Dialog & Iftar Anak Muda Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim


Siasat penyelewengan anak syarikat Felda – Rafizi

Siasat penyelewengan anak syarikat Felda – Rafizi

Saya mengalu-alukan kejayaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sehingga ke peringkat pendakwaan kes penyelewengan melibatkan satu unit anak syarikat FELDA. Pendakwaan yang dibuat pada hari ini adalah satu perkembangan baik yang perlu diteruskan oleh SPRM.

Walau bagaimana pun, siasatan dan pendakwaan berhubung kes ini tidak boleh terhenti di peringkat kepimpinan korporat KPFQ Foods Sdn Bhd semata-mata kerana ia juga melibatkan keputusan di peringkat tertinggi Felda yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tata kelola (good governance) dan pelaburan kesemua anak syarikat Felda.

KPFQ Foods Sdn Bhd adalah syarikat usahama (joint venture) di antara Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPFMB) dan Silver Bird Group Berhad (SBGB) yang ditubuhkan khusus untuk menjadi ejen pemasaran bagi barang-barang makanan dan pertanian dari rancangan Felda di seluruh negara melalui projek Gedung Makanan Negara yang diilhamkan dan dilancarkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak oada 3 September 2009.

Semasa pelancarannya, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa projek Gedung Makanan Negara akan melibatkan pelaburan sebanyak RM750 juta oleh Felda dalam tempoh 10 tahun.
Oleh yang demikian, kes penyelewengan dana melibatkan KPFQ Foods Sdn Bhd perlu diteliti dalam konteks pentadbiran korporat dan tata kelola yang lebih besar.

Tambahan lagi, akhir-akhir ini banyak dana rakyat digunakan untuk membiayai projek usahasama di antara agensi kerajaan dan swasta yang menimbulkan beberapa persoalan khusus mengenai tata kelola yang diamalkan oleh kerajaan:
1.      Bagaimanakah penilaian mengenai kesesuaian projek dibuat sebelum sesuatu keputusan pelaburan dan usahasama dengan swasta dibuat memandangkan beberapa skandal setakat ini (termasuk NFC dan sekarang KPFQ) membayangkan jika projek dinilai dengan objektif, projek atau usahasama ini mungkin tidak diluluskan;

2.      Apakah peranan wakil-wakil kerajaan di dalam agensi dan syarikat usahasama untuk memantau kemajuan projek dan memastikan penyelewengan tidak berlaku, memandangkan di dalam kedua-dua kes NFC dan KPFQ penyelewengan berlarutan dalam satu tempoh yang panjang; dan

3.      Apakah peranan dan pertanggugjawaban kepimpinan kerajaan apabila projek-projek usahasama di bawah tanggungjawab mereka gagal dan membazirkan wang rakyat.
Oleh yang demikian, saya menggesa supaya siasatan terhadap kes ini tidak dihadkan semata-mata kepada kesalahan dan penyelewengan yang melibatkan kepimpinan KPFQ Sdn Bhd tetapi perlu diluaskan kepada aspek kecuaian (negligence) dan ketidaktelitian pimpinan tertinggi negara yang terbabit supaya ada kebertanggungjawaban kerana agensi-agensi ini adalah dibawah tanggungjawab mereka.
Apatah lagi apabila kes ini membabitkan usahasama dengan Silver Bird Group Berhad (SBGB) yang mempunyai hubungan rapat dengan agensi-agensi kerajaan yang lain termasuklah Tabung Haji. Selain projek-projek yang melibatkan Gedung Makanan Negara dan KPFQ Sdn Bhd, SBGB mempunyai beberapa projek usahasama yang serupa dengan Tabung Haji.

Malah, pemegang-pemegang saham besar di dalam SBGB adalah Tabung Haji dan Tan Sri Vincent Tan, yang menunjukkan bahawa SBGB adalah sebuah syarikat perniagaan yang ada hubungan yang baik dengan kerajaan.Saya berharap siasatan SPRM telah pun mengambil kira semua perkara ini.

Buat masa ini, sebagai pimpinan yang bertanggungjawab mengilham dan melancarkan projek
Gedung Makanan Negara yang membabitkan KPFQ Sdn Bhd ini, Dato’ Seri Najib Tun Razak perlu membuat kenyataan menjawab ketiga-tiga soalan yang saya nyatakan di atas mengenai longgarnya tata kelola kerajaan dalam menentukan pelaburan dan usahasama agensi kerajaan dengan pihak swasta.
Adalah amat memalukan apabila penyelewengan terkini melibatkan dana dan kebajikan peneroka Felda, bila mana penyelewengan NFC sebelum ini melibatkan kebajikan penternak miskin!


RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
Ahli Parlimen Pandan
2 OGOS 2013


HEBAT SANGATKAH DIN AYAM?

Din Ayam penyebab Dr Rani ingin melepaskan jawatan PJ negeri?

Aku respek!

Bagi Dr Rani, memegang jawatan exco adalah bebanan dan bakal berhadapan pengiraan yang teruk di akhirat.

Kota Damansara menghantui PAS Selangor, Dr Rani letak jawatan?

Dua minggu lalu, Dr Rani Osman (gambar) menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta tempatnya sebagai pesuruhjaya PAS Selangor digantikan orang lain.
Namun, pada 31 Julai, beliau menghantar satu lagi SMS memaklumkan beliau bersedia mengekalkan jawatan itu jika diamanahkan oleh pucuk pimpinan PAS.
Ketika SMS pertama dihantar, PAS sedang hangat membincangkan isu Kota Damansara yang menghantui parti itu kerana disalahkan akibatkan kekalahan calon dipersetujui Pakatan Rakyat (PR).
Arkitek kemelut Kota Damansara
Calon PAS bertanding di situ dan menyebabkan berlaku pertandingan tiga penjuru antara calon PAS, PKR dan Barisan Nasional (BN).
Hasilnya, BN menang dan PR kehilangan kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya 2008 lalu.
Sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani rasa bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Lebih pun mesyuarat demi mesyuarat, pertemuan demi pertemuan, lobi demi lobi dan sebagainya menjelang pilihan raya ke-13 lalu, amat memenatkannya.
Dr Rani tidak mengejar jawatan. Beliau menerimanya berdasarkan amanah jamaah dan tanggungjawab.
Selepas pilihan raya umum lalu - dalam satu mesyuarat dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor – nama Dr. Rani disenarai sebagai exco kerajaan negeri bersama tiga lagi pemimpin PAS.
Nama mereka dikemaskini sebelum dihantar kepada Sultan Selangor untuk pengesahan sebelum dilantik sebagai exco.
"Ketika itu, Dr Yunus Khairi gembira bukan main kerana namanya terkeluar dari senarai. Isteri beliau mengucapkan terima kasih kepada saya kerana 'memberikan' semula suaminya," kata Dr Rani ketika ditemui The Malaysian Insider di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, pada Rabu.
Keesokannya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menelefon memaklumkan senarai terkini exco Selangor yang diterima Istana. Nama Dr Rani terkeluar dari senarai itu dan nama Dr Yunus terpilih.
"Betul ke Tok Guru? Confirm ke? Presiden kata ye confirm, baru lepas bercakap dengan Tan Sri Khalid. Kau tahu apa aku buat, aku takbir," kata Dr Rani dengan penuh semangat.
Inilah cerita yang beliau kongsikan ketika ditanya - adakah beliau mahu melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor selepas tidak terpilih sebagai exco.
Bagi Dr Rani, memegang jawatan exco adalah bebanan dan bakal berhadapan pengiraan yang teruk di akhirat.
