Tiada majoriti, kerajaan Sabah tumbang?


ASYIKIN ASMIN
07 JAN 2023

 Dalam sidang akhbar Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Jumaat, beliau melihat bahawa kerajaan negeri yang ada ketika kini sudah tidak berfungsi.

“Saya melihat bahawa kerajaan Sabah telah tidak berfungsi, telah gugur sebab perjanjian antara BN dan Perikatan Nasional (PN) sudah tidak ada. Jadi tidak ada mana-mana parti yang mengatakan dia masih berkerajaan,” katanya.

Ditanya jika beliau akan bekerjasama dengan Warisan, Bung Moktar tidak menolak kemungkinan itu dan boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja.

“Kami boleh bekerja dengan sesiapa saja, mana-mana parti selagi mereka ikhlas,” katanya.

Bercakap mengenai dakwaan GRS mendapat sokongan daripada tujuh ADUN PH dan parti kecil yang lain, Bung Moktar menegaskan bahawa itu hanya dakwaan daripada pihak GRS.

No comments: