MGID

BERSAMA ANWAR : GAMBAR-GAMBAR PENGENALAN CALON PRK RANTAU HARI INI

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, motorsikal dan luaranFOTO WAN FAUDZINImej mungkin mengandungi: 11 orang, orang senyumImej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang ramai dan dalamanImej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan orang ramaiImej mungkin mengandungi: 1 orang, orang ramai dan luaranImej mungkin mengandungi: 1 orang, orang ramai

HIDUP BERJUANG: ANWAR TIDAK BOLEH TENGOK ORANG SUSAH


---
Masa Agong letak jawatan hari tu, ada orang buat lawak kata Anwar patut ganti, masa pertandingan Dewi Remaja pun orang buat lawak yang sama.
Nak kata Anwar gila jawatan la. Macam la dia tiba-tiba muncul kat Malaysia dan lama sangat nak jadi PM.
Aku nak cerita sikit pasal Anwar hari ni.
Anwar ni lahir di Kampung Cherok Tok Kun. Dulu orang selalu buat main kata orang cerok ni tak boleh jadi pemimpin. Cerok ni maksudnya macam kampung yang hujung dunia la.
Masa dia sekolah, dia buat kelas tambahan percuma untuk bantu orang kampung. Bukan dia sorang mengajar, ramai lagi dia ajak.
Inisiatif ni lama-lama berkembang jadi Yayasan Anda Akademik (YAA), sekolah yang tolong pelajar yang SPM (dulu MCE) dia tak cemerlang ambil MCE paper Julai, selain tingkatan 6 dan tingkatan 3.
Masa Anwar kat MCKK, dia dah tunjuk kebolehan sebagai pemimpin. Selain yang dah dicatit dalam tulisan, aku juga pernah dengar yang Anwar pernah buka tabung bila dia dapat tau ada sorang pelajar tak cukup duit untuk balik kampung. Kawan tu kata Anwar memang tak boleh tengok orang susah.
Lepas tu dia masuk UM, kat sini la mula kuat politik. Dia pejuangkan isu bahasa dan orang miskin kat Baling, buat demo sampai UM tutup. Dalam buku Reluctant Politician, biografi Tun Dr Ismail ada cerita sikit episod ni tapi dari sudut pandang lain. Kelakar. Masa ni juga kena ISA.
Sekitar masa tu juga Anwar bersama-sama asaskan PKPIM dan ABIM yang wujud sampai sekarang. Ini antara sebab orang-orang liberal tuduh Anwar yang jadi pemula Islamisasi dan Arabisasi di Malaysia. Tapi kalau lihat dalam mendalam, era tu memang era orang mencari-cari Islam.
ABIM pula muncul sebagai suara yang sederhana membawa imej Islam moden. Perlu diingat, setiap vakum akan diisi dan banyak lagi pertubuhan Islam yang 'lebih keras' ketika itu.
Masa tu Anwar dilihat rapat dengan pemimpin muda Melayu-Islam yang ideal. Walaupun ketika tu rapat dengan Pas, tapi rombongan Tun Mahathir untuk sunting Anwar masuk Umno lebih berjaya.
Dalam masa tu, Anwar banyak buat usaha untuk kembangkan idea Islam yang sederhana namun tak semua diterima ramai. Misalnya, usaha untuk buat dialog antara agama dipandang sebagai 'pluralisme agama' oleh orang Islam sendiri sedangkan usaha membawa nilai Islam dikatakan Islamisasi.
Anwar juga masa ketika jadi TPM dah gariskan visinya untuk Malaysia. Idea seperti masyarakat madani, ekonomi manusiawi dan cara menanggapi 'idea barat' dibentangkan dan akhirnya kini menjadi guiding idea untuk reformasi. Buku ni pernah diharamkan zaman reformasi 98.
Anwar sentiasa relevan hatta dalam penjara sekalipun. Dia pernah bantu Pak Lah yang hampir ditumbangkan ketika PAU dan kini sekali lagi bantu Tun Mahathir tumbangkan Najib.
Cuma sekarang tak boleh cakap lebih sangat lah, nanti orang menganjing kata tak sabar.
Tapi kalau duduk diam pun tak boleh juga nanti orang kata tak peduli dan dah tak relevan.
Kalau ikut cakap orang, sampai bila pun tak betul saja.
Pada zaman jurang makin melebar dari segi ekonomi, pergeseran bangsa, kebangkitan 'right-wing' Islam selain perang perdagangan antara US-China, kita mungkin lebih perlukan Anwar untuk kemudi Malaysia, lebih mendesak dari sebelum ini.
Credit: Twitter @bumilangit

MASIH ADA LAGI RUPANYA YANG MENYEBAR KHABAR ANGIN UNDI TAK PERCAYA…

Diperkatakan, baik melalui perbualan umum atau tulisan di beberapa media sosial, kononnya usaha Anwar Ibrahim mahu mengusulkan undi tidak percaya itu adalah pada Selasa lalu tetapi telah menemui kegagalan kerana tidak cukup sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen yang memihak kepadanya.

Lantaran itu Ahli Parlimen Port Dickson itu dikatakan telah membatalkan usaha untuk membawa usul tersebut pada saat-saat akhir.
Bagaimanapun, penyebar khabar angin itu 

meneruskan lagi dongengnya dengan mengatakan Anwar akan mencuba sekali lagi untuk mengemukan usul yang sama sebelum sidang Parlimen berakhir pada 11 April depan.
Untuk apa sebenarnya Anwar buat gila mahu membawa usul undi tidak percaya sedangkan peralihan kuasa kepadanya akan berlaku dalam tempoh dua tahun setelah Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri?
Bukankah lebih baik beliau bersabar sebagaimana tempoh masa yang dipersetujui itu?
Sebetulnya, bukan saja Anwar tiada perancangan untuk mengemukakan usul undi tidak percaya itu, malah Azmin Ali sendiri dalam ucapannya di Parlimen telah menegaskan bahawa PH komited untuk terus memberi sokongan padu kepada Tun Mahathir menerajui negara ini.
Ketika ini Majlis PH turut tiada masalah berhubung peralihan kuasa yang telah dipersetujui itu, malah hubungan Anwar dengan Tun Mahathir juga berada pada tahap terbaik ketika ini.
Sejak tiga bulan lalu, setiap sebulan sekali Anwar mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir untuk beliau melaporkan apa-apa kerja yang dilakukannya, baik di dalam mahupun luar negara, selain meminta nasihat serta pandangan Perdana Menteri berhubung pelbagai isu semasa.
Dengan itu, Anwar hanya perlu kekal bersama Tun Mahathir, di samping menunggu tibanya waktu yang sesuai untuk beliau mengambil alih teraju pentadbiran negara ini sebagaimana yang telah dijanjikan itu.
Khabar angin atau dongeng mengenai usul undi tidak percaya kepada Tun Mahathir tidaklah lain hanyalah perancangan pihak musuh atau pembangkang yang tidak senang berhubung peralihan kuasa tersebut.
Jika peralihan kuasa berjalan dengan lancar sepertimana dipersetujui, maka tiadalah perpecahan dalam PH dan ini bermakna sukarlah mereka untuk menggugatnya dalam PRU akan datang.
Selain itu, pihak musuh PH juga sebenarnya bimbang dengan kelibat Anwar yang lebih Islamik dan terkenal dengan idea-idea progresifnya apabila memegang kuasa nantu akan menjadikan mereka semakin dijauhi oleh rakyat.
Idea-idea Anwar semasa berada dalam kerajaan dahulu seperti memperkenalkan Bank Islam, Universiti Islam serta pelbagai pendekatan cakna kepada rakyat adalah antara yang membuatkan kerajaan ketika itu lebih dekat di hati rakyat.
Inilah yang sebenarnya menakutkan pihak pembangkang, lalu mereka terpaksa mereka-reka cerita kononnya ada usul undi tidak percaya akan dibawa yang semata-mata bertujuan memecah-belahkan PH.
Sokongan yang kononnya diberikan kepada Tun Mahathir jika berlaku undi tidak percaya hanyalah bertujuan supaya Perdana Menteri terghairah untuk memegang kuasa melebihi dua tahun dan memungkiri janji peralihan kuasa.
Seterusnya, jika itu berlaku, tentulah PH akan berpecah yang berpunca daripada pergeseran semula antara Tun Mahathir dengan Anwar.
Akibatnya, PH akan berpecah, lemah, rakyat jadi bosan dan di sinilah diharapkan munculnya peluang pembangkang untuk menang semula dalam pilihanraya akan datang.
Namun, kiranya peralihan kuasa berjalan lancar dan PH tidak berpecah, kalau pun tidak sehingga 60 tahun, barangkali dua tiga penggal jugalah pembangkang yang ada sekarang akan terus bergelar pembangkang di negara ini. (Shahbudindotcom 14/03/2019)

PAS TIDAK KUAT DI RANTAU, MASIH 50-50

(function() { var d = document, w = window; w

ANWAR DAN SKIM SISWAZAH MENGANGGUR 80AN-.- KINI IANYA DIPERKENALKAN DI PORT DICKSON UNTUK PETANIAN MODEN

  Sekitar 1986, ketika beliau menjadi menteri pertanian, beliau telah melancarkan siswazah tani. Lebih kurang macam itu.Masa tu banyak mahas...