Justeru, banyak aktiviti pembelajaran tidak formal yang boleh dihidupkan oleh pertubuhan bukan politik, dan sebahagiannya tidaklah memerlukan modal kewangan yang banyak. Apa yang perlu hanyalah stamina yang tinggi dan istiqamah.

“Dan ada banyak lagi objektif sosial ekonomi di dalam masyarakat yang boleh dimainkan oleh pertubuhan bukan politik,” katanya..




MOPTI MASIH BERTAPA..

 

MUHD MUKHLIS


Pastu ada mopti serba tahu tanya, kenapa dulu berapi-api, sekarang tak berbunyi islam

 terancam?

Nak juga tahu, mike ngaji PHD dulu copy paste assignments ke?

 May be a cartoon

PRESIDEN PARTI ISLAM PENIPU/YANG SAMUN BUKAN DAP TAPI PEMIMPIN MELAYU [C...

KAH...TANYA SOALAN YANG BENAR PUN TAKKAN LA NAK MARAH KOT...

 

Jangan marah  KHAIRIL NIZAM nanti kena jual.

 

Exco Pemuda Umno tanya soalan valid tu, apa guna jadi duta timur tengah kalau tak buat kerja? Kalau tak buat kerja boleh saja berhenti dari ambil elaun. Tanya soalan yang benarpun marah, siap nak berdemo lagi ke Pejabat PPUM.

Tapi bab RUU355 kena scam, kes Arwah Adib NFA, LGBT Murtad, tak pula dengar bunyi nak berdemo. Ke mencari redha MCA dan takut hilang kerusi empuk GLC? Jadi mana lagi penting, demo RUU355 atau demo untuk tegakkan benang yang basah?

 

May be an image of 1 person, headscarf and text



UMNO BERSAMA PKR? MUHYIDDIN CABAR PRESIDEN UMNO / UMNO DI GERTAK DAN DI ...

JADI DUTA GINI LAH KUNJUNG ...BUKAN DUDUK DI ULU SANA....KAH...

 

MOHD MUKHLIS


Ni baru kerja duta yang sebenar, jumpa wakil negara tak kiralah ketua pembangkang ke. Kalau duduk kat Marang candat sotong lepas tu mulut tak habis berzikir balagrah al-hayawan, itu bukan duta, itu "buta perut timur tepi" .


Menerima kunjungan Duta Besar Jerman ke Malaysia TYT Dr. Peter Blomeyer pagi tadi.

Kami menyentuh pelbagai isu mutakhir dalam dan luar negara, termasuk soal hubungan dua hala.

Kami juga sempat bertukar idea dan pandangan melibatkan kedua-dua negara.

-

Received a courtesy call from H.E Dr. Peter Blomeyer, Ambassador of Germany to Malaysia today.

We discussed various matters pertaining to Malaysia and Germany.

We also had the chance to exchange ideas and views on a number of bilateral issues.

 

BUKTIKAN ANDA BUKAN SENJATA POLITIK TEBUK ATAP




“Hari ini saya telah membuat satu laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan satu kejadian percubaan mendapatkan sokongan saya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin, dengan janji manfaat yang boleh saya perolehi dengan pemberian sokongan tersebut. “Kejadian itu telah berlaku pada 3hb Mac yang lalu, dan melibatkan dua individu termasuk seorang yang bergelar ‘Datuk Seri’.


OWH..PULIH HUBUNGAN YA...

 May be a Twitter screenshot of 1 person and text that says "Astro AWANI 21m Hishammuddin menegaskan pertemuan ini amat penting termasuk melibatkan urusan jemaah haji Malaysia. #AWANInews #AWANI745 i Astro AWANI Lawatan PM ke Arab Saudi pulihkan hubungan, disambut meriah"



[[LIVE]] VIDEO : 8.3.2021Kerajaan Bakal tumbang Lagi?(LIVE SEMALAM )



Pergi ke Saudi nak jumpa Raja... raja Suruh zoom LOL. Adik zahid terima 5.9 juta. Kerajaan Bakal tumbang? UMNO bergabung dengan PH, DAP tolak. Bagaimana?




DIA NI BAKAL KENA KAPIR NI....

 May be an image of ‎4 people, headscarf and ‎text that says "‎Shahrul Nasrun 11h. Tuan Guru Haji Hadi Awang merupakan Duta Khas Bertaraf Menteri tapi tak dijemput untuk bersama dalam lawatan rasmi PM ke Arab Saudi. Setahu saya negara Arab Saudi adalah negara Timur Tengah belum lagi menjadi negara Timur Tepi. Dewan Ûا limatt Malaysia TAHNIAH YB DATO SERI HAJI ABDUL HADI AWANG DI ATAS LANTIKAN SEBAGAI DUTA KHAS PERDANA MENTERI KE TIMUR TENGAH BERTARAF MENTERI‎"‎‎

Kenyataan media bersama oleh Tn Hj Mohamad Bin Sabu dan Sdr Liew Chin Tong bersempena lawatan Perdana Menteri ke Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu

 



Minggu ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melangsungkan lawatan rasminya ke Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). Beliau telah dijemput untuk bertemu dengan Raja Arab Saudi, Yang Teramat Mulia Raja Salman bin Abdulaziz al-Saud dan Putera Mahkota Arab Saudi, Yang Mulia Mohammed bin Salman bin Abdulaziz al-Saud, dan dijangkakan membincangkan beberapa perkara berkaitan hubungan Saudi-Malaysia.

Malaysia dan Arab Saudi mempunyai hubungan yang erat, tetapi pengendalian hubungan ini mestilah berteraskan prinsip neutraliti Malaysia. Malangnya prinsip ini telah diabaikan oleh Menteri Luar Negeri Perikatan Nasional, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Onn, enam tahun yang lalu apabila beliau secara langsung telah melibatkan Malaysia dalam operasi ketenteraan ketika Perang Saudara Yaman.

Pada April 2015, pihak Kerajaan telah melancarkan Ops Yaman 1. Operasi tersebut melibatkan dua buah pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia yang diaturgerakkan ke Arab Saudi untuk membantu usaha memulangkan rakyat Malaysia di Yaman. Pada bulan Jun 2015 pula, misi kontinjen ini telah berubah kepada membantu tentera gabungan yang diketuai Arab Saudi dalam memerangi kumpulan Houthi. Fasa ini dikenali sebagai Ops Yaman 2, dan ketika itu, kru C-130 TUDM diarahkan untuk menerbangkan alat ganti, peluru, dan bahan letupan untuk angkatan Saudi dan negara-negara sepakatnya.

Dalam memo dalaman antara Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Kementerian Pertahanan dan Markas Angkatan Tentera, kerajaan telah dinasihatkan bahawa penglibatan ATM dalam perang di Yaman akan menjejaskan imej Malaysia di persada antara bangsa sebagai negara neutral. Malah, ia bercanggah juga dengan gerakan Global Movement of Moderates yang diangkat oleh mantan Perdana Menteri ketika itu juga.

Selain itu, atur gerak unit tersebut turut melanggar prosedur eksekutif. Keputusan untuk melaksanakan Ops Yaman 2 tidak dibincangkan di peringkat Kabinet, dan peruntukan tambahan untuknya juga tidak dibahaskan di Parlimen. Arahan pemula ataupun initiating directive tidak dikeluarkan daripada Majlis Keselamatan Negara untuk membenarkan ketumbukan tersebut untuk terlibat dalam operasi ketenteraan yang diketuai Arab Saudi. Tambahan pula, pada ketika itu, Memorandum of Understanding on Defence antara Malaysia dan Arab Saudi yang menggariskan had dan terma rujukan ketumbukan tersebut di Arab Saudi masih belum ditandatangani. Jelas bahawa Ops Yaman 2 bukan sahaja salah dari segi prinsip, malah dari segi tatacara pelaksanaan juga.

Angkatan Tentera Malaysia hanya diaturgerakkan ke luar negara untuk operasi pengamanan di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sejarah ATM penuh dengan penglibatan misi pengamanan di Congo, Lebanon, Bosnia-Herzegovina, Somalia, dan di sempadan Iraq-Kuwait untuk menguatkuasakan gencatan senjata setelah tamatnya Perang Teluk Pertama. Imej ATM di persada antarabangsa ini cukup membanggakan kita dan sewajarnya tidak dicemarkan.

Kepentingan rakyat Malaysia perlu diutamakan dalam pengendalian dasar luar negara kita. Nyawa anggota tentera kita juga tidak boleh digadaikan semata-mata kepentingan politik. Malaysia tidak sewajarnya terperangkap dalam mana-mana operasi ketenteraan di luar negara yang tidak diberi mandat jelas daripada PBB. Dalam usaha beliau melestarikan hubungan antara Malaysia dan Arab Saudi, kami harap Malaysia tidak akan terlibat sekali lagi dalam perang di Yaman.

 

Haji Mohamad bin Sabu

Mantan Menteri Pertahanan

Liew Chin Tong

Mantan Timbalan Menteri Pertahanan

 

Terkini!! Kerajaan benarkan rentas negeri

 


Terkini!! Kerajaan benarkan rentas negeri


Kerajaan bersetuju membenarkan aktiviti merentas negeri bagi tujuan pelancongan domestik melibatkan negeri-negeri Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula esok.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berpandukan beberapa syarat ketat yang dikenakan.

“Antara syaratnya adalah perlu menggunakan perkhidmatan syarikat agensi pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC).

“Pergerakan hanya menggunakan kenderaan pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC, (bagaimanapun) pergerakan secara persendirian tidak dibenarkan,” katanya dalam sidang media perkembangan PKP hari ini.

Dalam pada itu, setiap syarikat agensi pelancongan perlu mendapatkan kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu bagi pergerakan rentas negeri.

Namun ianya hanya tertakluk bagi kawasan negeri PKPP sahaja, bukan negeri PKP Bersyarat (PKPB).

“Pergerakan mestilah terus ke negeri-negeri PKPP. Sebagai contoh, Pahang PKPP ke Terengganu PKPP, terus ke negeri Terengganu.

“Ada negeri PKPP ke PKPP kena lalu negeri PKPB, kenderaan ini mesti meneruskan perjalanan ke negeri PKPP itu tanpa berhenti di kawasan PKPB.

“Sebagai contoh, dari Putrajaya (PKPP) nak ke Melaka (PKPP), lalu Negeri Sembilan (PKPB), jadi kenderaan terus ke negeri PKPP (Melaka) itu,” katanya lagi.

Jelas Ismail, larangan pergerakan merentas negeri bagi kenderaan persendirian adalah kerana kekangan kawalan daripada pihak polis.

“Jadi sebab itulah kenderaan persendirian tidak dibenarkan, kerana mendapat nasihat daripada PDRM daripada segi kawalan, tapi kenderaan bas pelancongan boleh dipantau,” katanya.

Sementara itu, tempat-tempat penginapan pelancong serta aktiviti-aktiviti pelancongan turut perlu dilaporkan kepada polis sewaktu permohonan dilakukan.

Maklumat mengenai prosedur operasi standard (SOP) mengenai kebenaran ini akan dimaklumkan melalui laman sesawang MOTAC.


Gelembung Pelancongan Bersasar

Kerajaan bersetuju untuk membenarkan pergerakan pelancongan dari negeri di bawah PKPP iaitu Melaka, Pahang, Terengganu, Perlis, Sabah, Putrajaya, Labuan dan Langkawi sahaja berkuatkuasa 10 Mac 2021

— MINDEF Malaysia (@MINDEFMalaysia) March 9, 2021




RENTASAN 841 | SPRM, LHDN DAN PDRM - SENJATA POLITIK PM RAIH MAJORITI?


MENARIK DALAM RENTASAN 841


1. BUKTIKAN ANDA BUKAN SENJATA POLITIK TEBUK ATAP 2. ANTARA BURUNG BELATUK, KATAK DAN KERA MENGAMBANG 3. KELAKAR! KUDETA DIKATA LANGKAH KANAN 4. PRESIDEN PAS HINA MAHKAMAH




VIDEO : PRESIDEN PAS HINA MAHKAMAH



"Para hakim yang baharu, hilang sensitiviti agama. Mereka membuat keputusan berasaskan buku yang dibaca, bukan mengikut pertimbangan akal yang mempunyai budi bicaranya; ...mereka menyembunyikan pentafsiran perkataan agama mengikut kehendak mereka dengan makna yang sempit, dan merampas kuasa politik dan pentadbiran secara tersembunyi tanpa difahami rakyat.; Malangnya ada dalam kalangan Melayu-Islam yang tiada dalam hatinya kepekaan terhadap Islam.” Zulqarnain melihat, paling berat ialah kenyataan Hadi: ”Apabila berlakunya keputusan mahkamah yang berani mencabar terhadap Enakmen Jenayah Syariah Selangor, menjadikannya laksana batu besar yang dihempas ke dalam lubuk yang tenang. Disangka tiada lagi saki-baki buaya belaan penjajah British di dalamnya, namun tiba-tiba buaya itu mendongakkan kepalanya”.


VIDEO : 2025 rakyat bakal jadi PATI di negara jiran?(SIARAN ULANGAN INI DIKETENGAHKAN KERANA KERAJAAN TEBUK ATAP TIDAK BERJAYA MENGATASINYA)


TAHNIAH LA KERAT PN KALAU AKHIRNYA RAKYAT MALAYSIA TERPAKSA JADI PATI DI NEGARA ASING.

Bunga2 rakyat takde kerja dah ada. Dah hampir sejuta pengangguran dan ia tidak akan selesai dgn mudah. Tiada FDI tiada DDI bermakna tiada peluang pekerjaan baru.

Tahniah KERAT PN..Tahniah..!!

- Zus Din

09 March 2021

 


Beri kuasa kepada pembangkang kekang amalan lompat parti





Ahli Parlimen Subang, Wong Chen mencadangkan beberapa cara yang boleh mengekang amalan lompat parti.



Salah satunya adalah dengan memberikan peruntukan sama atau lebih baik kepada Ahli Parlimen pembangkang berbanding wakil rakyat kerajaan, serta memperuntukkan jawatan pengerusi Jawatankuasa Pilihan.



Beliau mengakui, penyelesaian terbaik ialah meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menghalang amalan lompat parti.



Namun, katanya hampir mustahil untuk mendapatkan majoriti dua per tiga yang diperlukan, namun ada penyelesaian boleh dilaksanakan lebih baik yang hanya memerlukan majoriti mudah.



“Kebanyakan mereka yang melompat parti mendakwa mereka melakukannya demi rakyat. Mereka mendakwa rakyat tiada wang, mereka pula tidak mendapat peruntukan diperlukan untuk dibelanjakan bagi rakyat, jadi mereka terpaksa menyertai kerajaan.



“Penyelesaiannya mudah, pastikan setiap Ahli Parlimen mendapat jumlah peruntukan untuk masyarakat dan sumber yang sama," katanya dalam rancangan temubual yang diadakan secara maya di akaun Facebook miliknya.



Beliau mengambil contoh bagaimana di Norway, wakil pembangkang mendapat peruntukan lebih tinggi, memandangkan wakil rakyat kerajaan berpeluang membuat permohonan khas kepada menteri mereka, tetapi bukannya Ahli Parlimen pembangkang.



Malah, beliau berpendapat Ahli Parlimen tidak sepatutnya dibenarkan memegang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).



Sebaliknya, semua Ahli Parlimen perlu diletakkan di Jawatankuasa Pilihan yang akan membuka peluang untuk menerima elaun tambahan, sekiranya dilantik menjadi pengerusi atau timbalan pengerusi.



Beliau juga mahu pengisytiharan aset diaudit kepada semua Ahli Parlimen dan menganggap proses itu ketika zaman pentadbiran Pakatan Harapan (PH) tidak dibuat dengan betul kerana ada wakil rakyat yang mengisytiharkan jumlah aset rendah yang tidak masuk akal.



“Sebaik sahaja seseorang menjadi Ahli Parlimen, mereka patut mendapat audit kemasukan dengan mengisytiharkan aset, kemudian juruaudit profesional mengesahkannya dan ketua audit negara boleh menyiasat dari semasa ke semasa untuk memastikan ia tepat," katanya.

 

Mudahkan proses birokrasi, bantu nasib gelandangan



Srikandi KEADILAN Selangor, J Karen Kasturi menggesa pihak kerajaan supaya memudahkan proses birokrasi supaya sesiapa sahaja boleh membantu nasib gelandangan.



Ini kerana, beliau mendapati perlu melalui beberapa proses sebelum dibenarkan membantu gelandangan.



"Baru-baru ini, saya dihubungi untuk membantu seorang gelandangan di Pekan Kajang. Saya telah turun ke lokasi berkenaan untuk melihat gelandangan tersebut. Selepas itu, saya ke Balai Polis Kajang untuk meminta bantuan daripada pihak polis. Pihak polis juga telah turun ke lokasi tersebut dengan segera.



"Hasil perbincangan dengan pihak polis, hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, saya mendapati bahawa terdapat birokrasi yang amat merumitkan untuk membantu golongan gelandangan ini," katanya.



Walaupun beliau enggan menyalahkan mana-mana pihak, kementerian yang berkaitan perlu mengambil tanggungjawab dalam melaraskan dan memudahkan proses birokrasi yang sedia ada.



"Pendekatan yang lebih mudah dan mesra dapat memudahkan masyarakat setempat yang ingin membantu dan berkerjasama dengan agensi kerajaan untuk membantu golongan gelandangan ini.



"Kementerian berkenanan perlu terus berusaha mengambil inisiatif-initiasif dalam mencari satu jalan penyelesaian yang praktikal dan berkesan bagi golongan gelandangan," katanya.



Karen juga menyeru pihak berkuasa untuk mengadakan Operasi Bersepadu bagi menyelamatkan golongan gelandangan dengan lebih kerap.



"Gelandangan tidak harus dibiarkan sebegitu sahaja. Mereka memerlukan tempat tinggal dan makanan, ini adalah keperluan asas dan kerajaan harus lebih peka, prihatin dan berkeperimanusian dalam menangani isu gelandangan," katanya.

 

15 POSTING SETAKAT INI. LAGI BERITA TERKINI AKAN MENYUSUL. TALIAN TERPUTUS MENYEBABKAN LAMBAT DI UPDATE.



PIHAK  WRLR MEMOHON KEMAAFAN KERANA KELEWATAN UNTUK MENGUPDATES BLOG KERANA TALIAN LETRIK TERPUTUS SEJAK 7 PETANG SEMALAM.


WRLR APOLOGIZES FOR THE DELAY IN UPDATING THE BLOG BECAUSE THE POWER LINE WAS DISCONNECTED SINCE 7 PM YESTERDAY.

MMM....MACAM ROSAK TERUK LA NEGARA NI

 Image

TERUSKAN PROGRAM SARAPAN PERCUMA MURID SEKOLAH


SETAHUN JADI KERAJAAN PERJUANGAN ISLAM PAS HANYA RETORIK

 

MP DAP lancar kempen ‘Asal Cek Mau Kerja’

 

Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Mertajam melancarkan kempen “Asal Cek Mau Kerja” bertujuan untuk meningkatkan kemahiran para belia dan membantu mereka dalam mendapatkan pekerjaan dengan gaji munasabah.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim berkata, inisiatif ini dilakukan selepas melihat pengganguran melibatkan belia berumur 15 hingga 24 tahun meningkat ke tahap yang tinggi iaitu pada 13.9% atau melibatkan 300,000 belia pada Julai 2020.

“Justeru, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Mertajam kini melancarkan kempen ‘Asal Cek’ siri kedua bertujuan untuk membantu para belia dalam sektor pekerjaan dengan nama ‘Asal Cek Mau Kerja’,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Program berkenaan adalah kesinambungan daripada kempen ‘Asal Cek Mau Pi Sekolah’ yang dilancarkan Steven pada 24 Januari lalu bagi menangani krisis pendidikan yang dihadapi oleh para pelajar berikutan impak wabak Covid-19. 

Tambah Steven, beberapa inisiatif sedang dirancang untuk kempen “Asal Cek Mau Kerja” bermula Mac 2021 ini antaranya kursus pensijilan kemahiran industri untuk anak muda berumur dari 18 hingga 30 tahun. 

Katanya, kursus berkenaan ditawarkan oleh institusi latihan melibatkan tenaga pengajar yang  berpengalaman dalam industri dan bidang masing-masing. 

Katanya yang juga Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang, setiap kursus dijalankan secara atas talian dan penyertaan adalah percuma.

“Melalui kursus pensijilan kemahiran industri ini, kami berharap akan dapat membantu para belia dalam mendapatkan pekerjaan dengan gaji munasabah, dan bagi mereka yang sudahpun bekerja, dapat membantu mempertingkatkan kerjaya mereka,” ujarnya. 

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Peninsula Skills dan Forward School yang telah sudi menaja kursus-kursus tersebut bagi membantu para belia dalam mengharungi cabaran sektor pekerjaan pasca-pandemik,” tambahnya.

Kursus pensijilan kemahiran industri berkenaan adalah seperti berikut: 

  1. E-Learning Logistics Programme

Modul kemahiran asas industri logistik. Semua peserta perlu menamatkan ketiga-tiga kursus 1a, 1b, dan 1c di bawah. Kursus akan dijalankan dalam bahasa Inggeris.

1a) Fundamentals of warehouse 

Tarikh: 13 Mac 2021

Masa: 10am – 12.30pm

1b) Fundamentals of freight and forwarding

Tarikh: 20 Mac 2021

Masa: 10am – 12.30pm

1c) Fundamentals of safety and security

Tarikh: 27 Mac 2021

Masa: 10am – 12.30pm

  1. Digital Skill-up

Modul kemahiran digital penghasilan aplikasi telefon pintar, laman web dan pemasaran digital. Peserta boleh mengambil kursus-kursus di bawah secara berasingan. Kursus akan dijalankan dalam bahasa inggeris

  1. Build mobile app without code

Tarikh: 6, 13, 20, 27 April 2021

Masa: 7pm – 9.30pm

(Kursus 4 minggu)

  1. Build website without code

Tarikh: 7, 14, 21, 28 April 2021

Masa: 7pm – 9.30pm

(Kursus 4 minggu)

  1. Fundamentals of digital marketing 

Tarikh: 8, 15, 22, 29 April 2021

Masa: 7pm – 9.30pm

(Kursus 4 minggu)

Maklumat lanjut dan pendaftaran boleh dibuat melalui laman web www.stevensim.com/asalcekmaukerja atau dengan menghubungi Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Tel: (6)04-5381226 atau Encik Ang 6012-4113539

Anak muda berumur 18 hingga 30 tahun dialu-alukan untuk mendaftar, namun, keutamaan penyertaan akan diberikan kepada penduduk atau pengundi di Bukit Mertajam dan juga mereka yang menganggur. 



(function() { var d = document, w = window; w

Anwar Ibrahim: Malaysia Sekali Lagi Dimalukan Di Peringkat Antarabangsa ...

KENYATAAN MEDIA - 21 April 2021 Malaysia sekali lagi dimalukan di peringkat antarabangsa dalam aspek demokrasi tatkala rekod negara kita me...