JADI KETUA PEMBANGKANG TAK LEH PONTENG BOH
Mengikut laporan Malaysiakini, difahamkan Hadi Awang, Presiden
Pas yang memiliki MP paling ramai dalam PN menolak untuk menjadi Ketua
Pembangkang. Manakala, Muhyidin Yasin, bekas PM kerajaan gagal yang juga
Pengerusi PN dikatakan turut menolak jawatan tersebut.
Persoalannya, mengapa mereka berdua menolak? Bukankah mereka
adalah pimpinan utama Pembangkang sekarang? Difahamkan juga, jawatan tersebut
mungkin diberikan samada kepada Takiyuddin dari Pas atau Hamzah dari Bersatu.
Kedua2nya adalah berjawatan Setiausaha sahaja dalam parti masing2.
Bagi saya, Hadi dan Muhyiddin menolaknya kerana ada dua sebab.
Pertama, mereka gentar untuk berdepan dengan PM, Anwar Ibrahim secara berdepan.
Rahsia kedua2 pemimpin ini dalam poket Anwar. Rahsia Hadi yang membayar peguam
Sarawak Report jutaan ringgit untuk tarik balik kes saman Pas itu ada dalam
poket Anwar. Rahsia Muhyidin yg salahguna dana sewaktu PKP dan dharurat juga,
failnya di tangan Anwar. Sebab kedua, masing2 sedar diri bahawa mereka tidak
layak jadi Ketua Pembangkang kerana rekod kehadiran mereka di parlimen amat
buruk. Kedua2nya menjuarai rekod kaki ponteng parlimen. Masakan Ketua Pembangkang
kaki ponteng?
Berhujah atau berdebat di Parlimen tidak semudah bercakap depan
penyokong sendiri atau melalui Tik Tok untuk tabur fitnah. Di Parlimen nanti
kamu akan berdepan dengan PM dan juga MP-MP dari PH serta Bn yang sarat dengan
maklumat tentang kebobrokan kamu.
Jelas sekali, Pembangkang tiada tokoh yang layak dan tiada
kualiti untuk menjadi Pembangkang yang berkesan. Maka, mahu tidak mahu disorong
kepada Setiausaha parti masing2 sahaja.
WFAUZDIN NS