LAWATAN RASMI PM PERTAMA KE LUAR NEGARA


 

LANTIKAN DI KKM TERUTAMANYA KEDUDUKAN DOKTOR YANG BELUM DISAHKAN


 

KATANYA KETUA BAHAGIAN TOLAK ANWAR DAN DAP/ HANGPA NAK SOKONG SIAPA - NAK JADI PARTI YANG AKAN HANYUT JIKA KERUSI KERUSI AKAN SEMAKIN SEDIKIT UNTUK BERKONGSI DENGAN PAS DAN BERSATU?


 

JOM PERTAHAN KEPIMPINAN ULAMAK


 

KATA NGA KOR MENG- MENAIKTARAF KUALA LUMPUR UNTUK MENAMBAH LEBIH BANYAK BAS PERCUMA DAN MENGHIJAUKAN BANDARAYA


 

SUARA SIAPA NIH SEDANG MENGHASUT UNTUK UMNO JOIN MEREKA. JIKA 10 ORANG DARI UMNO....SILA DENGAR


 

KENYATAAN KETIKA HADI AWANG MENJADI MB TERENGGANU MENGENAI BABI


 

SOALAN TERUS TANPA TEKS- ANAK MUDA HARUS MEMBACA DAN MEMAHAMI APA ITU ISLAH DAN KEADILAN. BUKAN RASUAH DAN PEMIMPIN MEMUNGGAH KEKAYAAN


 

INI BARU BETUL. PELABUR DATANG MISALNYA DARI QATAR BERJUMPAUNTUK MELABUR- TANPA PERLU PUN DUTA TETAPI TAK BUAT APA APA PUN


 

TIDAK ADA PILIH KASIH SEBALIKNYA KEBEBASAN PIHAK BERKUASA MENYIASAT


 

KATANYA ADA KOMISYEN


 

JAWATANKUASA DISIPLIN PARTI AKAN SIASAT KEMPEN MANAGER H2O UNTUK BERTANDING JAWATAN PRESIDEN


 

EPISOD MH 370- ANGKARA UFO


 

KENAPA UMNO


 

KES AKAN LEBIH BANYAK DI DEDAHKAN DAN DIBONGKAR DAN DIDAKWA.


 

Komponen GRS sokong teguh Hajiji sebagai ketua menteri

 


Parti-parti komponen GRS berkata, keabsahan Hajiji Noor sebagai ketua menteri kekal utuh. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Parti-parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberikan “sokongan teguh” kepada Hajiji Noor sebagai ketua menteri di tengah-tengah ketidaktentuan politik yang sedang berlaku di negeri itu.

Dalam kenyataan bersama, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP), dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) berkata, keabsahan Hajiji sebagai ketua menteri kekal utuh apabila beliau terus mendapat sokongan majoriti DUN.“GRS hargai sokongan daripada ADUN lain untuk Hajiji kekal sebagai ketua menteri,” kata mereka.

“Menjadi tanggungjawab kami untuk menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat pada PRN lepas.

“Sebarang usul untuk membentuk kerajaan pintu belakang adalah satu tindakan mengkhianati mandat daripada rakyat dan patut ditolak.”

Kenyataan itu ditandatangani oleh Presiden PBS Maximus Ongkili, Presiden STAR Jeffrey Kitingan, Presiden SAPP Yong Teck Lee dan Presiden Usno Pandikar Amin Mulia.

Malam tadi, Barisan Nasional (BN) dan Umno Sabah menarik balik sokongan mereka kepada Hajiji atas alasan beliau melanggar pakatan dengan BN, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Perikatan Nasional (PN) selepas PRN pada September 2020.

Pengerusi BN negeri Bung Moktar Radin berkata, keputusan BN-Umno itu menyebabkan Hajiji kehilangan majoriti di DUN, dan “tidak layak” lagi menjadi ketua menteri.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Masidi Manjun menegaskan bahawa gabungan itu terus memegang majoriti kerana enam wakil rakyat Umno Sabah tidak bersetuju dengan keputusan Bung untuk menarik balik sokongan kepada Hajiji.

GRS yang diketuai oleh Hajiji mempunyai 29 kerusi di DUN. Untuk membentuk kerajaan baharu, majoriti mudah 40 kerusi diperlukan daripada keseluruhan 79 kerusi DUN.

PEMILIHAN UMNO - GENERASI MUDA PASCA MERDEKA LAWAN GENERASI TUA PRA MERDEKA



Beberapa sumber dan maklumat yang diperolehi setakat ini hampir mengesahkan Hishammuddin Hussein adalah calon yang akan mencabar Ahmad Zahid Hamidi bagi jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti yang dijangka pada Mac depan.


Bagi jawatan Timbalan Presiden pula, calon yang bakal mencabar Mohamad Hasan ialah bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atau KJ.


Sebelum ini Tok Mat dan KJ adalah gandingan Ketua dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, tetapi berikutan kerusi Parlimen Rembau diambil alih oleh Tok Mat pada PRU15 lalu dan KJ kemudian tercampak ke Sungai Buloh, menantu Tun Abdullah Badawi itu akhirnya memindahkan terus keahlian UMNOnya ke Sungai Buloh.


Dengan Hishammuddin akan bergandingan dengan KJ untuk melawan Zahid Hamidi serta Tok Mat, ini bermakna pertandingan yang berlaku nanti ialah pertembungan antara dua generasi yang berbeza iaitu pemimpin pasca merdeka dan pra merdeka.


Hishammuddin dan KJ adalah pemimpin yang lahir selepas merdeka, manakala Zahid Hamidi dan Tok Mat ialah generasi kelahiran pra atau sebelum negara menikmati kemerdekaan pada 1957.


Dengan demikian, sudah tentu pertandingan nanti jadi menarik kerana inilah pertama kali pertembungan dua generasi sedemikian berlaku dalam UMNO.


Tambahan lagi, dunia dewasa ini adalah dunia orang muda dan desakan perlunya UMNO melakukan proses peremajaan sudah lama kedengaran, disertai pula dengan remaja berusia 18 tahun pun sudah boleh mengundi, kemunculan gandingan Hishammuddin dan KJ seolah-olah ingin membawa nafas serta harapan baru untuk parti mendepani PRU16 pada tahun 2027 akan datang.


Sediakah perwakilan UMNO yang berjumlah hampir 160,000 yang juga lebih ramai di antaranya adalah kelahiran pasca merdeka memilih pemimpin generasi mereka sendiri mengetuai UMNO atau mereka masih berharap orang tua pra merdeka memimpin parti itu?


Selain pertandingan itu nanti jadi menarik kerana pertembungan dua generasi tersebut, pemilihan akan datang ini juga adalah umpama “titian siratulmustakim” bagi masa depan UMNO.


Dengan pretasi kerusi dimenangi UMNO menunjukkan prestasi kian menurun – 88 kerusi pada PRU13, 54 kerusi pada PRU14 dan 26 kerusi pada PRU15 – siapa yang akan menerajui parti selepas ini adalah sangat penting demi kelangsungan masa depannya.


Ini kerana merekalah nanti yang akan mengetuai UMNO dan BN untuk menghadapi PRU16 yang akan diadakan lima tahun daripada sekarang.


Apakah jika pemimpin daripada generasi pra merdeka terus memimpin UMNO, sokongan rakyat masih boleh diperolehi?


Atau UMNO yang diterajui pemimpin generasi pasca merdeka lebih sesuai dan mampu menarik sokongan rakyat dengan lebih baik lagi?


Pokoknya, bagi pemimpin UMNO yang pro perubahan, keprihatinan mereka sekarang ialah apakah jumlah kerusi yang mampu dimenangi UMNO pada PRU16 nanti melebihi 26 atau terus menjunam lagi?


Berkenaan gandingan Hishammudin dan KJ yang bakal melakukan cabaran, difahamkan beberapa perjumpaan kecil untuk mengumpul sokongan telah mula diadakan dan didapati respon terhadapnya begitu positif sekali.


Walau masih tidak dapat menjangka dengan pasti, sebahagian yang sempat dihubungi melihat harapan ke arah perubahan itu amat cerah.


Yang penting, kesedaran tentang masa depan parti hendaklah terus dipertingkatkan kerana kepimpinan sedia ada terbukti telah gagal menarik sokongan rakyat bila mana kerusi kemenangan UMNO pada PRU15 hanya tidak sampai separuh daripada yang dimenangi pada PRU14 sebelumnya, kata seorang pemimpin bahagian yang belum sedia untuk ditulis namanya. – ShahbudinHusin 07/01/2023.



[LANGSUNG] Sidang media Parti Warisan | 7 Jan 2023

TEPAT JAM10 PAGI‼️1 LAGI KES BERJAYA DIBONGKAR!! ANWAR , ZAHID , FADILLA...

PH Sabah nafi sokong usaha singkir Hajiji



Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor (tengah) bersama ADUN PH pada
 mesyuarat pada November di mana mereka bersetuju untuk
 menyokong beliau sehingga akhir penggalnya.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) Sabah menafikan laporan berita yang mendakwa ia menarik diri daripada cubaan yang dikatakan gagal untuk menggulingkan Hajiji Noor sebagai ketua menteri pada saat akhir.

Laporan itu semalam memetik sumber sebagai berkata, tujuh ADUN PH Sabah pada mulanya bersetuju dengan rancangan dikatakan untuk menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Hajiji, tetapi kemudian memutuskan untuk menyokong ketua menteri itu.

Sumber itu turut mendakwa bahawa ketujuh-tujuh ADUN tersebut kini menawarkan sokongan kepada Hajiji sebagai pertukaran untuk jawatan dalam Jemaah Menteri negeri yang dirombak.

Dalam kenyataan bersama malam tadi, tujuh ADUN PH Sabah berkata, dakwaan sedemikian tidak benar, berunsur fitnah dan bertujuan memburukkan gabungan itu..

“PH Sabah tidak pernah bersetuju atau memberikan sokongan kepada mana-mana pihak untuk melaksanakan gerakan menubuhkan kerajaan pintu belakang baharu.

“(PH Sabah) mengutamakan kestabilan politik, ekonomi, dan kebajikan rakyat Sabah, bukannya jawatan dan kuasa,” kata mereka.

Tujuh ADUN terbabit terdiri daripada Christina Liew (PKR), Frankie Poon (DAP), Ewon Benedick (Upko), Jannie Lasimbang (DAP), Phoong Jin Zhe (DAP), Tan Lee Fatt (DAP) dan Peto Galim (PKR).

Pada Khamis, ketujuh-tujuh mereka mengesahkan sokongan kepada Hajiji di tengah-tengah khabar angin mengenai cubaan untuk menggulingkan pentadbirannya. Dua bulan lepas, mereka bertujuh bersetuju untuk menyokong Hajiji sehingga tamat penggal pentadbirannya pada 2025.

Malam tadi, Barisan Nasional (BN) Sabah dan Umno menarik balik sokongan mereka kepada Hajiji atas alasan beliau melanggar pakatan dengan BN, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Perikatan Nasional (PN) selepas PRN pada September 2020.

Pengerusi BN negeri Bung Moktar Radin berkata, keputusan BN-Umno itu menyebabkan Hajiji kehilangan majoriti di DUN, dan “tidak layak” lagi menjadi ketua menteri.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Masidi Manjun menegaskan bahawa gabungan itu terus memegang majoriti kerana enam wakil rakyat Umno Sabah tidak bersetuju dengan keputusan Bung untuk menarik balik sokongan kepada Hajiji.

GRS yang diketuai oleh Hajiji mempunyai 29 kerusi di DUN. Untuk membentuk kerajaan baharu, majoriti mudah 40 kerusi dalam DUN 79 anggota diperlukan.


DAKWAAN SYAFIE ADA BETUL DAN BOLEH HILANG KEKUATAN.

 

Krisis politik Sabah: ‘Ini semua salah Hajiji,’ dakwa Shafie





Presiden Warisan Shafie Apdal mempersoalkan keabsahan Hajiji Noor
 sebagai ketua menteri selepas keluar daripada Bersatu, baru-baru ini.

KOTA KINABALU: Presiden Warisan Shafie Apdal berkata, krisis politik yang melanda Sabah pada ketika ini adalah berpunca daripada Hajiji Noor sendiri.

Katanya, pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu sebelum ini telah terdesak untuk mengekalkan jawatannya sebagai ketua menteri selepas Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) gagal membentuk kerajaan di peringkat pusat selepas PRU15.

Beliau berkata, keabsahan Hajiji sebagai ketua menteri turut dipersoalkan selepas beliau keluar daripada Bersatu, baru-baru ini.

LAGI ULASAN TENTANG UNTUNG ATAS ANGIN





Hello... Bersih dan stabil ke tu? Hahaha...

SPRM telah menahan seorang CEO sebuah syarikat swasta berkenaan penyelewengan dana di bawah Pakej Ransangan Ekonomi ketika pentadbiran PN sebelum ini.

Ada dua perkara aku nak sentuh. Pertama tentang pakej tu. Ketika PRU dulu PN mendabik dada kata Mahiaddin PM pertama yang beri dana RM600b untuk bantu rakyat.

Rupanya hanya hanya RM530b. Dari RM530 itu pula hanya RM92.5b sahaja duit kerajaan. Yang lebih tu, senang cerita, duit rakyat sendiri - KWSP dan juga moratorium.

Menipu je lebih. Rupanya sikit je dia keluarkan duit untuk bantu rakyat. Yang banyaknya, rakyat bantu diri sendiri. Tapi walaun dengan chai bunge punya puja, lain maciam.

Keduanya, dana RM92.5b itu pun tak dibelanjakan secara jujur. Diberi secara rundingan terus dengan janji sebanyak 3% hingga 5% dimasukkan ke dalam akaun sebuah parti.

Parti mana, tak tahulah. Tapi yang pasti bukan PH. Rasanya UMNO pun tidak. Tapi tak tahulah, kan? Ianya dama ada Bersatu atau PAS atau kedua duanya sekali.

Bayangkan, kalau projek yang diberikan tu bernilai RM10b. 3% daripada RM10b banyak mana? Walau tau kira tak? Cuba ambik kalkulator jap.

RM300,000,000! Ringgit Malaysia Tiga Ratus Juta sahaja! Banyak ke sikit tu?

Eh jangan tuduh PH buat fitnah pulak. Boleh baca beritanya di https://bit.ly/3jYjx6R.

Ini SPRM yang buat siasatan ni. Ketua Pesuruhjaya SPRM pula bukan orang yang DS Anwar lantik. Dia orang lantikan Mahiaddin kot...

Tak apalah. Benda masih dalam siasatan. Masih ada peluang nak call Azam Baki. Cuba la slow talk mana tahu ada rezeki boleh kawtim. Guane boh?

Raja Gelap

 

TAK BOLEH BLAH TAHAP BANGGANG- DIA NAK SURUH BANK NEGARA CETAK DUIT LAGI KE ??







PN luluskan tarikh konsert Jay Chou 

PN suruh batal tarikh konsert Jay Chou

MAC 2019:

Penganjur tempah Stadium Nasional Bukit Jalil untuk digunakan konsert Jay Chou pada 29 Februari 2020

OGOS 2019:

Tiket mula dijual pada harga di antara RM288 sehingga RM938

FEB 2020:

Ditangguh ke 22 Ogos 2020

OGOS 2020 (zaman Bersatu/PN l Timbalan Menteri Sukan):

Ditangguh lagi ke 16 January 2021

JAN 2021 (zaman Bersatu/PN Timbalan Menteri Sukan):

Ditangguh lagi ke 19 Februari 2022

JAN 2022 (zaman Bersatu/PN Menteri Sukan):

Ditangguh lagi ke 7 Januari 2023

MEI 2022 (zaman Bersatu/PN Menteri Sukan):

Ditangguh lagi ke 15 Januari 2023

OGOS 2022 (zaman Bersatu/PN Menteri Sukan):

FAM tempah SNBJ untuk digunakan Piala AFF pada Januari 2023

3 JAN 2023:

Malaysia masuk separuh akhir Piala AFF, venue clash dengan persiapan konsert Jay Chou

6 JAN 2023:

Wan Fayhsal suruh kerajaan PH batal tarikh konsert Jay Chou

——

Yang luluskan tarikh konsert: PN

Yang suruh batal tarikh konsert: Pun PN

Boleh je batal sebenarnya.

