/ June 19, 2021
Gelombang kebencian dan penolakan
rakyat terhadap Ahli Parlimen Kota Bharu Takiyuddin Hasan mula jelas kelihatan
sejak dari kenyataan celupar bernada biadab terhadap Titah Diraja seperti yang
dikeluarkan oleh Takiyuddin baru-baru ini.
Tular
sejak pagi ini beberapa kain rentang buatan sendiri yang dinaikkan oleh rakyat
yang menyatakan nada berbaur kecaman dan kemarahan terhadap Takiyuddin yang
dinaikkan di beberapa tempat sekitar Kota Bharu.
Menerusi
laporan yang diterima dan tinjauan yang dibuat oleh pihak Malaysia Dateline di
sekitar Kota Bharu, didapati sekurang-kurangnya dua kain rentang yang mengecam
Takiyuddin dinaikkan.
Salah satunya bertulis
“Taki Penjilat Mahiadin” dinaikkan di hadapan Masjid Bandar Sultan Muhammad II
Telipot, sebuah masjid yang terletak berhampiran Istana Telipot dalam daerah
Kota Bharu yang merupakan Istana Kediaman Rasmi Sultan Muhammad V, Sultan dan
Yang Di Pertuan bagi negeri Kelantan.
Sebuah lagi kain rentang
yang bertulis “Taki Penderhaka Istana” dikesan telah dinaikkan di hadapan
Pasaraya Billion Jalan Langgar Bandar Kota Bharu, yang terletak berhadapan
lorong masuk ke Masjid D’Raja Long Yunus Langgar, sebuah masjid yang terletak
bersebelahan Makam Diraja Langgar, sebuah kompleks pemakaman rasmi kerabat Istana
Kelantan.
Kain rentang ini dinaikkan di
hadapan Masjid Bandar Sultan Muhammad II Telipot,
Ketua Pemuda AMANAH
Kelantan Zulhazmi Hassan ketika dihubungi oleh pihak Malaysia Dateline
menafikan pihak Pemuda AMANAH Kelantan bertanggungjawab terhadap kain rentang
yang dinaikkan tersebut.
“Kita dari Pemuda AMANAH
Kelantan tidak membuat dan memasang sepanduk sebegitu, kerana setakat
perkembangan tindakan kita terhadap isu kebiadaban Takiyuddin, kita baru sahaja
buat laporan polis semalam.
“Mungkin sepanduk buatan
sendiri itu ialah hasil manifestasi kemarahan rakyat kepada Takiyuddin yang
kini nampak semakin mabuk kuasa hingga tergamak membuat kenyataan yang bersifat
persendaan kepada Titah Yang Di Pertuan Agong yang meminta Kerajaan PN segerakan
pembukaan Parlimen,” kata Zulhazmi.
Hubungan Takiyuddin dengan pihak Istana Negeri Kelantan menjadi perbualan ramai dalam kalangan rakyat negeri ini, apabila pada Januari 2001 dahulu, Istana Negeri Kelantan pernah menarik balik Surat Tauliah dan Darjah Kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada Takiyuddin
MD.