(LIVE) Saifuddin Nasution & Dr Hamdan Salleh : Dua Dekad Menongkah Arus

((LIVE)) ISTANA "TAK PERCAYA" MAHIADDIN? - YB DATO' HAJI MAHFUZ OMAR & Y...

DIHARAP AGONG TIDAK MELANGGAR SUMPAHNYA SENDIRI



Tamrin Tun Ghafar 

Rabu - 16/06/2021
( 1 -  16 )


1.   Apabila  Mahiaddin  mengatakan Parlimen  AKAN  bersidang Bulan September atau Oktober 2021  ini  ia dengan sendirinya mengundang  pelbagai pandangan. 

2.   PERKARA  55  ( 1 ) Perlembagaan  : 

'Yang Di Pertuan Agong  HENDAKLAH  memanggil Parlimen dari masa ke semasa dan TIDAK  BOLEH  MEMBIARKAN  enam ( 6 ) bulan berlalu ANTARA  PERSIDANGAN  yang akhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat pertamanya dalam penggal yang berikutnya. 

3.  BUKANKAH  21hb Jun 2021 ini GENAP SUDAH   6 bulan dan Agong  MESTI  mengarahkan Parlimen Bersidang seperti yang termaktub dalam Perlembagaan?? 

4.  Perlu  diingatkan semula  SUMPAH  JAWATAN  bagi Yang Di Pertuan Agong : 

'Kami  .........dan ........
Yang Di Pertuan Agong bagi Malaysia  bersumpah dengan melafazkan 

       WALLAHI
       WABILLAHI
       WATALLAHI 

maka dengan lafaz ini BERIKRARLAH  Kami dengan sesungguh dan dengan sebenarnya MENGAKU akan taat setia pada menjalankan dengan ADILNYA pemerintahan bagi Malaysia  dengan MENGIKUT  sepertimana UNDANG - UNDANG  DAN  PERLEMBAGAAN yang telah disah dan dimasyhurkan dan yang akan disah dan dimasyhurkan di masa hadapan ini. Dan lagi kami BERIKRAR MENGAKU dengan sesungguh dan dengan sebenarnya MEMELIHARA  PADA  SETIAP  MASA Agama Islam dan BERDIRI  TETAP  diatas pemerintahan  YANG  ADIL  dan aman didalam Negeri' 

5.  Itulah SUMPAH  yang telah dilafazkan  oleh beliau apabila dipilih oleh Raja - Raja  sebagai Agong. 

6.  Pada awalnya rakyat melihat tindakan - tindakan Agong  amat menggembirakan  tetapi lama kelamaan  kegembiran tersebut mula dingin dan pudar terutama apabila beliau MELANTIK  Mahiaddin sebagai Perdana Menteri TANPA  MENGAMBIL KIRA  PENDIRIAN  SETIAP  AHLI  PARLIMEN, sebaliknya HANYA  MENDENGAR  sokongan Ketua - Ketua Parti sahaja - apakah itu TINDAKAN ADIL? 

7.  PERKARA  43 ( 1 ) ( a )  : 

Yang Di Pertuan Agong  hendaklah  melantik seorang Perdana Menteri dari kalangan Ahli Dewan Rakyat  yang  PADA  HEMATNYA  MUNGKIN  MENDAPAT   KEPERCAYAAN  MAJORITI  Ahli Dewan Rakyat  -  persoalannya  APAKAH  dengan HANYA  mendengar akuan Ketua - Ketua Parti  TANPA mendapat  persetujuan setiap Ahli Dewan Rakyat telah MEYAKINKAN beliau? 

8.  Jika Mahiaddin cukup bilangan MENGAPA beliau perlu membeli sokongan dan menggantung Parlimen? 

9.   PERKARA  43 ( 4 )  : 

Jika Perdana Menteri  TIDAK  LAGI  MENDAPAT  KEPERCAYAAN  MAJORITI  Ahli Dewan Rakyat , maka Perdana  Menteri HENDAKLAH  MELETAKKAN  JAWATAN Perdana Menteri. 

10.  PERKARA  150 ( 1 )  : 

Jika Agong berpuas hati bahawa satu DARURAT  BESAR SEDANG  BERLAKU yang menyebabkan  KESELAMATAN, atau KEHIDUPAN  EKONOMI  atau KETENTERAMAN  AWAM  maka Agong BOLEH  mengeluarkan suatu Proklamasi  Darurat. 

150  ( 2 ) 

Proklamasi Darurat  dibawah Pasal  ( 1 )  boleh dikeluarkan SEBELUM  SEBENARNYA  barlaku kejadian yang MENGANCAM  KESELAMATAN, kehidupan  EKONOMI atau KETENTERAMAN  AWAM  -  persolannya   SEMASA  Agong  bersetuju  dengan cadangan Mahiaddin  ADAKAH  negara dalam  situasi sedemikian? -  PERKARA 150  ini juga  TIDAK  MENYEBUT  LANGSUNG  ( blank ) bahawa  Agong MESTI  bertindak mengikut kehendak Kabinet. 

11.  MENGAPA  pada 25hb Oktober 2020  Agong  boleh  berbincang terlebih dahulu dengan Raja - Raja Melayu dan MENOLAK  permohonan Mahiaddin  TETAPI  pada  11hb Januari 2021   TIDAK MEMPEDULIKAN   LANGSUNG  pandangan   Raja - Raja Melayu apabila mengisytiharkan Perintah Darurat? 

12.  Apakah  beliau  SUDAH  LUPA  JASA  Raja - Raja  Melayu  apabila memilih dan melantik beliau sebagai Agong? 

13.  Apakah dakwan rakyat  kononnya Agong sudah 'DIBELI'  oleh Mahiaddin benar? sehingga  SANGGUP  MENGENEPIKAN  Raja - Raja Melayu? 

14.  PERKARA  34 ( 3 ) dan  34  ( 6 )  : 

Agong  dan Permaisuri  TIDAK  BOLEH  melibatkan diri dalam apa - apa perusahan komersial. 

15.  APAKAH  RAJA - RAJA  MELAYU  KINI  UMPAMA: 

SUDAH  MENYEBERANG
TONGKAT  TIDAK 
BERGUNA  LAGI. 

16. SEMOGA  AGONG  TIDAK  LUPA  DENGAN  SUMPAHNYA  DAN  
SENANTIASA  MENJADIKAN  RAJA - RAJA  MELAYU  SEBAGAI  TALIAN  HAYAT  TERAKHIR  SEBELUM  KEMBALI  KEPADA  ALLAH MAHA  PENCIPTA. 


Wassalam
Terima Kasih.

PANDAI TUPAI MELOMPAT


Dato Zaid Ibrahim


Kerajaan PN bernasib baik kerana mereka masih lagi memerintah kerajaan, walaupun tidak menentu hala tuju. Mereka bernasib baik kerana Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah lembut dan sabar orangnya. Dalam masa darurat (dan di mana Parlimen tidak bersidang) Ordinan Darurat yang ada sekarang memberi kuasa penuh kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).


Baginda boleh panggil Parlimen bersidang esok atau lusa. Baginda boleh pecat Perdana Menteri dan baginda boleh pecat Speaker dan sebagainya. Itulah luasnya kuasa YDPA semasa darurat.

Prinsip Raja Berperlembagaan di mana YDPA mesti mengikut nasihat Perdana Menteri di bawah Artikel 40 Perlembagaan itu tidak boleh digunapakai semasa darurat kerana Seksyen 14 Ordinan Darurat memberi kuasa penuh kepada YDPA, dalam segala hal demi menyelesaikan masalah negara.  

Ordinan Darurat memberi kuasa kepada YDPA untuk melakukan apa saja walaupun bercanggah dengan prinsip dan undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan selagi Parlimen tidak bersidang untuk mengubah ordinan tersebut.

Perdana Menteri (dan penasihat beliau) mungkin merasakan, jika mereka memberi kuasa penuh kepada YDPA melalui Ordinan Darurat, mereka boleh mengambil kesempatan berselindung di belakang kuasa YDPA. Mereka akan berkata, “YDPA mesti ikut nasihat kami”, kerana itulah lazimnya prinsip Raja Berperlembagaan.  


Mereka tidak menyangka prinsip biasa tidak laku dalam masa darurat. YDPA dan Raja-Raja Melayu juga ada pendirian sendiri dan tidak mahu jadi pak turut.


Mereka salah perkiraan mengenai undang-undang darurat yang mereka sendiri gubal. Ordinan Darurat yang ada sekarang memberi kuasa penuh kepada YDPA. Jadi, isu baginda perlu mengambil nasihat Perdana Menteri sebelum mengambil apa-apa tindakan itu tidak timbul. Kecuali Parlimen bersidang dan mengubah Perkara 14 Ordinan Darurat sekarang.


PM kita “wants the cake and eat it”, kata orang Inggeris. Beliau mahu darurat yang memberi kuasa mutlak kepada YDPA dengan harapan nasihat beliau sentiasa diikuti oleh baginda. Itulah sebab orang tua-tua bercerita, “pandai-pandai tupai melompat, jatuh juga ke tanah”.


Krisis yang ada sekatan boleh diselesai dengan mudah. YDPA boleh memanggil Perdana Menteri mengadap dan memberitahu beliau jawatannya sebagai Perdana Menteri akan gugur pada 1 Julai 2021. YDPA juga boleh namakan penggantinya dengan serta merta.


YDPA juga boleh arahkan Parlimen bersidang untuk memilih Perdana Menteri baharu, jika itulah yang difikirkan terbaik. Notis 28 hari untuk Parlimen bersidang tidak perlu diikuti kerana kita dalam darurat dan segala keputusan YDPA adalah sah semasa darurat, termasuk isu notis mesyuarat dan ianya tidak boleh dicabar.


KELUHAN SEORANG WALAUN TEGAR PAS

 

Asri janggut



Image


Dulu puluhan tahun kita berjuang utk mangsa mamali,kita nk sgt satu RCI ditubuhkan untuk mencari keadilan ,asal setiap kali pilihnraya kita akan bangkitkan isu mamali,


Hari ini Allah dah bagi kesempatan kita ada sedikit kuasa dalam kerajaan,ditambah pula ada satu kelebihan iaitu Menteri undang-undang dari parti kita..

Dah berkuasa kenapa kita diam membisu?

Adakah mereka lupa,lalai dengan jawatan?

Adakah agama islam hanya mainan dibibir sahaja?

 

May be an image of 5 people, people sitting and text that says "PUTI KELANTAN MUKTAMAR TAHUNAN PARTI ISLAM SE-MALYSIA (PAS) MUHARRAM SEPTEMBER2020 PUTIK, KELANTAN BERITAPAS Home Artikel PAS Pulau Pinang PULAU PINANG ARTIKEL PAS PULAU PINANG Tragedi Memali Desakan Akar Umbi PAS Di Pulau Pinang Untuk Segera Tubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI Memali) 12/02/2018 0 1960 f Facebook Twitter RE品 TRAGEDIMEMALI AHLI PAS, NGO ISLAM GESA KERAJAAN TUBUH RCI SEGERA መዮድ Dikirim oleh PAS Pulau Pinang f"May be an image of 1 person and text that says "Pas Selangor gesa tubuh RCI siasat peristiwa Memali Bernama Ogos 2017 10:28 MYT SALLEHEN: Pas Selangor berpandangan sudah sampai masanya peristiwa berdarah ini dibongkar untuk mendapatkan gambaran sebenar. Pas Selangor menggesa kerajaan Persekutuan supaya segera menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kembali peristiwa Memali serta pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian tersebut. Pesuruhjaya Pas Selangor Sallehen Mukhyi herkata ituinga"

May be an image of one or more people, people standing and text that says "Empat sebab perlu tubuh RCI Tragedi Memali- Lim Kit Siang Pada 2 April 2014 oleh RoketKini E-mail Tweet f Like Kenyataan Media oleh Ketua Parlimen DAP merangkap Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 2 April 2014. TESTIMONI oleh OCPD Baling yang menyaksikan sendiri Tragedi Memali dan"



May be an image of text that says "BERITA malaysıakını vzwvirzammannaaysunn.com Isu Memali: PAS tuntut tubuh RC Tuan Ibrahim Tuan Man 16 Aug 2017, 11:03 am Dikemaskini tahun lepas Iklan oleh Google Hentikan iklan ini Mengapa iklan ini? i A+ A- ULASAN PAS menggesa satu Suruhanjaya Diraja (RCI) dibentuk bagi mengkaji tragedi Memali. Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985 mengorbankan 14"





Agong pun Pas berani derhaka, apalah kita rakyat biasa, kata Naib Presiden Umno

 


Umno perlu ambil tindakan ‘penyudah’ segera, kata Puad


Mohd Puad Zarkashi berkata, Umno mempunyai alasan kukuh untuk membuat keputusan tegas dan penarikan sokongan lebih awal. (Gambar Bernama )

PETALING JAYA: Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno berpendapat sudah tiba masanya parti itu mempercepatkan tarikh penarikan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) jika Putrajaya masih berdolak-dalik berhubung pembukaan sidang Parlimen.

Mohd Puad Zarkashi berkata, beliau menyokong pendirian Pemuda Umno yang membuat gesaan itu dan pucuk pimpinan harus mengambil tindakan “penyudah” segera kepada kekalutan berkenaan.

“Ini kerana Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu telah menitahkan supaya Parlimen mesti bersidang secepat mungkin.

“Justeru MKT wajar mempercepatkan tarikh penarikan sokongan terhadap kerajaan PN walaupun pada Perhimpunan Agung Umno 2020 (PAU2020) memutuskan paling lewat pada 1 Ogos depan,” katanya kepada FMT.

Puad berkata, suara PAU2020 pada Mac lalu juga memutuskan untuk memberi mandat kepada Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi bagi membincangkan dengan MKT jika terdapat tarikh lain yang lebih sesuai.

Katanya, Umno mempunyai alasan kukuh untuk membuat keputusan tegas dan penarikan sokongan lebih awal.

“Umno sudah memberi peluang lebih setahun kerajaan PN memerintah.

“Ternyata Umno tidak boleh membiarkan dirinya terus terpalit dengan kemarahan rakyat akibat kegagalan kerajaan PN dan kedegilan PM8 (Muhyiddin Yassin),” katanya.

Terdahulu, Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihaknya akan mendesak kepimpinan tertinggi parti itu untuk membuat keputusan tegas jika kerajaan pimpinan Muhyiddin gagal mengadakan sidang Parlimen dalam tempoh terdekat.

“Kegagalan melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong itu boleh dianggap sebagai satu bentuk penderhakaan,” katanya.

Justeru, Pemuda Umno mendesak Putrajaya mengeluarkan notis panggilan segera bagi membolehkan Parlimen bersidang sebelum darurat tamat pada 1 Ogos bagi mentaati titah pandangan Agong dan Majlis Raja-Raja.

Rabu lalu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah baginda berpandangan sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin untuk membahaskan ordinan darurat dan Pelan Pemulihan Negara.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, pandangan baginda berhubung persidangan Parlimen tidak memperincikan bila ia perlu dilaksanakan.

TAKI NI MANA NAK FAHAM BAHASA MELAYU...DIA NAAM NAAM...Mahu Takiyuddin faham maksud ‘secepat mungkin’, ADUN PKR hadiah Kamus Dewan


ADUN Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad, berkata Takiyuddin Hassan sengaja mentafsir maksud ‘secepat mungkin’ mengikut tafsiran dan kepentingan politik sendiri.

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad, menghadiahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Takiyuddin Hassan sebuah Kamus Dewan.

Arafat berkata, kamus itu dihadiahkan kepada Takiyuddin supaya beliau memahami dengan lebih jelas maksud “secepat mungkin” seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong.

Rabu lalu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin untuk membahaskan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara kerana menyedari peranan pentingnya bagi membincangkan isu berkaitan Covid-19.

Dalam video dikongsikan di Facebook Pusat Khidmat Raya ADUN Hulu Kinta, Arafat berkata kenyataan dikeluarkan Takiyuddin selepas titah pandangan Agong itu adalah tindakan yang biadab dan angkuh.

Ketua Penerangan PKR Perak itu berkata, Takiyuddin dengan sengaja mentafsir maksud “secepat mungkin” mengikut tafsiran dan kepentingan politik sendiri.

“Oleh kerana itu saya nak menghadiahkan kamus untuk Menteri Undang-undang, saudara Takiyuddin sekiranya tak faham bahasa tak faham maksud segera dan maksud secepat mungkin.

“Oleh kerana tak boleh rentas negeri saya akan hantar melalui kurier terus (kamus) ke pejabat beliau,” katanya.

Tangkap layar ‘airway bill’ penghantaran kamus oleh ADUN Hulu Kinta kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Takiyuddin Hassan yang dikongsi di Facebook Pusat Khidmat ADUN Hulu Kinta (FB Pusat Khidmat ADUN Hulu Kinta).

Arafat berkata, insiden membabitkan keangkuhan pemimpin parti Islam itu bukan perkara baru kerana pada Disember tahun lalu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut murka terhadap pimpinan PAS negeri kerana ingkar perintah untuk menghadap.

“Inilah perangai sebenar pemimpin parti kononnya parti Islam. Saya ada satu soalan dengan Takiyuddin, kita doakan supaya Takyuddin sihat walafiat.

“Andai kata Takiyuddin terkena Covid-19 adakah beliau akan ikut saranan KKM untuk hadir segera ke hospital mendapatkan rawatan atau ikut tafsiran beliau, tafsiran hadir (selepas) sebulan, dua bulan atau tiga bulan selepas terkena Covid-19,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Takiyuddin membayangkan masa “sudah hampir” untuk Parlimen bersidang selepas Yang di-Pertuan Agong bertitah ia harus diadakan secepat mungkin.

Takiyuddin berkata, Agong tidak menetapkan bila sidang Parlimen harus diadakan namun Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sudah mengumumkan bahawa sidang Dewan Rakyat itu boleh diadakan paling awal September ini.

“Agong tidak menitahkan perlu diadakan pada bulan berapa dan sekian. (Baginda) menyatakan secepat mungkin. Perdana Menteri pun ada menyatakan Parlimen akan dibuka dalam bulan September atau Oktober. Sekarang ini pun kita sudah hampir penghujung Jun. Sudah hampir dan kita pasti akan adakan Parlimen,” katanya.

buruknya malaysia dimata dunia dengan kes menindas warga asing

 

‘Kerja siang malam, lalui penderaan seks, dipukul malah ada dibakar’, dakwa pekerja restoran daun pisang terkenal




Velayutham menceritakan pengalaman negerinya ketika diwawancara hos TV dan pelakon Lakshmy Ramakrishnan. (Screengrab Behindwoods Air YouTube)

PETALING JAYA: Seorang bekas pekerja restoran daun pisang terkenal di sini mendakwa dianiaya dan ditindas, termasuk dipukul oleh majikan manakala rakan sekerja disimbah petrol dan dibakar.

Dakwaan warga India itu kini menjadi fokus media di negara berkenaan dan dalam kalangan masyarakat di Malaysia, selain mengundang tindakan Kementerian Sumber Manusia.

Pekerja itu yang hanya dikenali sebagai Velayuthan, menceritakan pengalaman ngerinya bekerja di restoran nasi daun pisang berkenaan kepada saluran YouTube “Behindwoods Air” di India.

Antara lain, Velayuthan memberitahu hos rancangan, Lakshmy Ramakrishan, bahawa beliau menyaksikan rakan sekerjanya disimbah dengan petrol dan dibakar kerana mengugut untuk membongkarkan kes pencabulan seksual oleh majikan ke atas pekerja restoran.

Lakshmy Ramakrishnan.

Pekerja berkenaan dibawa ke klinik dan dipaksa berbohong bahawa kecederaan itu disebabkan letupan gas silinder di restoran itu, menurut Velayuthan.

Susulan pendedahan itu, Menteri Sumber Manusia, M Saravanan diwawancara oleh Lakshmy dalam program berasingan yang turut disertai oleh Velayuthan.

Saravanan berkata, pihak berkuasa telah menyerbu restoran itu dan menahan seorang individu untuk siasatan.

Beliau dipetik berkata kementerian boleh mendakwa majikan berkenaan jika didapati melanggar undang-undang buruh manakala polis menjalankan siasatan atas dakwaan yang melibatkan aspek jenayah.

Velayutham yang berasal dari Pudukkottai, Tamil Nadu tiba di Malaysia pada 2018 untuk bekerja sebagai tukang kayu tetapi diyakinkan oleh ejennya untuk bekerja di restoran berkenaan “buat sementara.”

Beliau mendakwa tidak pernah menerima gaji secara langsung daripada majikan. Sebaliknya, setiap bulan, ejennya akan menghantar sejumlah wang kepada keluarganya di India, setelah mengambil “komisen” untuk dirinya.

Velayutham berkata, pekerja warga asing di restoran nasi daun pisang itu terpaksa bekerja dari 5 pagi hingga tengah malam setiap hari. Mereka diugut akan dipukul atau dibunuh jika enggan berbuat demikian.

Beliau melarikan diri daripada restoran itu dan kemudian bekerja seketika di sebuah ladang tetapi tidak dibayar gaji oleh majikan.

Velayuthan kemudian bekerja sebagai buruh di sebuah tapak binaan di Seremban. Beliau hanya menerima RM1,000 untuk kerja enam bulan.

Dia kemudian memperoleh pasport sementara dari kedutaan India.

Velayutham turut berkongsi pengalaman “merempat” selama empat bulan di Kuala Lumpur. Beliau tidur “di kaki lima” jalan dan mengisi perut dengan makanan sumbangan Masjid Jamek.

Beliau akhirnya berjaya kembali ke India pada 30 Mei, selepas melancarkan kempen media sosial untuk mendapatkan bantuan bagi membiayai kos penerbangan.

Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvan, berkata kisah penderitaan Velayutham kini menjadi perbualan hangat masyarakat Tamil di Malaysia dan India.

Beliau mendakwa apa yang dilalui oleh warga India itu adalah lumrah di Malaysia dengan majikan dan ejen sering menindas pekerja warga asing.

KES PENCERAIAN MENINGKAT MENDADAK . MENTERI AGAMA SAMA KAH MACAM DUTA TIMUR TENGAH? MAKAN GAJI BUTA JUGA KAH ?

 


MALAYSIA DATELINE


Peningkatan jumlah kes perceraian sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan bermula bulan Mac 2020 hingga PKP 3.0 amat membimbangkan dan boleh mencetuskan ancaman baharu dalam sistem kekeluargaan di Malaysia.

Biro Pendidikan & Perubahan Masyarakat AMANAH Nasional amat prihatin dengan yang sinario tersebut ternyata dalam tempoh tiga bulan 16 mac 2021 sehingga 18 mei 2021 sejumlah 6569 kes perceraian telah didaftarkan

Prihatin dengan isu ini Timbalan Pengerusi II Biro Pendidikan & Perubahan Masyarakat AMANAH Nasional Shamsul Ma`arif Ismail mempersoalkan apakah usaha dan langkah proaktif yang telah dilakukan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan jabatan dibawahnya.

“Apakah peranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bah.Hal Ehwal Agama) dan jabatan yang berkaitan dengannya mempunyai solusi yang meyakinkan dan tuntas dalam mengatasi masalah keluarga ini?” soal beliau.

Menurut Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) punca utama peningkatan ini adalah disebabkkan hilang punca pendapatan, pengangguran dan tekanan perasaan, suami isteri terpaksa duduk di rumah mencetuskan cabaran lebih besar kepada mereka sehinggakan hal-hal remeh menjadi punca pertikaian, perbalahan dan keganasan rumah tangga terhadap wanita dan kanak-kanak. Faktor kewangan, campurtangan pihak ketiga penderaan mental dan fizikal.

Beliau percaya institusi kekeluargaan yang aman dan bahagia merangkumi aspek kekuatan akidah, psikologi pasangan dan anak-anak, kewangan keluarga yang stabil, pemakanan yang sihat dan keharmonian sebuah keluarga adalah benteng utama dalam membentuk kesejahteraan negara pada masa akan datang.

“Kegagalan kerajaan mengurus institusi kekeluargaan dalam tempoh pandemik ini akan mencetuskan permasalahan keluarga dan masyarakat yang parah pada masa akan datang,” kata beliau.

Rafizi nafi dihubungi Azmin- ITU KERJA JKOM

 


Panas! Rafizi nafi dihubungi Azmin


Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menafikan dirinya dihubungi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali.

“Whatsapp bahawa Azmin hubungi saya berlegar. Ramai yang dok mesej tanya. Setakat ini yang hubungi saya hanyalah ex-boyfriend kucing saya,” katanya di Twitter.

Rafizi turut berkongsi mesej WhatsApp tular itu di Twitternya. Asal usul mesej itu tidak dapat disahkan.

Antara lain mesej itu dipetik, “Selepas nadanya semalam yang menyokong saranan YDPA agar Dewan Parlimen dibuka dengan segara, Azmin menjelaskan “saya telah menghubungi beberapa orang otai reformasi semasa kami sama-sama berjuang untuk reformasi dulu. Antaranya Ezam dan Rafizi.”May be an image of 1 person and text that says "Rafizi Ramli @rafiziramli Whatsapp bahawa Azmin hubungi saya berlegar. Ramai yg dok mesej tanya ha3. Setakat ini yg hubungi saya hanyalah ex-boyfriend kucing saya. Jangan cepat percaya macam2 psywar politik. JKOM dan segala hantu jerangKOM tengah giat bekerja. #moratoriumtakjadi Terjemahkan Tweet"

Rafizi, dalam ciapannya, turut meminta orang ramai tidak mempercayai perang psikologi politik.

“Jangan percaya macam-macam psywar politik,” kata Rafizi dalam ciapan itu.

Rafizi dan Azmin dilihat sebagai seteru politik dan hubungan tegang antara mereka dalam PKR diketahui umum.

Azmin adalah timbalan presiden PKR sebelum keluar parti itu susulan perbalahan terbukanya dengan Anwar Ibrahim.

Azmin kini menjadi menteri kanan dalam kabinet Muhyiddin Yassin dan dilihat antara penggerak utama “Langkah Sheraton” tahun lalu yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan selepas berkuasa 22 bulan.

RAKYAT KOTA BHARU TOLAK TAKIYUDDIN

 / June 19, 2021



Gelombang kebencian dan penolakan rakyat terhadap Ahli Parlimen Kota Bharu Takiyuddin Hasan mula jelas kelihatan sejak dari kenyataan celupar bernada biadab terhadap Titah Diraja seperti yang dikeluarkan oleh Takiyuddin baru-baru ini.

Tular sejak pagi ini beberapa kain rentang buatan sendiri yang dinaikkan oleh rakyat yang menyatakan nada berbaur kecaman dan kemarahan terhadap Takiyuddin yang dinaikkan di beberapa tempat sekitar Kota Bharu.

Menerusi laporan yang diterima dan tinjauan yang dibuat oleh pihak Malaysia Dateline di sekitar Kota Bharu, didapati sekurang-kurangnya dua kain rentang yang mengecam Takiyuddin dinaikkan.

Salah satunya bertulis “Taki Penjilat Mahiadin” dinaikkan di hadapan Masjid Bandar Sultan Muhammad II Telipot, sebuah masjid yang terletak berhampiran Istana Telipot dalam daerah Kota Bharu yang merupakan Istana Kediaman Rasmi Sultan Muhammad V, Sultan dan Yang Di Pertuan bagi negeri Kelantan.

Sebuah lagi kain rentang yang bertulis “Taki Penderhaka Istana” dikesan telah dinaikkan di hadapan Pasaraya Billion Jalan Langgar Bandar Kota Bharu, yang terletak berhadapan lorong masuk ke Masjid D’Raja Long Yunus Langgar, sebuah masjid yang terletak bersebelahan Makam Diraja Langgar, sebuah kompleks pemakaman rasmi kerabat Istana Kelantan.

Kain rentang ini dinaikkan di hadapan Masjid Bandar Sultan Muhammad II Telipot,

Ketua Pemuda AMANAH Kelantan Zulhazmi Hassan ketika dihubungi oleh pihak Malaysia Dateline menafikan pihak Pemuda AMANAH Kelantan bertanggungjawab terhadap kain rentang yang dinaikkan tersebut.

“Kita dari Pemuda AMANAH Kelantan tidak membuat dan memasang sepanduk sebegitu, kerana setakat perkembangan tindakan kita terhadap isu kebiadaban Takiyuddin, kita baru sahaja buat laporan polis semalam.

“Mungkin sepanduk buatan sendiri itu ialah hasil manifestasi kemarahan rakyat kepada Takiyuddin yang kini nampak semakin mabuk kuasa hingga tergamak membuat kenyataan yang bersifat persendaan kepada Titah Yang Di Pertuan Agong yang meminta Kerajaan PN segerakan pembukaan Parlimen,” kata Zulhazmi.

Hubungan Takiyuddin dengan pihak Istana Negeri Kelantan menjadi perbualan ramai dalam kalangan rakyat negeri ini, apabila pada Januari 2001 dahulu, Istana Negeri Kelantan pernah menarik balik Surat Tauliah dan Darjah Kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada Takiyuddin

MD.

KERAJAAN PN ADALAH KERAJAAN DERHAKA






Sudah lebih tiga hari berlalu sejak Yang Dipertuan Agong menzahirkan pandangan tentang perlunya Sidang Parlimen diadakan dengan secepat mungkin, sehingga ini masih belum kedengaran lagi sebarang respon positif daripada pihak kerajaan.

Yang ada hanyalah kenyataan media Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin sebelum ini yang kesimpulannya sekadar mengambil maklum saja titah Agong itu.

Apakah cukup dengan hanya mengambil maklum saja?

Begitukah cara seorang ketua kerajaan menunjukkan kepatuhan serta kesetiaan kepada Agong selaku ketua negara?


Bukankah apa yang dititahkan oleh Agong itu sebenarnya perlu dilaksanakan dengan segera dan bukan setakat diambil maklum saja?

Tidakkah dengan tidak melaksanakan titah Agong pada kadar yang segera adalah tindakan derhaka?

Lagi pula, setelah diambil maklum tetapi kemudian tidak melakukan apa-apa tindakan, bukankah ia dikira satu bentuk penderhakaan juga?

Apalagi dengan pelbagai pihak dalam PN dan Bersatu terus mengeluarkan kenyataan yang seakan-akan menolak Parlimen perlu bersidang dengan secepat mungkin sebagaimana yang dititahkan, tidakkah ia juga menunjukkan bibit-bibit penderhakaan itu semakin sukar untuk dinafikan?

Dalam adat kepatuhan serta kesetiaan kepada Raja atau Agong selaku ketua negara, telah banyak diperlihatkan dalam sejarah sejak dahulu lagi bagaimana menjunjung titah itu tidak pernah sama sekali cuba dilengah-lengahkan.

Jangankan melengahkannya lebih daripada tiga hari, tidak memperdulikan atau tidak berbuat apa-apa terhadap titah Raja melebihi tiga minit pun sudah dikira derhaka sebenarnya.

Lagilah dikira derhaka dengan keceluparan seorang menteri kabinet yang seolah-olah mencadangkan titah Agong berkaitan pembukaan Sidang Parlimen itu hanya perlu dilaksanakan tiga bulan akan datang.

Gila apa semua mereka ini?

Maka itu, jika bukan kerajaan derhaka, apa lagi nama yang sesuai untuk dilabelkan kepada PN ini?

Begitu dengan Mahiaddin, jika bukan Perdana Menteri derhaka, apa lagi cop patut diberikan kepadanya? 

(ShahbudinHusin 19/06/2021)


DULU MASA PH, KAU CAKAP PANDAI...BILA KAU JADI...HAPA PUN TARAK.....Seluruh negara buat laporan polis terhadap Takiyuddin

 


Panas! Seluruh negara buat laporan polis terhadap Takiyuddin


LAPORAN POLIS TERHADAP MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

18 Jun 2021 | Kedah Darul Aman.

Demi mengangkat martabat sistem demokrasi berparlimen, serentak 15 AMANAH kawasan di seluruh negeri Kedah telah mengadakan Laporan Polis terhadap YB Dato Takiyyuddin Hassan selaku Menteri Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri. Laporan berkaitan isu mempersendakan titah YDPA pada perjumpaan Majlis Raja-Raja yang diadakan pada 16 Jun 2021 yang lalu. Jelas kenyataan beliau bersifat derhaka pada titah Baginda Tuanku yang mana menggesa agar sidang parlimen dibuka segera.

Menjunjung kasih atas sifat keprihatinan YDPA terhadap kemelut yang sedang melanda negera ketika ini yang telah diprejudiskan oleh Kerajaan PN. Tujuan parlimen perlu segera dibuka segera untuk membincangkan perihal Akta Ordinan Darurat dan Pelan Keluar Pandemik Covid19 serta perihal rakyatn secara keseluruhannya.

Mengetuai laporan pada petang ini Mohd Ridzwan Arshad Ahmad (Pengarah Mobilisasi AMANAH Kedah) di Balai Polis Daerah Yan tepat jam 3.00 petang serta diikuti oleh semua AMANAH kawasan-kawasan di seluruh negeri Kedah. Daripada laporan polis yang dibuat menggesa pihak Polis Diraja Malaysia menyiasat dan mengambil tindakan terhadap YB Dato Takiyuddin Hassan terhadap isu ini kerana melanggar Perlembagaan Persekutuan Bahagian IV Persekutuan Bab 2 Majlis Raja-Raja Perkara 38 serta beliau boleh dicaj di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

BUKA PARLIMEN SEGERA!! | KERAJAAN GAGAL!!


#bukaparlimen
#pemudaamanahkedah
#pemudaamanahnasional
#amanahnegerikedah
#KerajaanGagal

TERGEMPAR PAGI INI : JANGAN SAMPAI RAJA MURKA !!!

GEMPAR!!! PERJUMPAAN YDPA-ANWAR: YDP AGONG AKUI TIDAK BERPUAS HATI DENGA...

AZMIN ..NI APA CERITA?

 

MOHD SHAH RIM


Apa khabar Azmin Ali..??

FDI susut 54.8 peratus kepada RM14.6 bilion pada 2020, terendah sejak 2009 - Jab. Perangkaan

 May be an image of text

MELETUP BILA DICAJ- SAMPAI HATI KERAJAAN NIH

 

MOHD SHAH RIM


Sampai meletup bila dicaj.. memang dasar kjaan gagal...nak tunggu ada

 kecederaan parah atau kematian, baru siasat dan tubuh pelbagai

 jawatankuasa..??

 Come on lah..






BOHONG | HarakahDaily tergamak “MENIPU” untuk bodohkan ahli?


BOHONG | HarakahDaily tergamak “MENIPU” untuk bodohkan ahli?


Kenyataan Media


Merafak Sembah Memohon Ampun ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan ke Bawah Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu Menafikan Ummah Care Malaysia Terlibat dalam 440 NGO Islam Menyokong Tempoh Darurat dikekalkan.

 

1. Pihak Ummah Care Malaysia telah menerima pertanyaan demi pertanyaan berkaitan pemberitaan oleh Portal Harakahdaily.net yang disiarkan pada 16 Jun 2021 melalui pautan https://harakahdaily.net/.../440-ngo-islam-sokong.../...

 

2. Pemberitaan tersebut telah menyenaraikan Pertubuhan Ummah Care Malaysia (senarai 347) sebagai salah satu NGO yang menyarankan agar darurat perlu dipanjangkan sehingga tahun 2022.

3. Ummah Care Malaysia ditubuhkan pada 16 September 2008 di bawah Ikatan Amanah dan pada 15 November 2016 secara sah berdaftar dengan ROS sebagai sebuah badan Bukan Kerajaan(NGO). Ummah Care berhasrat untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Malaysia dan dunia tanpa mengira warna kulit dan ideologi politik. Page FB kami Ummah Care Malaysia-NGO. https://www.facebook.com/394074250937325/posts/1469617883382951/

4. Justeru itu, Ummah Care Malaysia ingin menegaskan:

A. Ummah Care Malaysia TIDAK PERNAH dihubungi oleh mana-mana individu termasuk oleh Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) atau wakilnya sebelum kenyataan itu dikeluarkan.

B. Ummah Care Malaysia TIDAK PERNAH BERSETUJU dengan mana -mana isi kandungan kenyataan itu sehingga dirundingi terlebih dahulu.

C. Ummah Care Malaysia menjunjung tinggi peranan dan percaya atas kebijaksanaan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu dalam menyelesaikan apa-apa masalah yang berlaku di dalam negara.

D. Ummah Care Malaysia MEMBANTAH disertakan pertubuhan kami dalam senarai NGO yang disertakan oleh UMMAH yang dilihat amat bercanggah dan seolah-olah menderhaka dengan kenyataan yang dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pada 16 Jun 2021.

E. Ummah Care Malaysia PERCAYA bahawa nama pertubuhan yang disertakan itu adalah merujuk kepada kami yang berdaftar dengan nombor pendaftaran PPM-003-07-15112016 atas nama Pertubuhan Kebajikan Kasih Ummah Malaysia (Ummah Care Malaysia) melainkan dibuktikan sebaliknya.

F. Ummah Care Malaysia MENJUNJUNG KASIH DAN MENYOKONG SEPENUHNYA PENYELESAIAN yang dicadangkan melalui titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan DYMM Raja-Raja Melayu.

G. Ummah Care Malaysia merasa AMAT KESAL atas sikap yang amat TIDAK BERTANGGUNGJAWAB pihak UMMAH dan pihak portal yang menyiarkan kenyataan tersebut dan telah dikongsi secara meluas oleh media sosial.

H. Ummah Care Malaysia MENUNTUT PERMOHONAN MAAF SEGERA DAN DISIARKAN DI AKHBAR-AKHBAR UTAMA DAN PORTAL HARAKAHDAILY.NET DALAM MASA 48 JAM DARI KENYATAAN MEDIA INI DIBUAT.

I. Ummah Care Malaysia akan berbincang dengan peguam bagi tindakan seterusnya bagi menjaga integriti dan nama baik kami.

Ustaz Haji Mohd Nasir Zakaria

Presiden

Ummah Care Malaysia