BENARKAH KONVENSYEN AMANAH HARI INI TEGANG??









Ambo dok terfikir sorang sorang apa yang dimaksudkan "tegang", "panas" atau seumpamanya dalam konvensyen Amanah Nasional pagi tadi. 


Kekhilafan hanya berpunca apabila ada perwakilan yang tidak faham tentang agenda perbahasan usul. 


Adalah menjadi amalan biasa, setiap usul yang dikemukakan akan ditapis oleh satu Jkuasa Usul untuk memutuskan samada usul tersebut:


1. Diterima tanpa bahas, atau

2. Diterima untuk dibahas dalam konvensyen, atau

3. Ditolak.


Kuasa untuk menentukan sama usul tersebut diterima, ditolak atau dibentang untuk dibahaskan bukan kuasa pembuat usul dan juga bukan kuasa speaker. Lazimnya keputusan tersebut dibuat oleh Jkuasa Usul dalam mesyuarat Jkuasa Pimpinan sebelum konvensyen bermula.


Apabila ada perwakilan membangkitkan mengapa usul yang mereka kemukakan tidak diterima untuk dibahas dalam konvensyen Kali ini dan mendesak supaya usul tersebut dibenarkan untuk dibentang dan dibahas, maka di sinilah peranan dan kebijaksanaan speaker amat dituntut.


Sepatutnya dalam situasi tersebut, speaker hendaklah memberi peluang kepada Presiden atau  Pengerusi Jkuasa Usul untuk menjelaskan mengapa usul tersebut tidak dibawa dalam konvensyen atau mengapa status usul itu "ditolak" ?


Kegagalan speaker bertindak bijak pastinya akan mengundang situasi yang hangat kerana sudah tentu pembuat usul yang mencadangkan supaya proses pemilihan pimpinan mesti diadakan dalam apa situasi pun ada alasan yang tersendiri. Begitu juga pihak yang mencadangkan supaya proses pemilihan parti yang sepatutnya diadakan pada tahun hadapan (2026) ditangguhkan sehingga 18 bulan lagi sebagaimana peruntukan Pasal 19(j) Perlembagaan Amanah 2022.


Ambo melihat kedua dua usul (usul meneruskan pemilihan jawatankuasa parti dan usul menangguhkan pemilihan) amat kontradik dan ada helah/nawaitu tersembunyi, kedua dua usul sama gagah dan sama kuat di segi maslahatnya, maka keputusan pimpinan untuk tidak membawa usul tersebut dalam konvensyen hari ini adalah tepat.





PENJELASAN PM ANWAR KEPADA RAKYAT SABAH ISU MA 63


 

HASIL KAJIAN KE ATAS KEDAH


 

TU DIA AIHHH...


 

PADAN MUKA


 

KENAIKAN CUKAI MELAMBUNG

 


NAIK LAGI YA.

 


KES INFLASI.. INFLASI DIKAWAL


 

SELEPAS EWON LETAK JAWATAN MENTERI, APAKAH MUNGKIN DISUSULI UPKO PULA DIBAWA KELUAR PH?



9 November 2025


Sehari sebelum kedatangan Anwar Ibrahim ke Sabah untuk majlis pengumuman calon PKR pada malam ini, seorang menteri kabinet kerajaan madani membuat kejutan meletakkan jawatan.


Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, malam tadi mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota kabinet kerana tidak bersetuju dengan pendirian Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung isu hak 40 peratus hasil Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).


Katanya, beliau meletakkan jawatan kerana berpegang teguh kepada prinsip dan matlamat penubuhan partinya yang memperjuangkan pelaksanaan MA63 serta hak-hak Sabah sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


“Sangat janggal untuk saya meneruskan keanggotaan dalam kabinet persekutuan dengan pendirian AGC tersebut yang saya percaya akan kekal menjadi pendirian mereka.


“Pendekatan mereka melihat hak 40 peratus Sabah selama tiga tahun saya berada di Kabinet Persekutuan sangat bertentangan dengan pendirian saya sebagai Presiden Upko,” katanya dalam kenyataan media.


Ewon seterusnya berkata, beliau akan mengutus surat kepada Anwar berkaitan perletakan jawatannya itu.


Perletakan jawatan Ewon dilihat amat menarik dan mencetuskan pelbagai tanda tanya menjelang tarikh pengundian PRN Sabah pada 29 November depan kerana kedudukannya sebagai Presiden Upko, salah satu komponen dalam PH, selain beliau juga adalah Pengerusi PH Sabah.


Upko sebelum ini turut mengumumkan akan bertanding menggunakan logo sendiri, bukan logo PH, pada PRN Sabah kali ini.


Parti itu juga memperkenalkan slogan perjuangan “Sabah First” sebagai menyusuli langkah beberapa parti tempatan sebelum ini membawa obor aspirasi “Sabah For Sabahan” sebagai simbol memperjuangkan kepentingan rakyat negeri itu.


Dengan perletakan jawatan Ewon berhubung isu 40 peratus hasil Sabah, gelombang “Sabah First” dan “Sabah For Sabahan” dijangka lebih bersemarak lagi sewaktu tempoh kempen nanti.


Sehingga hari pengundian pada 29 November depan, sentimen itu diangka memenuhi sentimen kempen, 

terutamanya oleh parti-parti tempatan.


Dalam hal ini, selepas membuat kejutan dengan meletakkan jawatan menterinya, Ewon selaku Presiden Upko dirasakan tidak mustahil akan membuat kejutan kedua dengan membawa parti itu keluar daripada PH pula.


Logiknya, jika Ewon merasakan agak janggal bagi beliau berada dalam kabinet kerana isu 40 peratus hasil Sabah, parti Upko yang dipimpinnya juga tidak sesuai lagi berada dalam PH.


Kiranya itu berlaku, dijangkakan bukan saja PH akan berdepan cabaran getir dalam PRN Sabah kali ini, tetapi juga parti lain yang ada ibu pejabat di Kuala Lumpur serta parti-parti tempatan yang ada kaitan dan kerjasama dengan parti-parti daripada Semenanjung.


Akhirnya, paling menarik untuk dinanti ialah berjayakah gaya politik Sarawak di mana parti-parti tempatan berkuasa sepenuhnya mentadbir negeri dan mampu melakukan tawar-menawar dengan kerajaan Pusat untuk menjelma pula di Sabah selepas PRN ke-17 kali ini? – ShahbudinHusin 09November2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/11/selepas-ewon-letak-jawatan-menteri-apakah-akan-disusuli-upko-pula-keluar-ph-2/



TU DIA AIHHH..BARU JA LANCAR JENTERA...HANGPA KUNTAU BALIK..CILAKA LA HANGPA NOH


 

WALAUN CERDIK KUTUK PEMIMPIN BANGANG

Fendi Apple


 Menyesal dulu pendapatan..tiada pendapatan menyesal tak sudah😂🤣😅😁kih kih kih




NOH. TAR SENIK MINTA LAGI

Norshidah Md Daud



 Maynamk ni bank kt Riau agaknya 🤔🤔🤔





Xpela ostad, xyah susah2 wat tandas


Umah bini no 2 ostad tu kan besar

Sahih byk tandas


Tumpang je la tandas tu ape masalahnya?


Bastard betol


UMS - Ustaz Mintak Sedekah 


BYD 2456




Penyelesaian Isu Penggredan Jawatan di Sekolah Rendah






Raden Mohamad


Alhamdulillah. Setelah bertahun-tahun tiga isu besar dalam sistem perjawatan sekolah rendah berlarutan tanpa penyelesaian tuntas, akhirnya titik noktah berjaya ditemukan.


Langkah ini menandakan satu kejayaan dasar yang amat penting, hasil kepimpinan berprinsip dan berjiwa rakyat oleh YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia.


Di bawah kepimpinan beliau, Kementerian Pendidikan Malaysia berjaya menamatkan polemik panjang melibatkan kedudukan dan pengiktirafan tiga kumpulan utama dalam struktur kepimpinan sekolah rendah.


(ISU 1)


Guru Penolong Kanan (DG48) tidak boleh bertukar

Sebelum ini, ramai Guru Penolong Kanan sekolah rendah gred DG48 terperangkap di sekolah yang sama tanpa peluang mobiliti.


Dengan kelulusan baharu daripada JPA, mereka kini dibenarkan memohon pertukaran ke mana-mana sekolah. Ini menandakan satu reformasi struktur yang lama dinanti, membuka ruang keanjalan dan keadilan dalam pengurusan sumber manusia pendidikan.


(ISU 2) 


Guru Akademik Biasa (DG48) tidak layak dilantik sebagai Guru Penolong Kanan


Sekatan lama yang menafikan potensi guru berpengalaman kini dihapuskan.


Melalui penambahbaikan penggredan baharu, Guru Akademik Biasa pada gred DG48 kini boleh dipertimbangkan untuk dilantik sebagai Guru Penolong Kanan. Ini mencerminkan keberanian YB Menteri mengangkat prinsip merit dan kebolehan sebagai asas pelantikan, bukan sekadar kekangan birokrasi lama.


(ISU 3)


Guru Besar (DG48) diturunkan apabila naik gred DG52/DG54


Isu paling lama dan sensitif ini akhirnya diselesaikan dengan penuh hikmah. Melalui sistem penggredan baharu yang diluluskan JPA, Guru Besar tidak lagi perlu diturunkan ke jawatan Guru Akademik Biasa apabila naik ke gred lebih tinggi.


Mereka dikekalkan sebagai Guru Besar dengan pengiktirafan setimpal. Langkah ini bukan sekadar memperbetulkan struktur, tetapi memulihkan maruah kepimpinan pendidikan di peringkat akar umbi.


Sesi pembentangan rasmi penambahbaikan penggredan ini berlangsung pada 7 November 2025, dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha KPM, dan dijangka berkuat kuasa mulai Januari 2026.


Sekalung penghargaan kepada kepimpinan KPM, JPA dan rakan-rakan NUTP yang berusaha bersama-sama memartabatkan profesion keguruan ini. Hasil kerjasama ini, isu yang sekian lama dapat diselesaikan. 


Kejayaan ini bukan kecil nilainya. Ia adalah hasil political will dan policy courage seorang Menteri yang tidak membiarkan masalah berlarutan, sebaliknya memilih untuk menyelesaikannya dengan tuntas dan manusiawi.


Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan dan kredit kepada YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia, atas komitmen luar biasa menyelesaikan isu-isu legasi yang sekian lama membelenggu warga sekolah rendah.


Kepimpinan beliau membuktikan bahawa pendidikan bukan hanya tentang sistem dan struktur, tetapi tentang manusia di dalamnya, tentang keadilan, pengiktirafan dan kepercayaan.


Langkah ini mengukuhkan keyakinan bahawa di bawah Kerajaan Madani, suara guru bukan hanya didengar tetapi ditindakkan. Inilah makna sebenar dasar pendidikan yang berjiwa rakyat.


DR




BELUM SAMPAI LAGI.

 Ridwan Abu Bakar




"Lambat lagi ajal AMANAH, InsyaAllah!" kata saya kepada kawan² bila konvensyen hari pertama AMANAH 2025 berakhir dengan sedikit 'panas'.


Kalau tak 'panas' langsung hawa politik dalaman mana² parti, tandanya ajalnya makin hampir. 


Dirgahayu AMANAHku





NAK KENAI SAPA YANG PM MAKSUDKAN... NI CONTOH YB KENA GANTUNG YANG TAK CERDIK.. KEH KEH


 

KRITIK BOLEH.. TAPI ADA FAKTA. KEH KEH.. LEBAI TAK LEH GENGOK DAHI LICIN.


 

INI MESTI MAMAT BERSATU WALATOK... SEBAB WALAUN TAK AKAN KOMEN BAB BAB GINI. DAN DENGAR PENJELASAN.