Rakyat tak lupa. Internet memang tak pernah lupa. Yang dok cuba buat-buat lupa ni cuma orang yang takut rekod lama dibuka semula.
Pada 11 Mei 2018, Dr Akmal Saleh sendiri menulis dan mendesak Najib Razak supaya berundur sebagai Pengerusi BN. Ayat dia bukan berlapik, bukan kias-kias:
“Pengerusi BN PERLU BERUNDUR.”
Bukan setakat itu. Dr Akmal juga dengan terang menyatakan dari kaca mata rakyat, kepimpinan lain tidak sesuai, dan mencadangkan individu lain sebagai pilihan:
“Sejujurnya dari kaca mata rakyat orang yang paling sesuai untuk itu bukanlah Datuk Seri Zahid, bukanlah Datuk Seri Hishammuddin, tetapi individu tersebut adalah saudara Khairy Jamaluddin.”
Itu pendirian Dr Akmal waktu Najib ditekan.
Itu tulisan Dr Akmal sendiri, bukan cerita orang.
Hari ni cerita dah lain. Dr Akmal tampil pula sebagai penyokong Najib, berlagak setia, dok kutip simpati penyokong Najib dan ahli UMNO, seolah-olah semua yang ditulis dulu tak pernah wujud.
Soalnya satu ja. Dulu Najib disuruh berundur. Hari ni Najib pula dipertahankan. Ni prinsip yang berubah, atau kepentingan politik peribadi yang bertukar?
C&P dari penyokong Najib Razak !!

No comments:
Post a Comment