Tetapi harga tiket RM238 sehingga RM938 sekeping.

Harga median RM638 sekeping.

45,000 keping tiket terjual.

RM638 x 45,000 = RM28.7 juta

Ini belum termasuk tiket penerbangan, tempat penginapan dan sebagainya yg telah dibayar oleh pembeli tiket dari dalam dan luar negara.

Jadi siapa nak bayar pampasan?

Suruh Bank Negara cetak banyak-banyak duit bayar ke?

 

ANGKA-ANGKA MINYAK MASAK SAWIT.

 

JAMZURI ARDANI


Pengeluaran minyak masak berasaskan sawit negara adalah sebanyak 18 juta metrik tan setahun.

Penggunaan tempatan untuk minyak masak dari sawit hanya sekitar 1 juta metrik tan sahaja. Ini bermakna lebih 90% pengeluaran minyak sawit negara adalah untuk pasaran eksport.

Dari 1 juta metrik tan tersebut, 700 ribu metrik tan adalah di bawah subsidi kerajaan kerajaan melalui penjualan minyak peket 1 kg berharga RM2.50. Bagi setiap bungkus minyak peket ini, jumlah subsidi keraja adalah sekitar RM3 - RM4 bergantung kepada harga pasaran semasa.

Setiap bulan, syarikat -syarikat pembungkus minyak masak yang dilesenkan mengeluarkan sekitar 50-60 juta peket minyak masak untuk populasi negara seramai 32 juta orang.

 

UNTUNG ATAS ANGIN YANG BANYAK SEHINGA BERBILLION

 

ADRIAN LIM 


"Beberapa kontraktor yang disoal siasat mengaku bersetuju membayar komisen sebanyak 3 hingga 5% dan dimasukkan ke dalam akaun sebuah parti politik konon untuk tujuan pembiayaan politik."

Sekiranya 3 hingga 5% dikaut daripada semua projek rundingan terus yang berjumlah RM92.5 bil ini, maka......

RM92.5 bil x 3% = RM2.77 bil

RM92.5 bil x 5% = RM4.63 bil

Parti politik berkenaan memang BEST. Kaut RM2.77 bil sehingga RM4.63 bil.

Rasanya ini bukan kes tunggal.

Beberapa kes-kes lain akan terburai.




Tiada majoriti, kerajaan Sabah tumbang?


ASYIKIN ASMIN
07 JAN 2023

 Dalam sidang akhbar Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Jumaat, beliau melihat bahawa kerajaan negeri yang ada ketika kini sudah tidak berfungsi.

“Saya melihat bahawa kerajaan Sabah telah tidak berfungsi, telah gugur sebab perjanjian antara BN dan Perikatan Nasional (PN) sudah tidak ada. Jadi tidak ada mana-mana parti yang mengatakan dia masih berkerajaan,” katanya.

Ditanya jika beliau akan bekerjasama dengan Warisan, Bung Moktar tidak menolak kemungkinan itu dan boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja.

“Kami boleh bekerja dengan sesiapa saja, mana-mana parti selagi mereka ikhlas,” katanya.

Bercakap mengenai dakwaan GRS mendapat sokongan daripada tujuh ADUN PH dan parti kecil yang lain, Bung Moktar menegaskan bahawa itu hanya dakwaan daripada pihak GRS.

ADAKAH GPS GRS TARIK SOKONGAN- MUSTAHIL. DUA PARTI INI AKAN SENTIASA MENGIKUT UMNO

[LANGSUNG] Naratif Khas Bersama Perdana Menteri | 6 Jan 2023

HAJIJI DAKWA MASIH ADA MAJORITI WALAU BN TARIK DIRI


 

SEBAB JAWATAN SAHAJA : KEH..KEH... Politik Sabah | BN Sabah tarik diri daripada kerajaan negeri


Seramai 17 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Menarik sokongan kepada kerajaan Sabah dipimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan BN. Pengerusi BN, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan keputusan itu, selepas mempengerusikan satu mesyuarat di bangunan UMNO Sabah pada Jumaat malam.

WOW! KOMISEN 5% DARI 92 BILLION = 4 BILLION? CEO DI TAHAN SPRM, HABIS LA...

GRS DAKWA MASIH PUNYA MAJORITI-MACAM RASA TAK SELAMAT SAJA BUNG MOKHTAR NI. DOK BUAT KALUT DI SABAH PASAI PA..

 

GRS dakwa ada majoriti, termasuk 6 daripada Umno



Setiausaha Agung GRS Masidi Manjun (tengah) berkata gabungan itu mendapat sokongan 43 wakil rakyat termasuk tujuh daripada Pakatan Harapan dan enam Umno. (Gambar fail)

KOTA KINABALU: Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Masidi Manjun mendakwa gabungan itu masih mempunyai majoriti mudah untuk mentadbir negeri itu di sebalik keputusan Barisan Nasional (BN) menarik balik sokongan kepada Ketua Menteri Hajiji Noor.

Menurut Masidi, enam wakil rakyat Umno tidak bersetuju dengan keputusan ketua mereka Bung Moktar Radin dan mahu Hajiji meneruskan khidmat sebagai ketua menteri.

Masidi turut menegaskan GRS masih mempunyai majoriti mudah untuk mentadbir Sabah kerana mereka turut mendapat sokongan daripada tujuh wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) dan enam ADUN Umno.

Ia bermaksud GRS yang mempunyai 29 kerusi sedia ada menikmati 43 sokongan wakil rakyat termasuk daripada PH dan Umno.

Sebanyak 40 daripada 79 kerusi DUN Sabah diperlukan untuk membentuk kerajaan.

Masidi yang juga ADUN Karanaan berkata beliau tidak terkejut dengan pengumuman Bung itu.

“Dengan bekerjasama dengan Warisan untuk menjatuhkan kerajaan negeri, mereka sudah lama menarik sokongan,” katanya.

Malam tadi, Bung mengumumkan Umno dan BN menarik balik sokongan mereka kepada Hajiji.

Katanya, keputusan dibuat selepas mendapati pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu melanggar perjanjian antara BN dan Perikatan Nasional (PN) yang dimeterai selepas pilihan raya negeri (PRN) pada 2020.

“Penubuhan kerajaan negeri Sabah sekarang adalah hasil persefahaman yang termeterai antara parti BN, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan parti-parti komponen Perikatan Nasional (PN) terdiri daripada Bersatu, STAR dan Parti Maju Sabah (SAPP) selepas keputusan PRN Sabah ke-16,” katanya.

Bung turut mendakwa Hajiji mencabuli perjanjian persefahaman politik dengan memecat ADUN Usukan Salleh Said Keruak daripada jawatannya sebagai pengerusi Qhazanah Sabah Berhad tanpa berunding dengannya selain mahu membuat rombakan Jemaah Menteri.

Persefahaman politik itu antara lain menyebut ADUN BN, Umno akan memberi sokongan dan kepercayaan kepada Hajiji untuk dilantik sebagai ketua menteri Sabah selagi mana pelantikan ahli Jemaah Menteri serta lantikan pengerusi syarikat milik kerajaan negeri daripada BN, Umno seperti termaktub dalam perjanjian dihormati.


