Isu NAFAS: Menjawab Fitnah Poster Dari Pembangkang.

 

OLEH SYAM GHAZ


Naratif yang dimainkan oleh pembangkang, lima orang Ahli Jemaah Pengarah ini yang terlibat dalam skandal baja NAFAS RM1.8 billion yang ditahan SPRM berberapa hari lepas.

Padahal kami yang lapor kepada SPRM dan kuburkan kartel Baja di NAFAS sebelum ia hidup balik zaman PN.

Gambar tahun 2019/2020 diwaktu saya salah seorang yang dilantik sebagai Ahli Jemaah Pengarah NAFAS pada waktu itu oleh arwah Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian waktu itu.




Lima yang ditahan SPRM itu babitkan kes pembelian baja 15,000 tan bernilai RM60 juta pada Jun 2022, waktu itu kami dah tiada dalam NAFAS. Kejadian itu berlaku zaman PN berkuasa 33 bulan.

Kami yang lawan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa pula dituduh terlibat dengan skandal baja? Rujuk link dibawah tertera gambar kami yang lapor kepada SPRM pada Feb 2020 membabitkan penyelewengan bernilai beratus juta, hingga NAFAS kerugian pada waktu itu RM50 juta. Baca sini.

MIMPI BASAH? APA HAL DENGAN HADI INI? MUHYIDDIN PULA CAKAP BESAR & TEMBE...


Seorang bekas pemimpin kanan PAS berpandangan betapa Presiden PAS Abdul Hadi Awang sepatutnya sudah berehat daripada karier politik ketika ini. Menurut Mohd Nakhaie Ahmad namun apa yang berlaku ialah, pengikut PAS bahkan menyanjung Ahli Parlimen Marang terbabit secara berlebihan. Malah, kata Nakhaie yang pernah menjadi Naib Presiden PAS itu, ketika ini tiada sesiapa pun yang berani bersuara untuk mencadangkan agar Abdul Hadi berundur daripada politik serta parti. "Haji Hadi patut berehat dah. Tapi pengikut dia duk angkat dia ke tahap dewa. "Siapa pun tak berani nasihat supaya berehat," katanya dalam hantaran ringkas di Facebook, hari ini. Untuk rekod Mohd Nakhaie meninggalkan PAS dan menyertai Umno pada 1989 di sebalik kedudukannya yang senior dalam parti tersebut. Anak kelahiran Kedah itu kemudian dilantik sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim). Terdahulu dia turut tampil dalam polemik kesahihan dakwaan Abdul Hadi yang dia bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW dan diminta mendamaikan perseteruan di antara golongan Sunni dan Syiah. Walaupun tidak menyebut secara langsung Mohd Nakhaie antara lain berkata, antara tanda sesuatu ajaran itu sesat ialah apabila ia diambil daripada mimpi bertemu Rasulullah dan menerima arahan daripada baginda. "Nabi pesan kepada seseorang dalam mimpi, bolehkah orang itu menyimpan dalam keyakinannya bahawa dia berada di jalan yang benar dengan mimpinya itu? "Tindak-tanduk perjuangannya juga adalah benar, adakah benar? Bagaimana pula dalam realiti hidupnya dia yakin perlembagaan negara ini thagut dan pada waktu sama dia bersumpah dengan nama Allah untuk mempertahankan perlembagaan itu? "Apakah yang dilakukannya itu benar dan dia yakin benar? "Soalnya yang dipercayai merujuk kepada Amanat Abdul Hadi suatu masa dahulu," katanya. Dalam hantaran pula bekas Ahli Parlimen Baling itu menjelaskan, Islam tidak dikembangkan berdasarkan mimpi sebaliknya ilmu yang terpancar dari al-Quran dan sunnah. "Sayang, tokoh yang punya banyak mengikut, atas nama Islam membiarkan pengikutnya berfikiran kotor, memuja pemimpin dan jumud," katanya.







KARTEL DITAHAN! KETEGASAN TUMBANGKAN KARTEL PEROSAK YANG ADA DALAM KERAJ...



Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman dua bekas pengurus besar sebuah pertubuhan badan awam susulan siasatan salah guna kuasa membabitkan kartel perolehan baja bernilai kira-kira RM60 juta. Pendaftar Mahkamah Majistret Putrajaya, Syahrul Sazly Md Sani membenarkan kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 50 hingga 60-an direman selama tiga dan empat hari iaitu sehingga 5 serta 6 November ini selepas permohonan dibuat SPRM pagi tadi. Menurut sumber, kedua-dua suspek ditahan sekitar jam 8.30 malam semalam ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM bagi dirakamkan keterangan. Katanya, kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan terhadap kartel perolehan baja membabitkan sebuah pertubuhan badan awam yang dipercayai mempunyai unsur rasuah dan salah guna kuasa. Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terkini terhadap kedua-dua suspek. Katanya, kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.



SELEPAS TUAN IBRAHIM HADI AWANG PULA SINDIR DS AWNAR TIDAK TERIMA GAJI D...


Abdul Hadi Awang (PN- Marang) hari ini menyindir Perdana Menteri Anwar Ibrahim apabila membayangkan dia ingin dilihat lebih baik berbanding Nabi Muhammad. Walaupun tidak menyebut nama Anwar secara khusus, presiden PAS itu menghalakan kenyataannya ke atas “orang” yang cuba menunjukkan kesolehan dengan menolak gaji. “Allah memperuntukkan 20 peratus kepada Nabi Muhammad. Ada peruntukan untuk Nabi dan keluarganya…(tetapi Baginda) gunakannya untuk bantu dan mendahulukan orang lain (seperti) orang kawasan pedalaman yang memerlukan bantuan serta orang musafir. “Namun ada orang yang nak tunjuk lebih daripada Rasulullah (dengan) tak mahu terima gaji. Itu cerita lainlah,” katanya ketika sesi perbahasan Dewan Rakyat hari ini. Sejak menjadi perdana menteri pada November 2022, Anwar berkata dia tidak akan mengambil gaji untuk jawatannya sebagai perdana menteri dan menteri kewangan. Awal tahun ini, dia turut berkata akan memulangkan elaun yang diterima selaku pengerui Khazanah Nasional, dan mendakwa dia tidak tahu ada menerimanya. Pada bulan lalu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man juga mempersoalkan keputusan Anwar, dengan berkata seorang rasul pun diberikan "peruntukan" oleh Allah untuk rezekinya. Kenyataan itu dibuat semasa perbahasan Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin, di mana dia mempersoalkan bagaimana Anwar menyara dirinya tanpa gaji. "Tapi kalau zero income, dia nak makan dengan apa? "Kalau dia boleh berdoa - phum! Beras dihantar oleh Kota Raja (Mohamad Sabu yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan) depan dia, beras tempatan pulak tu, tak apalah,” kata Hamzah.




Nasihat pendek untuk pesara


Duit gratuiti dan pencen bulanan bukan untuk dijadikan modal perniagaan atau membeli kereta dan rumah baru. 



Ia adalah kewangan untuk perbelanjaan kehidupan harian anda sehingga dipanggil nanti. 


Duit pencen adalah untuk diri anda setelah bekerja seumur hidup.


Apatah lagi untuk dipinjamkan pada orang lain. 


Your money is not your money until you spend it. 


Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar



Tidak Mengambil Upah Sifat Mulia Para Nabi & Pendakwah



Dunia sudah terbalik. Orang yang tidak mengambil gaji disindir kononnya lebih daripada Nabi Muhammad (saw) sedang sepatutnya yang wajar ditegur ialah orang yang mengambil gaji dan elaun kerana berkhidmat untuk rakyat tetapi tidak menyempurnakan amanah dan tugasan. 


Inilah yang dimaksudkan oleh Hadis Dhaif sebagai tahun-tahun penuh tipu daya antaranya orang yang amanah dianggap khianat, pengkhianat pula diberi kepercayaan.


Namun, lupakah kita bahawa tidak mengambil upah itu adalah sifat para utusan dakwah. Ia disebut dalam Surah Yasin yang selalu dibaca oleh orang Melayu khususnya. 


Apabila Isa alaihissalam mengutuskan para pendakwah kepada satu bandar lalu datang seorang lelaki dari pedalaman bertanya: adakah kamu meminta upah dari tugasan kamu? Apabila mereka menjawab tidak, lalu segera lelaki itu mengajak orang-orang bandar mengikut para pendakwah yang tidak meminta upah ini. 


Allah menceritakan kisah ini dalam Surah Yasin: 20-21;  

وَجَاءَ مِنْ أَقْصَى الْمَدِينَةِ رَجُلٌ يَسْعَىٰ قَالَ يَا قَوْمِ اتَّبِعُوا الْمُرْسَلِينَ اتَّبِعُوا مَن لَّا يَسْأَلُكُمْ أَجْرًا وَهُم مُّهْتَدُونَ

"Dan datanglah dari pedalaman bandar seorang lelaki yang berlari sambil berkata wahai kaumku ikutlah kamu utusan-utusan ini. Ikutlah orang yang tidak meminta sebarang upah dari kamu sedang mereka diberi hidayah".


Ayat ini menunjukkan tidak mengambil upah atas apa-apa pekerjaan itu satu kelebihan dan perlakuan mulia yang sepatutnya dipuji dan bukannya dikeji atau disindir. 


Malah, akhlak tidak mengambil upah inilah menjadi sebab untuk seseorang itu diikuti, didokong dan disokong. 


Bahkan wajar pula menyeru orang ramai untuk mendokong si pelaku itu sebagaimana tindakan lelaki yang dikisahkan oleh Allah dalam ayat di atas bukan sebaliknya menyindir untuk menjatuhkan maruah. 


Bahkan, Nabi kita Muhammad (saw) sememangnya tidak meminta upah atas kerja dakwah yang memenatkan dan meletihkan serta menuntut pengorbanan masa dan meninggalkan kerja-kerja yang lain sehingga Allah mengajar baginda menjadikan akhlak terpuji itu sebagai hujah kebenaran dakwah baginda. Allah berfirman: 


قُلْ مَا سَأَلْتُكُم مِّنْ أَجْرٍ فَهُوَ لَكُمْ ۖ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَى اللَّهِ ۖ 

"Sebutlah wahai Muhammad, saya tidak meminta kamu sebarang upah. Maka upah itu adalah milik kamu. Tidaklah upahku itu melainkan atas Allah" (Surah Saba': 47)


Sifat Nabi Muhammad (saw) yang tidak meminta dan mengambil upah atas kerja dakwah disebut juga dalam Surah al-An'am: 90,  Surah Yusuf: 103, Surah Sod: 86, Surah al-Furqan: 57, Surah al-Syura: 23, Surah al-Qalam: 46 dan Surah al-Tur: 40.


Justeru, bagaimana pula disindir orang yang tidak mengambil gaji sebagai "lebih baik dari Nabi", sedangkan ia sememangnya akhlak Nabi (saw)?


Adakah sakit dan umur tua menjadikan seseorang itu lupa atau terlupa sehingga kebaikan pula dilihat sebagai keburukan, akhlak terpuji dianggap keji?


Lebih malang pula bila sindiran terhadap akhlak yang sememangnya terpuji itu turut disokong oleh pendokong-pendokong yang turut digelar guru agama. 


Apakah dunia telah tunggang terbalik dalam menilai kebaikan?


Dr Khairuddin Takiri

Selasa 5.11.2024



JIKA INI YANG ANDA KATAKAN ULAMA....



 

JARANG JARANG DAPAT BERGAMBAR DENGAN PEMIMPI NABI

 Aziani Su



ASRI SAMAN FB WALAUN RASANYA NI.



 Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin memfailkan saman terhadap seorang pemilik akaun Facebook atas dakwaan menerbitkan beberapa pernyataan fitnah yang mengaitkannya dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).



Pengurusan kes saman itu ditetapkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ong Yen Li pada 11 Nov ini secara e-review.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/


#AWANInews



MASA DIA TERANGKAN, KAMU MIMPI.. JANGAN TIDUR SENJA...

 

Roh.. Roh... Roh... Neh.. Neh Neh.. Dok gelak sakan.. Kelantan tak maju gak... Gelak pandai.. Cakap pandai.. Habuk pun tarak... Ngeh.. Ngeh.. Ngeh.... 



MIMPI ANEH...

 

Ringkasan Cerita Kelmarin, Semalam dan Hari Ini.

TOK DOR DAN MIMPI


Berbagai cerita dan peristiwa yang berlaku dalam negara kita atau di luar negara yang membabitkan warga negara kita sehari dua ini. Semua cerita dan peristiwa itu menyayatkan hati. Pertamanya cerita macam mana Tok Dor memberi tahu itjimak tarbawi yang dia bermimpi berjumpa dengan Rasululah yang datang ke Russila dalam keadaan wajah hitam dan muka masam dan hendak dijamu dengan ikan talapia.


Untuk menyakinkan bahawa mimpi itu benar Tok Dor berita tahu dia nampak parut di dahi Nabi kerana perang Uhud. Diawal ceritanya dia sudah beri warnning sesiapa yang berbohong tentang nabi tempatnya di neraka.


Maka bagi mengelakkan orang Pas masuk neraka wajib mempercayai cerita mimpi itu. Biarlah Tok Dor asyik dan lena dengan mimpinya.


ARTIS KELANTAN DITANGKAP KERANA MILIKI PIL KUDA


Cerita yang berkaku semalam juga tentang artis dikir Barat berasal dari negeri yang memerintah secara Islam 30 tahun telah diberkas polis Thailand kerana memiliki pil kuda bersama lima yang lain. Artis itu telah diberkas disebuah hotel di Golok sesudah berhibur.


Kejadian memakukan negeri Kelantan itu diulas oleh timbalan wazir negeri itu dengan mengatakan apa yang berlaku itu adalah takdir Allah. Ulasan itu sangat simplistik sekali.


Sepatutnya kerajaan negeri yang memerintah secara membangun dengan Islam itu ambil peduli kejadian itu. Selaku kerajaan, mereka perlu bertanggungjawab menyelamatkan nasib rakyat mereka. Sepatutnya kerajaan itu berbuat sesuatu termasuk meminta jasa baik diplomatik kita di sana, apa salah dan silap warga kita ia perlu dipertanggungjawabkan. Usah kira dia parti berwarna apa.


Dalam kes artis itu namoak kerajaan Kelantan seperti lepas tangan.


NAFAS YANG SESAK NAFAS


Cerita lain juga yang melarat dan menjadi viral kelmarin ialah tentang Nafas agensi yang berada dibawah jagaan Mat bin Sabu. SPRM telah memberkas beberapa individu yang ada kaitan dengan penyelewengan membabitkan puluhan juta dalam agensi berkenaan. 


Sebelum SPRM ini gelidah Nafas, Mat bin Sabu kelihatan menemui perdana menteri. Pertemuan itu ditafsirkah oleh penyokong Mat pertemuam penuh bermakna kononnya pertemuan yang penuh mesra dan bakal menguntungkan Mat.


Belum pun Mat bin Sabu pijak tangga rumah, SPRM dah tangkap dan soal siasat beberapa individu berhubung penyelewengan dalam Nafas.


Sebelum itu Nafas sudah jadi sesak nafas, apabila berlaku pecat memecat dan gantung menggantung. Mulanya Lembaga Pengarah menggantung tugas Pengurus Besarnya, katanya seorang ketua pemuda Parti Amanah, selepas itu seorang ahli jemaah pengarah pula dipecat. Isu mula memanas.


Tidak cukup disitu kemudian perlembagaan Nafas pula digantung menyebabkan lembaga itu tidak berfungsi dan segala aktiviti dan pengurusan Nafas diletak dibawah kuasa menteri sepenuhnya.


Isu nafas ini sedikit sebanyak beri kesan kepada Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu. Walaupun penyelewengan yang berlaku diluar tanggungjawab Mat, tetapi kerana peremis itu dibawa jagaan dan tanggungjawab kementerian KPKM ia memberi kesan tidak kangsung kepada Mat bin Sabu.


Mendengar komen seorang ahli lembaga pengarah yang dipecat, memberi kefahaman kepada umum kekecuhan yang berlaku dalam Nafas itu disebabkan kelemahan Mat sebagai menteri. Mat tidak pandai dan bijak mengurus pergeseren.


Mat tidak berdiplomasi dalam melengsaikan kemelut berlaku sehingga beliau dituduh bertindak secara kejam dan bersikap kukuh besi. Menyedihkan sampai menganggap Mat sebagai gila kuasa. Dalam hal ini saya tidak nampak kesalahannya disebabkan Mat seratus peratus. Apa lagi isu yang berbelit dalam Nafas itu berlaku sejak kerajaan sebelum ini lagi. Mat hanya tukanag cuci najis sahaja.


Kita kenal siapa dia Mat dan sejauh mana kebolehan dan kemampuannya dalam bidang pentadbiran dan pengurusan. Apa yang Mat tahu ialah berceramah, itu keahliannya.


Kerana itu saya percaya apa yang berlaku ke atas Nafas itu ialah kerana Mat menerima nasihat yang salah. Mat hanya ikut sahaja dan menggunakan kuasa yang ada kepadanya. Dalam erti kata lain kemelut yang berlaku dalam Nafas dan menjejaskan KPKM itu adalah kerana kenaifan beliau dalam pentadbiran dan pengurusan dan menjadi bendul kepada sesetengah individu yang menguasainya.


Saya nampak apa yang berlaku dalam Nafas boleh mengheret Mat ke keadaan lebih kritikal lagi. Kejadian itu walaupun tanpa penglibatannya, namun sebagai menteri dia kena bertanggungjawab sepenuhnya dan sedia menerima risiko dan musibahnya.


Nasihat saya sebelum Mat ditegur hatta diganti atau dirihatkan oleh perdana menteri beliau bersedia mengambil risiko atas apa yang bakal berlaku kelak. Sekembali dari China nanti pasti perdana menteri inginkan taklimat penuh dan tuntas daripadanya. 


Dalam hal ini Mat bernasib malang sedikit, bak kata orang hajat Mat nak bersih Nafas dari penyelewengan tidak kesampaian sebalik yang terdedah kelemahannya sebagai menteri. Trims.



PEMBOHONG DAN PEMFITNAH SAMA MACAM ZINA.

 

Ridwan Abu Bakar


"Saya pergi ke Turki pada tahun 80an, saya dengar sendiri azan dalam bahasa Turki" dakwa seorang 'Tok Guru' dalam kuliah dhuhanya pagi tadi di Ipoh. 



"Depan masjid ada patung Mustafa Kamal at Tartuk, sebelum masuk sembahyang kena sembah patung dia dulu" dia tambah Ajinomoto lagi. 


Ni lah bahayanya geng 'asai bunyi' diTuan Gurukan, dah tak dak modai nak cakap, dia khayal dan rujuk kepada khayalannya. 


Sebenarnya, azan dikembalikan ke dalam bahasa Arab pada awal tahun 50an, ketika Adnan Mundaris dilantik sebagai PM terpilih yang pertama Turki. Dah 74 tahun Tok Guru oiiiii. 


Tok Guru ni pi mana sebenarnya pada tahun awal 80an tu ? 


Bahong pun, agak² la 😃😄😀😃



DAPAT MIMPI. DATANG PARLIMEN KUTUK ORANG TAK AMBIL GAJI.... DIA MIMPI NABI MUKA HITAM..

 


NOHHHH.... PI SG GOLOK..

 

Kim Jaker Jr

Serambi mekah🤣🤣🤣Negeri penunggang agama😎gi Sg. Kolok dengar ceramah agama🤭🤭🤭??? kah musik Bae Yaba Bae🤣biaq betui unnnn ! Mengarutlah Un🤮🤮🤮



DIA TAK KATA DIA BAIK... TAK AMBIL GAJI, TAPI KERJA KUAT. KAMU GAJI SAPU KERJA APA KAMU BUAT SELAMA 33 BULAN?? YELLEK PUCCI... SEMBANG..

Zam bin Zom


 Dah la datang parliamen sekali sekala, datang-datang terus mencela & mengejek orang, Patut la dalam mimpi,dia nampak Rasulallah berwajah hitam, mungkin itu menggambarkan hati dia yang hitam akibat kedengkian & dendam kesumat sebab tak dapat Tebuk Atap walaupun kononnya dah Cukop Jomlah!!



LEBAI BERI NAMA ISTERI PENERIMA ZAKAT.

 C&P


Malaysia yang aku cintai😘apalah nak jadi kalo rumah yang maha pon dijadikan tempat beRasuah😩😩😩dari kalangan orang yang alim sampai orang maha kuasa ! Habis mengorup 😤😤😤Juai Agama, Juai Bangsa, Juai Mimpi, Cuma spender je blum kena juai 🤣🤣🤣🤣🤣