BOHONG | HarakahDaily tergamak “MENIPU” untuk bodohkan ahli?


BOHONG | HarakahDaily tergamak “MENIPU” untuk bodohkan ahli?


Kenyataan Media


Merafak Sembah Memohon Ampun ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan ke Bawah Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu Menafikan Ummah Care Malaysia Terlibat dalam 440 NGO Islam Menyokong Tempoh Darurat dikekalkan.

 

1. Pihak Ummah Care Malaysia telah menerima pertanyaan demi pertanyaan berkaitan pemberitaan oleh Portal Harakahdaily.net yang disiarkan pada 16 Jun 2021 melalui pautan https://harakahdaily.net/.../440-ngo-islam-sokong.../...

 

2. Pemberitaan tersebut telah menyenaraikan Pertubuhan Ummah Care Malaysia (senarai 347) sebagai salah satu NGO yang menyarankan agar darurat perlu dipanjangkan sehingga tahun 2022.

3. Ummah Care Malaysia ditubuhkan pada 16 September 2008 di bawah Ikatan Amanah dan pada 15 November 2016 secara sah berdaftar dengan ROS sebagai sebuah badan Bukan Kerajaan(NGO). Ummah Care berhasrat untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Malaysia dan dunia tanpa mengira warna kulit dan ideologi politik. Page FB kami Ummah Care Malaysia-NGO. https://www.facebook.com/394074250937325/posts/1469617883382951/

4. Justeru itu, Ummah Care Malaysia ingin menegaskan:

A. Ummah Care Malaysia TIDAK PERNAH dihubungi oleh mana-mana individu termasuk oleh Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) atau wakilnya sebelum kenyataan itu dikeluarkan.

B. Ummah Care Malaysia TIDAK PERNAH BERSETUJU dengan mana -mana isi kandungan kenyataan itu sehingga dirundingi terlebih dahulu.

C. Ummah Care Malaysia menjunjung tinggi peranan dan percaya atas kebijaksanaan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu dalam menyelesaikan apa-apa masalah yang berlaku di dalam negara.

D. Ummah Care Malaysia MEMBANTAH disertakan pertubuhan kami dalam senarai NGO yang disertakan oleh UMMAH yang dilihat amat bercanggah dan seolah-olah menderhaka dengan kenyataan yang dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pada 16 Jun 2021.

E. Ummah Care Malaysia PERCAYA bahawa nama pertubuhan yang disertakan itu adalah merujuk kepada kami yang berdaftar dengan nombor pendaftaran PPM-003-07-15112016 atas nama Pertubuhan Kebajikan Kasih Ummah Malaysia (Ummah Care Malaysia) melainkan dibuktikan sebaliknya.

F. Ummah Care Malaysia MENJUNJUNG KASIH DAN MENYOKONG SEPENUHNYA PENYELESAIAN yang dicadangkan melalui titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan DYMM Raja-Raja Melayu.

G. Ummah Care Malaysia merasa AMAT KESAL atas sikap yang amat TIDAK BERTANGGUNGJAWAB pihak UMMAH dan pihak portal yang menyiarkan kenyataan tersebut dan telah dikongsi secara meluas oleh media sosial.

H. Ummah Care Malaysia MENUNTUT PERMOHONAN MAAF SEGERA DAN DISIARKAN DI AKHBAR-AKHBAR UTAMA DAN PORTAL HARAKAHDAILY.NET DALAM MASA 48 JAM DARI KENYATAAN MEDIA INI DIBUAT.

I. Ummah Care Malaysia akan berbincang dengan peguam bagi tindakan seterusnya bagi menjaga integriti dan nama baik kami.

Ustaz Haji Mohd Nasir Zakaria

Presiden

Ummah Care Malaysia