TAK DAPAT SOKONGAN MAJORITI KATA WALAUN


 

400 JUTA BOLEH BANTU KAWAN KAWAN - KEH..KEH


 

PROSEDUR BARU KKM MEMASTIKAN SETIAP YANG HADIR ITU DISARING DENGAN SEBAIK MUNGKIN


 

ANWAR SINIS LANGKAH LONDON


 

PM TERIMA JERSI NO 10


 

HANTU BANGKIT DARI KUBUR


 

TIADA PERTANGDINGAN DALAM UMNO ?


 

BAHAYA PUAK NI BILA DAPAT KUASA


 Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat swasta ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki menjadi “orang tengah” dalam pengagihan projek kerajaan bawah Pakej Rangsangan Ekonomi sepanjang 2020 hingga 2022.

Suspek lelaki berusia 42 tahun itu ditahan malam tadi ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya bagi membantu siasatan.

Menurut sumber, CEO itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini dan direman lima hari bermula hari ini hingga 10 Jan.

Katanya, SPRM membuka beberapa kertas siasatan terhadap sekurang-kurangnya lima individu yang dipercayai menjadi dalang atau orang tengah kepada beberapa syarikat untuk memperoleh projek bernilai antara RM50 juta hingga RM500 juta secara runding terus.

“Hampir 90% projek yang diberikan secara runding terus masih belum dilaksanakan kerana tiada pengeluaran surat setuju terima lagi.

“Justeru, SPRM akan memfokuskan kepada siasatan terhadap baki 10% projek yang sedang berjalan membabitkan perkembangan projek antara 10% hingga 20%,” katanya.

Pada 9 Dis lalu, SPRM berkata fokus siasatan berhubung dakwaan salah guna dana Pakej Rangsangan Ekonomi ketika Covid-19 akan tertumpu kepada RM92.5 bilion, iaitu jumlah dibelanjakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

SPRM berkata, hanya RM92.5 bilion melibatkan dana kerajaan daripada peruntukan dianggarkan berjumlah RM530 bilion yang dibelanjakan pada 2020 dan 2021 berkaitan pengurusan Covid-19.

Berdasarkan jumlah itu, RM92.5 bilion melibatkan dana kerajaan manakala RM437.5 bilion bukan daripada kerajaan.

Dalam pada itu, sumber berkata suspek yang ditahan dipercayai menerima rasuah bagi menghubungkan antara kontraktor dan “pihak atasan”.

Katanya, beberapa kontraktor yang disoal siasat mengaku bersetuju membayar komisen sebanyak 3 hingga 5% dan dimasukkan ke dalam akaun sebuah parti politik konon untuk tujuan pembiayaan politik.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.


4914 PERJAWATAN BARU TELAH DIBUAT TAHUN 223 DI KKM


 

TAK FAHAM KENA TANYA. OPR DINAIKKAN KERANA ADA SEBABNYA


 

ANAI ANAI DAN MUSUH DALAM SEKAM- KALAU DAPAT PADA BROKER DALAM PARTI, MEREKA AKAN GADAI MEREKA AKAN MUSNAHKAN UMNO


 

PENAT LAYAN PUAK PUAK NI. MASA JADI KERAJAAN PUN TAK CERDIK. JADI PEMBANGKANG MALAS SELIDIK FAKTA


 

MASA CERAMAH KATA BELANJA 600 BILLION. HARI NI DAH TERBUKTI SPRM DAH TAHAN ORANG TENGAH


 

FITNAH YANG TAK MUNGKIN DILEMPARKAN- MB HATI HATI LAH DENGAN SANGKAAN BURUK TERHADAP ORANG LAIN


 

KEH..KEH..NAMPAK SANGAT TAK ADA FAKTA


 

LEBAI AJAR ORANG DOAKAN KEJATUHAN KERAJAAN YANG ADA...KATA KAKAK NI


 

KENAPA MAJLIS PROFESSOR MENYOKONG ANWAR


 

(function() { var d = document, w = window; w

BUKAN SAJA FITNAH..TETAPI JUGA BERNIAT JAHAT.

 Walaun tularkan gambar DS Anwar makan besar sambil sindir rakyat makan Menu Rahmah. Tapi sebenarnya gambar itu gambar tahun 2019 dan ia di ...