Atas sebab itulah, beliau berasa tidak mampu lagi memegang jawatan pesuruhjaya PAS negeri  itu selepas Muktamar Tahunan November ini.
Pihak yang paling marah dengan tindakan Dr Rani itu ialah Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Tuan Ibrahim selalu disebut beliau sebagai Presiden Kelab 52 iaitu kelab orang-orang yang rendah ketinggiannya, bawah lima kaki dua inci, sebagaimana beliau.
"Ingat anta (awak) sorang je ke yang nak letak jawatan kalau boleh. Ana pun nak, tetapi ini amanah," kata Tuan Ibrahim kepadanya.
Selepas dua minggu Dr Rani juga terfikir. Adakah Presiden PAS akan tersalah faham dengan SMS pertamanya dahulu. Beliau bimbang kalau-kalau dituduh mahu lari dari tanggungjawab.
Atas dasar itulah, beliau menghantar satu lagi SMS memaklumkan beliau sedia menerima jawatan itu jika diberikan amanah lagi.
Dr Rani dilantik menjadi Pesuruhjaya kira-kira dua tahun lalu apabila Datuk Dr Hassan Ali dipecat dari PAS awal Januari 2012.
KKetika ura-ura bertiup kencang beliau dipilih memegang jawatan itu bagi menggantikan Dr Hassan, Dr Rani berkata kepada rakannya:
"Jika aku tidak terpilih, aku akan belanja awak dua ekor kambing," katanya sebagai tanda gembira.
"Nasib kurang baik, saya terpilih. Saya pun lepaslah kambing itu," kata Dr Rani.
Dr Rani mencipta rekod tersendiri sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor. Di bawah kepimpinannya, PAS Selangor dilihat paling kuat, paling baik dan paling berjaya.
PAS Selangor mencipta sejarah tersendiri apabila menang 15 kerusi DUN dan empat kerusi Parlimen di negeri itu dalam pilihan raya ke 13 lalu.
Dalam Pilihan Raya 2008, PAS menang lapan kerusi DUN sahaja. Dengan memenangi 15 kerusi Dun, pilihan raya 2013 adalah pencapaian PAS yang terbaik di Selangor sehingga Dr Rani disebut-sebut sebagai bakal MB Selangor selepas pilihan raya umum lalu.
Dr Rani menyertai PAS pada 1999 bersama-sama dengan puluhan ribu rakyat Malaysia yang lain menyertai PAS ketika era reformasi. Dr Hassan Ali menyertai PAS sedikit lebih awal, namun dalam era yang sama.
Beberapa tahun kemudian, Dr Rani, graduan perubatan dari Mesir,  dilantik sebagai Yang Dipertua PAS Kapar. Pada 2004, beliau buat pertama kali bertanding di DUN Meru tetapi kalah dengan undi lebih 5,000.
Dalam percubaan keduanya, PRU 2008, Dr  Rani menang bergaya mengalahkan calon BN dengan majoriti 5,513 undi. Dalam PRU 13, beliau menang dengan majoriti lebih besar iaitu 9,079 undi.
Kini, semua ahli dan pimpinan PAS tertumpu kepada muktamar November ini. Dr Rani bakal menjadi tuan rumah kali ini kerana ia akan dilangsungkan di Shah Alam,  Selangor.
Muktamar ini amat penting untuk PAS kerana, ia berjalan dalam suasana PAS berada di persimpangan.
Kira-kira 31 tahun selepas ditubuhkan pada 1951, kepimpinan Datuk Asri Haji Muda bertukar tangan pada 1982 (1951-1982) . Pada tahun itu konsep kepimpinan ulama diperkenal selepas usul mengenainya diluluskan oleh Muktamar Dewan Pemuda PAS di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Kini, pada 2013, kepimpinan ulama dalam PAS juga berusia 31 tahun (1982-2013). Apakah akan berlaku dalam muktamar yang tuan rumahnya adalah Dr Rani kali ini. Semua sedang memerhatikannya. – 2 Ogos, 2013.

Ali Rustam dua kali lima dengan Noh Omar - Mohd Sayuti Omar

Ali Rustam dua kali lima dengan Noh Omar - Mohd Sayuti Omar

August 02, 2013
Apabila bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam kalah sambil 'menyenggeng' di kerusi parlimen Bukit Katil kepada Shamsul Iskandar Md Akin dalam pilihan raya lalu, saya tercari-cari apakah sebab musababnya. Pening saya mencari faktor kekalahannya. Sebagai seorang Ketua Menteri orang berkuasa dalam negeri Melaka, beliau sudah pasti mencari kawasan paling selamat untuknya. Tentulah kerusi Bukit Katil itu kawasan paling selamat. Tetapi kenapa kerusi itu memalukannya?

Tidak mungkin Ali Rustam memilih Bukit Katil kalau kerana alasan lain. Tetapi kenapa beliau kalah, bukan sedikit dengan majoriti cukup untuk dimakan selama 10 tahun. Situasi itulah yang menjadikan minda saya bergelabu mencari punca kekalahannya.

Jadi apabila beliau membuat ualasan selepas kekalahan, termasuk membangkitkan soal khidmat dan jasanya di Melaka selama ini yang tidak dikenang pengundi (Cina) dan kenyataan terbarunya berhubung kekerapan berlaku jenayah berat (tembakan curi) akhir-akhir ini kononnya disebabkan parti pembangkang, baru saya tahu kenapa wajar kalau Ali Rustam kalah.
Pandangan dan pendapat Ali dalam membela diri yang busuk mendedahkan faktor kepada saya kenapa bekas KM Melaka itu patut kalah.

Ali Rustam dalam melahirkan rasa resahnya dengan kejadian jenayah berat kebelakangan ini dengan cuba meletakkan atau mencari salah kepada Pakatan Rakyat. Beliau berpendapat berlakunya jenayah itu ialah apabila Ordinan Darurat (EO) dan ISA dimansuhkan.

Mungkin beliau berpendapat apabila dua akta itu tidak lagi dipakai, maka penjenayah menjadi berani untuk melakukan perbuatan jenayah. Bagi Ali Rustam, kenapa dua akta itu dimansuhkan ialah kerana Pakatan Rakyat beriya-iya ia dimansuhkan. Jadi setelah dimansuhkan ia memberi implikasi dan risiko maka Pakatan Rakyat hendaklah bertanggungjawab. Pendapat Ali itu memberi konotasi yang Pakatan Rakyat mahukan kepada kejadian itu.

Senang dan mudah sekali cara Ali menyelesaikan masalah. Dia masih menggunakan teori lama dengan mengheret pihak lain, pembangkang.  Untuk melihat kelemahan dan kesalahan sendiri sama sekali tidak. Kalau iya pun ingin membela Najib dan Umno bukan sanggup menyerlahkan kebodohan dan kebebalan cara kita berfikir.

Apakah Ali yakin 100 peratus pemansuhan dua akta itu semata-mata kerana desakan pembangkang? Apakah tidak ia atas usaha Najib Razak sendiri yang berjanji untuk melakukan transformasi? Apakah Ali lupa janji Najib sebagai mengangkat sumpah menjadi perdana menteri?

Jangan pula kerana tindakan Najib buat itu mendatangkan masalah maka ia ditunding kepada pembangkang. Umum tahu keputusan Najib memansuhkan kedua-dua akta itu tidak mendapat persetujuan di kalangan Umno. Muhyiddin Yassin sendiri terkilan dengan cara Najib yang tidak berunding dengan beliau. Ertinya Najib bertanggungjawab ke atas pemansuhan kedua akta itu yang kini bagi Ali membahayakan negara.
Sebagai orang yang berada dalam Majlis Tertinggi Umno, apakah Ali mengetahui hal ini? Atau pun Ali waktu itu tidak dapat menebak awal implikasi daripada cadangan Najib itu? Atau pun kalau tahu Ali menjadi pandir, atau wak long saja kerana ia datang dari Najib. Seorang pemimpin hebat ialah berani menegakkan pendirian dan pandangan di hadapan siapa saja.

Dengan pemansuhan akta itu selain daripada hendak membuat transformasi Najib juga mempunyai serampang dua mata di sebalik tindakan itu. Najib mahu menunjukkan dia sebagai seorang pemimpin yang terbuka dan tidak menggunakan akta seweneng-wenengnya. Najib cuba merombakkan akta yang sudah jumud dan usang. Selain itu Najib mengharap dia dan Umno akan mendapat political mileage dengan tindakan itu dan menjadi modal pula untuk menang pilihan raya.

Saya hendak tanya bekas KM itu, apakah dia yakin Najib berbuat begitu atas kehendak pembangkang? Kalau betul Najib bertindak atas kehendak dan desakan pembangkang, banyak lagi desakan pembangkang kepada Najib tetapi kenapa tidak dilaksanakan. Pembangkang bukan saja mendesak akta itu dimansuhkan tetapi Akta Darurat 1948 juga minta dimansuhkan. Apakah Najib akur? Akta dan peraturan pilihan raya juga didesak pembangkang dipindah tetapi, Najib tidak berbuat apa-apa.

Begitu juga pembangkang mendesak ditubuhkan IPCMC, untuk menyiasat pegawai polis, apakah Najib setuju dan sedia menuruti pembangkang? Banyak lagi yang pembangkang desak dan suruh tetapi tidak diendahkan oleh Najib. Jadi dakwaan Ali kononnya Najib mengikut kehendak pembangkang itu adalah 'gombal' semata-mata.

Sebenarnya mengenai kekerapan berlaku jenayah disebabkan kerana mansuhnya dua akta itu seperti ditanggapi Ali, Ali tidak perlu gusar. Beliau boleh cadangkan kepada Najib mengguna pakai semua kedua-dua akta berkenaan. Untuk itu ia tidak memerlukan kelulusan parlimen, sampai peringkat perlu kena pinda perlembagaan negara atau perlu suara majoriti 2/3. Kuasa untuk mengembalinya terletah di tangan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara saja.

Sound kepada Zahid Hamidi pasti dia akan akur sebab Zahid juga ada merit untuk menyalahkan kepada pemansuhan akta itu menyebabkan berlakunya jenayah berat. Saya tidak tahulah apakah tujuan Ali menimbulkan itu kerana dia bermotif politik untuk mengkritik Najib. Dia sengaja bersandarkan kepada pembangkang, walhal niatnya untuk mendedahkan kelemahan Najib sebagai perdana menteri. Bahawa Najib melakukan kesilapan besar dan kesilapan itu harus ditebus. Satu cara untuk menebus kesilapan itu ialah Najib perlu meletak jawatan. Begitukah tujuannya?

Konklusinya buat saya ulasan dan pandangan Ali Rustam mengenai hal itu ia lebih kurang sama saja dengan sikap cengeng Noh Omar yang mencadangkan supaya ibu bapa yang memasukkan gambar anak mereka makan di tandas disiasat di bawah Akta Hasutan.

Tahap pemikiran Ali sama tinggi dan sama level saja dengan Noh Omar. – msomelayu.blogspsot.com, 2 Ogos, 2013.



* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.



ADA YANG MASIH MEROYAN .......

