KELUAR PH DULU JIKA AMANAH MAHU TANDING 20 KERUSI DI JOHOR!!
5 November 2024
Selepas bikin gempak mahu meletakkan calon pada PRK
Dun Mahkota sebelum ini dan walaupun ia tidak menjadi kenyataan, kini parti itu
sekali lagi cuba melakukan satu gempakan yang hampir serupa.
Kali ini Amanah Johor BN mengatakan mereka mahu
bertanding antara 12 hingga 20 kerusi Dun pada PRN Johor yang akan datang.
Alasan yang diberi kerana tidak bersetuju dengan
kepimpinan BN Johor yang langsung tidak ada kemahuan untuk membentuk kerajaan
perpaduan di negeri itu selepas berakhirnya PRK Dun Mahkota.
Aduhhh…apa ni Amanah?
Tak usahlah tak habis-habis nak bikin gempak yang
tidak mungkin menjadi kenyataan!!
Bikinlah gempak yang mudah dan logik, sesuai dengan
kemampuan.
Sedarlah bahawa selagi PH bekerjasama dengan
UMNO/BN, tak usahlah Amanah mahu lebih-lebih mahu bikin gempak menuntut itu dan
ini.
Semua itu tidak mungkin menjadi kenyataan kerana
parti sudah ada persefahaman yang mesti dipenuhi.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu pun tentu saja lebih
cenderung untuk mengekalkan kerjasama dalam kerajaan perpaduan berbanding
mendengar tuntutan Amanah Johor itu.
Lihatlah ketika parti itu beria-ia mahu bertanding
di Dun Mahkota sebelum ini, apa jadi akhirnya?
Pada PRN Johor 2022 yang lalu, UMNO menang 40
daripada 56 kerusi dengan PH terdiri DAP menang 10 kerusi, manakala PKR dan
Amanah masing-masing menang satu kerusi.
PN pula memenangi tiga kerusi – Bersatu 2 dan Pas
1, manakala Muda juga menang satu kerusi.
Berdasarkan keputusan PRN 2022 itu, di kerusi mana
Amanah mahu bertanding dalam jumlah antara 12 hingga 20 kerusi?
Hanya ada satu cara saja jika Amanah Johor
benar-benar mahu mencapai impian bertanding antara 12 hingga 20 kerusi pada PRN
Johor akan datang iaitu mereka mesti membawa Amanah keluar daripada PH terlebih
dahulu.
Selagi Amanah kekal bersama PH dan PH pula masih bekerjasama
dengan UMNO/BN, jangan mimpilah keghairahan berlebihan, termasuk mengambil
kerusi yang sedia dimenangi UMNO, boleh menjadi kenyataan.
Soalnya, beranikah Amanah Johor menjadi pihak yang
paling awal mencadangkan agar Amanah keluar meninggalkan PH?
Fikirlah sikit, kalau masih bersama PH, macam mana
cara Amanah nak bertanding sehingga 20 kerusi itu?
Dan kalau tak berani nak cadangkan Amanah keluar
daripada PH, lebih baiklah jangan sembang terlalu kencang mahu bertanding
banyak kerusi.
Lagi pun, kerajaan BN Johor dibentuk pada 2022
iaitu sebelum terbentuknya kerajaan perpaduan di peringkat pusat.
Respeklah sikit pada UMNO/BN yang mampu menang dua
pertiga ketika itu. – ShahbudinHusin 05 November2024.