INGATAN YANG LEBIH SESUAI DITUJUKAN KEPADA BAPA SENDIRI



Timbalan Ketua Pemuda Pas yang juga anak Hadi Awang,  Muhammad Khalil Hadi mengingatkan rakan-rakan seperjuangannya agar tidak main-main dalam perjuangan di jalan Allah yang sedang dilalui bersama parti itu.

Ini kerana, jelasnya, janji yang dibuat untuk perjuangan itu bukan saja di depan manusia, tetapi juga di depan Allah.
Dalam masa yang sama, beliau juga menasihati rakan-rakan yang telah keluar daripada Pas, khususnya yang memegang jawatan wakil rakyat, yang dianggapnya tiba-tiba khianat kepada perjuangan, mengenai janji yang sama di depan Allah nanti.

"Mereka lari dari perjuangan. Jawablah di depan Allah di hari akhirat nanti,"  katanya dalam ucapan penangguhan di Muktamar Pemuda Pas, semalam.

Woww.....hebatnya ingatan dan amaran!!

Benarkah perjuangan Pas sentiasa di jalan Allah, dahulu dan juga sekarang?

Jika benar di jalan Allah, kenapa Pas sekarang yang dipimpin Hadi Awang makin bersekongkol dengan seseorang yang sah diketahui terpalit dengan skandal kewangan paling besar dalam dunia?

Adakah persekongkolan itu sebahagian daripada perjuangan di jalan Allah? 

Bagaimana agaknya mahu menjawab di hari akhirat nanti?

Bolehkah juga menawarkan diri menjadi penasihat kepada pemimpin yang pernah mengaku, "kalau saya nak menyamun pun, takkan saya guna akaun bank peribadi", namun akhirnya semua penafian terbukti benar belaka?

Kenapa semua ingatan dan amaran hanya ditujukan kepada orang lain, tidak kepada diri sendiri?

Lantaran itu, ingatan dan amaran Muhammad Khalil ini barangkali lebih baik diselitkan ke pintu bilik tidur ayahnya terlebih dahulu sebelum ditujukan kepada sesiapa yang lain.

Ingatlah, Allah juga sedang melihat lakonan demi lakonan yang sedang dipentaskan sekarang. (SH 02/06/2016).

No comments: