PEDAS

 


Pedas kata-kata PMX, siapa lah agaknya beliau maksudkan tu😲 


Baca artikel di bawah👇



Apa benda Makkah Route Initiative ini?




Kenapa berita Makkah Route ni nampak seolah² satu kejayaan besar kepada Malaysia dan Tabung Haji?


Sebenarnya ya, ia memang satu pengiktirafan yang besar.


Tuan puan baca begini :


Di KLIA nanti, jemaah haji akan lalu kaunter imigresen Malaysia untuk scan passport (cop keluar),


DAN tak sampai beberapa langkah selepas tu akan lalu kaunter imigresen Saudi untuk cop masuk di buku pasport. 


Ya, Saudi buka kaunter imigresen mereka di KLIA!


Bermakna nanti sampai sahaja di Jeddah/Madinah, jemaah sudah tidak perlu melalui kaunter imigresen.


Hanya perlu bawa hand luggage dan terus naik bas.


* beg besar yang checked-in di KLIA tak perlu ambil di airport Saudi, kerana memang Tabung Haji menyediakan servis untuk hantar terus ke pintu bilik hotel.


Hebat kan pengurusan Tabung Haji Malaysia?


Malaysia dipilih sebagai negara pertama yang mendapat kelebihan serahan kad nusuk haji di KLIA siap-siap kepada jemaah.


Kad nusuk haji ini dokumen paling penting ketika urusan haji.


Semua ini hasil daripada rekod baik pengurusan Tabung Haji dalam mengurus jemaah selama berpuluh-puluh tahun.


Sebab itu penting untuk rakyat Malaysia yang nak mengerjakan haji supaya mengikut saluran yang betul dengan visa yang sah.


Tahun ini Saudi memang mengetatkan betul-betul kawalan masuk jemaah haji.


Kalau dilihat kepada update di Haramain semalam, suasana Mekah agak lengang.


Ini kerana usaha ‘pembersihan’ sedang giat dijalankan, kerana jemaah haji akan mula masuk berjuta².


Semua ini dilakukan demi keselamatan dan keselesaan jemaah haji yang mempunyai visa sah dari seluruh dunia.


KT01 dari Malaysia pun sudah berlepas harini.


Sama² kita doakan agar semua jemaah haji seluruh dunia mendapat haji yang mabrur, InsyaAllah.


Sumber : FB Ezreen Muhaizie Marzukhi




KISAH IBU GAJAH DAN ANAKNYA

 


Gambar ibu gajah dan anaknya di Tamil Nadu ini menjadi tular di India.


 Dikisahkan, seekor anak gajah telah terpisah dari induknya dan kawanannya. Anak gajah itu baru berusia sekitar 5 bulan.



Pegawai hutan telah menggunakan dron bagi mengesan kawanan gajah tersebut dan misi itu berjaya selepas mereka dijumpai kira-kira 2.5 batu jauhnya.


Para pertugas kemudian memandikan anak gajah itu dengan meletakkan lumpur pada tubuhnya untuk mengurangkan bau manusia, dan mengangkutnya ke dalam trak dalam usaha untuk satukannya semula.


Induk gajah dan kawanan gajah umumnya tidak akan bergerak ketika seekor anak gajah hilang.


Namun, kadang-kala di daerah yang berlakunya konflik antara haiwan dan manusia, sang induk perlu memilih antara keselamatan kawanan gajah atau keselamatan manusia. 


Beberapa hari kemudian, para petugas hutan akhirnya menemukan si ibu dan si anak itu sudah bersatu semula dalam keadaan sedang tidur lena.


Ps: Ikuti Jasson King Fans di saluran Telegram.  Link di komen



PULUHAN RIBU HADIR BERSAMA DS ANWAR MERAYAKAN SEMPENA HARI PEKERJAN 2025!

MCA PERSOAL HUBUNGAN UMNO DAN PH! ADAKAH MCA MAHU KELUAR DARI KERAJAAN?

RM300,000, ini sebabnya Khalid failkan tuntutan

 

Video : Rafidah dituntut bayar ganti rugi 

Pasaran buruh negara terkuat dalam tempoh sedekad

 

Ekonomi MADANI bukan tin kosong, 

AMANAH menyifatkan sambutan Hari Pekerja tahun ini bagi rakyat Malaysia penuh bermakna lantaran disokong dengan pasaran buruh yang kukuh di bawah Ekonomi MADANI.



Setiausaha Agung AMANAH, Muhammad Faiz Fadzil berkata, kadar gaji minimum tahun ini telah dinaikkan kepada RM1,700 bagi membantu para pekerja menangani kos sara hidup.


Menurutnya, sejumlah RM200 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan Dasar Gaji Progresif yang akan memanfaatkan 50,000 pekerja.



“Bagi penjawat awam, Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) adalah satu penghargaan kerajaan MADANI kepada kumpulan tulang belakang kerajaan ini dalam meningkatkan taraf hidup.



“Inisiatif-inisiatif ini menambah kekuatan pasaran buruh negara yang pada Februari 2025, menyaksikan kadar pengangguran paling rendah dalam hampir 10 tahun,”


 ujarnya menerusi perutusan sempena Hari Pekerja hari ini.

Muhammad Faiz Fadzil

Faiz berkata, inisiatif-inisiatif kerajaan ini adalah selaras dengan prestasi Ekonomi MADANI pada tahun lalu di mana pertumbuhan ekonomi telah melepasi jangkaan pakar untuk empat suku tahun berturut-turut.


“Ini menunjukkan bahawa Ekonomi MADANI bukan tin kosong, dan berjaya mencapai pasaran buruh terkuat dalam tempoh sedekad ini.


“Ia juga selaras dengan aliran masuk bersih pelaburan langsung asing yang melonjak 17% pada tahun 2024 ke RM47.4 bilion, yang seterusnya mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan berkualiti tinggi untuk rakyat Malaysia,” jelasnya.


Gaji penengah

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berkenaan juga berkata, faktor-faktor terbabit telah menyumbang kepada peningkatan gaji penengah tahunan bagi sektor formal sebanyak 6% pada tahun lalu.



“Setakat Disember 2024, gaji penengah negara telah mencecah RM3,045 sebulan.



“Malah, paras gaji penengah di Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang adalah lebih tinggi daripada RM3,045,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, beliau berkata, malangnya, gaji penengah di sesetengah negeri seperti Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis berada pada paras RM2,100 dan ke bawah.

“Situasi paling buruk adalah di Kelantan, di mana 50% rakyat Kelantan bergaji bawah RM1,664 sebulan.



“Namun, saya percaya Ekonomi MADANI pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu mengukuhkan ekonomi tempatan di negeri-negeri tersebut dan meningkatkan pendapatan penduduk di sana dalam jangka masa yang lebih panjang,” katanya.



Beliau menjelaskan Perdana Menteri dalam Belanjawan 2025 telah mengumumkan beberapa inisiatif termasuk usaha memupuk “perkumpulan ekonomi” mengikut keistimewaan negeri seperti tenaga boleh diperbaharui di Perlis dan industri kimia di Terengganu.



Menurutnya, insentif cukai pendapatan pada kadar istimewa juga ditawarkan bagi pelaburan dalam 21 sektor ekonomi di negeri seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

“Ini menunjukkan Ekonomi MADANI berusaha meningkatkan pendapatan semua rakyat Malaysia tanpa diskriminasi politik dan kaum,” ujarnya.

Dalam masa sama, Faiz berkata, untuk memastikan agenda Ekonomi MADANI tercapai, golongan pekerja juga harus memainkan peranan bersama dengan menggunakan peluang yang ada untuk meningkatkan kemahiran mereka (upskilling).

“Anak-anak muda pula digesa menceburi bidang “emerging technologies” seperti kecerdasan buatan (AI) selaras dengan keperluan masa hadapan.


“Sepertimana budaya kerja yang saya tekankan di LKIM iaitu cekap, amanah, peduli (CAP), ianya mampu meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatan golongan pekerja yang merupakan golongan yang sangat penting dalam pembangunan negara,” tambah beliau lagi.

Kekalahan Pas di Ayer Kuning: Retorik bodoh, politik dangkal dan jatuhnya hegemoni Hadi


 

Oleh DR. SHAH NOR BASRI



Kenyataan Tan Sri Abdul Hadi Awang berkenaan kekalahan Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning bukan sahaja menggambarkan kegagalan politik, tetapi memperlihatkan betapa rendahnya mutu kepimpinan intelektual dalam Pas.

Dalam usaha terdesak menyelamatkan ego politiknya, Hadi menghamburkan pelbagai kenyataan bersifat bodoh, tidak bertanggungjawab dan menghina kecerdasan rakyat.


Paling memalukan, beliau menuduh UMNO sebagai mempersucikan DAP, seolah-olah menjalin kerjasama politik adalah tindakan bertentangan dengan Islam.


Ia satu tohmahan berat yang bukan sahaja salah dari segi fiqh, tetapi berpotensi memecahbelahkan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.


Sedangkan ketika Pas bertahalluf siyasi dengan PKR dan DAP sebelum ini mereka menggunakan dalil dan hujah yang sama (Surah al-Mumtahanah: 8–9), begitulah agama telah diperalatkan demi kekuasaan.



  1. UMDAP dan Politik Fitnah yang Tersasar

Hadi mendakwa UMNO telah “mempersucikan DAP”, satu istilah yang langsung tidak masuk akal dalam wacana politik Islam mahupun akhlak Islamiyah.

Kenyataan itu bersifat hasutan dan berniat jahat, bertujuan menanam kebencian kaum dan memperbodohkan rakyat kononnya sesiapa yang bekerjasama dengan bukan Islam telah keluar dari garis perjuangan Islam.

Realitinya, Pas sendiri pernah bersahabat erat dengan DAP dalam Pakatan Rakyat. Bukankah ketika itu mereka berdakwah di pentas yang sama?

Kini, apabila Pas terpinggir, naratif berubah — bukan berdasarkan prinsip, tetapi dendam politik dan ketakutan kehilangan pengaruh.

  1. Hina Intelektual Rakyat: “Hanya Faham Fardu Ain”

Lebih menyedihkan, Hadi turut mendakwa bahawa rakyat “belum cukup faham politik Islam” dan hanya memahami fardu ain.

Ini adalah penghinaan terang-terangan terhadap rakyat Malaysia yang semakin celik dan kritis.

Apakah ratusan ribu rakyat yang mengundi Kerajaan Perpaduan adalah umat yang tidak faham Islam?

Atau sebenarnya Hadi yang gagal memahami bahawa politik Islam bukanlah sekadar menyebut “hudud” di pentas ceramah, tetapi menzahirkan prinsip keadilan, akauntabiliti dan ihsan dalam pemerintahan (Al-Quran, Surah An-Nahl: 90).


  1. Tolak Realiti, Guna Agama Sebagai Tameng Kegagalan

Setiap kali Pas kalah, yang dipersalahkan ialah rakyat – bukan strategi, bukan calon, bukan kelemahan mereka sendiri.

Dalam PRK Ayer Kuning, rakyat menolak Pas bukan kerana mereka “tidak faham Islam”, tetapi kerana Pas menawarkan politik murahan, kebencian dan ketandusan dasar.


Sebaliknya, calon Kerajaan Perpaduan membawa mesej perpaduan, pembangunan, dan penyelesaian konkrit.


Menyalahkan rakyat adalah bukti pemikiran feudal Hadi – yang melihat rakyat bukan sebagai partner dalam demokrasi, tetapi sebagai pengikut taksub yang wajib taat (Noor, F. A., 2014. The Malaysian Islamic Party 1951–2013: Islamism in a Mottled Nation).







4.   Islam Politik Bukan Monopoli Pas

Pas sering memonopoli naratif bahawa mereka sahaja pembawa “politik Islam”. Ini adalah pembohongan intelektual yang membahayakan.

Sejarah membuktikan bahawa pelbagai parti dan tokoh dalam dunia Islam telah memperjuangkan politik berteraskan maqasid syariah, keadilan sosial, dan pembangunan umat tanpa perlu memaki lawan atau menuduh orang lain kafir.

Gagasan Malaysia Madani, yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menawarkan pendekatan Islam inklusif, progresif dan rahmah – lebih dekat dengan sunnah Rasulullah SAW berbanding politik takfir dan permusuhan kaum (Anwar Ibrahim, Script for a New Civilisation, 2022).


  1. Penolakan Rakyat: Isyarat Nyata Bukan Salah Faham

Kekalahan Pas bukan kerana rakyat “tidak faham Islam”, tetapi kerana rakyat sudah cukup faham bahawa Islam bukan sekadar slogan.


Rakyat menolak politik syok sendiri yang membesar diri sebagai “penyelamat Islam” tetapi gagal menjaga adab, akhlak, dan asas ekonomi negara.


