MGID

AZMIN PERLEKEH CALON KETUA MENTERI BN?

 

Selepas Muhyiddin Yassin baru-baru ini menamakan Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri sekiranya GRS memenangi PRN Sabah, isu itu kini tambah hangat dengan sokongan Azmin Ali terhadap perkara itu.

Menurut beliau, Hajiji adalah seorang pemimpin yang dihormati dan sangat layak untuk memimpin Sabah.

“Malah mendengarnya berucap saja, saya dapati Hajiji sememangnya layak untuk jadi Ketua Menteri.

“Ini bukan pandangan peribadi saya saja tetapi juga Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

“Seperti yang saya sebutkan, Perdana Menteri telah menyatakan secara terbuka bahawa pada pihak kami, PN ingin mencadangkan Hajiji sebagai calon yang sesuai.

“Kami perlu memastikan rakyat Sabah bahawa ini masa depan untuk mereka dan negeri ini.

“Kami mahu calon yang kuat, berupaya memimpin Sabah dan kerajaan negeri.

“Saya fikir beliau perlu diberi peluang memimpin rakyat Sabah,” kata Azmin yang baru-baru ini menyertai Bersatu ketika berkempen untuk GRS yang dianggotai PN-BN-PBS di Tuaran.

Woww….hebat sekali sokongan Azmin terhadap Hajiji agar Pengerusi Bersatu Sabah itu benar-benar berpeluang menjadi Ketua Menteri selepas PRN 26 September ini.

Lambungan yang kuat terhadap Hajiji ini dengan sendirinya bermakna Azmin sedang memperlekeh calon Ketua Menteri yang ditonjolkan UMNO dan BN iaitu Bung Mokhtar Radin.

Dengan Menteri Kanan itu mengatakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri yang kuat, dihormati dan sangat layak untuk jawatan itu, adakah ini bermakna Bung Mokhtar Radin, pesaing bagi jawatan itu yang mahu dinaikkan UMNO dan BN sebagai calon yang tidak kuat, tidak dihormati dan sangat tidak layak?

Adakah juga Azmin bermaksud oleh kerana Bung Mokhtar sedang berdepan kes rasuah di mahkamah, maka beliau dilihat tidak kuat, tidak dihormati dan sangat tidak layak untuk menjadi Ketua Menteri Sabah? 

(Shahbudindotcom 15/09/2020)


IDEA 16 SEPTEMBER DIZAHIRKAN OLEH DSAI SELEPAS KEMENANGAN PRK PERMATANG PAUH

 


NIZAM AKA



Esok,16 Sept 2020 merupakan Hari Cuti Umum rakyat untuk menyambut Hari Malaysia pd setiap 16hb September..

Tapi ramai yang tak tahu idea dan cadangan siapa Cuti Umum 16 Sept itu..Maka geng-geng umno dengan megahnya memberitahu cadangan Hari Cuti Umum itu adalah idea dan cadangan Kerajaan Umnobn kerana ianya diumum oleh PM Najib..

Fakta yang tak boleh ditipu dan diubah..

Pada 2 Sept 2008,Semasa berucap dalam majlis kesyukuran menyambut kemenangannya dalam Prk Parlimen Permatang Pauh,Dsai telah mencadangkan 5 negeri di bawah pembangkang(PR ketika itu) mengistiharkan 16hb September sebgai Cuti Umum kerana 16hb September adalah hari ulang tahun Penubuhan(Pembentukan) Malaysia.

Pd 17 September 2008,Pak Lah(Pm ketika itu)menolak cadangan Dsai itu..Sebabnya mudah..kerana cadangan datang dari Penasihat PKR..

Pd 19hb Okt 2009,PM Najib telah membuat pengumuman,mulai tahun depan(2010)ulang tahun Hari Malaysia pada 16hb Sept diisytiharkan hari Cuti Umum di seluruh negara..

So,idea dan cadangan siapa Cuti Umum 16hb Sept Hari Malaysia itu?Najib?Najib hanya umumkan sahaja,tapi idea dan cadangannya datang daripada Dsai,Penasihat PKR ketika itu..

 



SETELAH DIKETEPIKAN, PEMIMPIN PAS PUJI DIRI SENDIRI


Katanya PAS tidak pernah rugi dalam semua kerjasama politik dengan pihak lain selagi parti itu beristiqamah dengan Islam.

"Hari ini kita berjaya dalam usaha Wahdah Ummah (Penyatuan Ummah) bersama Islam, maka pertahankan perpaduan ini dengan penuh kesabaran dalam menghadapi masalah dalaman umat dengan meneguhkan titik persamaan dan bertoleransi dalam perbezaan dengan konsep yang disebutkan dalam al-Quran," tegasnya.

https://youtu.be/pL_200T-XYw


VIDEO : AMANAH PENERUS LEGASI TUAN GURU

 


Pemangku Pengerusi DAP Negeri, Datuk Frankie Poon berkata ini adalah “Walaupun kami agak sedih untuk tidak menggunakan lambang parti iaitu roket dan sebaliknya menggunakan lambang Warisan tetapi ini adalah tindakan yang betul,” katanya dalam kenyataan.

Frankie Poon berkata DAP secara kolektif memutuskan untuk menerima cadangan Presiden Warisan Datuk seri Mohd Shafie Apdal untuk menggunakan logo yang sama.

PRN SABAH: SIAPA PIKUL BIAWAK HIDUP?



 "Meletakkan sebarang calon dari parti ehem di Pilihan Raya Negeri Sabah sudah tentu akan dilihat seperti tindakan "suicidal" (bunuh diri)." tegasnya.

Kata Hanipa: "Yang lebih malang, hakikatnya ,walau tanpa ada satu kerusi pun parti ehem (PAS) yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah, selagi mana parti ehem (PAS) sedang berada dalam PERIKATAN NASIONAL atau Muafakat Nasional, semua rakan sekutu dalam PERIKATAN NASIONAL tidak dapat tidak perlu memikul juga bebanan atau liabiliti yang dicetuskan oleh parti ehem (PAS). "Ini lah yang orang putih kata BARISAN NASIONAL, Muafakat Nasional atau PERIKATAN NASIONAL "are guilty by association".

PRN Sabah: Pertarungan 8 penjuru di DUN Matunggong

 


Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggong merupakan salah satu kerusi sengit yang dipertandingkan oleh KEADILAN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

 Terletak di bawah Parlimen Kudat dan berada sejauh 137 km dari Kota Kinabalu, DUN Matunggong merupakan salah satu kerusi kuat KEADILAN, dengan 17,111 pengundi berdaftar di kawasan itu.

 KEADILAN pernah memenangi DUN Matunggong pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), apabila Jelani Dasanap meraih 6,947 undi dengan majoriti sebanyak 320 undi, sekali gus menewaskan empat calon lain di kawasan itu.

 Pada PRU-14, Sazalye Donol Abdullah bertanding sebagai calon DUN Matunggong namun namun tewas tipis apabila meraih 5,259 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Julita Majunki yang meraih 6,946 dengan 320 undi majoriti.

 Bagaimanapun dalam PRN Sabah 2020, peluang KEADILAN dilihat semakin cerah.

 Sazalye sekali lagi bertanding sebagai calon DUN Matunggong, namun akan bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN) dan calon Perikatan Nasional (PN).

 Ini menyaksikan pertembungan antara penyandang kerusi, Julita dari Parti Bersatu Sabah (PBS) dibawah PN dengan Richard Kastum yang mewakili Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dibawah BN.

 Kerusi DUN Matunggong turut dipertandingkan oleh Sarapin Magana selaku calon Parti Cinta Sabah (PCS) dan Hibin Masalin selaku calon Parti Gagasan.

 Tiga lagi merupakan calon Bebas iaitu Dr Paul Porodong, Ronald Tampasok dan Joseff Emmanuel.

 Pertembungan antara BN dan PN dalam satu kerusi sudah tentu akan menyebabkan berlakunya kekeliruan pengundi dan jelas menunjukkan bahawa kedua-dua gabungan parti kerajaan ini gagal mencapai kesepakatan sekaligus tidak sepatutnya diundi oleh rakyat.

 Tidak mustahil, undi pecah akan memihak kepada KEADILAN pada hari mengundi nanti.

 Senarai calon DUN Matunggong

 1. Dr Paul Porodong (Bebas)

2. Sarapin Magana (PCS)

3. Ronald Tampasok (Bebas)

4. Richard Kastum (BN-PBRS)

5. Joseff Emmanuel (Bebas)

6. Julita Mojungki (PBS)

7. Hibin Masalin (Gagasan)

8. Sazalye Donol Abdullah (PKR)

 

DAH JADI KERAJAAN ...NAK CABAR APA LAGI?


Sekarang dah jadi kerajaan, kenapa masih tak haramkan lagi Dong Zong?



UMNO TERENGGANU BUAT ‘NASI KUNYIT’ JIKA LAWAN PAS SEMUA KAWASAN


HADI GUNA NAMA BINATANG LAGI UNTUK PERBODOHKAN PARA PENYOKONGNYA


“Insya-Allah kita tidak menjadi laksana tikus yang berada dalam kepuk padi atau semut yang mati dalam gula, tidak seperti mereka yang tidak beristiqamah melompat dan melarikan diri daripada Pas sebagai sebuah parti Islam,” - Hadi 


Aku tengok dah macam semut mati dalam gula.  Dalilnya, dok bersama kerajaan pintu belakang, apa untungnya pada Pas?  Dapat jadi menteri MEWA jaga tong sampah dan pencemaran?  Dapat jadi duta khas bertaraf menteri?  

Dikira untung kalau dapat buat hudud.  Bukankah hudud nyawa Pas?  Dikira bertuah kalau dapat bawa RUU Akta 355.  Tapi, Pas tak mampu buat apa2.  Usahkan nak perjuangkan Islam, kerusi yang mereka selalu bertanding di Sabah pun selamba je MCA sapu.  Untungkah?  MCA yang hanya ada dua Kerusi Parlimen, mereka pun mampu bertanding di Sabah.  Pas yang ada 18 Kerusi Parlimen, hanya jadi tukang baca doa dan pacak bendera je?  

Sewaktu dalam PR dulu, PR pun tidak pernah layan Pas sedemikian rupa.  Bahkan, sewaktu dalam PR, kerusi Keadilan pun Pas langgar dengan alasan pil kuda dan komunis.  Tapi Keadilan ok je dengan karenah Pas.  Dengan Keadilan dulu Pas berani langgar, tetapi mengapa dengan MCA Pas kecut telor?

Pas tersilap pilih kawan kerana mata dikaburi oleh keduniaan.  Mereka pilih puak yang mahu memperkudakan Pas dengan cara mengumpan seekor dua pemimpin mereka.  Kesihan kepada para pendokong parti yang berpuluh tahun mengharapkan Pas untuk jadi bermaruah dan berani.  Mereka harus kembali memilih kawan yang sebenar.


WFAUZDIN NS



ANWAR DI MUKA DEPAN AKHBAR TURKI KETIKA DI PENJARA

 

Muka depan majalah Turki, Gerรงek Hayat. Antara yang dikongsi adalah pengalaman saya merengkok lebih 10 tahun di penjara dan visi dan misi saya untuk Malaysia tercinta.




Mohamad Sabu, Husam berganding bahu majukan AMANAH, erat hubungan PH

 

Mohamad Sabu, Husam berganding bahu majukan AMANAH, erat hubungan PH

Kehebatan Datuk Husam Musa sebagai seorang yang berfikiran luas, strategik dan sentiasa fokus dalam gerak kerjanya diakui oleh kawan mahupun lawan, kata Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.

Menerusi catatan awalnya, Mohamad mengimbau kembali detik di mana Husam telah pun bersama dengannya dan berkecimpung di dalam Pas sejak Naib Presiden AMANAH itu keluar dari Universiti Malaya (UM).

Menurutnya, mereka sentiasa bertukar pandangan, berceramah sepentas dan merangka strategi Pas sehingga akhirnya bersama-sama membangunkan AMANAH.

“Apabila beliau berhasrat melepaskan jawatan, maka kami para pimpinan mencadangkan supaya beliau diberi peranan yang lebih besar iaitu sebagai penasihat kepada tiga biro penting iaitu Biro Pilihanraya, Komunikasi dan Strategi Parti yang akan memimpin roadmap pilihanraya AMANAH.

“Inilah tanggungjawab yang akan diserahkan kepada Datuk Husam bersesuaian dengan pengalaman dan kebolehan beliau.

“Saya dengan Datuk Husam akan sentiasa berganding bahu untuk memajukan AMANAH, mengeratkan hubungan dalam Pakatan Harapan (PH) dan memacu masa depan politik Malaysia dengan konsep Islam Rahmatal Lil Alamin,” Katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Husam pada minggu lalu dilapor telah menyerahkan peletakan jawatan kepada kepimpinan AMANAH selepas menyertai parti itu sejak Ogos 2016.

Peletakan jawatannya itu adalah bagi membolehkan beliau memberi tumpuan kepada usaha memenangkan kerusi AMANAH di Kelantan khasnya di kawasan Parlimen Kota Bharu yang diketuainya.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad menegaskan, segala dakwaan yang mengatakan peletakan tersebut disebabkan tidak berpuas hati dengan Presiden atau mana-mana pimpinan parti juga sama sekali tidak berasas.

Angin perubahan Sabah mampu selamatkan Malaysia – Kit Siang

 

Oleh Ghafar NS

Situasi politik di Sabah, ditambah pandemik Covid-19 yang melanda dunia, meletakkan Negeri di Bawah Bayu itu berada dalam keadaan getir.

Ini lebih-lebih lagi apabila bukan sahaja rakyat Sabah, malah rakyat di seluruh Malaysia, mengharapkan bantuan daripada wakil-wakil rakyat ketika pandemik itu belum berakhir.

Namun, beberapa wakil rakyat telah bertukar menjadi ‘katak politik’ disebabkan ketamakan kuasa dan langsung tidak memikirkan rakyat.

Ini menyebabkan Ketua Menterinya, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal terpaksa membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya rakyat dapat menentukan wakil rakyat pilihan mereka sekali gus memberi pengajaran kepada katak-katak terbabit.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, rakyat Sabah perlu melancarkan ‘angin perubahan’ untuk selamatkan Malaysia melalui Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 ini.

Sabah perlu menjadi tempat bermulanya kebangkitan rakyat bagi mengembalikan mandat kepada Pakatan Harapan (PH) yang diangkat oleh rakyat sendiri pada Mei 2018.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri turut menyatakan, walaupun pemimpin-pemimpin PH kecewa dengan rampasan kuasa oleh Perikatan Nasional yang dipimpin Muhyiddin Yassin, gabungan itu tetap terus berjuang dan berkorban.

Perkara ini kerana misi dan impian lebih besar, iaitu untuk mewujudkan Malaysia sebagai negara yang adil buat semua, aman dan stabil.

Beliau berharap, rakyat Sabah dapat keluar beramai-ramai mengundi Warisan agar pimpinan Shafie lebih stabil dan kukuh di Sabah dan seterusnya meletakkan batu asas untuk Malaysia kembali ditadbir oleh PH.

“Kita boleh mencapai kemenangan pada 26 September ini!” katanya dalam satu ucapan bersemangat di Tanjong Papat, Sandakan malam tadi.

Turut bersama dalam acara tersebut ialah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi dan dua calon DAP di Sandakan iaitu Datuk Frankie Poon yang mewakili kawasan Tanjong Papat dan Calvin Chong (N55 Elopura).

Seramai tujuh calon berwibawa dari DAP akan bertanding di bawah panji Warisan dalam PRN Sabah kali ini.

Selain dua calon di Sandakan tersebut, turut bertanding ialah Tan Lee Fatt di N19 Likas, Justin Wong di N69 Sri Tanjong, Peter Saili di N40 Bingkor, Jannie Lasimbang di N25 Kapayan dan Phoong Jin Zhe di N21 Luyang.

Sokong DAP, undilah Warisan!

18 POSTING SEHINGGA KINI . LAGI BERITA AKAN MENYUSUL

 


SILA TEKAN > UNTUK MEMBACA BERITA AWAL PAGI ATAU TEKAN OLDER POST.

SILA TEKAN IKLAN YANG TERTERA DI BERITA  . IANYA SATU CARA MEMBANTU ADMIN MENERUSKAN USAHA MENYEBARKAN BERITA SAHIH BERBANDING BERITA YANG DIPAPARKAN DIMEDIA ARUS PERDANA.

ADMIN TIDAK MENDAPAT MANA MANA DANA SAMA ADA DARI RBA ATAU MUJAHID CYBERTROOPER ATAU ROSMAH CYBERTROOPERS. ADMIN HANYA BERGANTUNG KEPADA IKLAN YANG DISEDIAKAN DAN KEBANYAKKAN IKLAN INI ADALAH HAMPIR SAMA DENGAN MEDIA MEDIA LAINNYA. 

KERJASAMA DAN SUMBANGAN DARI PIHAK TUAN DENGAN MENEKAN  IKLAN YANG DISEDIA AMAT SAYA HARGAI.TERIMA KASIH.


ADMIN WRLR



Pas mungkin dipinggirkan lebih teruk pada PRU 15 - Azan

 





Ketetapan demi ketetapan yang diambil dalam Muktamar Pas ke 66 di Pengkalan Chepa, Kelantan baru-baru ini tidak mungkin menutup kegelisahan ahli biasa parti itu yang melihat ada sesuatu yang tidak kena dalam langkah politik Pas menyertai Perikatan Nasional (PN).

 Tidak sebagaimana layanan baik yang diberi DAP kepada parti itu ketika mereka berkerjasama, pemimpin PN dan BN lebih senang meminggirkan terus Pas daripada memberi parti itu peluang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

 Pas yang masuk ke Sabah sejak 1986 dan tidak pernah tidak bertanding, dinafikan walau satu kerusi pun dalam PRN 2020.

 Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, tragedi di Sabah sewajarnya memberi pengajaran kepada pemimpin Pas agar bersedia menghadapi situasi yang lebih buruk.

 Jika pemimpin Pas masih leka dengan habuan politik, katanya, maka Pas akan menerima padah. Malah kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah pun akan dicerobohi oleh PN dan BN.

 "Apa yang berlaku di Sabah membuktikan Pas ini tak berubah dalam 50 tahun. Pas mudah terpengaruh sejak zaman Tun Razak (masuk kerajaan BN-Pas, 1971 -1978) sehinggalah zaman pemerintahan anaknya, Najib (Razak), Pas tak sedar mereka mudah terikut.

 "Nak gunakan Pas bukan mudah. Tetapi kalau kena cara dengan taburan wang, jawatan dalam GLC sehingga mereka terasa terhutang budi sampailah membawa kepada sekarang, makin teruk Pas dicucuk hidung.

 "Selama pilihan raya kecil sebelum ini Pas tidak diberi tempat sampailah dalam PRN Sabah. Mereka hanya digunakan untuk menunjukkan berlaku penyatuan Melayu, agama Islam.

 "Kita tengok parti sekecil Amanah dan parti kecil lain pun diberi tempat tetapi bukan pada Pas," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

 Oleh itu, kepada penyokong Pas, Azan menasihatkan agar tidak lagi terpedaya dengan laungan perjuangan Islam

 Perjuangan Pas yang mahu menegakkan Islam di Sabah dan mengekang pengaruh Kristian yang dibawa oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) suatu ketika dahulu telah kendur dan tidak lagi berbekas kepada pemimpin utamanya sehingga sanggup menyerahkan kerusi tradisi mereka kepada MCA dan PBS.

 "Sabah ini suatu testimoni menilai sikap pemimpin Pas yang dilihat kendur atau "menyerah diri" dan tak boleh berbuat apa-apa lagi di Sabah walaupun ramai orang Melayu di sana.

 "Kita nampak kedudukan Melayu yang dibawa Pas dipersendakan, RUU 355 pun tidak ke mana. Semua yang datang dari Pas mereka sanggup ketepikan isu itu walaupun berpuluh tahun dibawa dan diperjuangkan," katanya.

 Menurut Azan lagi, rakyat Malaysia seharusnya berhenti mempercayai Pas sebagai pembela Islam sebagai mana pada era Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dan Ustaz Fadzil Noor yang tegas menegakkan kebenaran dan menolak kebatilan.

 

TAHNIAH HUSAM MUSA


KETERLALUAN TENTANG PEMIMPIN PAS BOLEH DIBUNUH?


PAS GUNAKAN HADIS BERNEGARA UNTUK PARTI?


GILA GELARAN DATO

 

Shahbudian Husin

Hudud entah ke mana, RUU355 entah ke mana, nasib Adib pun tak lagi dibela, akhirnya yang sangat digilakan gelaran Dato’ pulak....



ADAKAH BN DAN PN AKAN SALING SABOTAJ UNTUK MEREBUT JAWATAN KETUA MENTERI

 

Perebutan jawatan Ketua Menteri Sabah antara BN dan PN secara umumnya masih lagi merupakan isu yang umpama “api dalam sekam” antara kedua-dua gabungan tersebut.

