π£ππ¦ π§π¨π‘ππππ‘π π₯ππ§π’π₯ππ 'π§ππ‘ππππππ‘ ππππ π ππ¦πππ ', π§ππ£π ππ£π πππ¦ππ πππ₯ππ π£ππ¦?
✍️ Ahmad Mursi
1. Dah lama sangat PAS TUNGGANG retorik ni untuk 'scam' orang Melayu-Islam.
2. Tapi apa hasil kerja yang kita dapat tengok sekarang? TAK ADA!
3. Terlalu banyak institusi umat Islam di Malaysia dibina sejak merdeka, dibuat oleh orang lain yang PAS kata 'sekular tolak Islam'.
4. 33 bulan Haji Hadi Tebok Atap diberi jawatan bertaraf Menteri, Islam apa 'ditegakkan' masa tu? TAK ADA!
5. Kita marah bila ada peniaga guna imej agama untuk lariskan produk, atau scammer derma guna agama untuk curi duit orang.
6. Tapi kenapa kita boleh terima ahli politik tunggang agama untuk scam dalam kempen, maki dan kafirkan lawan politik?
7. Contoh tunggang agama: Haji Hadi semalam berbohong kata DAP halang undi RUU355 di Parlimen. Walhal dia bentang tapi skrip tangguh usul dah siap di tangan.
8. Ini tunggang RUU355 untuk cipta naratif 'DAP musuh Islam'.
9. Kalau pemimpin politik lain berbohong, orang PAS akan cepat cop 'Munafik! neraka terbawah!'.
10. Walhal ahli agama berbohong ni lebih berat, boleh sesatkan ratus ribu manusia tanpa dikritik kerana imej jubah dan serban mereka.
11. PAS dakwa, mereka 'ulama pewaris Nabi', tapi Nabi SAW tak berbohong.
12. 'Tunggang agama' ibarat tunggang kuda dan paksa kuda tu ikut arah tuju kau. 'Ikut agama' pula, umpama peta dan kompas, kita kena ikut, bukan reka laluan sendiri.
π ππ πππππ π ππ‘ππ£π¨πππ¦π πππππ ππππ π πππππ π£ππ‘πππ₯πππ‘ π£ππ¦ π ππ‘π’πππ ππ’ππππ’π₯ππ¦π πππ¨π‘π π¨π π‘π’
Ahmad Mursi
1. Al-Quran dan hadis digunakan untuk menghalalkan keputusan politik dan menjadi perisai moral PAS, bukan sebagai sumber hikmah yang membimbing masyarakat.
2. Benar atau salah tidak lagi diukur dengan ilmu atau maqasid syariah, tetapi ditentukan mengikut keperluan strategi politik PAS.
3. Akibatnya, yang benar boleh dikata salah, yang salah boleh dikata benar — asalkan PAS dapat undi.
4. Tajuk tulisan Haji Hadi (19 Januari 2026), “PAS bersama tali Allah, bukan tali ciptaan manusia”, dengan sendirinya sudah mendedahkan cara PAS memanipulasi simbol agama.
ππ’ππ§π₯ππ‘ ππππ π π£ππ¦: πππ§ππ ππ π£π¨π§ππ
5. PAS cuba membina doktrin agama yang sempit: dalam Islam kononnya hanya ada dua pilihan — Hitam atau Putih, Islam atau Kafir, PAS atau Lawan PAS, Bersama Islam atau Menentang Islam.
6. Sebab itu perpaduan dalam Islam didoktrinkan hanya ada dua bentuk: Perpaduan Tali Allah (PAS) — wajib, Perpaduan Ciptaan Manusia (lawan PAS) — haram.
7. Hakikatnya, dalam siasah syariyyah, spektrum kerjasama politik sangat luas. Ada kerjasama darurat, ta‘awun sementara, dan pakatan untuk menolak mudarat yang lebih besar — semuanya diiktiraf ulama sejak berabad-abad.
8. Politik ialah wilayah ijtihad, bukan isu akidah. Namun PAS memaksa politik menjadi isu iman: siapa bersama PAS dianggap bersama Islam, siapa tidak dianggap menentang Islam.
π‘ππ π£ππ πππ πππ, πππππππ§π‘π¬π π£π₯π’π£ππππ‘ππ
9. Apa yang PAS lakukan bukan fiqh — ini propaganda politik yang dibungkus dengan istilah agama.
10. Tulisan Haji Hadi sarat dengan petikan al-Quran dan hadis. Bagi orang awam, ia kelihatan seperti ulasan ilmiah — cukup untuk walaun ‘like’, bukan untuk difahami.
11. Namun bagi sesiapa yang memahami usul fiqh, kelemahannya jelas. Dalil dipaksa agar selari dengan pendirian PAS.
12. Tiada penjelasan asbab nuzul atau wurud, konteks diabaikan, nas digunakan secara literal tanpa menilai waqi‘ (realiti semasa), aplikasi dalil sering tidak tepat, dan khilaf ulama — khususnya dalam isu kerjasama politik dengan bukan Islam — disenyapkan secara selektif dan tidak telus.
13. Sesiapa yang belajar agama melalui kacamata PAS akan terbentuk dengan bias politik, bukan dengan keluasan tradisi keilmuan Islam.
14. Gaya bahasa Haji Hadi yang keras, suka melabel dan menghukum juga asing daripada tradisi ulama muktabar yang berbeza pendapat dengan adab dan hikmah. Pendekatan sebegini kita tidak ditemui dalam karya ulama besar.
15. Lebih membimbangkan, fiqh yang lahir dalam konteks Daulah Umawiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyyah sering dipetik secara buta, tanpa mengambil kira perbezaan asas antara struktur empayar Islam klasik dengan realiti negara bangsa moden hari ini.
π π’π‘π’π£π’ππ π¦ππ ππ’π ππππ π: ‘ππππ πππππ’
16. Naratif PAS mudah: Perpaduan PAS = Tali Allah. Selain PAS = Ciptaan Manusia.
17. Sejak bila Habl Allah diberi hak milik mutlak kepada sebuah parti politik?
18. Dalam tafsiran ulama, Habl Allah merujuk kepada wahyu, nilai agama, keadilan, amanah dan prinsip kesatuan umat — bukan ketaatan kepada parti tertentu.
19. Ayat “Dan berpeganglah kamu semua kepada tali Allah, dan janganlah kamu berpecah-belah” tidak pernah bermaksud “berpegang kepada PAS, jangan bersama lawan PAS”.
20. Namun itulah makna yang PAS cuba tanamkan — agama dikecilkan menjadi slogan kempen.
21. Bukan itu sahaja, perintah “kembalikan kepada Allah dan Rasul” apabila berlaku perselisihan sepatutnya difahami melalui kerangka ijtihad ulama, maqasid syariah, qiyas dan realiti semasa, bukan tafsiran literal sempit yang mesti selari dengan pendirian politik PAS yang berubah-ubah.
π¦ππππππ π ππππ‘ππ: πππ£ππ§ππ, π§ππ£π ππππ’π¦π’π‘ππππ‘ π πππ‘π
22. Haji Hadi merujuk Sahifah Madinah, tetapi versi yang dipetik telah dimanipulasi dan disesuaikan dengan pendirian PAS dalam isu kerjasama politik dengan bukan Islam.
23. Hakikatnya, Sahifah Madinah ialah kontrak politik dan sosial antara Muslim dan bukan Muslim yang membentuk kesatuan masyarakat (ummatan wahidah) atas dasar keadilan dan keselamatan bersama.
24. Namun PAS memetiknya untuk membenarkan penolakan terhadap Kerajaan Perpaduan, sambil melabel pihak lain sebagai “syaitan bisu”, pluralis dan liberal — seolah-olah kesolehan hanya wujud dalam PAS.
25. Ini bukan pembacaan sirah yang jujur, tetapi sirah yang dipilih dan ditafsir mengikut selera politik.
ππ¨ππ§ πππ£π¨π§π¨π¦ππ‘ ππ¨ππ¨, πππ₯π¨ πππ₯π πππππ
26. Inilah pola “fatwa” politik PAS: keputusan dibuat dahulu, dalil dicari kemudian.
27. Tulisan Haji Hadi tentang perpaduan kelihatan ilmiah, tetapi hakikatnya ialah justifikasi mengapa PAS menolak Kerajaan Perpaduan. Semuanya dibungkus dengan bahasa suci: “kami bersama tali Allah, mereka bersama tali manusia”.
28. Pendekatan ini berbahaya. Ia melahirkan imej agama yang suka menghukum, memecahkan umat atas nama iman, dan mematikan adab berbeza pendapat.
29. Tradisi ulama besar berbeza pandangan tanpa menafikan keislaman pihak lain.
30. Islam tidak pernah mewajibkan ketaatan kepada mana-mana parti politik.
31. Yang Islam tuntut ialah keadilan, amanah dan hikmah, khususnya dalam masyarakat majmuk.
32. Apabila agama dijadikan senjata politik, yang rosak bukan sekadar politik — iman orang awam dan akhlak beragama umat Islam turut hancur.
ππ‘πππ¨ππ‘πππ₯ πππ‘π ππ¦π¬π§ππππ₯ π£ππ‘πππ£ππ§ππ‘ πππ‘ πππ¬ππ₯ ππ¨πππ!
LHDN telah mengeluarkan garis panduan yang menetapkan pempengaruh atau influencer mengisytiharkan pendapatan dan membayar cukai.
Ini termasuk kepada barang-barang yang diberikan kepada mereka untuk dipromosikan.
Sebelum apa-apa, saya nak ucap terima kasih kepada influencers yang buat content mempromosi Kesum dan Fleximart, sebab kami memang tak bayar, malah mereka kena bayar untuk beli nasi lemak.
Harap LHDN jangan kejar mereka.
Saya harap pempengaruh politik yang menerima bayaran untuk buat kandungan politik, atau yang tweet politik berselindung di sebalik nama yang kita tidak kenali dan menerima bayaran - mereka semua turut mengisytiharkan pendapatan kepada LHDN dan bayar cukai yang sewajarnya.
Bagi pempengaruh yang ingin bersembunyi dari LHDN supaya tidak mudah dikesan, ada satu cara.
Lepas ini, boleh pertimbang untuk menyamar dan buat content macam ini (tonton video ini sampai habis):
SEMBANG KENCANG... APA OUN DIA TAK MAMPU BUAT... TAKAT SWMBANG.. SATU APA PUN DIA TAK BAGI CADANGAN
Syam Ghaz
SEKOLAH YIK PUN NAK SERAH KE KPM, GAJI PUN TAK MAMPU BAYAR, ADA HATI NAK SEMBANG BAB PENDIDIKAN?
Syahir Sulaiman Ahli Parlimen Bachok, Kelantan ni sembang kononnya hebat sangat bab Pendidikan.
Di Kelantan terdapat 22 buah sekolah YIK diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana Yik tidak mampu bayar gaji guru, pengurusan dan pentadbiran sekolah, termasuk infra.
Terbaru khabarnya Exco Pendidikan Kelantan jumpa Menteri Pendidikan nak bagi sekolah Sekolah YIK yang uzur, buruk, tak mampu bayar gaji guru kepada KPM.
Gaji guru PASTI pun berapa ratus je sebulan, belum dibuat Gaji Minimum.
Nak sembang bab Pendidikan, benda basic bag GAJI pun tak mampu selesaikan.
Untuk tampung kelemahan Sekolah Agama Rakyat, PMX Anwar Ibrahim lulukan bajet Khas RM200 juta, tertinggi dalam sejarah.
Compare dgn Mahathir yang tarik balik peruntukkan SAR, last last Pas lantik jadi penatsihat.
PAS Hipokrit !
Syam Ghaz
BUAT MALU BANGSA DAN AGAMA SAJA. KAW KAW KENA.
Che Ibrahim
Apabila Allah swt melarang umat Islam mencaci sembahan agama lain, maknanya kita juga tidak boleh mengecam atau menghina adat resam, budaya, amalan dan makanan agama lain, kerana dibimbangi mereka juga akan mengecam Allah dan adat istiadat atau amalan orang Islam.
Dalam surah Al An'am ayat 108 Allah swt berfirman :
ΩΩΨ§ ΨͺΨ³Ψ¨ΩΨ§ Ψ§ΩΨ°ΩΩ ΩΨ―ΨΉΩΩ Ω Ω Ψ§ΩΩΩ ΩΩΨ³Ψ¨ΩΨ§ Ψ§ΩΩΩ ΨΉΨ―ΩΨ§ Ψ¨ΨΊΩΨ± Ψ§ΩΨΉΩΩ ....
( Jangan kamu mencela mereka yang menyeru kepada selain dari Allah, kerana mereka akan mencela Allah secara permusuhan/sembrono tanpa reti apa apa...)
Dalam ayat di atas Allah swt melarang Rasulullah saw dan ummatnya mencela tuhan tuhan yang disembah oleh orang bukan Islam kerana mereka akan bertindakbalas dengan menyerang Allah dan apa yang umat Islam lakukan.



