MAJLIS PIMPINAN NEGERI PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI KELANTAN



*KENYATAAN MEDIA*

MPN Kelantan telah mengadakan temu rapat bersama anggota KEADILAN seluruh negeri Kelantan pada 14 Mac 2020, bertempat di Jewel Hotel Kota Bharu.

Majlis penerangan ini di sampai oleh Dato Sri Suparadi Md Noor yang juga Pengerusi MPN Kelantan. Di dalam ucapannya telah menyatakan keadaan politik semasa dan juga siri rampasan kerajaan oleh kerajaan kudeta.

Kami KEADILAN Kelantan juga menegaskan bahawa kami kekal kukuh dan setia bersama parti walaupun ada sekumpulan kecil mereka yang meninggalkan kami. 

KEADILAN Kelantan juga akan terus memberikan sokongan dan dokongan yang tidak berbelah bagi kepada barisan kepimpinan parti di peringkat pusat terutama sekali kepada Presiden parti yang amat kami sanjungi, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Keadaan politik semasa adalah salah satu cabaran yang perlu dilalui bersama. Oleh itu kami bertekad bahawa harus ada naratif dan arahtuju yang jelas, meski dari kerajaan kudeta walaupun dengan tekanan ekonomi yang kian meruncing yang mengesankan rakyat terbanyak. Asas perjuangan kita adalah reformasi dan mendokong aspirasi rakyat sebagai sebuah perjuangan yang paling ditekankan.

Demi agenda rakyat dan perubahan serta perjuangan yang ikhlas, kami akan terus kekal komited bersama kepimpinan parti.

Reformasi!
Membujur lalu melintang patah!
Lawan Tetap Lawan!

Mohd Redzuan Alias
SETIAUSAHA MPN KELANTAN

No comments: