KANTOI - Terbukti dakwaan pemimpin Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal kononnya lima pengarah bebas Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) diberhentikan adalah tidak betul.
Lapor Bernama, MAHB menjelaskan pengarah terbabit tidak dilantik secara kontrak tetapi dilantik dan terus berkhidmat dalam Lembaga Pengarah.
“Pengarah-pengarah ini tidak diberikan notis pemberhentian.
Kes perbicaraan presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin membabitkan tujuh pertuduhan dibicarakan bersekali.
Tujuh pertuduhan tersebut terdiri daripada empat pertuduhan salah guna kuasa dan tiga tuduhan menerima dana aktiviti haram membabitkan penerimaan dana RM232.5 juta untuk Bersatu.
Hakim Azura Alwi membenarkan perbicaraan Bersama kerana seksyen 165 Kanun Prosedur Jenayah membolehkan pertuduhan dibicarakan bersama sekiranya ia berkaitan satu sama lain.
“Ia juga akan menjimatkan masa dan sumber mahkamah,” katanya ketika membacakan penghakimannya.
Azura berkata selaras proses undang-undang pihak pendakwaan mesti terlebih dahulu mewujudkan kes prima facie dan kemudian membuktikan kesnya di luar keraguan munasabah untuk mendapatkan sabitan.
“Tertuduh juga tidak akan merasa prejudis kerana dia akan dibenarkan membela diri pada masa sesuai,” katanya.
Pada 10 Mac 2023, Muhyiddin didakwa atas empat tuduhan salah guna kuasa berkait program Jana Wibawa, untuk mendapatkan RM232.5 juta bagi partinya, Bersatu.
Muhyiddin didakwa mengikut Seksyen 24 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 atas kesalahan salah guna kuasa yang dikatakan dilakukannya di Pejabat Perdana Menteri antara 8 Feb dan 20 Ogos 2021.
Beliau juga berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd, yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik Bersatu di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral di sini antara 25 Feb dan 16 Julai 2021 serta 8 Feb dan 8 Julai 2022.
Muhyiddin juga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac lepas tahun lepas atas pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicarakan bersama.
Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak wajar diperluaskan bagi memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang tanggungjawab melindungi anak mereka daripada menjadi mangsa eksploitasi dalam talian. Foto SKMM
KUALA LUMPUR, 16 Jan – Dalam era globalisasi tanpa sempadan kini, para ibu bapa digesa agar lebih memahami kepentingan melindungi anak-anak mereka daripada menjadi mangsa eksploitasi di media sosial kerana persekitaran digital yang semakin berkembang membawa risiko yang besar terhadap keselamatan mereka.
Mereka perlu dibimbing tentang risiko yang dihadapi setiap kali melayari internet di media sosial selain melakukan kawalan kendiri terhadap kandungan yang bersesuaian dengan usia dan pemikiran mereka.
Walaupun menawarkan platform bagi komunikasi, perkongsian maklumat dan pembelajaran, ia juga menjadi sarang ancaman jenayah dalam talian seperti buli siber, penipuan dan pengantunan seksual.
Menurut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan bilangan kes berkenaan meningkat pada tahun lalu berbanding tahun sebelum itu iaitu sebanyak 1,567 kes dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), peningkatan sebanyak 26.5 peratus daripada 1,239 kes pada 2022.
Anak-anak, terutamanya yang masih di bawah umur, kurang matang dalam menilai risiko ini dan boleh menjadi sasaran mudah bagi pihak yang tidak bertanggungjawab. Justeru, ibu bapa perlu memainkan peranan aktif dalam memantau aktiviti anak-anak mereka di media sosial dan memberi pendidikan secukupnya mengenai cara-cara melayari internet dengan selamat.
Ini disokong Ahli Parlimen Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid yang dipetik sebagai berkata pelaksanaan operasi bersepadu Op Pedo oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) baru-baru ini mendedahkan realiti membimbangkan dalam kalangan masyarakat.
“Internet yang dahulunya diraikan sebagai ruang ilmu tanpa batas, kini menjadi medan gelap bagi mereka yang berniat mengeksploitasi kanak-kanak.
“Daripada pemangsa yang berlindung di sebalik profil tanpa nama kepada kandungan berbahaya dikaburi sebagai hiburan, kanak-kanak kini terdedah kepada ancaman yang mengancam keselamatan dan kesejahteraan mereka,” katanya.
Dalam konteks ini, peranan Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi (APS(C)) yang bermula pada 1 Januari 2025 merupakan langkah terbaik dalam melindungi mereka dari aspek perundangan dan ia wajar difahami ibu bapa.
Ia memberi kuasa kepada penyedia perkhidmatan aplikasi untuk memastikan keselamatan pengguna, terutamanya kanak-kanak melalui mekanisme tertentu bagi melindungi identiti serta data peribadi yang dikongsi dengan penyedia platform.
Ini ditambah lagi dengan kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang mengingatkan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka yang berusia bawah 13 tahun tidak memiliki sebarang akaun media sosial seperti TikTok, Facebook, Instagram atau mana-mana akaun media sosial lain.
Lesen ini juga memastikan bahawa aplikasi yang digunakan oleh anak-anak mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan, seperti pengumpulan data yang tidak melanggar privasi dan perlindungan daripada kandungan yang tidak sesuai.
Pemahaman dan pendidikan mendalam amat perlu sesuai dengan peranan pelesenan yang berfungsi untuk memastikan anak-anak mereka hanya menggunakan aplikasi yang terjamin keselamatannya.
Memastikan internet selamat buat kanak-kanak sudah pastinya merupakan cabaran besar namun dengan mekanisme pendidikan dan pengetahuan, ia dapat melindungi anak-anak mereka sehingga meningkat dewasa kelak.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir merasmikan produk YTL UK di Bristol sempena lawatan kerja ke United Kingdom pada Rabu. Foto Facebook Anwar Ibrahim
LONDON, 16 Jan – Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) akan menjadi saluran kritikal untuk mengembang dan memudahkan pelaburan serta perdagangan antara Malaysia dan United Kingdom (UK) kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Terdahulu Anwar mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Keir Starmer di pejabatnya di No. 10 Downing Street jam 1 tengah hari waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia).
“Malah saya memilih untuk merakamkan penghargaan saya kepada Perdana Menteri UK kerana berjaya menyertai perjanjian CPTPP.
”Ia merupakan komitmen politik yang serius bagi UK dan Malaysia, memberi tumpuan kepada asas ekonomi demi kepentingan kedua-dua negara untuk menggalakkan perdagangan bebas,” kata beliau.
Anwar berkata demikian pada majlis pelancaran pembangunan bandar baharu Brabazon YTL Group di Bristol, bandar terbesar di barat daya England.
Malaysia meratifikasi CPTPP pada Oktober 2024, menyertai Peru, Jepun, Singapura, Chile, New Zealand dan Vietnam yang berbuat demikian, manakala UK menyertai secara rasmi pada Disember tahun lepas.
Di bawah rangka kerja ini, tarif bagi produk oleh negara anggota akan dikurangkan kepada sifar.
Sementara itu, Perdana Menteri memuji usaha YTL, yang merupakan pelabur terbesar Malaysia di UK, dalam menjayakan pelbagai pembangunan utama di negara tersebut.
YTL membuat pelaburan pertamanya di UK pada 2002 dengan pengambilalihan Wessex Water.
Pembangunan Bristol Brabazon yang memenangi anugerah itu dijangka mengubah tapak bersejarah Filton Airfield menjadi kawasan yang menempatkan kemudahan penting seperti tempat kerja, sekolah, kedai, pengangkutan awam, penjagaan kesihatan dan kawasan hijau dalam tempoh 15 tahun.
Selain pembangunan 6,500 rumah lestari berkualiti tinggi, projek itu juga akan membina tiga sekolah baharu dan taman bandar baharu.
Pada majlis pelancaran tersebut, Pengerusi Eksekutif YTL Group, Tan Sri Sir Francis Yeoh Sock Ping berkata syarikat itu akan melabur sebanyak GBP4 bilion (RM21.96 bilion) lagi di UK dalam tempoh lima tahun akan datang.
Anwar yang berada di sini sempena lawatan kerja selama lima hari berkata dengan menyertai usaha niaga di luar negara, perniagaan Malaysia boleh memperkukuh hubungan pasaran global mereka.
Ia seterusnya menyumbang kepada aspirasi Malaysia untuk mengembangkan perdagangan negara melalui rangka kerja antarabangsa seperti CPTPP.
Sepanjang lawatan itu, Anwar akan diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika selesai mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri UK Keir Starmer di Pejabat Perdana Menteri UK itu di No 10, Downing Street atas jemputan Starmer pada Rabu. Foto Facebook Anwar Ibrahim
LONDON, 16 Jan – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia perlu berada antara lokasi penting dalam radar para pelabur dunia.
Perdana Menteri yang sedang melakukan lawatan kerja di London, United Kingdom (UK) berkata, ia kerana kestabilan politik dan kesiapsiagaan Malaysia menjadi asas penting untuk menyahut perubahan teknologi dunia.
Antaranya menerusi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang menjadi saluran kritikal untuk mengembang dan memudahkan pelaburan serta perdagangan antara Malaysia dan United Kingdom (UK).
“Malah saya memilih untuk merakamkan penghargaan saya kepada Perdana Menteri UK kerana berjaya menyertai perjanjian CPTPP.
”Ia merupakan komitmen politik yang serius bagi UK dan Malaysia, memberi tumpuan kepada asas ekonomi demi kepentingan kedua-dua negara untuk menggalakkan perdagangan bebas.
“Sewaktu berucap pada pelancaran produk oleh YTL Group UK, saya maklumkan hadirin bahawa kestabilan politik dan kesiapsiagaan untuk menyahut perubahan teknologi dunia ketika ini adalah penting untuk menarik minat dan tumpuan para pelabur.
“Malaysia antara lokasi penting yang perlu berada dalam radar para pelabur dunia mengambil kira dua faktor tersebut selain polisi kerajaan yang kritikal terhadap soal tenaga, kecerdasan buatan dan industri semikonduktor,” katanya dalam satu hantaran di media di sosial hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia memerlukan sokongan para pelabur tempatan dan luar negara untuk refleksi transisi kemajuan ekonomi dan kejayaan.
Menurut beliau, ia perlu disokong dengan faktor kestabilan dan keharmonian benua ASEAN yang dahagakan sinergi pelaburan serta perdagangan baharu.
Terdahulu Anwar memulakan lawatan kerja di London, UK semalam dengan mengadakan mesyuarat dua hala bersama rakan sejawat, Keir Starmer.
Perdana Menteri menerima jemputan Starmer ke London bagi memperkukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.
Good news, daging itu dikatakan ada sijil Halal. Sebab yang jadi isu sebelum ni ialah daging, bukan roti. So bagi orang yang makan daging tu, maksudnya ia Halal certified.
Bad news, sijil Halal kena mohon pada produk final. Walau bahan mentah ada sijil Halal, tapi bila ia dicampur untuk hasil bahan akhir tetap produk akhir kena mohon Halal. Kalau tak ada, maksudnya tak boleh guna logo Halal tu. Simple as that
Kesimpulan, pembekal tetap salah sbb gunakan logo Halal pada produk akhir (sandwich) yang tak ada sijil Halal. Tapi tak boleh letak semua kesalahan pada pembekal. Sebagai retailer, KK Mart ada tanggungjawab pastikan produk akhir tu ada sijil Halal.
KK Mart kena upgrade SOP. Sebelum ni katanya pembekal ada bagi sijil Halal. Maybe yang dibagi tu adalah sijil Halal daging tapi bukan sandwich.
Dalam kes Anwar, mereka sanggup tolak ayat al Quran kerana pertahankan keputusan mahkamah.
Dalam kes Nik Elin Nik Ab Nik Elin Nik Rashid mencabar keabsahan beberapa seksyen dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 Negeri Kelantan, berbagai tuduhan Dan tohmahan dilemparkan ke atas Nik Elin kerana tak puashati dengan keputusan mahkamah