Rakyat tidak mahu pemimpin yang hanya pandai beretorik, tetapi gagal menjawab isu kos sara hidup, pendidikan, kesihatan dan pembangunan (IDEAS, 2023. Pas’s Economic Governance: Between Rhetoric and Reality).






Hadi Awang – Gagal Membaca Realiti, Terperangkap Dalam Khayalan Kuasa



Kekalahan di Ayer Kuning adalah referendum terhadap keangkuhan Pas dan pemikiran jumud yang dibawa oleh Hadi Awang.

Ketika seluruh dunia Islam sedang berbicara tentang good governance, maqasid syariah, reformasi sosial dan keadilan ekonomi, Pas di bawah Hadi masih terperangkap dalam naratif memperalat agama untuk menakut-nakutkan rakyat dan memecah perpaduan negara.


Kenyataan bahawa UMNO “mempersucikan DAP” (Hadi Awang, Facebook, 23 April 2024) dan dakwaan bahawa rakyat hanya faham fardu ain (Harakah Daily, 27 April 2024) bukan sahaja menyimpang dari hakikat realiti, malah menghina umat Islam di Malaysia.

Apakah berjuta-juta umat Islam yang memilih untuk menolak Pas itu tidak memahami Islam? Atau Pas yang gagal memahami bahawa politik Islam tidak boleh dipisahkan daripada akhlak, hikmah, dan kemajuan insan?



Malaysia Madani berlandaskan prinsip maqasid syariah dan Piagam Madinah yang menjamin hak bersama, bukan monopoli agama oleh golongan tertentu sahaja (Ibn Ishaq, Sirah Rasulullah).



Jika Pas terus dipimpin oleh pemikiran sempit dan ego politik, ia bukan sahaja akan ditolak rakyat, bahkan akan direkod sejarah sebagai satu kegagalan dalam memperjuangkan Islam yang sebenar.

Rakyat Malaysia tidak akan lupa bahawa ketika negara memerlukan kepimpinan berani dan progresif, Pas memilih untuk menghina, memfitnah dan memperbodohkan.



Dan itulah sebabnya, mereka layak kalah – bukan sahaja di Ayer Kuning, tetapi di mana-mana medan demokrasi yang waras dan bertamadun.



Rujukan:

  1. Hadi Awang, Facebook rasmi, 23 April 2024.
  2. Harakah Daily, “Ramai rakyat hanya faham fardu ain, tidak faham politik Islam,” 27 April 2024.
  3. Noor, F. A. (2014). The Malaysian Islamic Party 1951–2013: Islamism in a Mottled Nation. Amsterdam University Press.
  4. Anwar Ibrahim. (2022). Script for a New Civilisation. Gerak Budaya.
  5. IDEAS. (2023). PAS’s Economic Governance: Between Rhetoric and Reality.
  6. Ibn Ishaq. Sirah Rasulullah (dalam terjemahan A. Guillaume, The Life of Muhammad).


*Penulis merupakan Felo Utama Akademi Sains Islam berpangkalan di Jordan.






MB PN TAK LEH PAKAI


 

BABI TAK SENANG DUDUK

Amran Jan



 Hahh......tak senang duduk la babi-babi lepas ni.!

Takut nanti taik babi hutan pun depa pi cari jugak.


(Sedih nampaknya Derih Sagon lepas baca Talkin PRK)

🤣🤣🤣




PENYAKIT BARU MUNCOL


 

ISU BENDERA BUKAN ISU KAUM....JATI DIRI.

 Adrian Lim Chee An


Sejak bila isu jalur gemilang tanpa bulan ini isu "Melayu vs Cina"???











Saya sebagai orang Cina tertanya-tanya, apa sebabnya akhbar Oriental Daily membuat tajuk "Melayu merasakan permohonan maaf tidak memadai"?


Adakah Oriental Daily sedang menghasut orang Cina mengkesiankan SinChew, seterusnya menjadikan ini naratif "orang Cina mempertahankan SinChew vs orang Melayu membantai SinChew"?


Ini naratif yang sangat bahaya & jahat!


Isu jalur gemilang bukan isu Melayu vs Cina. Isu ini melibatkan seluruh negara tanpa mengira kaum dan bangsa.


Hatta orang Cina sendiri pun bantai SinChew sebab tak hormati jalur gemilang! Ada hos berbangsa Cina buat video kecam SinChew. Ada ribuan netizen Cina membantai SinChew! Akhbar OrientalDaily tak nampak ke buat-buat tak nampak?


Pertembungan antara kaum ini takkan terjadi sekiranya cuma satu pihak menghasut dan menjadi ekstrim. Ianya memerlukan dua puak jahat barulah ianya akan berlaku.


Dia kene ada penghasut dalam kalangan orang Cina / India dia juga kene ada penghasut dalam kalangan orang Melayu.


Ekstrim Cina / India vs ekstrim Melayu barulah ada pertembungan untuk memporak-perandakan negara.


Faham peranan media?



JANGAN SAMPAI KENA MAKAN DENGAN PUAK LEBAI NI.

 MSO 


Perkongsian dari blog Merah Tinta, keadaan politik di Kelantan, Pas lebih cekap dan bijak berbanding dengan PH dan BN di Kelantan dalam mengambil kesempatan terhadap apa yang ada. 





Kelemahan komponen ini disebabkan kepimpinan di ketiga parti membentuk komponen itu baik Umno, Keadilan dan Amanah tidak ada wibawa dan keupayaan.


Harapan perlu menukar atau melantik pengerusi Harapan yang baru yang lebih dipercayai, menarik perhatian umum serta yang fakeh mengenai suasana di Kelantan. Trims.



WEY...MCA SUDAH PUPUS LO....MANA ADA...



 𝗔𝗸𝗮𝗿 𝘂𝗺𝗯𝗶 𝗠𝗖𝗔? MCA ada akar umbi lagi ke? Ingat dah 𝗽𝘂𝗽𝘂𝘀 dah. Almaklumlah, ada seorang 𝗮𝗽𝗲𝗸 tu pun jadi 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗷𝗶𝗯. Dia pun dah mengUMNOkan diri.





MCA nak keluar BN? 𝗧𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶 punya. BN pada MCA macam 𝗣𝗡 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂. MCA  𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴 𝗨𝗠𝗡𝗢 seperti mana 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗔𝗦.


MCA menang cuma atas undi Melayu UMNO. Tanpa undi Melayu UMNO,MCA akan 𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗻𝗮𝘀𝗶𝗯 dengan 𝗣𝗲𝗷𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗻 𝗚𝗧𝗔. Hilang deposit si semua kerusi.


Kalau UMNO tunduk pada gesaan MCA ni, memang bodohlah UMNO. MCA dah jadi 𝗹𝗶𝗮𝗯𝗶𝗹𝗶𝘁𝗶 buat UMNO. Lagi-lagi dengan 𝗸𝗲𝗻𝘆𝗮𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗿𝗮𝘀𝗶𝘀 pemimpin mereka.


MCA pun pernah cuba tinggalkan UMNO. MCA pernah bertanding 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗹𝗼𝗴𝗼 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 sebab mereka anggap UMNO 𝗽𝘂𝗻𝗰𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝗱𝗶 𝗖𝗶𝗻𝗮 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗖𝗔.


Jalan terbaik baik UMNO adalah dengan tinggalkan MCA. Kerusi yang MCA menang, UMNO boleh ambil sebab ia 𝗸𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗷𝗼𝗿𝗶𝘁𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 pun.


Cubalah MCA tinggalkan BN. Tengok MCA makin kuat atau jadi terima nasib macam 𝗚𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



NOHHHH.,.. 32 -0.…HARAM HISAP ROKOK...TU ULAMAK LARANG...KANG TAK PASAI KENA KAPIAQ

 


Orang Jawa kata 𝙚𝙣𝙚𝙢𝙮 𝙤𝙛 𝙢𝙮 𝙚𝙣𝙚𝙢𝙮 𝙞𝙨 𝙢𝙩 𝙛𝙧𝙞𝙚𝙢𝙙.





𝗩𝗮𝗽𝗲 sebenarnya 𝗱𝗶𝗺𝘂𝘀𝘂𝗵𝗶 oleh syarikat rokok sebab vape 𝗺𝗲𝗿𝗮𝗺𝗽𝗮𝘀 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻 mereka. Semenjak vape jadi popular, bisnes tembakau merudum teruk. Jadi kalau kerajaan nak hapuskan rokok, kerajaan kenalah 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗼𝗺𝗽𝗿𝗼𝗺𝗶 dengan vape.


Aku tak kata vape tu elok tapi memerangi rokok dan vape pada masa yang sama tak akan menguntungkan kerajaan. Takkan menang punya. Kena lawan dari per satu.


Faktanya, ramai yang berjaya tinggalkan rokok asbab vape. Ramai yang aku tengok berjaya berhenti terus. 𝗦𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘃𝗮𝗽𝗲 pun dah tak hisap.


Tindakan mengharamkan penjualan vape ni tidaklah mengejutkan sangat. Tapi yang menghairankan, rokok 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝗷𝘂𝗮𝗹 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀. Itu yang timbul tanda tanya, haramkan vape ni 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂 syarikat rokok ke?


Sedangkan kesan buruk vape belum dapat dibuktikan lagi. Memanglah ada satu dua kes. Tapi yang hisap vape ni 𝗯𝗲𝗿𝗷𝘂𝘁𝗮 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴. Ada yang dah hisap vape berbelas tahun. Sihat lagi.


Malah lebih lebih sihat berbanding masa hisap rokok dulu. Setakat beberapa kes kesihatan terkait vape tak gambarkan keadaan sebenar. Cuba bandingkan pula dengan rokok.


Kenapa kerajaan 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗷𝘂𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗿𝗼𝗸𝗼𝗸 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝘁𝗼𝘁𝗮𝗹? Ke sebab ada lebai yang merokok jadi tak berani nak haramkan rokok?


Kalau nak main isu kaum pun boleh. Pengusaha vape kebanyakannya 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗺𝘂𝗱𝗮 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂. Kerajaan negeri sengaja 𝗻𝗮𝗸 𝗵𝗮𝗽𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 𝗸𝗲? Tapi kita bukan walaun. Kita tak main isu begitu.


Nak kata vape ni budak-budak sekolah pun ramai hisap, begitu juga rokok. Dari dulu lagi memang dah ramai budak sekolah yang hisap rokok. 


Masa aku sekolah lebih 30 ahun dulu, 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗣𝗮𝗸 𝗠𝗮𝘁 memang jadi 𝘱𝘰𝘳𝘵 pelajar ketika pulang dari sekolah. Masa tu yang top 𝗚𝘂𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗚𝗮𝗿𝗮𝗺 𝗵𝗶𝘁𝗮𝗺. Ramailah budak sekolah aku singgah Kedai Pak Mat. Bukan sekarang je budak sekolah terlibat. Dari dulu lagi.


Nak haramkan vape, haramkanlah rokok dulu. Kalau tak, kita boleh kata kerajaan negeri 𝗻𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁 𝗿𝗼𝗸𝗼𝗸 dengan haramkan penjualan vape. Aku 𝗰𝗮𝗯𝗮𝗿 kerajaan Terengganu haramkan sekali penjualan rokok. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



KO PI LA PUSING SATU KOLOMPO PUN. KAU READY 300K...


 

LALUAN TRAFIK KEMUNCAK ASEAN SUDAH SELESAI?

 Jangan ulangi kesilapan lalu

LALUAN TRAFIK KEMUNCAK ASEAN SUDAH SELESAI?




Sidang Kemuncak Asean tidak lama lagi. Sudahkah KDN, PDRM, KPT,KPM, DBKL dan lain2 terbabit duduk semeja ambil langkah elakkan amukan rakyat di Lembah Klang.


Pandangan saya sebaiknya 6-7 hb Mei ini pelajar IPTA dan pelajar sekolah online class. Begitu juga kakitangan awam yg lain yg terbabit di KL yg menjadi penginapan pemimpin2 negara2 Asean sebaiknya bekerja secara online utk tempoh hanya 2 hari tersebut.


Sepatutnya bermula 1hb setiap hari stesen2 TV melaporkan jalan2 yg ditutup atau yg mungkin menjadi laluan pemimpin2 Asean nanti. Hebahan media perlu meluas dan perlu diingatkan setiap hari.


Walaupun pemimpin ini bukan dikelaskan sebagai Top World Leader tetapi jumlah pemimpin itu agak ramai. Itu melibatkan pelbagai laluan trafik.


Zaman medsos ini jika ditahan 10 minit boleh menimbulkan rasa marah dan tentu kerajan yg akn dipersalahkan walaupun ia adalah standard keselamatan pasukan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).


Seperti biasa apa sahaja PMX yg dipersalahkan walaupun PDRM mengambil langkah keselamatan sepertimana negara luar.


Sidang Kemuncak Asean ini penting dan sepatutnya menjadi political mileage utk kerajaan dan Perdana Menteri sendiri. 


Bimbang hanya kerana laluan trafik… trafik media lebih tertumpu kpd cerita2 serpihan yg ditunggang pembangkang. Kita harap cerita positif tapi cerita negatif pula kita dpt.


Saya berharap pihak2 terbabit belajar daripada apa yg berlaku kpd lawatan Presiden China Xi Jinping. Walaupun tahap keselamatan itu mendapat pujian Presiden China tetapi ditutupi dgn cerita2 trafik.


Masih ada masa 7 hari utk lakukan segera. Harap dpt kerjasama dgn media2 utk membuat laporan seharian di coronh2 TV, radio dan medsos. The only real mistake is the one from which we learn nothing.



CERITA BAGAIMANA ALMARHUM NIK AZIZ DI KHIANATI . ANAK ALMARHUM SENDIRI PUNCANYA BERPAKAT...AKHIRNYA DIA PUN TAK ADA APA DALAM SENARAI PAS.

 

Ahmad Mohamad Afendi. 


Siapa yang mencantas Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz setelah kemenangan PAS di Kelantan pada tahun 2013 PRU ke-13?

.




Pagi hari 6 Mei 2013, setelah diumumkan keputusan pilihanraya umum ke-13 pada malam 5 Mei 2013, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah bersiap siap untuk bertandang ke istana.

.

Beliau bersiap siap untuk menggalas sekali lagi, tanggungjawab sebagai Menteri Besar Kelantan.

.

Pagi itu, anaknya melalui Nik Abduh menahan pemergiannya, dengan alasan apa tuan puan?

.

Alasan seakan akan seperti Istana tak susun lagi program.

.

Mendengar alasan itu, Almarhum tunggulah dirumahnya. Mungkin jika sudah siap beliau akan dipanggil.

.

Tengok macam sudah lewat, tiada orang memanggil lagi.

.

Jadi nak keluar dari rumahlah nak ke Istana.

.

Tiba tiba, keluar dari mulut seseorang.

.

"Tak perlu pergilah, dah selesai dah majlis angkat sumpah"

.

Tak terkata apa Almarhum...

.

Terus sahaja Almarhum pergi melawat sahabat baiknya.

.

Dan berbual bual dengan sahabat baiknya.

.

Apa yang dibualkan?

.

"Mereka tak mahu dah ke ambo"

.

.

Saya ingin bertanya kepada penyokong PAS, pernah dengar cerita ini?

.

Kalau penyokong PAS tak pernah dengar cerita ini, mohon tanya Dato' Amar atau Nik Abduh.

.

Kalau mereka menafikan atau mereka cakap saya bohong, sila saman saya. IDGAF.

.

Kalau kena saman, baru seluruh alam akan tahu cerita ini sedalam dalamnya. Ya, bila kena saman, pemberita akan memberikan fokus sepenuhnya.

.

Waktu itu, otak penyokong PAS mungkin akan tergerak gigi gearnya. Selama ini bersawang tak pernah digunakan.

.

Cerita ini menyebabkan saya meluap luap benci kepada Nik Abduh, apa laknat yang terkena padanya sampai sanggup buat khianat kepada bapa sendiri?

.

Kepala perancang kerja khianat ini?

.

Tanya Dato Amar, siapa kepala perancang kerja khianat ini?

.

Tanya juga, ulama jahat mana lagi yang memberikan restu untuk kerja khianat ini dibuat?

.

Rasanya apa yang saya tulis ini, akan viral tak?

.

Dan satu lagi, rasa rasanya lah kan, adakah penyokong PAS tahu cerita ini?

.

Kifarahnya....

.

Nik Abduh kena khianat dengan pengkhianat.

.

Tukang khianat pun kena khianat dengan ulama jahat yang merestui kerja kerja khianat ini.

.

Sekian dimaklumkan.

.

Akhir kata, jangan khianat.

.

Kerana khianat akan sentiasa mencari jalan untuk datang kembali kepada si pengkhianat.



NI SUMBER SAHIH WALAUN...PENYOKONG BODO MACAM DIA LA.


Alif Jamil


 Sumber walaun yang paling mutawatir harini mintak maaf kepada Ketua Polis Negara sebab kantoi fitnah. 


Kalu sumber paling qatie dlm kitab walaun pun kena mintak maaf sebab kantoi fitnah ,  apatahlagi harakahdaily 😂