INGATAN YANG LEBIH SESUAI DITUJUKAN KEPADA BAPA SENDIRI



Timbalan Ketua Pemuda Pas yang juga anak Hadi Awang,  Muhammad Khalil Hadi mengingatkan rakan-rakan seperjuangannya agar tidak main-main dalam perjuangan di jalan Allah yang sedang dilalui bersama parti itu.

Ini kerana, jelasnya, janji yang dibuat untuk perjuangan itu bukan saja di depan manusia, tetapi juga di depan Allah.
Dalam masa yang sama, beliau juga menasihati rakan-rakan yang telah keluar daripada Pas, khususnya yang memegang jawatan wakil rakyat, yang dianggapnya tiba-tiba khianat kepada perjuangan, mengenai janji yang sama di depan Allah nanti.

"Mereka lari dari perjuangan. Jawablah di depan Allah di hari akhirat nanti,"  katanya dalam ucapan penangguhan di Muktamar Pemuda Pas, semalam.

Woww.....hebatnya ingatan dan amaran!!

Benarkah perjuangan Pas sentiasa di jalan Allah, dahulu dan juga sekarang?

Jika benar di jalan Allah, kenapa Pas sekarang yang dipimpin Hadi Awang makin bersekongkol dengan seseorang yang sah diketahui terpalit dengan skandal kewangan paling besar dalam dunia?

Adakah persekongkolan itu sebahagian daripada perjuangan di jalan Allah? 

Bagaimana agaknya mahu menjawab di hari akhirat nanti?

Bolehkah juga menawarkan diri menjadi penasihat kepada pemimpin yang pernah mengaku, "kalau saya nak menyamun pun, takkan saya guna akaun bank peribadi", namun akhirnya semua penafian terbukti benar belaka?

Kenapa semua ingatan dan amaran hanya ditujukan kepada orang lain, tidak kepada diri sendiri?

Lantaran itu, ingatan dan amaran Muhammad Khalil ini barangkali lebih baik diselitkan ke pintu bilik tidur ayahnya terlebih dahulu sebelum ditujukan kepada sesiapa yang lain.

Ingatlah, Allah juga sedang melihat lakonan demi lakonan yang sedang dipentaskan sekarang. (SH 02/06/2016).

PAS: DARI PARTI SUCI KINI MENGHAMPIRI PERJUANGAN UMNO?

AZMIN TIDAK TURUN KERANA KERAJAAN SELANGOR MASIH DIANGGOTAI PAS

Pakatan Harapan pertama kali sertai pilihan raya

Malaysia dateline



 Azhar menerima watikah pencalonan dari Dr Wan Azizah bagi mewakili Pakatan Harapan dengan diperhatikan oleh pemimpin Amanah dan DAP. Gambar Malaysia Dateline oleh Nazri Abdullah.Azhar menerima watikah pencalonan dari Dr Wan Azizah bagi mewakili Pakatan Harapan dengan diperhatikan oleh pemimpin Amanah dan DAP. Gambar Malaysia Dateline oleh Nazri Abdullah.
Buat pertama kalinya, Pakatan Harapan meletakkan calonnya secara rasmi untuk bertanding dalam pilihan raya selepas ia ditubuhkan beberapa bulan lalu selepas hancurnya Pakatan Rakyat, kata ketua sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifudin Abdullah.
Ketika berucap di majlis pengenalan calon mereka malam tadi, pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar menjadi pilihan raya pertama Pakatan Harapan yang dianggotai oleh Amanah, PKR dan DAP meletakkan calon rasmi mereka.
"Ini adalah calon Pakatan Harapan yang diwakili oleh Amanah," kata Saifudin ketika berucap memperkenalkan Azhar Ab Shukur di Dewan Sri Bernam, Sungai Besar malam tadi.
Azhar calon Pakatan Harapan di Sungai Besar. Gambar Malaysia Dateline oleh Nazri Abdullah.Azhar calon Pakatan Harapan di Sungai Besar. Gambar Malaysia Dateline oleh Nazri Abdullah.Selepas ditubuhkan, Amanah, DAP dan PKR menyertai pilihan raya negeri Sarawak namun ia atas nama parti masing-masing bukan atas nama Pakatan Harapan.
Ada antara calon-calon mereka bertembung antara satu sama lain misalnya antara PKR dengan DAP.
Istilah calon Pakatan Harapan digunakan oleh kesemua pemimpin yang berucap. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail memulakan istilah itu dan dengan tegas berkata "Ini adalah calon Pakatan Harapan.".
Baju rasmi Pakatan Harapan yang mempunyai tiga jalur, oren, biru PKR dan merah DAP mula dipakai buat pertama kalinya dalam majlis malam tadi oleh sebahagian pemimpin yang hadir.
Ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang yang turut berucap berkata, ini adalah calon Pakatan Harapan yang diwakili oleh Amanah.
Azhar diperkenalkan oleh Presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam majlis yang penuh sesak dengan para penyokong ketiga-tiga parti Pakatan Harapan malam tadi.
Ia juga diikuti secara langsung oleh lebih 1500 penonton video melalui Facebook Amanah di samping ribuan lagi yang mendengarnya melalui radio internet, DPedas.fm.
"Suasana ini mengulangi ketika Pakatan Rakyat diperkenalkan buat pertama kalinya dahulu. Suasana itu kini kita dapat kembali," kata Mohamad yang berucap memperkenalkan calon itu.
Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke yang turut berucap memberikan jaminan, pemimpin DAP akan berada setiap hari dalam kawasan pilihan raya kecil yang mempunyai 33% pengundi Cina ini bagi memastikan kemenangan Pakatan Harapan.
Turut berucap adalah Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dan naib presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof.
Dengan pengumuman ini, pertandingan tiga penjuru akan berlaku di Sungai Besar iaitu Pakatan Harapan melawan calon Barisan Nasional yang diwakili Budiman Radhi dan calon Pas Dr Rani Othman.
Malam ini, Pakatan Harapan akan memperkenalkan calon mereka di Kuala Kangsar pula.
Kedua-dua pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian ahli parlimen mereka dalam kemalangan helikopter ketika berkempen dalam pilihan raya negeri Sarawak.
Penamaan calon akan diadakan 5 Jun ini manakala pilihan raya akan diadakan pada 18 Jun ketika umat Islam sedang berpuasa.

Azhar calon Pakatan Harapan di PRK Sungai Besar


Azhar Ab Shukur (dua dari kiri) calon Pakatan Harapan yang akan bertanding di PRK Sungai Besar pada 18 Jun ini.
Pakatan Harapan meletakkan Ketua Amanah Sungai Besar Ustaz Azhar Ab Shukur sebagai calon Pilihanraya Kecil (PRK) di Parlimen Sungai Besar untuk menentang dua calon lain dari BN dan Pas pada 18 Jun ini.
Azhar,51 yang juga Pengarah Urusan EZ Qurban Sdn Bhd adalah calon tempatan kelahiran Sungai Besar.
Beliau berkelulusan Sarjana Muda Kuliah Hadis dan Pengajian Islam di Jamiah Abi Bakr Islamiyah, Pakistan. Beliau juga adalah bekas guru  yang pernah berkhidmat di Maahad Tahfiz Quran Sungai Besar, Penolong Kanan Sekolah Menengah Islam Puchong dan pernah menjadi Penyelia di Maahad Tahfiz Al Mahmudi di Temerloh.
Selain itu beliau berpengalaman dalam mengendalikan program bersama IKIMfm dan TV9 dalam beberapa siri rancangan berkaitan dengan Qurban dan Aqiqah.
Pencapaian beliau di luar negara pernah apabila dilantik menjadi Pembantu Mufti Majlis Tertinggi Kemboja pada 2004.
Pengumuman pengisytiharan calon telah disempurnakan oleh Presiden Amanah Mohamad Sabu yang diadakan di Dewan Sri Sekinchan malam ini.
Turut hadir Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Pembangkang DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha DAP Kebangsaan Anthony Loke Siew Fook selain barisan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan dan penyokong parti gabungan itu.
Dengan pengumuman Pakatan Harapan malam ini menyaksikan akan berlaku bertembungan tiga penjuru di Parlimen Sungai Besar antara Budiman  Zohdi dari BN dan Dr Abdul Rani dari Pas.
Esok Pakatan Harapan akan mengumumkan  pengisytiharan calon bagi PRK Kuala Kangsar yang dijangka akan berlangsung di Kota Lama Kanan, Jambatan Sayong.
Pakatan Harapan meletakkan calonnya bertanding bagi dua kerusi parlimen dalam PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar setelah mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan membuat keputusan selepas rundingan dengan Pas menemui jalan buntu.
Barisan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan ketika pengisytiharan nama calon yang akan bertanding  bagi kerusi Parlimen  Sungai Besar yang diadakan malam tadi.Barisan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan ketika pengisytiharan nama calon yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen Sungai Besar yang diadakan malam tadi.

Bukan pembangkang yang buat rakyat Perak derita kerana GST



Howard_Lee

IPOH, 2 JUN: Dakwaan Pengerusi Veteran UMNO Malaysia, Tan Sri Mohd Tajol Rosli Ghazal ibahawa rakyat negeri Perak suatu ketika dahulu mengalami penderitaan kononnya akibat daripada pemerintahan pakatan pembangkang, dibidas Sosialis Muda DAP (Dapsy) Perak.
Ketuanya Howard Lee Chuan How berkata, tohmahan seumpama itu menonjolkan kegagalan Tajol melihat masalah rakyat daripada perspektif nasional selain sikap tidak peduli beliau terhadap dasar-dasar membebankan rakyat yang dilulus dan dipertahankan kerajaan Barisan Nasional.
“Kenyataan beliau begitu jelas menonjolkan betapa ‘out of touch‘ sesetengah pemimpin politik UMNO-BN.
“(Cukai) GST yang benar-benar menderitakan rakyat dilaksanakan oleh siapa?
“Peningkatan kos sara hidup yang mendadak akibat pelaksanaan GST itu berlaku di bawah pemerintahan parti mana?” katanya kepada Roketkini.com.
Sehubungan itu, Howard yang juga Adun Pasir Pinji menasihati pemimpin-pemimpin negara, terutamanya daripada UMNO-BN supaya lebih berhati-hati dan tidak mengeluarkan kenyataan ‘separuh masak’ seperti itu.
“Sebagai seorang mantan menteri besar dan orang lama dalam politik, nak retorik pun biarlah benar dan berdasarkan fakta. Jangan sampai meludah ke langit, muka sendiri yang kena,” ujarnya.
“Kami menghormati sesiapa yang telah menyumbang kepada negeri dan negara. Tetapi, jika kurang tahu dan faham keadaan semasa, mungkin kerana telah terlalu lama berada dalam kalangan puak elit dan kelas atasan, janganlah memalukan diri dengan kenyataan yang mengelirukan seperti itu,” tambahnya.
Baru-baru ini, Tajol dalam satu majlis di Kuala Kangsar dilaporkan sebagai berkata bahawa sepanjang tempoh 11 bulan Pakatan Rakyat memerintah negeri Perak, rakyat telah mengalami penderitaan ekoran salah faham yang berlaku dalam pakatan pembangkang berkenaan.
Tuduhan yang dibuat secara rambang itu tidak pula menjelaskan langsung apakah penderitaan yang beliau maksudkan. – Roketkini.com

(function() { var d = document, w = window; w

RINGKASAN IMBUHAN YANG DITOLAK ANWAR