Qatar, al-Qaradawi, World Cup dan DSAI-Dr Maza

 Qatar, al-Qaradawi, World Cup dan DSAI


Pendekatan Islam Dr Yusuf al-Qaradawi di Qatar ternyata lebih berkesan dan lebih mempertahankan jati diri seorang muslim. World Cup yang sedang berjalan di Qatar menunjukkan Qatar tidak malu menunjukkan diri mereka sebagai masyarakat muslim yang mempertahankan asas-asas Islam yang mereka pegang. Dakwah dan sukan digabungkan. 


Pemerintah Qatar yang berketurunan Bani Tamim, bukan setakat membina Masjid Negara Qatar dengan diberikan nama tokoh agamawan yang dianggap kontroversi yang juga berketurunan Bani Tamim iaitu Masjid al-Imam Muhammad bin Abdul Wahhab, tetapi sanggup mengambil risiko lain yang jauh lebih berani. Pemerintah Qatar sekalipun kecil negaranya juga sanggup mempertahankan Dr Yusuf al-Qaradawi semasa hidupnya walaupun Negara Mesir memburu dan menjatuhkan hukuman mati ke atas beliau. Beberapa negara lain juga mengharamkan al-Qaradawi atas alasan 'ganas' dan di Malaysia beliau dituduh wahabi. Dukacita, terdapat golongan ulama pengampu bersekongkol dengan Pemerintah Mesir dan selainnya dalam hal tersebut. 


Kini, ketika 'angin' Mesir dan Negara-negara Teluk kebanyakannya menuju ke arah normalisasi akidah dengan seakan menganggap semua agama adalah sama dan enggan lagi mempertahankan identiti Islam bahkan menganggap pendekatan al-Qaradawi sebagai pengganas, Qatar tampil membawa mesej Islam di Piala Dunia. Para pendakwah dijemput dari seluruh dunia mengambil kesempatan berdakwah, dan ramai yang menganut Islam. Ternyata Islam yang penuh santun tetapi berprinsip itu berjaya menambat jiwa ramai manusia.


Di Malaysia, PM ke-10 YAB DSAI merupakan orang yang rapat dengan Dr Yusuf al-Qaradawi. Semasa rombongan Perlis berjumpa al-Qaradawi pun, nama DSAI yang awal beliau sebut. Saya harap di bawah YAB PM sekarang pemikiran dan fekah al-Imam Dr Yusuf al-Qaradawi r.h dapat diangkat di Malaysia. Ditabalkan sebagai rujukan dan panduan penting.


Adapun saya masih lagi berhati-hati, melihat dan meneliti perkembangan dalam menentukan pendirian atas apa yang berlaku di negara kita. Semoga rahmat ALLAH sentiasa memayungi negara kita. 


Dr MAZA

Mekah


RANGKUMAN BERITA PM 10 BERKAITAN URUSAN NEGARA


 

DULU WALAUN FITNAH KONONNYA AZAN TAK ADA DI PENANG SANA.KEMUDIAN DIKAITKAN DENGAN SINGAPORE-SEDANGKAN DI PENANG AZAN SUBOH 2 KALI..


 

JANGAN PERCAYA RAJA PETRA


 

RUMAH KEDIAMAN RASMI PM NAK DIJADIKAN PUSAT KEGIATAN DAKWAH DAN KEBAJIKAN RAKYAT


 

MB Perlis ketua Kerajaan Negeri pertama bertemu PM Anwar






Menteri Besar Perlis merupakan Ketua Kerajaan Negeri pertama bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


MB Perlis Mohd Shukri Ramli hari ini berkunjung di pejabat Menteri Kewangan di Putrajaya.


"Bertemu Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri hari ini di Kementerian Kewangan.


"Pertemuan ini bagi membincangkan isu terkait aspek pembangunan dan kemakmuran negeri Perlis," kata Anwar dalam catatan di FB rasmi beliau.


PM berharap kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri akan diperkukuhkan selepas pertemuan itu demi kesejahteraan rakyat Perlis.

 

SAYA PIMPIN NEGARA DENGAN HUTANG 1 TRILLION- TAPI BELIAU PERNAH LALUINYA


 

PM BERJUMPA DAN MENDENGAR WAKIL ULAMA SETIAP NEGERI-KEDIAMAN RASMI DIJADIKAN PUSAT DAKWAH DAN MEMBINCANGKAN HAL BERKAITAN AGAMA








ADA SEKOQ AP SEDANG BERUSAHA MENGKUCAR KACIRKAN KEADAAN. TAPI DIA NI BALINNG BATU SOROK TANGAN.19 HB NI NAK TAHU JUGA.


 

INI DIA MUHYIDDIN- PAS JUGA KENA AKHIRNYA



 

REGA MINYAK MASAK DAH TURUN BERPERINGKAT


 

AMBIL IKTIBAR KEGAGALAN 22 BULAN PH SEBELUM INI, SEMUA MENTERI MESTI BERPERANAN TANGANI PERSEPSI KEBENCIAN

  

FAHAMAN KEBENCIAN INI  OLEH KUMPULAN YANG SAMA. KUMPULAN YANG TERMAKAN HASUTAN- WALAUN DAN MACAI. MEREKA DIAM , TETAPI KINI MEREKA BISING. JIKA ANDA BERADA DALAM KELOMPOK KECIL ORGANISASI, ANDA AKAN DAPATI BAHAWA ISU KENAIKAN HARGA BARANG, DAN KENAIKAN LAIN TIDAK DIDEBATKAN.MALAH ADA KETUA JABATAN YANG BERANI BERKEMPEN KEPADA KAKITANGAN UNTUK MEMILIH SIAPA  KETIKA HENDAK MEMBUANG UNDI.BERANINYA MEREKA.


Menjadi kerajaan atau mengetuai kerajaan di era media sosial sudah menjadi media arus perdana seperti sekarang bukan lagi suatu perkara mudah.

Dengan hampir setiap orang mempunyai akaun media sosial masing-masing, bermakna semua mereka seperti mempunyai akhbar dan saluran tv sendiri yang menjadikan kerajaan lebih terdedah kepada kritikan.


Lebih dahsyat kritikan itu kerana media sosial adalah dunia media tanpa pengarang di mana sesiapa saja bebas meluah atau menghantar berita serta video yang disukai tanpa ditapis terlebih dahulu.

Mahu tidak mahu, inilah perubahan yang harus diterima semua dan ia tidak saja berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia.

Maka itu, menjadi kerajaan di mana selain tugas utama mengurus negara dan menjaga kepentingan rakyat, di samping pada waktu yang sama harus juga menjawab segala kritikan dan serangan kebencian tanpa henti, ia memang tidak mudah, bahkan hanya mereka yang cekal semangat saja mampu menghadapinya.

Sebab itu, kita lihat, baik kerajaan PH era Tun Mahathir Mohamad, kerajaan PN pimpinan Mahiaddin Md Yasin dan kerajaan Keluarga Malaysia yang diterajui Ismail Sabri Yaakob, kelemahan paling ketara ketiga-tiga kerajaan itu ialah gagal menangkis segala serangan media sosial dengan mantap dan berkesan.

Sebelum itu, Najib Razak berjaya dijatuhkan pada 2018 juga adalah disebabkan gagal menangkis serangan media sosial yang mempengaruhi minda rakyat.

Dalam banyak keadaan pula, ketiga-ketiga kerajaan selepas 2018 itu hanya berdiam diri dan membisu terhadap segala serangan yang dilemparkan melalui media sosial.

Paling buruk sekali ialah setelah PH menguasai dunia media sosial sehingga mencapai kejayaan pada PRU14 tahun 2018, namun segala-galanya lemah dan sunyi setelah berjaya menjadi kerajaan.

Ketika itu, penguasaan media sosial PH dengan mudah ditenggelamkan oleh kebangkitan sentimen Melayu/Islam yang diterajui melalui kerjasama UMNO dan Pas setelah kedua-duanya menjadi pihak yang kalah pada PRU14 itu.

Meskipun sebahagian kesalahan itu adalah kerana Tun Mahathir sendiri memang berniat mahu “membunuh” masa depan PH, tetapi ramai menteri ketika itubturut hanyut sama daripada melakukan peranan yang sepatutnya.

Untuk beberapa ketika, PH selepas itu terus tenggelam dalam penguasaan media sosial dan hanya bangkit semula setelah Rafizi Ramli kembali ke kancah politik dan seterusnya memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR.

Keterujaan banyak pihak terhadap kembalinya Rafizi, selain beliau sendiri sentiasa bekerja keras membuat pendedahan demi pendedahan menjelang PRU15 sehingga kebangkitan rakyat dapat dirasai, ia adalah resepi bagaimana PH akhirnya mampu kembali menguasai arus media sosial.

Sekarang PH sudah menjadi kerajaan, walaupun dalam bentuk perpaduan bersama BN, GPS, GRS, Warisan dan lain-lainnya.

Minggu-minggu awal ini kita tentunya dapat menyaksikan PN yang ditunjangi Bersatu dan Pas yang kini merupakan blok pembangkang sudah mula kembali dengan serangan berbentuk kebencian terhadap kerajaan yang resepinya tidak lari daripada sentimen kaum dan keagamaan.

Setiap hari ada saja sentimen kebencian ditiupkan, malah pemimpin Pas yang selama ini tidak pernah kedengaran suara mereka, tiba-tiba mula kelihatan petah berbicara.

Sebagaimana PN didapati mewah berbelanja dengan poster, bendera, billboard, jentera yang besar dan gerombolan penyerang melalui tik-tok khususnya menjelang hari pengundian PRU15, dipercayai dana mereka masih belum habis lagi.

Untuk itu, PH dan BN khususnya yang boleh dikira sebagai “pilot dan co pilot” dalam kerajaan perpaduan ini, mereka harus segera bertindak pantas menangani serangan media sosial oleh PN/Pas itu.

Ambillah iktibar daripada kegagalan PH membendung arus penentangan UMNO/Pas selepas PRU14 lalu yang sebahagiannya adalah disebabkan kelekaan mereka yang berjawatan menteri sendiri untuk mengambil tanggungjawab dan memainkan peranan yang sewajarnya.

Kali ini, mereka yang berjawatan menteri, terutama yang bertanggungjawab berkaitan media, harus segera bertindak pantas dan berfikir di luar kotak untuk menangkis serangan serta menangani persepsi buruk yang cuba dimainkan oleh PN/Pas.

Walaupun Rafizi telah berjanji akan memulakan gerak kerja tersebut bermula minggu depan, tetapi jika beliau seorang saja yang aktif dan bekerja keras, percayalah, ia tidak akan ke mana-mana dan mampu menghasilkan sesuatu yang bermakna.

Semua menteri mesti sama-sama memainkan peranan tersebut dan sebaiknya mereka harus ada pasukan media sosial sendiri yang dirangkumkan dengan pasukan lebih besar di peringkat yang lebih tinggi.

Ini bermakna, jika menteri atau kementetian tertentu diserang atau diburukkan persepsinya, pasukan mereka sendiri mampu tampil menangkis, membuat penafian, menjawab dan menyerang balik serangan yang dilakukan itu dengan pantas.

Perkara ini amat mustahak untuk dilakukan, ia bukan saja untuk memastikan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan kerajaan pimpinannya dapat melakukan kerja yang terbaik untuk rakyat, lebih penting daripada itu ialah untuk memberi keyakinan kepada rakyat, menjelmakan kestabilan dan seterusnya menjadikan kerajaan ini mampu bertahan dengan lebih lama lagi. – ShahbudinHusin 12/12/2022.


TATAKELOLA KERAJAAN YANG TELUS DAN BAIK. JIKA TIDAK SAYA AKAN PECAT SERTA MERTA


 

BUAT BUAT LUPA PULAK LEBAI NIM.....

 


Buat-buat lupa. Masa tu kan parti ana dengan UmnoBN tengah couple…




KENAPA MAHIADDIN TAKUT ANWAR IBRAHIM JADI PM


 

INI JAWAPAN SIAPA YANG NAK MUSNAH DAN BUBARKAN UMNO DAN SIAPA YANG BERUSAHA MENYELAMATKAN UMNO : “Saya nak selamatkan parti, sebab itu sokong Anwar jadi PM,” kata Nazri



Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz mengesahkan beliau pernah menandatangani surat akuan bersumpah (SD) untuk menyokong Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri.


JIKA ADA DALAM KABINET SAYA YANG RASUAH. MAKA DIA AKAN DPECAT. SAYA JUGA TIDAK PERNAH BERJANJI KEPADA SESIAPA.


 

MULIANYA HATI PM 10


 

NAK MEMAHAMI DAN MENJAGA HATI SEMUA PIHAK PERLU MENJAGA KABINET INI AGAR TAHAN LAMA


 

ANWAR UMUM KEPUTUSAN 5 minit tadi, membuat semua lutut menteri dan timba...

SIAPA YANG NAK MENGHANCURKAN UMNO DAN SIAPA YANG MENYELAMATKAN UMNO. CUBA TANYA NAZRI AZIZ. DIA PERNAH BERSUARA


 

BETULKAH HADI DAN MUHYIDIN MENOLAK MENJADI KETUA PEMBANGKANG? MENGAPA?

 

JADI KETUA PEMBANGKANG TAK LEH PONTENG BOH


Mengikut laporan Malaysiakini, difahamkan Hadi Awang, Presiden Pas yang memiliki MP paling ramai dalam PN menolak untuk menjadi Ketua Pembangkang. Manakala, Muhyidin Yasin, bekas PM kerajaan gagal yang juga Pengerusi PN dikatakan turut menolak jawatan tersebut.

Persoalannya, mengapa mereka berdua menolak? Bukankah mereka adalah pimpinan utama Pembangkang sekarang? Difahamkan juga, jawatan tersebut mungkin diberikan samada kepada Takiyuddin dari Pas atau Hamzah dari Bersatu. Kedua2nya adalah berjawatan Setiausaha sahaja dalam parti masing2.

Bagi saya, Hadi dan Muhyiddin menolaknya kerana ada dua sebab. Pertama, mereka gentar untuk berdepan dengan PM, Anwar Ibrahim secara berdepan. Rahsia kedua2 pemimpin ini dalam poket Anwar. Rahsia Hadi yang membayar peguam Sarawak Report jutaan ringgit untuk tarik balik kes saman Pas itu ada dalam poket Anwar. Rahsia Muhyidin yg salahguna dana sewaktu PKP dan dharurat juga, failnya di tangan Anwar. Sebab kedua, masing2 sedar diri bahawa mereka tidak layak jadi Ketua Pembangkang kerana rekod kehadiran mereka di parlimen amat buruk. Kedua2nya menjuarai rekod kaki ponteng parlimen. Masakan Ketua Pembangkang kaki ponteng?

Berhujah atau berdebat di Parlimen tidak semudah bercakap depan penyokong sendiri atau melalui Tik Tok untuk tabur fitnah. Di Parlimen nanti kamu akan berdepan dengan PM dan juga MP-MP dari PH serta Bn yang sarat dengan maklumat tentang kebobrokan kamu.

Jelas sekali, Pembangkang tiada tokoh yang layak dan tiada kualiti untuk menjadi Pembangkang yang berkesan. Maka, mahu tidak mahu disorong kepada Setiausaha parti masing2 sahaja.

WFAUZDIN NS

 

INSAN INI LAYAK KERANA SELAIN ANAK FELDA, BELIAU JUGA MENUBUHKAN ANAK YANG BERJUANG DAN BANYAK PERKARA MENGENAI FELDA DIKETAHUINYA

 

MAZLAN ALIMAN MENERAJUI FELDA?

Selepas PRU14 dulu, saya melobi agar Sdr Mazlan Aliman dilantik untuk menerajui Felda. Ada asasnya, kerana beliau orang yang bertungkus lumus keluar masuk felda berkempen dalam PRU14 dan hasilnya banyak kawasan atau parlimen yang majoriti felda berjaya kita menangi.

Malangnya, PM kerajaan PH waktu itu memandang sepi isu felda ditambah pula urusannya dibawah menteri ekonomi waktu itu, Azmin Ali. Gandingan pengkhianat Mahathir dan Azmin gagal untuk merealisasikan hasrat Sdr Mazlan Aliman seperti yang dijanjikan dalam manifesto PH. Kertas putih felda hanya muncul di penghujung nyawa kerajaan PH yang kemudiannya kerajaan PH dikhianati. Sdr Mazlan tentu merasa kecewa sehinggakan beliau terus menyepi hingga kini.

Dunia belum kiamat. Masa masih ada dan peluang terbuka kini. Pengkhianat itu semua telah kita kuburkan secara mengaibkan. Kini, di bawah kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim, saya yakin Felda boleh direformkan di bawah Pengerusi baru, Sdr Mazlan Aliman. Beliau anak jati felda, beliau tahu gerak nadi warga felda.

Saya harap PM kita yang amat prihatin masalah rakyat termasuk warga felda dapat menimbangkan perlantikan Sdr Mazlan Aliman untuk mengetuai felda.

WFAUZDIN NS



DAH KAU PUN KHIANAT JUGA KAN- HADOIII


Ibrahim Mat Isa

Muhyiddin sembab ni pun hampir mirip dengan Hadi Awang dah. Diri sendiri perangai khianat, tuding jari ke orang kata tak setia? Cakap tak serupa bikin 🤬🤬






 

BERILAH SOKONGAN KEPADA KERAJAAN- MENGKRITIK TAK SALAH, NAMUN BIARLAH IANYA LOGIK DAN BUKAN MEMFITNAH


 

NAK JATUHKAN KERAJAAN ANWAR IBRAHIM


 

MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB UNTUK MENYELESAIKAN MASAALAH MINYAK. PENGUNAAN MINYAK DALAM NEGARA HANYA 6%-SELEBIHNYA MENGEKSPOT.


 

BUKAN AGENDA MELAYU- TETAPI EGENDA KEMISKINAN


 

BAGAIMANA SENTIMEN DIMAINKAN BERKAITAN RUU355- AKHIRNYA LANGSUNG TAK DILAKSANAKAN-BENTANG DAN TANGGUH PUN LINGKUP.


 

SRI PERDANA DI BUKA KEPADA RAKYAT

 

Perdana Menteri Malaysia Pertama yang membuka Sri Perdana Kepada Rakyat Setiap Minggu.

 

Anwar Ibrahim akan jadikan kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana sebagai tempat berlangsung majlis agama dengan program-program agama dan ilmu pada setiap minggu.

 

Acara itu adalah tradisi yang diamalkan olehnya selama ini sejak di zaman Abim, bahkan ketika pengkhianat membuat pertemuan di Sheraton, pada pagi itu beliau bersama-sama rakan-rakan usrah, meneruskan usrah dan pengajian ilmu. 

 

Selain itu kediam rasmi itu juga akan dibukan untuk program temu mersra dengan pimpinan Ngo dan sebagainya.

 

Dalam kata lain Seri Perdana dibuka untuk rakyat sebagai tempat menimba ilmu dan menjalinkan hubungan ukhawah sesama rakyat Malaysia.

 

Beliau mengumumkan demikian ketika berucap pada majlis Mahabah Perdana Menteri dengan Ulama dan Asatizah yang berlangsung petang in

 

Anwar Ibrahim turut mengatakan bahawa:

 

1. Kuasa itu bukan utk menjadikan seseorang utk jadi angkuh, menjadi kaya, 

 

2. Tiada jaminan untuk sesiapa melepaskan diri dari dakwaan.

 

3. Mahu buktikan bahawa ada anak melayu yg membela Melayu, Islam dan lain2 bangsa dan agama. 

 

4. Kasih sayang adalah kunci dan kekuatan Islam, bukan kebencian atau fitnah yang disebarkan oleh pihak yang mengaku kononnya mereka perjuangkan Islam.

 

5. Beliau mahu pendidikan cara lama seperti Pondok dan Tahfiz diperbaiki kerana institusi itu berperanan dalam memajukan negara.

 

6. Senang untuk meroboh, sukar untuk dibina.

 

7. Perjalanan masih jauh

 

...

 

Saya juga berharap, Anwar Ibrahim dapat menjadi PM yang menjadi orang tengah antara kekhilafan kefahaman antara sektoral fikrah dan manhaj di Malaysia ini, agar keduanya saling aman damai, demi seluruh rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.

 

Ini kerana beliau sendiri berguru dari pelbagai lapangan fikrah keilmuan, dan beliau sendiri dilihat sebagai muslim moderate yang wasatiy, seperti guru-guru utama saya dalam liqa' liqa' ilmu.

 

Zulhafidz Yahya

 


UNDI PERCAYA PETANDA ANWAR BERJIWA BESAR


 Tiada perkataan lain yang sesuai untuk menggambarkan Anwar Ibrahim apabila bertindak tidak berlengah lama untuk membawa usul undi percaya terhadapnya di Parlimen melainkan beliau adalah seorang pemimpin yang benar-benar berjiwa besar.

Sebaik selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November lalu, menetapkan 19 Disember sebagai tarikh usul undi percaya di Parlimen adalah perkara yang pertama sekali yang dilakukannya.

Ini menunjukkan beliau mahu kedudukannya sebagai Perdana Menteri, selepas dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, mesti segera dibuktikan keabsahannya di Parlimen.

Ia bagi membuktikan majoriti yang dimilikinya adalah jelas dan sahih serta agar tiada lagi pertikaian oleh mana-mana pihak selepas ini.

Beliau sama sekali tidak takut membuktikan majoriti yang dimilikinya, jauh sekali memilih jalan untuk mendaruratkan Parlimen bagi melindungi keabsahannya itu.

Dengan itu, selepas 19 Disember nanti, setelah berjaya melepasi undian usul percaya itu, beliau boleh menumpukan sepenuh tenaga dan perhatiannya dalam mengurus negara, terutama memulihkan banyak kebejatan yang ditinggalkan pentadbiran terdahulu.

Hari ini, dalam Program Pertemuan Mahabbah bersama Ulama dan Asarizah, Anwar secara terbuka menghuraikan mengapa beliau perlu memilih untuk membenarkan undi percaya itu.

Beliau berkata, usul undi percaya kepadanya adalah bertujuan membolehkan beliau memimpin negara dengan mandat yang jelas dan berdasarkan sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Anwar berkata, beliau menjelaskan perkara itu semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong, baru-baru ini.

“Dari segi undang-undang, ia tidak diperlukan. Pendapat Peguam Negara juga tidak perlu sebab majoritinya jelas dan kuasa Yang di-Pertuan Agong juga jelas.

“Yang di-Pertuan Agong menerima pandangan Peguam Negara (dan) bertanya saya selaku Perdana Menteri, apakah dirasakan perlu usul undi percaya kerana jumlahnya sudah jelas berdasarkan pengakuan daripada Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah dan beberapa parti kecil lain.

“Saya jawab ‘Ampun Tuanku, ini bukan soal peraturan dan undang-undang sahaja. Perkara ini dibangkitkan dan patik mahu memimpin dengan mandat jelas serta dokongan Ahli-Ahli Parlimen secara majoriti.

“Patik yakin akan memperoleh (sokongan), andai kata gagal memperolehi, patik akan tunduk kepada suara rakyat,” kata Anwar lagi.

Anwar seterusnya berkata, Yang di-Pertuan Agong bersama Raja-Raja Melayu juga memainkan peranan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dalam menyelesaikan kemelut yang berlaku selepas PRU15 walaupun dipertikai oleh sesetengah pihak.

Beliau berkata, Al-Sultan Abdullah dan beberapa Raja Melayu yang sempat ditemuinya bertitah dari awal lagi, baginda semua tidak mempertikai parti yang memperoleh kerusi terbanyak akan diberikan keutamaan dan mandat untuk mentadbir negara.

“Kemudian ada usaha sambilan untuk dapatkan akuan bersumpah dan ini terus berlaku dalam tempoh yang ditetapkan (Yang di-Pertuan) Agong sehingga dua petang.

“Jadi, berapa pun jumlah diperoleh dimuktamadkan dalam waktunya.

“Sepertimana dalam perlumbaan, dia boleh potong kita di pusingan pertama, kita potong dia di pusingan ketiga. Tapi yang pentingnya ialah garis penamat.

“Ternyata saya peroleh jumlah yang besar kerana orang yang beri pengakuan sebelumnya telah menarik balik sebelum dua petang,” kata Anwar memberi huraian.

Perdana Menteri berkata, beliau memilih untuk menjelaskan situasi itu selepas diminta oleh Al-Sultan Abdullah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat terutama berkaitan isu yang boleh menyinggung kedudukan Raja-Raja Melayu.

Usul undi percaya terhadap kepimpinan Anwar akan menjadi antara agenda utama pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang djadual berlangsung selama dua hari bermula 19 Dis ini.

Kesimpulannya, tidakkah kita bangga memiliki Perdana Menteri berjiwa besar dan berani seperti ini?– ShahbudinHusin 11/12/2022.




PASTIKAN PASTI PUNYA LESEN DEMI KESELAMATAN ANAK ANAK KITA

 

JAMZURI ARDANI


Dia gini ... PASTI ni beroperasi di atas premis tanpa apa-apa permit atau kelulusan dari PBT. Tiada lesen perniagaan. Tidak berdaftar dengan agensi yang berkaitan. Tidak bayar cukai keuntungan. Tidak bayar gaji minima. Tiada caruman KWSP. Tiada caruman SOCSO.

Orang lain nak buka tadika kena dapat permit dari PBT. Ada pemeriksaan dari Bomba, Jab Kesihatan, dll. baru boleh dapat lesen. Kena daftar dan dapat lesen dari Kementerian yang berkaitan. Kena hantar lapuran berkala. Kena bayar cukai perniagaan. Kena bayar gaji minima. Kena carum KWSP. Kena carum SOCSO.

Saya bukan anti-PASTI. Tapi biarlah adil. Kenapa ada double standard?

 

MARHAEN SAMBUT LANTIKAN ANWAR


 

APA YANG TAKUT SANGAT ANWAR JADI PM


 

BERAPA TAHUN DAH TIDAK DISELENGGARA- DASYAT PUNYA LENA SAMPAI BAB INI PUN TAK PEDULI NASIB RAKYAT.TAHNIAH LOKE KERANA PRIHATIN




 

2018-19. MACAMANA BOLEH JUAL TANAH .....SILA SIASAT


 

APA NASIB PN- SEMAK SEMULA MEREKA YANG MELOMPAT HARUS DISIASAT


 

DAHULUNYA MAGRIBI BIASA KALAH DENGAN MALAYSIA- KINI SETAKA SAJA LAGI KE FINAL PIALA DUNIA-MALAYSIA ? TERKIAL KIAL KERANA KELEMAHAN PIMPINAN


 

ADUAN DARI SEORANG PELAJAR TENTANG KES BULI TERHADAPNYA