KEH.. KEH...

 

Individu yang menjadi pengerusi Khazanah Nasional pada Mac 2018 (iaitu sebulan sebelum dia henti pada PRU14) ketika ianya melabur RM27 juta dalam Fashion Valet juga adalah individu sama yang berjaya naikkan nilai aset bersih Khazanah Nasional hampir 4 kali ganda dalam tempoh 9 tahun dia jaga Khazanah dari RM32 bilion pada tahun 2008 ke RM116 bilion pada tahun 2017.



Tetapi siapa pula yang pantau pelaburan dalam Fashion Valet selepas keputusan melabur dibuat?


Ini adalah pelaburan jenis venture capital dan jenis pelaburan ini perlu dipantau selepas pelaburan dibuat.


Dan siapa pula yang jaga Khazanah sejak April 2018 dan banyak menjual aset-aset bernilai yang dibina masa Najib sehingga nilai aset bersih Khazanah jatuh RM31 bilion ke RM85 bilion pada tahun 2023 lepas?