Muhyiddin Yassin pada hari penamaan calon baru-baru ini telah menamakan Hajiji Noor sebagai bakal Ketua Menteri Sabah.

Walaupun kenyataan Perdana Menteri itu dikritik dan dikecam oleh beberapa pemimpin UMNO, termasuk Presiden UMNO, Zahid Hamidi, beliau setakat ini tidak pernah menarik balik pencalonan Hajiji itu.

Ini bermakna, dalam hati Muhyiddin, beliau tetap mahukan Pengerusi Bersatu Sabah itu sebagai Ketua Menteri sekiranya Gabungan Rakyat Sabah berjaya memenangi PRN 26 September depan.

Di pihak BN, memandangkan autonomi telah diberikan kepada UMNO untuk memutuskan calon Ketua Menteri, maka sudah barang tentu Pengerusi BN dan UMNO Sabah, Bung Mokhtar Radin adalah calon utamanya.

Presiden UMNO, Zahid Hamidi juga dikatakan setuju dengan pencalonan Bung Mokhtar sebagai Ketua Menteri Sabah itu.

Mengukuhkan lagi kedudukan Bung Mokhtar ialah berikutan beliau dengan bergaya telah berjaya mengenepikan Musa Aman dan Abdul Rahman Dahlan, dua pesaingnya untuk jawatan Ketua Menteri daripada diturunkan sebagai calon BN.

Bekas Perdana Menteri, Najib Razak dalam rakaman video yang tersebar di media sosial menyebut, siapa yang yang harus menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah mestilah dipilih daripada kalangan Adun yang mendapat sokongan majoriti Adun Sabah sendiri.

Katanya, itulah kehendak perlembagaan berkaitan pemilihan Ketua Menteri.

Berdasarkan itu, maknanya antara BN dan PN, siapa yang paling banyak menang kerusi adalah lebih berpotensi untuk menjadi Ketua Menteri.

Dalam PRN Sabah kali ini, BN bertanding sebanyak 41 kerusi, manakala PN cuma 29 kerusi saja daripada 73 keseluruhan kerusi yang ada dalam Dun Sabah.

Dari segi logiknya, ini memperlihatkan peluang BN untuk mengisi jawatan Ketua Menteri adalah lebih cerah berbanding PN.

PN, walau jika ditakdirkan menang semua 29 kerusi sekali pun, mereka tetap tidak cukup majoriti untuk menuntut jawatan Ketua Menteri.

Dengan perebutan yang masih terbuka itu, apakah mungkin antara BN dan PN, mereka akan saling mensabotaj sesama sendiri bagi memastikan masing-masing memenangi jumlah kerusi yang lebih banyak, seterusnya lebih berpeluang meraih jawatan Ketua Menteri?

Ini kerana, meski PN dan BN adalah ahli dalam Gabungan Rakyat Sabah bersama PBS yang mempunyai matlamat menumbangkan Warisan, sudah tentu siapa yang memiliki jumlah kerusi lebih banyak dalam gabungan itu mempunyai peluang lebih tinggi untuk disokong sebagai Ketua Menteri.

Atau mungkinkah juga cubaan memastikan Hajiji dan Bung Mokhtar kalah turut merupakan perkiraan utama sesama BN dan PN?

Dalam perkembangan lain, Pas yang tidak diperuntukkan kerusi dalam PRN Sabah ini turut mengumumkan akan melancarkan jentera partinya sendiri yang melibatkan kira-kira 2,000 anggota.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau sendiri akan ke Sabah hari ini untuk melancarkan jentera parti itu.

“Saya akan pergi ke Sabah untuk melancarkan jentera PAS bagi membantu rakan-rakan PN bagi memastikan kerusi yang ditandingi dapat dimenangi,” katanya lagi.

Persoalan di sini, kenapa Pas hanya umum nak bantu PN saja?

Adakah Pas tidak akan membantu BN yang mana UMNO adalah rakan kongsinya dalam Muafakat Nasional?

Apakah ini bermakna Pas lebih menyokong Hajiji berbanding Bung Mokhtar untuk jadi Ketua Menteri menggantikan Shafie Apdal? (Shahbudindotcom 15/09/2020)


(function() { var d = document, w = window; w

SERBAN BESAR BAKUL PUN BOLEH LETAK TEPI DEMI DUIT- 1 METER