DULU MASA PH, KAU CAKAP PANDAI...BILA KAU JADI...HAPA PUN TARAK.....Seluruh negara buat laporan polis terhadap Takiyuddin

 


Panas! Seluruh negara buat laporan polis terhadap Takiyuddin


LAPORAN POLIS TERHADAP MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

18 Jun 2021 | Kedah Darul Aman.

Demi mengangkat martabat sistem demokrasi berparlimen, serentak 15 AMANAH kawasan di seluruh negeri Kedah telah mengadakan Laporan Polis terhadap YB Dato Takiyyuddin Hassan selaku Menteri Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri. Laporan berkaitan isu mempersendakan titah YDPA pada perjumpaan Majlis Raja-Raja yang diadakan pada 16 Jun 2021 yang lalu. Jelas kenyataan beliau bersifat derhaka pada titah Baginda Tuanku yang mana menggesa agar sidang parlimen dibuka segera.

Menjunjung kasih atas sifat keprihatinan YDPA terhadap kemelut yang sedang melanda negera ketika ini yang telah diprejudiskan oleh Kerajaan PN. Tujuan parlimen perlu segera dibuka segera untuk membincangkan perihal Akta Ordinan Darurat dan Pelan Keluar Pandemik Covid19 serta perihal rakyatn secara keseluruhannya.

Mengetuai laporan pada petang ini Mohd Ridzwan Arshad Ahmad (Pengarah Mobilisasi AMANAH Kedah) di Balai Polis Daerah Yan tepat jam 3.00 petang serta diikuti oleh semua AMANAH kawasan-kawasan di seluruh negeri Kedah. Daripada laporan polis yang dibuat menggesa pihak Polis Diraja Malaysia menyiasat dan mengambil tindakan terhadap YB Dato Takiyuddin Hassan terhadap isu ini kerana melanggar Perlembagaan Persekutuan Bahagian IV Persekutuan Bab 2 Majlis Raja-Raja Perkara 38 serta beliau boleh dicaj di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

BUKA PARLIMEN SEGERA!! | KERAJAAN GAGAL!!


#bukaparlimen
#pemudaamanahkedah
#pemudaamanahnasional
#amanahnegerikedah
#KerajaanGagal

No comments: