ISU AGAMA DAN BANGSA MAINAN PEMBANGKANG. MELAYU BAKAL DITIPU LAGI.

*ISU AGAMA, PERKAUMAN PUNCA MELAYU BENCI PH*

29/05/2019
KUANTAN – Isu sensitif berkaitan agama dan perkauman yang sering *dibawa Umno dan Pas* mungkin menjadi faktor hampir 60 peratus orang Melayu tidak mempercayai Kerajaan PH menerusi kajian dibuat agensi perundingan, Ilham Centre bersama Penang Institute.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, *Fuziah Salleh berkata ini merupakan fitnah yang diwujudkan oleh parti tersebut bagi mewujudkan perasaan fobia terhadap DAP kepada masyarakat.*

*Menurutnya, pihaknya melihat tindakan yang dilakukan oleh Umno dan Pas ini hanya bermatlamat untuk kepentingan politik dan bukan dilakukan demi mencapai keharmonian negara.*

“Ramai percaya PH itu adalah DAP, di Cameron Highlands Umno dan Pas memfitnah mengatakan DAP hendak menghapuskan Institusi Raja-Raja dan Islam sebagai agama Persekutuan.

*”Ia adalah fitnah kerana DAP adalah sebahagian PH yang menjunjung Institusi Raja-Raja dan tidak pernah berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.*

Beliau berkata demikian pada media ketika ditemui pada program serahan vaucer kepada golongan kurang berkemampuan di TMG Bandar Putra/Tanjung Lumpur di sini, hari ini.

*Fuziah berkata sepatutnya Pas lebih memikirkan isu rasuah dan hutang negara yang tinggi yang sebelum ini dilakukan oleh kerajaan Umno dan BN*

*Dalam pada itu, Fuziah turut menasihatkan supaya Umno dan Pas tidak memainkan isu tersebut kerana negara ini masyarakatnya berbilang bangsa dan taat kepada perlembagaan negara.*

*”Kita sepatutnya perlu berbangga kerana Malaysia merupakan rakyat yang berbilang bangsa dan agama namun mereka menjunjung dan mematuhi perlembagaan negara.*

*”Jangan rosakan reputasi ini supaya rakyat tidak salah faham..saya kira mereka tidak harus mempersoalkan kerana pemimpin dalam PH sentiasa mempertahankan Islam dan perlembagaan,” katanya.*

No comments: