WALAUN BUSUK HATI


Ahmad Hussein


 Pejam celik dah 4 tahun Anwar jadi PM-10, tapi kita semua tak pernah dengar dan tak pernah nampak Anwar berkeras terhadap PAS & Hadi, walau setiap hari Anwar dihina cerca sejak angkat sumpah Nov 2022.


Bahkan Anwar sangat peduli rakyat Kelantan, diberi macam² peruntukan, tetap jaga ukhuwah dengan MB Kelantan, walau Anwar setiap hari dihina cerca oleh pemimpin PAS & AHLI. 


Ya, rutin harian Wala'un Lembu mengutuk PMX


Itu cara orang busuk hati berhibur dalam hidup


Tapi tak pernah sekali pun Anwar balas balik.




Jadi kemelut ini bukan semudah siapa sokong siapa



 Pakar Perlembagaan, Prof Datuk Dr Shamrahayu Abdul Aziz menegaskan proses menurunkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bukan sesuatu yang boleh dilakukan hanya dengan berkumpul kemudian membuat keputusan.





Menurut Shamrahayu, Undang Yang Empat sememangnya mempunyai kuasa yang diperuntukkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, tetapi kuasa itu tetap tertakluk kepada proses dan tatacara tertentu.


“Tak boleh sesuka hati berkumpul dan kemudian membuat keputusan untuk memecat atau menurunkan seseorang. Mesti ada satu proses yang dinamakan enquiry,” katanya.


Menurut beliau, ‘enquiry’ atau pemeriksaan itu antaranya melibatkan persoalan dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Besar untuk dijawab dalam proses tertutup.


Shamrahayu berkata pihak Undang mendakwa proses tersebut telah dilakukan. Namun perkara penting sekarang ialah sama ada proses itu dapat dibuktikan benar-benar berlaku mengikut kehendak Undang-Undang Tubuh Negeri.


“Kalau dibuktikan proses enquiry itu telah berlaku, maka keputusan atau proklamasi pihak Undang itu adalah sah,” katanya.


Beliau turut menjelaskan proklamasi berkenaan memerlukan tandatangan Menteri Besar sebagaimana dinyatakan dalam Perkara 10.


Isu itu menjadi lebih rumit apabila proklamasi bertarikh 19 April tersebut dilaporkan hanya ditandatangani Menteri Besar Datuk Ismail Lasim pada 3 Ogos — sehari selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di hadapan Tuanku Muhriz.


Ismail kemudian mendakwa tandatangan itu dibuat tanpa rela hati dan secara paksaan, manakala peguam mewakili pihak Undang menafikan dakwaan tersebut.


Dalam perkembangan terdahulu, Jabatan Peguam Negara pula berpandangan Proklamasi 19 April itu tidak sah kerana tidak memenuhi kehendak mandatori Perkara 10 dan menegaskan kedudukan Yang di-Pertuan Besar tidak boleh ditamatkan secara unilateral oleh Menteri Besar atau MMKN.


Jadi kemelut ini bukan semudah siapa sokong siapa.


Kuasa memang ada.


Tetapi seperti ditegaskan Shamrahayu, prosesnya mesti dipatuhi — dan sekarang persoalan besarnya ialah sama ada proses itu benar-benar dapat dibuktikan.




MENGIRINGI SULTAN KE GRABD PRIX F1



 Mengiringi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menyaksikan perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026 bersama-sama Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman bin Hamad Al Khalifa.




















Saya turut berkesempatan beramah mesra dengan tetamu diraja yang berangkat menyaksikan perlumbaan hari ini, antaranya Sultan Brunei, KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, serta tetamu kehormat yang lain.


Saya menjunjung kasih atas kepimpinan dan kebijaksanaan Tuanku Agong serta hubungan akrab baginda dengan Raja Bahrain, Raja Hamad bin Isa Al Khalifa, yang memungkinkan Malaysia dipilih sebagai tuan rumah Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026.


Pemilihan ini mencerminkan kepercayaan komuniti antarabangsa terhadap Malaysia, sekali gus mengukuhkan kedudukan negara kita sebagai rakan yang dihormati dan diyakini di persada dunia.


Semoga kerjasama ini terus memperkukuh persahabatan Malaysia dan Bahrain, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih luas yang membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.


Daulat Tuanku!


πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ€πŸ‡§πŸ‡­


#MalaysiaMADANI

#YakinMADANI

#DiplomasiMADANI

#F1