ISU AGAMA DAN BANGSA MAINAN PEMBANGKANG. MELAYU BAKAL DITIPU LAGI.

*ISU AGAMA, PERKAUMAN PUNCA MELAYU BENCI PH*

29/05/2019
KUANTAN – Isu sensitif berkaitan agama dan perkauman yang sering *dibawa Umno dan Pas* mungkin menjadi faktor hampir 60 peratus orang Melayu tidak mempercayai Kerajaan PH menerusi kajian dibuat agensi perundingan, Ilham Centre bersama Penang Institute.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, *Fuziah Salleh berkata ini merupakan fitnah yang diwujudkan oleh parti tersebut bagi mewujudkan perasaan fobia terhadap DAP kepada masyarakat.*

*Menurutnya, pihaknya melihat tindakan yang dilakukan oleh Umno dan Pas ini hanya bermatlamat untuk kepentingan politik dan bukan dilakukan demi mencapai keharmonian negara.*

“Ramai percaya PH itu adalah DAP, di Cameron Highlands Umno dan Pas memfitnah mengatakan DAP hendak menghapuskan Institusi Raja-Raja dan Islam sebagai agama Persekutuan.

*”Ia adalah fitnah kerana DAP adalah sebahagian PH yang menjunjung Institusi Raja-Raja dan tidak pernah berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.*

Beliau berkata demikian pada media ketika ditemui pada program serahan vaucer kepada golongan kurang berkemampuan di TMG Bandar Putra/Tanjung Lumpur di sini, hari ini.

*Fuziah berkata sepatutnya Pas lebih memikirkan isu rasuah dan hutang negara yang tinggi yang sebelum ini dilakukan oleh kerajaan Umno dan BN*

*Dalam pada itu, Fuziah turut menasihatkan supaya Umno dan Pas tidak memainkan isu tersebut kerana negara ini masyarakatnya berbilang bangsa dan taat kepada perlembagaan negara.*

*”Kita sepatutnya perlu berbangga kerana Malaysia merupakan rakyat yang berbilang bangsa dan agama namun mereka menjunjung dan mematuhi perlembagaan negara.*

*”Jangan rosakan reputasi ini supaya rakyat tidak salah faham..saya kira mereka tidak harus mempersoalkan kerana pemimpin dalam PH sentiasa mempertahankan Islam dan perlembagaan,” katanya.*

ADA PENGHALANG, MAHATHIR JAMIN SERAH KUASA KEPADA ANWAR

MALAYSIA AKAN GUNA TEKNOLOGI HUAWEI SEBANYAK MUNGKIN

INI PUNCA BIL TNB NAIK?

KIRIMAN : PENGGUNA RAKYAT MALAYSIA



Ini lah salah sebab kenapa Bil TNB kite naik...nahh admin dedahkan isu dalaman TNB.

CELAKA TNB ..itu aje aku boleh nak cakap..!!

Pada 15 hb May 2019, sistem bil TNB mengalami masalah pada database mereka.

TNB cuba untuk restore tetapi gagal disebabkan database telah corrupted.

Mereka cuba mengambil data yang lama untuk dimasukkan kembali ke dalam system bil dan ianya berjaya.

Tetapi mereka ada satu masalah:

TNB menggunakan sistem bil di mana lebih banyak kita menggunakan; lebih mahal bil akan dikenakan.

Akibat kegagalan BCRM mereka; pembaca meter elektrik gagal membaca meter pada hari yang ditetapkan. Apabila sistem kembali pulih sedia kala, mereka datang mengambil bacaan tetapi tidak memberi bil kepada pengguna.

Hasilnya; kiraan meter lebih daripada 30 hari dan pengguna terpaksa membayar lebih daripada sepatutnya mereka membayar...
TNB sedar tapi mereka tidak dapat buat apa-apa kerana mereka telah gagal memastikan database mereka terlindung daripada sebarang kesilapan sistem. Hasilnya pembaca meter gagal.





Selamatkan Pulau Pinang! Tolak Tambak 3 Pulau!


Salma Khoo
George Town, 31/5/2019, Malaysia
18 MAY 2019 — 
BM / English / 中文 / தமிழ் / 日本語 / BI
Kami membantah cadangan untuk menambak 3 pulau di selatan Pulau Pinang seperti mana yang diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Chow Kon Yeow (The Star, 6 Mei 2019). Kurangnya rundingan awam dan maklumat lengkap mengenai projek ini amat mencemaskan, memandangkan skala besar cadangan penambakan itu yang melibatkan 4,500 ekar atau 7 batu persegi – sebesar Johor Forest City! Kami menggesa Tun selaku Pengerusi Majlis Perancangan Fizikal Negara untukmenolak Projek Mega ‘Tambak Selatan Pulau Pinang’ (Penang South Reclamation – PSR) atas sebab-sebab yang berikut:
  1. Projek penambakan ini akan memusnahkan kawasan yang terkaya dengan sumber perikanan di Pulau Pinang. Memandangkan ikan yang semakin pupus di seluruh dunia, sumber perikanan pantai ini merupakan jaminan keselamatan makanan kita. Ia membekalkan keperluan tempatan serta industri makanan dan pelancongan Pulau Pinang. Sekali dimusnahkan, harga makanan laut akan melambung naik, melangkaui apa yang penduduk Pulau Pinang mampu.
  2. Kehidupan 4,817 nelayan pantai dipertaruhkan. Nelayan-nelayan ini telah membantah berulang kali, bantahan yang terbesar diadakan oleh 1,500 nelayan mewakili 14 persatuan di Pantai Sungai Batu, Teluk Kumbar (Berita Harian, 13 Disember 2015), yang terkini pada awal 2019. Pengalaman nelayan dengan projek penambakan di pantai utara untuk projek STP2 menunjukkan mereka tidak dilindungi dengan baik oleh Kerajaan Pulau Pinang walaupun diberikan jaminan.
  3. Kesan perlombongan pasir juga akan turut dirasakan di Perak. Dasar laut (zon benthic zon) akan dikorek dan musnah. Seperti mana dalam projek tambak pantai utara, nelayan di Pulau Pinang dan 6,080 nelayan di Perak akan turut menjala lumpur dan batu-batan, serta mengalami kerosakan pada pukat ikan mereka. 
  4. Pantai selatan Pulau Pinang akan habis musnah. Alam sekitar pantai Permatang Damar Laut, Gertak Sanggul dan Teluk Kumbar akan menjadi rosak akibat penambakan dan pencemaran. Penduduk tempatan bukan sahaja kehilangan pemandangan saujana pantai tetapi juga pantai yang menjadi tempat rekreasi mereka. Reputasi ekopelancongan Pulau Pinang akan ternoda oleh projek yang tidak bertanggungjawab ini.
  5. Habitat pantai dan Hidupan Bawah Air (SDG 14) akan musnah. Tempat membiak Penyu Lipas (Olive Ridley Turtle) yang tersenarai oleh IUCN sebagai spesie terancam ("vulnerable") dan "taman permainan" ikan lumba-lumba Indo-Pacific Humpback Dolphin dan Indo-Pacific Finless Porpoise akan tergugat. Pengelodakan mungkin sampai ke Pulau Kendi yang kaya dengan karang laut. Biodiversiti marin di sekitarnya akan tertekan dan lenyap.
  6. Projek ini tidak menghiraukan alam sekitar dalam menghadapi krisis iklim. Sementara mengklaim untuk mensasarkan 40% pengurangan, projek tambak laut ini akan menjana tambahan 3.2 juta tan pelepasan karbon tahunan (Sumber, 18 Nasihat, 18 April 2019).
  7. Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bernilai RM46 bilion adalah alasan yang remeh bagi penambakan laut. Tambakan dan jualan tanah kononnya bertujuan untuk membiayai pelaksanaan PTMP bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas. Akan tetapi versi terkini PTMP pada asasnya tercela kerana terdiri daripada projek yang terlampau mahal dan bukannya penyelesaian bersepadu dan berdaya maju.
  8. Alasan tambahan bagi tebus guna tanah adalah meragukan. Cadangan untuk menaik taraf lapangan terbang Pulau Pinang telah luput, digantikan oleh rancangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim. Lokasi pusat pentadbiran dan ruang awam yang dicadangkan tidak sesuai bagi kebanyakan penduduk Pulau Pinang. Tambahan pula, pengembangan perbandaran masa depan adalah berdasarkan ramalan penduduk yang tidak realistik, iaitu 2.45 juta, dibandingkan dengan 1.98 juta yang ditaksirkan oleh Jabatan Perangkaan!
  9. Kekurangan tanah sekadar dalih untuk menambak laut, hakikatnya adalah kepincangan perancangan. Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) memiliki 4,500 ekar tanah di Seberang Perai. Dalam Visi 2030, Ketua Menteri Pulau Pinang berjanji untuk membawa pembangunan yang amat diperlukan kepada penduduk Seberang Perai. Ini boleh dicapai dengan melabur dalam prasarana yang sempurna dan lingkaran pengangkutan awam yang sebaiknya, merentasi Jambatan Kedua Pulau Pinang – bukannya dengan penambakan laut di selatan pulau.
  10. Kerajaan Pulau Pinang tidak telus mengenai projek ini. Dari mula lagi, pameran 20 jilid cadangan SRS amat terhad, di mana pengunjung tidak boleh membuat salinan, membawa kamera ataupun telefon bimbit. Sampai ke hari ini, tiada rincian kos sebarang komponen PTMP, termasuk penambakan, yang boleh diperolehi.
  11. Pembangunan spekulatif ini berdasarkan kegelojohan, bukannya keperluan. Walaupun gejala bangunan kondominium kosong menjadi-jadi, masalah hartanah lebihan agak serius, dan projek penambakan pantai utara sedang berjalan (hampir 900 ekar), kerajaan negeri masih bertegas untuk tambak 3 pulau (4,500 ekar), yang sudah tentu akan mengawatkan lagi limpahan hartanah!
  12. Tambak pulau akan membebankan kerajaan negeri dengan kos penyelenggaraan. Pada hakikatnya, kami menentang penambakan pembuatan pulau bagi pembangunan jenis “resort”. Oleh kerana pemendapan selat antara pulau perlu senantiasa diselenggara, dengan bebannya ditanggung oleh pihak awam.
  13. Malaysia tidak perlukan lagi satu “Forest City”. Ramalan penduduk di 3 pulau itu ialah 446,300 orang (sumber: 18 nasihat), tetapi siapakah penghuninya? Dengan hanya 6–20% tanah perumahan dalam kategori “mampu milik”, adakah sebahagian besar hartanah disasarkan kepada pembeli warga asing? Adakah pembangunan ini akan meningkatkan jurang ketaksamaan sosial yang menonjol?
  14. Kerajaan negeri perlu menjaga penduduk setempat, bukan pembeli masa depan yang dibayangkan. Rakyat Pulau Pinang berulang kali membangkitkan masalah banjir yang menjejaskan mereka, di bahagian pulau dan Seberang Perai, dan cerun bukit yang terdedah di Tanjung Bungah, Bukit Relau, Paya Terubong dan Bukit Kukus yang menjadi kawasan tanah runtuh. Kenapa kerajaan negeri begitu beriya-iya mahu mewujudkan 3 pulau “Pintar dan Hijau” untuk pembeli yang dibayang-bayangkan, tetapi mengabaikan pelestarian alam sekitar bagi penduduk sedia ada?
  15. Kurangnya ketelusan dalam proses perancangan dan pengurusan tersirat sesuatu agenda. Mungkinkah objektif sebenar projek tebus guna tanah bersangkut dengan silapmata menutup jurang belanjawan negeri, kos tebus guna yang sengaja dibengkakkan dan perjudian hartanah di selatan pulau? Projek mega yang melangkaui penggal Ketua Menteri sekarang, dengan mudahnya boleh menjadi suatu platform bagi manipulasi nilai tanah, pengaliran keluar masuk wang antarabangsa dan pembiayaan politik yang tidak diisytiharkan.
  16. Projek berisiko ini mungkin menjebakkan kewangan negeri dalam bahaya. Dengan hasil tahunan sekitar RM1 bilion, kerajaan negeri sedang cuba mendapatkan pinjaman RM1 bilion untuk menjalankan tebus guna yang bernilai RM16 bilion. Walaupun mungkin bangkitnya kebarangkalian aliran tunai dan ketidaktepatan masa dalam pasaran hartanah yang tidak menentu. Kos pegangan dan pinjaman penyambung yang tidak pasti sudahnya akan ditanggung oleh kerajaan negeri, manakala konsortium pemaju (sebagai Rakan Penyampai Projek) terjamin bayaran 6%. Apakah kerajaan negeri menempa kancah malapetaka kewangan?
  17. Terlalu banyak dipertaruhkan bagi kemanfaatan awam yang sedikit. Projek tebus guna yang gagal akan membebankan negeri Pulau Pinang dengan hutang dan projek terbengkalai, manakala generasi sekarang dan mendatang akan kehilangan peluang berharga bagi adaptasi diri dengan perubahan iklim yang tepat pada waktunya dan pembangunan yang seimbang dan teguh.      
  18. Penyelesaian yang lebih baik, murah, cepat (lebih awal) boleh dikerjakan. Jika kerajaan negeri melabur dalam menambah baik perhubungan dan pengangkutan awam, dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam (mensasarkan 40% bahagian modal), jaringan jalanraya yang tersedia mencukupi sehingga 2030. Ke arah mobiliti pintar dan perkongsian!
  19. Penyelesaian perlu memanfaatkan majoriti penduduk Pulau Pinang. Analisa jajaran RM9.6 bilion Pan-Island Link, dan RM9 bilion LRT tidak sepadan dengan taburan penduduk, dan sudahnya melayani 3 pulau semata-mata. Sedangkan warga Pulau Pinang terpaksa menderita jahanam kepada alam sekitar.
  20. Penyelesaian mestilah membawa keadilan sosial. Jika tujuannya adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, kenapa perlu kerajaan negeri mengutamakan pengguna kereta dan membelakangkan yang lain? Kenapa nelayan dan komuniti luar bandar perlu beralah dan tinggalkan gaya hidup lestari, lantaran sesetengah pemandu terlalu mementingkan diri untuk memberikan ruang jalan bagi lorong bas?
Pulau Pinang dirahmati dengan bukit-bukau, laut dan kota George Town yang disenaraikan sebagai Tapak Warisan UNESCO, tetapi kita kini di persimpangan jalan. Apakah wawasan yang kita mahu untuk Pulau Pinang?Pengembangan dominasi kereta, perbandaran konkrit yang berselerak sehingga melahap bukit dan laut kita? Atau Pulau Pinang yang pintar, hijau, kurang kereta, terhubung dan layak dihuni bagi semua warganya?
Strategi pembangunan lestari yang berhemah kewangan dan inklusi sosial akan membawa pertumbuhan ekonomi yang mantap. Kita mempunyai tanggungjawab untuk mewariskan bumi yang lebih baik untuk generasi masa kini dan mendatang!
Selamatkan Nelayan Kita! Selamatkan Alam Sekitar Persisiran Pantai Kita! Tolak Tambak Laut!
#PenangTolakTambak   #SavePenang  

(function() { var d = document, w = window; w

Anwar doesn’t rule out possibility of working with Umno