MP DAP lancar kempen ‘Asal Cek Mau Kerja’

 

Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Mertajam melancarkan kempen “Asal Cek Mau Kerja” bertujuan untuk meningkatkan kemahiran para belia dan membantu mereka dalam mendapatkan pekerjaan dengan gaji munasabah.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim berkata, inisiatif ini dilakukan selepas melihat pengganguran melibatkan belia berumur 15 hingga 24 tahun meningkat ke tahap yang tinggi iaitu pada 13.9% atau melibatkan 300,000 belia pada Julai 2020.

“Justeru, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Mertajam kini melancarkan kempen ‘Asal Cek’ siri kedua bertujuan untuk membantu para belia dalam sektor pekerjaan dengan nama ‘Asal Cek Mau Kerja’,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Program berkenaan adalah kesinambungan daripada kempen ‘Asal Cek Mau Pi Sekolah’ yang dilancarkan Steven pada 24 Januari lalu bagi menangani krisis pendidikan yang dihadapi oleh para pelajar berikutan impak wabak Covid-19. 

Tambah Steven, beberapa inisiatif sedang dirancang untuk kempen “Asal Cek Mau Kerja” bermula Mac 2021 ini antaranya kursus pensijilan kemahiran industri untuk anak muda berumur dari 18 hingga 30 tahun. 

Katanya, kursus berkenaan ditawarkan oleh institusi latihan melibatkan tenaga pengajar yang  berpengalaman dalam industri dan bidang masing-masing. 

Katanya yang juga Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang, setiap kursus dijalankan secara atas talian dan penyertaan adalah percuma.

“Melalui kursus pensijilan kemahiran industri ini, kami berharap akan dapat membantu para belia dalam mendapatkan pekerjaan dengan gaji munasabah, dan bagi mereka yang sudahpun bekerja, dapat membantu mempertingkatkan kerjaya mereka,” ujarnya. 

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Peninsula Skills dan Forward School yang telah sudi menaja kursus-kursus tersebut bagi membantu para belia dalam mengharungi cabaran sektor pekerjaan pasca-pandemik,” tambahnya.

Kursus pensijilan kemahiran industri berkenaan adalah seperti berikut: 

  1. E-Learning Logistics Programme

Modul kemahiran asas industri logistik. Semua peserta perlu menamatkan ketiga-tiga kursus 1a, 1b, dan 1c di bawah. Kursus akan dijalankan dalam bahasa Inggeris.

1a) Fundamentals of warehouse 

Tarikh: 13 Mac 2021

Masa: 10am – 12.30pm

1b) Fundamentals of freight and forwarding

Tarikh: 20 Mac 2021

Masa: 10am – 12.30pm

1c) Fundamentals of safety and security

Tarikh: 27 Mac 2021

Masa: 10am – 12.30pm

  1. Digital Skill-up

Modul kemahiran digital penghasilan aplikasi telefon pintar, laman web dan pemasaran digital. Peserta boleh mengambil kursus-kursus di bawah secara berasingan. Kursus akan dijalankan dalam bahasa inggeris

  1. Build mobile app without code

Tarikh: 6, 13, 20, 27 April 2021

Masa: 7pm – 9.30pm

(Kursus 4 minggu)

  1. Build website without code

Tarikh: 7, 14, 21, 28 April 2021

Masa: 7pm – 9.30pm

(Kursus 4 minggu)

  1. Fundamentals of digital marketing 

Tarikh: 8, 15, 22, 29 April 2021

Masa: 7pm – 9.30pm

(Kursus 4 minggu)

Maklumat lanjut dan pendaftaran boleh dibuat melalui laman web www.stevensim.com/asalcekmaukerja atau dengan menghubungi Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Tel: (6)04-5381226 atau Encik Ang 6012-4113539

Anak muda berumur 18 hingga 30 tahun dialu-alukan untuk mendaftar, namun, keutamaan penyertaan akan diberikan kepada penduduk atau pengundi di Bukit Mertajam dan juga mereka yang menganggur.