Pemimpin Pakatan selar Ali Rustam berhubung dakwaan peningkatan jenayah

PAS mengatakan integriti polis boleh dipersoalkan dalam menangani kes jenayah terutama membabitkan kes bunuh senjata api yang semakin kerap berlaku kebelakangan ini.
Menurut Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, ketelusan polis yang kononnya bebas dari penyelewengan dan rasuah diragui sehingga berlakunya kes tembak terhadap Pengerusi Mywatch R Sri Sanjeevan Ramakrishan akibat dari tindakan mangsa dalam cubaan mendedahkan nama polis yang  dikaitkan dengan kegiatan kumpulan gangster dadah.
Kerana itu pentingnya untuk menubuhkan sebuah badan perisikan bebas bagi memantau kes jenayah dan badan ini tidak harus melibatkan mereka yang mempunyai kepentingan dengan polis,” kata Mohamad apabila dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau memberikan kenyataan mengulas komen bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang menuduh Pakatan Rakyat (PR) menjadi sebab peningkatan kes bunuh senjata api kerana parti tersebut memaksa kerajaan memansuhkan Akta Ordinan Darurat (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Menyifatkan komen Ali Rustam sebagai tidak siuman beliau menegaskan kewibawaan polis boleh dipersoalkan kerana mereka mengambil masa terlalu lama menyelesaikan sesuatu kes dan belum berjaya menangkap suspek.
Dia (Ali Rustam) terlupa agaknya kes bunuh Altantuya siapa yang bunuh ? Polis.. jadi mengapa dia nak buat kenyataan sedemikian sedangkan dia tahu jenayah boleh dilakukan oleh sesiapa saja bukan sebab pemansuhan Ordinan Darurat itu tak masuk akal,” tegas Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata tuduhan dilemparkan Ali Rustam itu tidak masuk akal kerana keputusan menghapuskan undang-undang itu bukan diputuskan PR.
Beliau boleh menyalahkan Datuk Seri Najib Razak kerana Perdana Menteri itu yang menghapuskan undang-undang tersebut,"katanya lagi.
Beliau yang menolak dakwaan itu berkata masalah dari pihak polis apabila mereka kekurangan anggota dalam Jabatan Siasatan Jenayah.
Ini masalah pengagihan anggota apabila separuh dari mereka diletakkan di Jabatan Pentadbiran dan hanya 2000 pegawai penyiasat yang tinggal ini kena melakukan semua kerja kerana itu hasil siasatan forensik tidak efektif,"tambah beliau lagi.
Ini berbeza di peringkat antarbangsa, apabila setiap pegawai hanya menyiasat lima atau enam saja kes setiap bulan.
Berita Harian melaporkan hari ini , Ali Rustam  berkata PR menjadi punca peningkatan kes bunuh senjata api ekoran pembangkang itu yang mahu kerajaan memansuh EO dan ISA.
Menurut Anggota Majlis Tertinggi Umno itu, jelas pembangkang harus dipersalahkan diatas permintaan mereka itu.
Dalam hal ini, pembangkang perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku ” katanya seperti dipetik akhbar tersebut.
Pada masa sama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ekoran dari penghapisan EO dan Akta Kediaman Terhad, pihaknya akan mencadangkan menubuhkan jawatankuasa kecil kabinet bagi membantu polis menangani kes seperti ini.
Katanya 90 peratus daripada jenayah berat berlaku sekarang dilakukan bekas banduan yang kembali membalas dendam terhadap saksi yang menyebabkan mereka ditahan di bawah EO
Terdahulu Pengerusi badan pemantau jenayah, Mywatch Sanjeevan ditembak oleh seorang dari dua lelaki India di persimpangan Taman Cempaka, Bahau, Jempol kira-kira  jam 3.40 petang ketika mangsa sedang memandu kereta jenis BMW bersama seorang rakannya menghala ke Pekan Bahau.
Sebelum kejadian itu, Sanjeevan membuat laporan polis mengenai ancaman nyawa terhadapnya kerana merancang membuat pendedahan berkaitan dakwaannya mengenai sebahagian pegawai polis terbabit dalam sindiket jenayah berat.
Ia disusuli dengan kejadian bunuh Pengasas Bank Islam Am Bank Hussain Ahmad Najadi  berasal dari Bahrain ditembak mati di kawasan letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur. April lalu Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) dilaporkan mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya bagaimanapun sehingga kini pihak polis masih belum berjaya menangkap suspek. - 1 Ogos, 2013.

Najib sembunyi masalah kewangan bawah karpet – Anwar

Najib sembunyi masalah kewangan bawah karpet – Anwar

KUALA LUMPUR 1 Ogos: Penilaian unjuran kredit Malaysia terkini oleh agensi penarafan, Fitch adalah membimbangkan meskipun tidak memeranjatkan, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rating Fitch dilapor menyemak semula prospek Malaysia daripada “stabil” kepada “negatif”, dengan mengutarakan masalah kurangnya kemajuan dalam reformasi kerajaan dalam menangani defisit fiskal.
“Kami menegaskan pengurusan ekonomi kerajaan terutama berkaitan soal pembaziran dalam perbelanjaan yang dibuat tanpa perlindungan dan ketelusan serta kebertanggungjawaban akan membawa kita ke lembah kehancuran,” kata Anwar.

“Sebelum pilihan raya umum ke-13, penganalisis bebas mengumumkan paras hutang kepada pendapatan perkapita negara iaitu kira-kira 237 peratus pada tahun 2012 dan kebergantungan kita hanya kepada hasil petroleum, tetapi kawalan media oleh Umno-BN menggambarkan kritikan ini sebagai pengkhianat kepada kestabilan ekonomi,” ujarnya.

Katanya, tanpa membetulkan keadaan itu, Najib menyebabkan negara mengalami defisit fiskal lebih besar.
Oleh itu, ketika hutang negara meningkat mendadak, jaminan hutang kerajaan hampir RM150 bilion pada 2012 berbanding RM96.9 bilion pada tahun 2010 tidak diambil kira dalam pengiraan defisit belanjawan negara, menunjukkan  analisis ekonomi dan kewangan berat sebelah.


“Dalam hal ini, kami menyeru kepada Najib untuk berhenti menipu rakyat dengan mengatakan kononnya ‘nisbah hutang-KDNK stabil’ sedangkan realitinya, ia seperti menyembunyikan masalah kewangan negara di bawah karpet,” kata Anwar menunut tindakan pemulihan segera diambil  perdana menteri.

KEADILAN lancar kempen “Percaya Pada Perubahan”, pendaftaran talian

KEADILAN lancar kempen “Percaya Pada Perubahan”, pendaftaran talian

KUALA LUMPUR 1 OGOS: KEADILAN hari ini melancarkan kempen pendaftaran anggota di bawah kempen “Demi Malaysia Yang Lebih Baik”.
Kempen ini mempunyai dua fasa utama iaitu, fasa Kempen Dalam Talian yang bermula hari ini, dan fasa Jelajah Perubahan Rakyat yang akan bermula pada tarikh yang akan diumumkan kemudian.
Menurut Pengarah Biro Pemantapan dan Penambahan Ahli, Nurul Izzah Anwar, bagi Kempen Dalam Talian, borang permohonan keanggotaan boleh diisi secara atas talian di laman sesawang KEADILAN, DI SINI.
keadilanPemohon perlu menyediakan salinan kad pengenalan (depan dan belakang) untuk di muat-naik semasa mengisi borang atas talian tersebut. Yuran keanggotaan boleh dibayar atas talian dengan menggunakan kad kredit, paypal ataupun pemindahan dana dari akaun bank pemohon.
Nurul Izzah yang juga Naib Presiden menjelaskan, Jelajah Perubahan Rakyat akan merangkumi satu “roadshow” bersama pimpinan KEADILAN dan akan diadakan di setiap negeri bagi menerangkan prinsip-prinsip dan perjuangan parti kepada rakyat.
“Tarikh dan tempat untuk setiap roadshow ini akan diumumkan dari  masa ke semasa,” katanya dalam kenyataan.
Beliau menambah, Kempen “Demi Malaysia Yang Lebih Baik” ini selari dengan kepercayaan bahawa rakyat Malaysia dahagakan sebuah Malaysia yang lebih dinamik, aman dan makmur.
“Sokongan daripada rakyat amat diperlukan untuk mencapai visi KEADILAN bagi meletakkan Malaysia sebagai negara yang disegani, baik dari aspek ekonomi, politik dan sosial.
“Kempen ini akan memerkasakan KEADILAN lagi sebagai sebuah kuasa politik yang akan terus mampu mengorak arus perubahan bagi negara ini, InsyaAllah,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

(function() { var d = document, w = window; w

WING'S HUKUM KARMA { OFFICIAL VIDEO } KHAS BUAT ATOK 96..