Tiada alasan wajarkan PH digulingkan, kata Mujahid




Tiada alasan wajarkan PH digulingkan, kata Mujahid
Naib Presiden AMANAH Nasional, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, membangkitkan persoalan apakah alasan sebenar yang menyebabkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menggulingkan Pakatan Harapan (PH) yang tidak sampai dua tahun mentadbir negara.
Kata beliau, adakah PH terbabit dengan salah laku rasuah sehingga adanya individu yang sanggup membentuk kerajaan pintu belakang yang dianggap tidak bermoral.
Menurutnya, tidak boleh diterima bagaimana sebuah kerajaan yang memerangi rasuah akhirnya ditumbangkan oleh individu yang tidak diketahui tujuannya.
“Dengan berlakunya rampasan kuasa, saya jadi tertanya-tanya. Kami digulingkan kerana apa? Adakah kerana kita rasuah? Sedangkan saya faham, rakyat bagi undi pada kami sebab nak lawan rasuah.
“Jadi kami hadir untuk melawan rasuah dengan meletakkan dasar kerajaan yang telus, ‘transparent’ dan bertanggungjawab. Malah, kita lancarkan Pelan Antirasuah Nasional.
“Mana ada sebuah negara yang meletakkan dasar memerangi rasuah, akhirnya ditumbangkan oleh pengkhianat yang menolak mandat rakyat,” katanya dalam satu siaran langsung Facebook Pertahankan Mandat Rakyat, di Parit Buntar semalam.
Katanya, kerajaan yang terbentuk sekarang juga tidak mempunyai manifesto kepada rakyat melainkan bertujuan semata-mata mahu menjatuhkan PH.
“Apabila sebuah kerajaan terbentuk bukan kerana mandat, mereka tak bawa apa-apa manifesto dan visi melainkan dihimpunkan atas kepentingan peribadi dan ambil kesempatan dengan alasan PH dikuasi DAP.
“Maka, dengan satu rumusan mudah, mereka ambil langkah khianat sehingga menjejaskan mandat rakyat,” tegas Ahli Parlimen Parit Buntar itu.
Dalam pada itu, Mujahid yang juga bekas Menteri Agama itu berkata, keputusan awal PH yang melakukan pengisytiharan harta merupakan salah satu tindakan utama bagi membanteras rasuah dalam kalangan pemimpin.
Beliau turut mengingatkan tentang dua parti terbesar dalam negara yang bersepakat menolak untuk mengisytiharkan harta mereka.
“Urustadbir kita ini ada masalah ke sampai orang jahat tolak jatuhkan kami? Lihat sahaja masa awal-awal kita naik, semua isytihar harta. Tak pernah ada dalam sejarah.
“Yang tolak (isytihar) siapa? Pas dan Umno juga,” katanya.
Untuk rekod, Malaysia berjaya memperbaiki reputasinya dalam Indeks Persepsi Rasuah yang mencatat negara berada di kedudukan ke-51 pada tahun 2019 berbanding tangga ke-61 pada tahun 2018.
Indeks tersebut meningkat secara mendadak terutama selepas enam bulan Pakatan Harapan (PH) mentadbir kerajaan dengan jumlah skor iaitu 53 berbanding hanya 47 pada tahun 2018.
Skor dibaca dari 0 (rasuah terburuk) sehingga ke 100 (negara paling bersih

Warga maya salahkan Azmin, kenang Dr Dzulkefly kekang Covid-19



Warga maya salahkan Azmin, kenang Dr Dzulkefly kekang Covid-19

Ahad, 15 Mac 2020 06:57 PM MYT

KUALA LUMPUR, 15 Mac — Ekoran kes Covid-19 yang makin meningkat, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadi sasaran pengguna media sosial.


Rata-rata mengecam beliau kerana dianggap memulakan Langkah Sheraton hingga menyebabkan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad hilang jawatan.

“Dzulkefly telah melakukan kerja dengan sangat luar biasa, kemudian anda datang dan merosakkannya. Pengkhianat. Kerajaan pintu belakang memang tak kenal erti malu,” kata Gerald92.

“Malaysia mempunyai kes tertinggi Covid-19 di Asia Tenggara sekarang. Kalau 11 orang kamu tidak buat hal masa kritikal, pasti Dzulkefly da pasukannya tak terganggu membendung Covid-19 waktu seminggu lebih tersebut,” kata Jang Mang Wol pula.

Menteri perdagangan dan industri terdahulu menulis hantaran memohon orang ramai “mematuhi nasihat” Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) “setiap masa”.

Saranan berkenaan dibuat bagi membendung wabak tersebut dari terus merebak.

Malangnya gesaan itu dibalas dengan makian dan cercaan dari majoriti pengguna, yang tidak berpuas hati terhadap dirinya.


PH mesti jadi macam lebah, bukan semut


OIeh Fakhrurrazi Rashid
(Koordinator Program Research for Social Advancement (REFSA))
Perdana menteri kelapan Muhyiddin Yassin secara terbuka memberitahu media tentang surat yang beliau tulis untuk memohon maaf kepada Dr Mahathir Mohamad atas pembentukan kerajaan pintu belakang Perikatan Nasional (PN).

Perdana menteri juga turut menagih ‘restu’ Dr Mahathir untuk  menyokong jemaah menteri PN.

Tindakan perdana menteri kelapan ini memberi satu mesej atau isyarat yang salah kepada gabungan PN dan rakyat.
Ia bertentangan dengan konteks ucapan ‘rayuan untuk rakyat Malaysia’ pada 2 Mac 2020 yang memohon rakyat memaafkan dan menghapuskan status pengkhianat kepada dirinya.
Muhyiddin hanya memikirkan ‘survival’ politik untuk mendapat sokongan ‘tuan’ politiknya, Dr Mahathir – bukan rakyat.
Ada beberapa perkara yang boleh kita lihat.

Pertama, ini merupakan pendekatan lembut Muhyiddin untuk meredakan ketegangan menjelang pemilihan Bersatu pada April ini.

Kedua, Muhyiddin berhadapan dengan cabaran untuk mengekalkan Bersatu di bawah kuasanya untuk terus menjadi perdana menteri.

Kedudukan beliau agak goyah apabila UMNO agak vokal mempersoalkan pengagihan menteri kabinet yang tidak menguntungkan mereka.

Bersatu sebenarnya telah tewas kepada UMNO, PAS hanya berdiam diri untuk mendapatkan kuasa dan GPS hanya mengambil kesempatan untuk menang pilihan raya negeri akan datang.

Ia sebenarnya membuktikan sokongan PN masih lemah dan boleh berubah-ubah sekiranya ‘langkah’ politik baharu bermula.

Bagi mengekang kejatuhan PN, Muhyiddin boleh sahaja menawarkan posisi ‘Menteri Mentor’ kepada Dr Mahathir untuk bersama dalam kerajaan seperti Lee Kuan Yew di Singapura. Perkara ini tidak mustahil memandangkan majoriti dalam PN menyokong Dr Mahathir dari awal.

Sekiranya Dr Mahathir menang pemilihan parti, adakah Bersatu akan terus bersama PN atau kembali kepada PH?

Kebarangkalian untuk Bersatu kembali ke pangkuan PH agak sukar apabila Bersatu menerima kemasukan 10 orang ahli parlimen yang dibuang dan keluar PKR selepas ‘Langkah Sheraton’. Kemasukan mereka tidak ditolak pemimpin Bersatu. Ini akan meningkatkan sentimen menentang Anwar Ibrahim lebih kuat dalam Bersatu dan PH.

Blok Muhyiddin mempunyai kelebihan untuk menawarkan sesuatu kepada Bersatu atas kapasiti sebagai seorang pemimpin kerajaan berbanding Dr Mahathir. Logiknya, apa manfaat Bersatu keluar daripada PN sedangkan kuasa di tangan mereka?

Sekiranya tiada jalan penyelesaian antara Dr Mahathir dan Muhyiddin, kemungkinan Bersatu akan dibubarkan dan pemimpin mereka akan masuk UMNO semula. Ini bukan satu perkara pelik.

Ahli politik Melayu sering berpatah balik kepada UMNO. Apabila Semangat 46 dibubarkan pada tahun 1996, Tengku Razaleigh Hamzah dan majoriti ahli Semangat 46 menyertai UMNO semula.

‘Langkah Sheraton’ sepatutnya memberi pelajaran besar kepada PH tentang satu perkara: “kejujuran memerintah tanpa percaturan politik struktural akhirnya akan membawa kepada kejatuhan sebuah kerajaan di tangan pengkhianat”.

Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako dalam karyanya, Budak Beca, mengulas tentang perbezaan kerja semut dan lebah. Semut digambarkan sebagai haiwan yang bekerja keras dan rajin, tetapi semut memikul semua perkara baik dan kotor sebagai makanan mereka (batu, tahi, dan pasir).

Berbeza pula dengan lebah yang memilih kualiti bunga yang baik, menghasilkan madu secara bersama yang membawa manfaat kepada anak lebah, dibuat makanan serta ubatan buat manusia. Kerja-kerja lebah ini membawa kebaikan berbanding semut.

PH dilihat terlalu bekerja kuat seperti semut selama 22 bulan memerintah sehingga mengangkut semua perkara baik buruk dalam pentadbiran. Bekas menteri kabinet PH sebenarnya berkelayakan, tetapi atas sebab gagal membaca kelicikan politik dan menafikan realiti, mereka terus dikalahkan dengan pengkhianatan yang terancang.

Apa buktinya?

Selepas PN menjadi kerajaan, semua propaganda perkauman dan agama menekan kerajaan PH seolah-olah tidak wujud lagi. Kali ini, PH pula akan terperangkap dalam rangka politik identiti sekiranya tidak berhati-hati mengkritik lawannya.

Kelemahan PH juga amat terserlah apabila beberapa parti komponen tidak mengukuhkan sahsiah politik sehingga satu dua pemimpin dapat melangkaui prinsip gabungan parti atas kapasiti individu.

Meskipun golongan pengkhianat telah keluar parti PKR, Amanah dan DAP, ini belum memberi jaminan bahawa tiada lagi siri pengkhinatan yang boleh berlaku selepas ini.

Maka, rejuvenasi PH perlu berlaku, cara kerja perlu seperti ‘lebah’ dan bijak bermain politik. PH kini perlu mencari strategi ketika kabinet PN masih rapuh dan bergerak lima hingga enam langkah ke hadapan untuk memperkukuhkan lagi dasar perjuangan yang dimulakan oleh Dr Mahathir dan Anwar.

Barisan Nasional akan kembali dan mempunyai kelebihan pada pilihan raya umum akan datang. Namun, disebabkan pengkhinatan ‘Langkah Sheraton’, masyarakat telah mula sedar terhadap niat jahat mereka, daripada Kelptokrasi kepada pengkhianat negara.

UMNO dan PAS akan kalah lebih teruk jika kerajaan PN tidak berjaya menzahirkan dasar untuk kebaikan rakyat. PH akan lebih parah sekiranya masih termenung dan tidak bangkit merencana percaturan akan datang. – 14 Mac, 2020. 

*Artikel ini kali pertama disiarkan di The Malaysian Insight



INGATKAN DAP, RUPANYA MCA PUN TAK MAHU KERAJAAN MELAYU ISLAM

INI TENTU SALAH DAP



Nizam Aka.


Hebat sungguh Abang long MCA..Sebelum ni kerah 100 peguam untuk lawan hudud Kelantan..lepas tu terlibat pula karikartun menghina Hj Hadi..

Akhirnya PRK Tanjung Piai Pas minta undi Calun Mca,jangan undi calon Berjasa.. Mungkin krana calon Berjasa itu melayu muslim kot?Sebab tu jangan undi calon Berjasa..

Hari ini Abang long MCA kata dia tak mahu dengar orang sebut Kerajaan PN sebgai Kerajaan Melayu Islam..Semak punya semak,rupa-rupanya Abang long MCA hnya ada seorg wakil sahaja sebgai menteri dalam kerajaan Sheraton Pintu Belakang..Tapi lantang dan berani macam dia yang miliki kerajaan ini..Mungkin dia mendapat back-up yang kuat dari kekanda- kekanda PN kot?

-Ini Dah Tentu Salah Dap


UMNO LEBIH MUDAH MENANG BERBANDING PILIHANRAYA 2023


Bagi UMNO, untuk menyelesaikan masalah ketidakpuasan hati mereka terhadap Muhyiddin Yassin, jawapannya hanyalah pembubaran Parlimen supaya pilihanraya baru dapat diadakan.
Ini sekaligus bermakna, UMNO sendiri tidak yakin Muhyiddin sedia mendengar bantahan dan rungutan mereka, seterusnya melakukan pembetulan berhubung apa yang dibantah itu.
Tetapi, dalam hal ini pun, UMNO nampaknya masih berbeza pendapat mengenai perkara itu.
Zahid Hamidi dan Najib Razak antaranya, mengatakan sokongan UMNO kepada Muhyiddin dan Perikatan Nasional atau PN adalah sementara saja iaitu sehingga pembubaran Parlimen dan PRU15 diadakan.
Untuk itu, kedua-kedua mereka menyatakan komitmen UMNO untuk terus bersama dengan Pas dalam Muafakat Nasional yang telah mereka bentuk sebelum ini.
Makna kata, UMNO hanya akan bersama PN sehingga PRU15 saja dan selepas itu hanya akan bersama Pas dalam Muafakat Nasional serta akan meninggalkan Muhyiddin dengan haluannya sendiri.
Dalam hal ini, Zahid Hamidi dan Najib seolah-olah sedia bersama mengekalkan kerajaan PN sehingga tempoh matang PRU15 diadakan pada tahun 2023.
Ertinya, di sebalik tidak puas hati, marah dan kecewa dengan susunan kabinet yang membelakangkan UMNO yang dilakukan Muhyiddin, Zahid Hamidi dan Najib tidak kisah berada sekitar dua tahun lebih lagi dalam kerajaan PN yang diketuai Muhyiddin ini.
Begitu pun, beberapa pemimpin UMNO lain seperti Annuar Musa dan Tajuddin Abdul Rahman pula mahukan pilihanraya diadakan dengan kadar yang segera.
Tajuddin yang berang dengan susunan kabinet Muhyiddin, khususnya tentang pemberian keistimewaan kepada Azmin Ali yang seolah-olah berjawatan TPM berkata, hanya dengan pembubaran Parlimen dapat menyelesaikan masalah yang timbul sekarang.
Annuar dalam ciapan Twitter yang lebih awal daripada itu turut memberi gambaran yang sama iatu bersiap sedia menghadapi PRU.
Maka, isunya ialah sama ada UMNO mahu PRU diadakan sekarang atau pada 2023?
Tidak dinafikan bahawa ketika PH berkuasa, UMNO bersama dengan Pas dalam Muafakat Nasional lebih mendapat sokongan rakyat.
Ia bukan saja disebabkan PH gagal berfungsi dengan baik sebagai kerajaan lantaran tidak serius menunaikan janji manifesto, bahkan juga kerana sikap Tun Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri yang lebih banyak bermain politik daripada menyelesaikan isu-isu ekonomi untuk rakyat.
Sebab itu, beberapa PRK seperti Cameron Highland, Semenyih, Tanjung Piai dan Kimanis, PH gagal mendapat tempat di hati rakyat.
Kekalahan dalam banyak PRK itu, khususnya di Tanjung Piai dengan undi lebih 15 ribu, ia sebenarnya adalah protes yang nyata terhadap kepimpinan Tun Mahathir.
Dengan itu, jika momentum ini dapat dikekalkan, banyak pihak meramalkan Muafakat Nasional mampu menumbangkan PH dalam PRU akan datang, terutama jika Tun Mahathir mengengkari janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim.
Namun demikian, keadaan sekarang sudah berbeza di mana UMNO dan Pas sudah merupakan sebahagian kerajaan dalam gabungan PN yang berjaya menumbangkan PH melalui pintu belakang.
Berikutan sudah menjadi kerajaan, penilaian rakyat kepada UMNO dan Pas tidak lagi sama seperti sebelum ini.
UMNO kini diperhati sama ada ia dapat berfungsi dengan baik melaksanakan banyak perkara yang pernah dibangkitkan semasa menjadi pembangkang selama 21 bulan sebelum ini.
Begitu juga dengan Pas, oleh kerana semasa menjadi pembangkang, mereka hanya tahu membangkang dan menuduh itu tak betul, ini betul, setelah menjadi kerajaan sekarang, rakyat akan memerhati prestasi menteri dan timbalan menterinya pula.
Tuan Ibrahim Tuan Man, Takiyuddin Hassan dan Khairuddin Attakiri adalah antara fokus dan perhatian utama rakyat berkaitan isu alam sekitar, RUU355, hudud dan meningkatkan ekspot minyak sawit.
Jika mereka juga gagal melakukan sesuatu atau berfungsi dengan baik mengotakan apa yang pernah diperkatakan sebelum ini, ia sudah tentu akan menyebabkan markah Pas turut merudum di mata rakyat.
Dalam hal ini, harus disedari jika PRU15 diadakan pada 2023, dalam tempoh lebih dua tahun ini, pelbagai kemungkinan boleh berlaku terhadap UMNO dan Pas dari segi penilaian rakyat terhadap mereka.
Ini berbeza jika PRU diadakan sekarang di mana tembelang dan kelemahan mereka belum begitu terdedah lagi, maka harapan untuk menang jauh lebih cerah lagi.
Lebih-lebih lagi dalam PN ini, walaupun UMNO memiliki kerusi terbanyak, Perdana Menteri adalah daripada Bersatu yang menang hanya 13 kerusi dalam PRU14 lalu, begitu juga dengan Pas, meski menyumbang 18 kerusi, sebaliknya Kumpulan Azmin yang hanya ada 10 kerusi lebih diberi keistimewaan oleh Muhyiddin.
Untuk itu, jika UMNO dan Pas mahu menang, mereka mesti berbuat sesuatu agar PRU diadakan dalam waktu terdekat ini, bukan menunggu Parlimen dibubarkan pada tahun 2023.
Khususnya buat UMNO, kalau rasa tidak bahagia dalam perkahwinan politik sekarang dengan Muhyiddin melalui PN, buat apa menyeksa diri untuk duduk serumah lagi.
Tinggalkanlah PN dan biar Parlimen dibubarkan kerana peluang untuk menang jika PRU diadakan sekarang jauh lebih cerah berbanding keadaan yang mungkin tidak menentu pada tahun 2023 nanti.
Yang lebih penting, jika menang melalui Muafakat Nasional bersama Pas, UMNO lebih cepat dapat kembali menjadi “tuan sebenar” dalam kerajaan, bukan lagi sekadar “penumpang kelas tiga” seperti bersama PN sekarang ini. (ShahbudinHusin 15/03/2020)

Guan Eng arah peguam saman ‘Papa Azri’ kerana sebar berita palsu berkait anak.Rasanya orang yang sama kena saman 1 juta dulu.

Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng berkata, beliau mengarahkan peguam mengambil tindakan terhadap pemimpin Pemuda Umno dan penyokong BN dan PAS kerana menyebarkan berita palsa mengenai anaknya.
PETALING JAYA: Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng hari ini memberitahu beliau sudah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan terhadap seorang pemimpin Pemuda Umno dan beberapa penyokong Barisan Nasional (BN) dan PAS yang menyebarkan berita palsu terhadap anaknya.
Lim berkata, pemimpin Umno yang menggunakan nama “Papa Azri” mula menyebarkan penipuan mendakwa beliau pergi ke Singapura pada 29 Feb lalu selepas mendapati anaknya ditahan di Lapangan Terbang Changi kerana membawa wang sebanyak RM2 juta tanpa membuat pengisytiharan.
“Berita ini kemudian tersebar pantas dalam kalangan kumpulan penyokong BN dan Umno, terutamanya di laman web mereka.
“Bahkan Media Chinese International Limited (MCIL) juga terlibat dalam perbuatan ini dalam kesungguhan mereka untuk mencemar nama pimpinan Pakatan Harapan (PH).
“Satu akhbar mereka sudah menyiarkan berita palsu ini tanpa sebarang pengesahan profesional. MCIL terdiri daripada Sin Chew, Guang Ming, China Press dan Nanyang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador menolak laporan mendakwa seorang anak pemimpin kanan PH ditahan pihak berkuasa Singapura kerana membawa lebih RM2 juta yang tidak diisytiharkan.
Jelas Lim, beliau berharap polis dapat mengambil tindakan tegas dan menahan pihak yang menyebarkan berita palsu itu, yang secara tidak langsung sudah menyakiti individu tidak bersalah, selain melindungi rakyat Malaysia lain.
“Keluarga saya marah dengan tuduhan yang tidak bermaruah seperti ini yang menjadikan anak kami sebagai sasaran sedangkan mereka tidak pun terlibat dengan politik.
“Adakah Umno akan mengambil tindakan terhadap pemimpin dan penyokong mereka yang terlibat dalam perbuatan yang haram, tidak beretika dan tidak bermoral seperti ini?” soalnya.
Lim mendakwa, ini bukan kali pertama “Papa Azri” menyerang anaknya.

PULUHAN RIBU ISTIHAR KELUAR PKR PAHANG


W.FAUDZIN

Setelah diberi makan kenduri, puluhan ribu ahli Keadilan Pahang istihar keluar parti di Bera hari ini...

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan orang duduk

APA PUNYA KERAJAAN PN...REGA TOPENG MUKA PUN TAK BOLEH KAWAL

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks mungkin yang mengatakan 'astro AWANI Follow Malaysia Bekalan berkurangan punca harga penutup hidung, mulut naik- Alexander Nanta Linggi Alexander berkata terdapat empat kilang di Malaysia yang mengusahakan penghasilan penutup muka ini.'


Semasa YB Saifuddin Nasution menjadi Menteri KPDNHEP, pengeluar mendakwa bekalan kurang tetapi YB Saifuddin tegas meletakkannya di bawah barang kawalan untuk elak kenaikkan harga..
Bawah kerajaan PN sebaliknya akan membenarkan kenaikkan harga..?
Adakah keuntungan para peniaga lebih penting dari kebajikan kesihatan rakyat bagi Datuk Alexander Nanta Linggi..?

EZAM DI PERLIS

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, meja dan dalaman
Kangar Perlis 13.3.2020..Destinasi akhir jelajah gerak reformasi yg bermula di Perak Jan 2020.Seluruh Semenanjung sempat kita jejaki (PP mlm ini batal kerana Covid19).

Jutaan terima kasih seluruh pejuang reformasi yang sudi bersama, mengambil risiko berjuang melawan elit korup dan jahat, lama sebelum langkah Sheraton.

Saya akan kembali menyiapkan buku 'Melawan Elit yang Membelit Umat' yang tergendala sejak Jan kerana tumpuan jelajah gerak reformasi.

Akan tetap berjuang melawan elit rasuah jahat dalam kapasiti sesuai dan semampunya sesuai perintah Allah swt Surah Al Hashr ayat 59 dan Surah Hud ayat 88.

Salam Perjuangan.



ehhhh....INI BILA PUNYA GOLF KORPORAT DAN BERSANTAI ???

IBRAHIM MAT ISA


Imej mungkin mengandungi: teks mungkin yang mengatakan 'Iskandar Mat mins 2007 dulu gua join Tan Sri Muhyiddin Charity Tour New Zealand. Yang dalam group tu banyak UMNO Johor dan mcm biasa, tokey-tokey Cina. Kitorang siap naik helicopter chartered tu nak pegi Kauri Cliffs Golf Course. Peghhh. Sedekad lebih kemudian gua tak adalah join...itulah Yang ada sekarang Tony Fernandes, Kereta Terbang dgn muka-muka kroni zaman Najib. Busy betul depa sementara negara bergelumang krisis COVID-19 dan ekonomi melingkup. SATURDAY 4TILMARCH20Z0 EAST.COURSE TEE FanSril Ayob Shalihuddin Dato Razali'

PENUTUP HIDUNG DAN MULUT NAK DAPATKAN DIMANA KERAJAAN ? HARGA PULA BOLEH DINAIKKAN???


NIZAM AKA


Sebenarnya,dalam saat-sat virus yang teruk begini,kerajaan mampu untuk membantu rakyat dengan keluarkan subsidi untuk stabilkan harga penutup hidung.. Adakah itu terlalu sukar unutk kerajaan lakukan?

Adakah kerajaan terlalu berkira unutk membantu rakyat?Kerajaan China keluarkan peruntukan berbilion ringgit untuk tangani covid 19,tapi kerajaan semburit pintu belakang,izinkan harga penutup hidung dinaikkan demi untuk mnyusahkan rakyat sendiri?

Bayangkan jika kenyataan bodoh dan dangkal itu keluar daripada mulut menteri yang mewakili PH?Pendekata berlori-lori  sumpah maki caci hamun yanag bakal menteri itu akan telan terutama dair pencacai Pasmno


Imej mungkin mengandungi: 3 orang, teks

KALAU BETOI PASAI APA TUN M TERHEGEH-HEGEH MAI CARI DSAI SEBELUM PRU14...




Pertama sekali, jika benar Tun mendakwa bahawa orang Melayu menolak Anwar, mengapa menjelang Pilihan Raya Umum ke 14 lalu Tun beria-ria ingin bertemu dengan Anwar untuk meraih sokongan dari Anwar? Gerakan meraih simpati dan sokongan tersebut memang beria-ia hingga cuba masuk ke Wad Hospital Rehabilitasi Cheras dan akhirnya dapat bertemu di Mahkamah Tinggi Jalan Duta.

Jika benar Anwar ditolak oleh orang Melayu mengapa Tun beria ingin bertemu dan meraih sokongan dengan individu yang ditolak oleh orang Melayu? Bukankan itu merupakan satu pengkhianatan terhadap orang Melayu sendiri?

Situasi ini bukan kali pertama malah sejarah telah merekodkan Tun sentiasa bergantung dengan Anwar – individu yang didakwa ditolak oleh orang Melayu sebagai talian hayat politik beliau. Tun tewas dalam pilihan raya di Parlimen Kota Setar Selatan dengan calon Pas Allahyargam Ust Yusuf Rawa pada tahun 1969 dan pada 26 September 1969 Tun telah dibuang dari UMNO. Pada saat karier politik Tun sedang malap ini, individu bernama Anwar telah mobilisasi sokongan mahasiswa Melayu untuk menyokong Tun.

Ketika Anwar aktif bersama ABIM, PKPIM dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM), Anwar telah berjaya mengangkat semula Tun hingga akhirnya pada 1972 Tun telah diterima semula masuk ke UMNO dan dilantik sebagai Senator pada tahun 1972 oleh Allahyarham Tun Abdul Razak.

Selain itu, ketika Tun menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981, beliau sekali lagi memerlukan bantuan Anwar untuk meraih sokongan sebilangan besar orang Melayu. Masakan tidak jemputan Tun kepada Anwar bukan dengan tangan kosong tetapi janji-janji untuk memberi ruang kepada Anwar untuk membawa agenda Islam dalam arus perdana. Ini jelas satu langkah politik untuk dapatkan sokongan Melayu yang Tun sendiri sedar beliau tidak mampu lakukan.

Seterusnya ketika Tun menjadi Perdana Menteri, Anwar telah membantu merancakkan agenda Islam dan Melayu dengan penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Institut Istac, Amanah Raya dan lain-lain agensi termasuk merapatkan hubungan dunia Islam terutama pelabur Arab dari latar gerakan Islam Ikhwan Muslimin (sahabat karib Anwar sejak zaman ABIM) dengan Malaysia. Sebagai kesan nama Tun dan Malaysia telah melonjak jauh hingga mendapat jolokan negara Islam contoh.

Tidakkah manfaat yang dikecapi Tun ini datangnya dari Anwar – seorang individu yang didakwa ditolak oleh orang Melayu?

Sokongan orang Melayu kepada Anwar bukan hanya dalam kalangan penyokong UMNO tetapi juga dari Parti Pas. Ketika Anwar memimpin UMNO, sahabat karibnya arwah Ust Fadzil Noor (Timbalan Presiden ABIM ketika Anwar Presiden ABIM) menjadi Presiden Pas. Hubungan mereka amat akrab walau berbeza parti. Malah mereka saling bertasamuh sokong antara satu sama lain apabila berbincang sesuatu agenda yang baik untuk negara khususnya orang Melayu.

Selain itu, Anwar dalam sejarah karier politik beliau tidak pernah menghukum atau menggadai maruah orang Melayu. Berbeza dengan Tun sendiri yang dengan sengaja mendera orang Melayu Kelantan selama 20 tahun ketika Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar Kelantan.

Kerana gagal menawan Kelantan pelbagai sekatan dilakukan termasuk hak royalti minyak, hak untuk mendapatkan lebuh raya, hak pembangunan dan sebagainya telah dinafikan. Tidak cukup dengan itu, kerusi Parlimen untuk negeri Kelantan sentiasa dinafikan untuk ditambah. Setiap kali persempadanan pilihanraya berlaku, negeri Kelantan yang majoriti besar rakyatnya orang Melayu telah dinafikan hak untuk mendapat kuasa undi yang seimbang untuk ditambah kerusi Parlimen dan DUN. Namun kerajaan Kelantan pimpinan Arwah Tuan Guru Nik Aziz tetap bertahan dengan izin Allah.

Lebih memburukkan keadaan kerajaan pimpinan Tun telah menggadaikan kuasa undi Melayu apabila telah memulakan langkah membuat persempadanan pilihan raya untuk pilihan raya 2004 yang tidak pro kepada Melayu. Sejarah melihat tindakan ini sebagai hukuman Tun terhadap orang Melayu yang 60% telah menyokong Keadilan, Pas dan DAP bawah payung Barisan Alternatif pada tahun 1999.

Tun sebenarnya lupa beliau adalah punca mengapa wujudnya blok yang kuat dari pengundi bukan Melayu di Parlimen hingga hari ini.

Persempadanan pilihan raya untuk PRU 2004 telah dibuat dengan menaikkan peratus pengundi Cina di setiap kawasan DUN & Parlimen supaya pembangkang kalah teruk kerana waktu itu sokongan padu pengundi Cina kepada Barisan Nasional begitu kuat dan BN waktu itu ditolak majoriti besar orang Melayu yang menyokong Anwar dan menolak Tun. Mengambil contoh statistik DUN Kajang, pada tahun 1999 peratus pengundi Melayu adalah sebanyak 57.4% dan kesannya calon Pas Dr Syafie Abu Bakar menang di kawasan berkenaan rentetan sokongan besar orang Melayu kepada pembangkang.

Namun, pada PRU 2004 peratus Melayu telah dikurangkan oleh BN sehingga menjadi 43.9% sebagai strategi BN untuk merampas DUN Kajang dari PAS. Kesannya BN menang di kawasan berkenaan ekoran pengundi Cina & India yang menjadi undi majoriti iaitu 52.8% dan mereka menjadi kuasa penentu di DUN berkenaan. Maka, walaupun majoriti Melayu di DUN Kajang menyokong PAS, PAS tetap tewas di kawasan berkenaan kerana orang Melayu telah hilang kuasa penentu ekoran sikap tamakkan kuasa oleh BN. Namun, akhirnya strategi BN dan Tun Mahathir ini memakan diri apabila pada tahun 2008 pengundi Cina beralih menyokong pembangkang. Senario ini berlaku di Kajang dan majoriti besar di semua DUN & Parlimen lain di mana pengundi Cina telah menjadi kuasa penentu dan kesannya BN hilang majoriti 2/3 Parlimen.

Apabila strategi Tun ini memakan diri bilamana orang cina mengundi pembangkang pimpinan Anwar, adilkah Anwar yang dipersalahkan hingga dilabel sebagai liberal dan tidak menjaga Melayu? Sedangkan ia berpunca dari Tun sendiri. Dalam pada itu, sebagai rekod Pakatan Rakyat pimpinan Anwar telah mendapat sokongan padu orang Melayu khususnya di bandar pada PRU 2008 dan pada PRU 2013 ketika Tun bersama Dato Seri Najib. Dalam masa yang sama ketika Tun menentang Dato Seri Najib, parti Tun hanya berupaya memenangi 13 kerusi Parlimen dari keseluruhan 52 kerusi yang dipertandingkan.

Terakhir sekali, Anwar dalam sejarah amat setia dengan UMNO – Parti yang digelar sebagai Parti Keramat Melayu dan tidak pernah bertindak keluar dari UMNO. Beliau berbeza dengan Tun yang dengan sengaja keluar dari UMNO beberapa kali. Tidak cukup dengan keluar beliau sendiri telah membubarkan UMNO.

Berdasarkan catatan-catatan ini, semoga rakyat sendiri membuka mata dan menilai kembali dakwaan Tun kononnya Anwar ditolak oleh orang Melayu. Molek juga kiranya Tun memuhasabah diri, boleh jadi beliau sendiri yang ditolak bukan saja orang Melayu, malah oleh partinya sendiri.



GAMBAR UNTUK DIKENALI


Mohamad Husam

Semua dibawah sampah politik
Semua pengkhianat terhina

10 MP Ex-PKR yang dapat habuan.

1. Azmin Ali- Menteri Kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
2. Zuraida Kamaruddin- Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
3. Saifuddin Abdullah - Menteri Komunikasi Dan Multimedia.
4. Dr Santara Kumar- Tim Men Wilayah
5. Dr Mansor Othaman- Tim Men Penjajian Tinggi.
6. Ali Biju- Tim Menteri Tenaga Dan Sumber Asli.
7. Jonathan Yassin- Tim Men II Dalam Negeri.
8. Kamaruddin Jaafar - Tim Menteri Luar
9. Willie Morgin- Tim Men II Perusahan Perladangan Dan Komuditi.
10. Mohd Rashid kasnon. Tim Speaker Dewan Rakyat.



MAJLIS PIMPINAN NEGERI PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI KELANTAN



*KENYATAAN MEDIA*

MPN Kelantan telah mengadakan temu rapat bersama anggota KEADILAN seluruh negeri Kelantan pada 14 Mac 2020, bertempat di Jewel Hotel Kota Bharu.

Majlis penerangan ini di sampai oleh Dato Sri Suparadi Md Noor yang juga Pengerusi MPN Kelantan. Di dalam ucapannya telah menyatakan keadaan politik semasa dan juga siri rampasan kerajaan oleh kerajaan kudeta.

Kami KEADILAN Kelantan juga menegaskan bahawa kami kekal kukuh dan setia bersama parti walaupun ada sekumpulan kecil mereka yang meninggalkan kami. 

KEADILAN Kelantan juga akan terus memberikan sokongan dan dokongan yang tidak berbelah bagi kepada barisan kepimpinan parti di peringkat pusat terutama sekali kepada Presiden parti yang amat kami sanjungi, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Keadaan politik semasa adalah salah satu cabaran yang perlu dilalui bersama. Oleh itu kami bertekad bahawa harus ada naratif dan arahtuju yang jelas, meski dari kerajaan kudeta walaupun dengan tekanan ekonomi yang kian meruncing yang mengesankan rakyat terbanyak. Asas perjuangan kita adalah reformasi dan mendokong aspirasi rakyat sebagai sebuah perjuangan yang paling ditekankan.

Demi agenda rakyat dan perubahan serta perjuangan yang ikhlas, kami akan terus kekal komited bersama kepimpinan parti.

Reformasi!
Membujur lalu melintang patah!
Lawan Tetap Lawan!

Mohd Redzuan Alias
SETIAUSAHA MPN KELANTAN