𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗨𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗚 𝗥𝗘𝗧𝗢𝗥𝗜𝗞 '𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠', 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗔𝗣𝗔 𝗛𝗔𝗦𝗜𝗟 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗣𝗔𝗦?



✍️ Ahmad Mursi 


1.  Dah lama sangat PAS TUNGGANG retorik ni untuk 'scam' orang Melayu-Islam. 


2.  Tapi apa hasil kerja yang kita dapat tengok sekarang? TAK ADA!


3.  Terlalu banyak institusi umat Islam di Malaysia dibina sejak merdeka, dibuat oleh orang lain yang PAS kata 'sekular tolak Islam'.


4.  33 bulan Haji Hadi Tebok Atap diberi jawatan bertaraf Menteri, Islam apa 'ditegakkan' masa tu? TAK ADA!


5.  Kita marah bila ada peniaga guna imej agama untuk lariskan produk, atau scammer derma guna agama untuk curi duit orang.


6.  Tapi kenapa kita boleh terima ahli politik tunggang agama untuk scam dalam kempen, maki dan kafirkan lawan politik?


7.  Contoh tunggang agama: Haji Hadi semalam berbohong kata DAP halang undi RUU355 di Parlimen. Walhal dia bentang tapi skrip tangguh usul dah siap di tangan.


8.  Ini tunggang RUU355 untuk cipta naratif 'DAP musuh Islam'.


9.  Kalau pemimpin politik lain berbohong, orang PAS akan cepat cop 'Munafik! neraka terbawah!'.


10.  Walhal ahli agama berbohong ni lebih berat, boleh sesatkan ratus ribu manusia tanpa dikritik kerana imej jubah dan serban mereka.


11.  PAS dakwa, mereka 'ulama pewaris Nabi', tapi Nabi SAW tak berbohong.


12.  'Tunggang agama' ibarat tunggang kuda dan paksa kuda tu ikut arah tuju kau. 'Ikut agama' pula, umpama peta dan kompas, kita kena ikut, bukan reka laluan sendiri.




No comments: