Azahar Khalid
Disebelah YDPA adalah seorang Pemandu kepada YDPA. Beliau adalah "skot" Abam. Kami sama sama masuk tentera pada tahun 2002. Kami juga daripada Kor yang sama iaitu Kor Perkhidmatan Diraja didalam tred pemandu.
Beliau dan Abam juga pernah ditemuduga untuk menjadi pemandu kepada YDPA di istana Jalan Duta suatu ketika dulu. Untuk sesi temuduga menjadi pemandu kepada YDPA bukan sesuatu yang mudah.
Anda ditemuduga oleh pegawai dari 4 cabang perkhidmatan.. Penemuduga berpangkat Jeneral dari TUDM, TLDM, TDM dan PDRM.
Hanya seorang demi seorang ditemuduga.
Korang bayangkanlah betapa gugupnya semasa proses temuduga itu berlangsung.
Setiap soalan demi soalan diajukan dan anda perlu menjawab dengan tenang dan bijak.
Soalan pula bukan soalan seperti bertanyakan sudah makan ke belum.. π
Tetapi soalannya lebih kepada pengetahuan umum seperti kejadian2 yang berlaku masakini, keselamatan negara, nama penuh YDPA, nama dan jawatan pegawai tinggi dalam tentera, ekonomi negara dan macam macam lagi.
Semasa proses temuduga pula anda tidak dibenarkan duduk. Hanya berdiri di hadapan pegawai tinggi tersebut sehingga selesai.
Jika satu jam maka sejam lah anda berdiri di hadapan mereka. Terasa kerdil je diri ini bila kena situasi seperti ituπ€£
Dan selepas selesai proses temuduga itu, "skot" Abam ni berseloroh berkata "aku tak mau skot... Tapi kalau dapat, aku follow"..
Keputusan bukan pada hari tersebut.. Kami perlu melalui proses yang lain.. Perlu melakukan ujian jasmani bagi menentukan kadar kesihatan yang tinggi. Berlari sejauh 2.5km dalam masa yang ditetapkan. Melakukan tekan tubi dan sebagainya. Basah jugalah baju ketika itu.
Selesai semuanya, kami diberi arahan supaya pulang ke pasukan masing-masing dan menunggu keputusan samada lulus atau tidak. Agak lama juga Abam menunggu jawapan dari Jabatan Arah Kor Perkhidmatan Diraja.
Ye lah... Jawatan pemandu hanya memerlukan seorang anggota sahaja tetapi yang datang seramai 10 orang. Korang kalau nak tahu, seramai 10 orang ini adalah yang terbaik didalam Kor (termasuk Abam) dipilih untuk ditemuduga jawatan tersebut . Jadinya memang betul-betul teliti didalam memilih siapa yang layak.
Oleh kerana rezeki berpihak kepadanya, maka beliau mendapat jawatan dengan jayanya. Dan beliau sehingga kini menjadi pemandu kepada YDPA.
Abam tumpang berbangga dengan kejayaan beliau.
Semasa Abam mengarang cerita ini, Abam membayangkan jikalah Abam berada ditempatnya sekarang mesti Abam masih sibuk dengan tugas dan amanah yang diberikan.
Dan Abam pun tak dapat nak menceburkan diri dengan dunia lastik ikanπ€£π€£
Respek pada skot Abam Pegawai Waran 1 Saifuddin pemandu YDPA.
Berkhidmat Untuk Semua
Kor Perkhidmatan Diraja
Tentera Darat Diraja Malaysia
Daripada Sarjan Bersara
Azahar Khalid
#fyppppppp
#growengagement
#jangkauanluas
#memorilama
#throwback

No comments:
Post a Comment