"Para hakim yang baharu, hilang sensitiviti agama. Mereka membuat keputusan berasaskan buku yang dibaca, bukan mengikut pertimbangan akal yang mempunyai budi bicaranya; ...mereka menyembunyikan pentafsiran perkataan agama mengikut kehendak mereka dengan makna yang sempit, dan merampas kuasa politik dan pentadbiran secara tersembunyi tanpa difahami rakyat.; Malangnya ada dalam kalangan Melayu-Islam yang tiada dalam hatinya kepekaan terhadap Islam.”
Zulqarnain melihat, paling berat ialah kenyataan Hadi: ”Apabila berlakunya keputusan mahkamah yang berani mencabar terhadap Enakmen Jenayah Syariah Selangor, menjadikannya laksana batu besar yang dihempas ke dalam lubuk yang tenang. Disangka tiada lagi saki-baki buaya belaan penjajah British di dalamnya, namun tiba-tiba buaya itu mendongakkan kepalanya”.