KERAJAAN PN ADALAH KERAJAAN DERHAKA






Sudah lebih tiga hari berlalu sejak Yang Dipertuan Agong menzahirkan pandangan tentang perlunya Sidang Parlimen diadakan dengan secepat mungkin, sehingga ini masih belum kedengaran lagi sebarang respon positif daripada pihak kerajaan.

Yang ada hanyalah kenyataan media Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin sebelum ini yang kesimpulannya sekadar mengambil maklum saja titah Agong itu.

Apakah cukup dengan hanya mengambil maklum saja?

Begitukah cara seorang ketua kerajaan menunjukkan kepatuhan serta kesetiaan kepada Agong selaku ketua negara?


Bukankah apa yang dititahkan oleh Agong itu sebenarnya perlu dilaksanakan dengan segera dan bukan setakat diambil maklum saja?

Tidakkah dengan tidak melaksanakan titah Agong pada kadar yang segera adalah tindakan derhaka?

Lagi pula, setelah diambil maklum tetapi kemudian tidak melakukan apa-apa tindakan, bukankah ia dikira satu bentuk penderhakaan juga?

Apalagi dengan pelbagai pihak dalam PN dan Bersatu terus mengeluarkan kenyataan yang seakan-akan menolak Parlimen perlu bersidang dengan secepat mungkin sebagaimana yang dititahkan, tidakkah ia juga menunjukkan bibit-bibit penderhakaan itu semakin sukar untuk dinafikan?

Dalam adat kepatuhan serta kesetiaan kepada Raja atau Agong selaku ketua negara, telah banyak diperlihatkan dalam sejarah sejak dahulu lagi bagaimana menjunjung titah itu tidak pernah sama sekali cuba dilengah-lengahkan.

Jangankan melengahkannya lebih daripada tiga hari, tidak memperdulikan atau tidak berbuat apa-apa terhadap titah Raja melebihi tiga minit pun sudah dikira derhaka sebenarnya.

Lagilah dikira derhaka dengan keceluparan seorang menteri kabinet yang seolah-olah mencadangkan titah Agong berkaitan pembukaan Sidang Parlimen itu hanya perlu dilaksanakan tiga bulan akan datang.

Gila apa semua mereka ini?

Maka itu, jika bukan kerajaan derhaka, apa lagi nama yang sesuai untuk dilabelkan kepada PN ini?

Begitu dengan Mahiaddin, jika bukan Perdana Menteri derhaka, apa lagi cop patut diberikan kepadanya? 

(ShahbudinHusin 19/06/2021)


No comments: