RAKYAT SEMAKIN TIDAK SABAR DETIK ITU
NORMAN RADZUAN
DS Anwar sepatutnya menjadi PM dalam masa terdekat ini. Beliau
mempunyai SD yang mencukupi dan telah 'dibuktikan'...malah jika undian di
Parlimen sekalipun beliau ada sokongan yg cukup padu dan akn mengejutkan ramai
pihak.
Apabila Raja-Raja berpendapat negara memerlukan kerajaan yang
stabil bermaksud kerajaan yang sedia ada ini tidak mempunyai majoriti lagi utk
menjadi sebuah kerajaan yang stabil. Ketakutan Mahiaddin, Tun dan Azmin Ali dpt
dilihat sgt ketara. Mereka tahu apa akn berlaku jika Parlimen dibuka. Mereka tahu
kerajaan yg ada bukan mandat rakyat dan sudah tidak mencukupi majoriti MP. Lalu
mereka menutup ruang demokrasi yang ada dgn cara yang sangat tidak bermaruah.
Tapi DS Anwar terus dihalang dengan pelbagai cara dari pelbagai
penjuru dan individu. Jika bukan kerana Pandemik kerajaan PN sudah lama
tumbang. Hanya beliau pemimpin yg mampu selamatkan rakyat Malaysia dari
pandemik dan ekonomi yg semakin lumpuh. Ini kerana DS Anwar seorang yang sangat
berintergriti (bebas rasuah) dan mempunyai hubungan yang baik dengan
pemimpin-pemimpin dunia.
Tanya saya jika DS Anwar menjadi PM... dlm tempoh 6 bulan
masalah Pandemik akan dapat diselesaikan dan dlm tempoh 12 bulan 60% ekonomi
negara akn kembali ke landasan.
Dari sumber terapat memberitahu DS Anwar akui jika beliau
menjadi PM dlm masa terdekat beliau akn terus menggunakan gear 5 untuk tempoh 1
1/2 tahun ini utk memulihkan negara dari pandemik dan ekonomi sebelum beliau akan
serahkan kembali mandat kpd rakyat memilih dirinya semula atau orang lain.
Betapa jujurnya dan ikhlasnya beliau. Marilah kita berdoa beliau diangkat segera menjadi PM Malaysia untuk menyelamatkan rakyat yang kini dlm kelemasan.