SPRM Tahan Empat Pegawai Terkait Bekas Perdana Menteri

 


SPRM mengesahkan penahanan empat pegawai seorang bekas perdana menteri bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009.

KUALA LUMPUR, 23 Feb – Empat individu dipercayai pegawai bekas Perdana Menteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat.

Menurut sumber, tiga individu direman lima hari bermula Jumaat manakala seorang lagi direman tiga hari sebelum dibebaskan hari ini.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha di Mahkamah Putrajaya pada Sabtu.

Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009.

“Kami memohon agar SPRM diberikan ruang untuk menjalankan siasatan tanpa sebarang spekulasi,” katanya.

Untuk rekod, seorang bekas Perdana Menteri dimasukkan ke sebuah hospital swasata di Kota Damansara, Selangor akibat pengsan dan kini masih dirawat dengan pemantauan rapi doktor.



PEGAWAI KENA TAHAN


 

KISAH 150 JUTA


 

BILA PENYOKONG KIOK


Harun Mohd Shah


 Bila kita kata penyokong PN ni bodoh dan racist, nanti kata kita keterlaluan. Tapi ini hakikatnya. 


Annuar Musa cakap pasal "Urban Renewal" tahun 2020, PN senyap. Nga Kor Ming cakap benda sama, ratib "Melayu dah nak merempat dah".



NOOHHHH....


 

BOLEHKAH SENJATA TARIF DIGUNA UNTUK BAIKI EKONOMI?



1. Tarif adalah senjata yang memang terbukti bagus untuk lindungi industri tempatan. Tak semua perdagangan bebas itu baik. Ada juga sistem yang tak adil.


2. Ada negara buat dumping di negara lain. Mereka jual barang dengan harga lebih murah di luar berbanding negara mereka sendiri untuk kuasai pasaran.


3. Benda ni persaingan tak adil. Untuk kes macam ni, tarif boleh dikenakan. Maksud saya, tarif perlu dikena pada sektor tertentu sahaja yang perlu.


4. Masalah besar akan wujud kalau semua benda dan semua sektor nak dikena tarif. Jika ini berlaku, produk yang dikena tarif tu akan jadi mahal kepada pengguna US dan lebih buruk kalau mereka tak boleh keluarkan barangan itu sendiri.


5. Masalah Trump ialah dia percaya semua benda nak kena tarif. Antara sebab kenapa dia buat macam ni ialah dia percaya kilang-kilang ni akan pindah ke US untuk elak tarif.


6. Pada 2019 bila dia kenakan tarif, ada syarikat yang pindah ke US. Tapi lebih banyak dari mereka yang tak pindah. Ada sebab lain selain tarif yang masih buatkan kos pengeluaran di US tinggi seperti kos buruh.



KALAH??? TAK SEPATUTNYA....

 


SERIUS LA....JARGON JARGON.


 

APA? DAP NAK RAMPAS TANAH MELATU?


 

ULAQ DALAM SEMAK


RMS


 Dia mengaku dia seorang Ulama..tapi langsung tak ada posting ucapkan takziah pada keluarga Allahyarham..sibuk pada pilihanraya.. ni contoh ulama khinzir.



NOHHH.. 150 JOTE PULAK... YANG LAIN JANGAN LARI.. TUNGGU SAMPAI. MASA.

 


KERAJAAN NEGERI GAGAL URUSKAN BAB TANAH... KERAJAAN DAH BERIKAN GERAN MEWANGAN..


 

HAIIIYA....MAU PENGSAN LO

.   ZUNAR CARTOONIST FAN CLUB

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi 2024



Diterbitkan:  Feb 23, 2025 



Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya.


Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.


“Kalau kita tengok prestasinya sehingga suku ketiga tahun lepas, ia (prestasi) menggalakkan. Sehingga suku ketiga, ia (KWSP) dah dapat RM57.5 bilion (pendapatan pelaburan). Lebih baik daripada tahun sebelumnya.


“Oleh itu, insya-Allah prestasi berterusan pada suku keempat dan dividen akan memberangsangkan. Namun, saya tak boleh komen apa dividennya. Itu tunggulah. Boleh kata lebih baik. Insya-Allah,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Larian ASEAN: Trek Kewangan @MOF anjuran Kementerian Kewangan (MOF) di Putrajaya, hari ini.


KWSP mengisytiharkan dividen lebih tinggi pada 2023 iaitu 5.50 peratus bagi Simpanan Konvensional berbanding 5.35 peratus pada 2022 dengan jumlah agihan sebanyak RM50.33 bilion.


Bagi Simpanan Shariah, 5.40 peratus direkodkan berbanding 4.75 peratus pada 2022 dengan jumlah agihan sebanyak RM7.48 bilion.


KWSP dijangka mengumumkan kadar dividen 2024 pada awal Mac ini.


Terdahulu, beberapa pakar ekonomi dan akademik menjangkakan dividen KWSP bagi tahun 2024 melebihi enam peratus.


Sementara itu, lebih 3,700 peserta menyertai Larian ASEAN: Trek Kewangan @MOF, yang diadakan bersempena dengan Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 melibatkan penyertaan daripada kalangan warga MOF dan orang awam.


Pada program itu, Amir Hamzah bersama pengurusan tertinggi MOF berjaya menamatkan larian bagi kategori tiga kilometer.


Amir Hamzah berkata penganjuran acara larian itu bertujuan memberi pendedahan kepada warga MOF dan orang awam mengenai ASEAN dari aspek penubuhan, peranan dan kepentingan pertubuhan ASEAN kepada Malaysia dan negara anggotanya.


Selain itu, katanya pendedahan turut melibatkan aktiviti yang telah dan akan dijalankan sepanjang tahun ini terutamanya oleh MOF sempena Kepengerusian ASEAN Malaysia melalui Trek Kewangan.


“Penganjuran larian ini juga dapat menyokong amalan hidup sihat terutamanya dalam kalangan warga kerja MOF. Ini amat bertepatan dengan nilai MADANI Kesejahteraan yang turut memberi penekanan kepada keseimbangan dalam kehidupan,” katanya.


- Bernama



SYARIKAT BAS MALAYSIA TERKENAL DIDUNIA


 

DENGAR NI.. NAK BOHONG APA LAGI..


 

IAU WALAUN... JANGAN JADI JAHIL SANGAT.. JANGAN JADI MACAM KETUA PEMUDS KAMU YANG DAH JADI MUNAFIK... TAK BOLEH NAK WALIKAN ANAK NANTI


 

HAH DENGAR APA HADI AWANG CAKAP TENTANG DAP


 

NEGERI KAMI KAYA...


 

KEMUNAFIKAN PAS.

 


Aku sekadar nak tunjukkan 𝗸𝗲𝗺𝘂𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗔𝗦. Tahun 2020 dulu KPKT dah pernah cadangkan 𝗨𝗥𝗔. Masa tu PAS tak main pun isu kaum. Malah lebai dengan 𝗿𝗲𝗹𝗮 𝗵𝗮𝘁𝗶 menzahirkan hujah 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 akta tersebut.







𝘍𝘢𝘴𝘵 𝘧𝘰𝘳𝘸𝘢𝘳𝘥 2025, apabila PAS di pihak pembangkang, 𝗸𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗺𝗮 bawa 𝘂𝘀𝘂𝗹 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗺𝗮, PAS tiba-tiba jadi 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗮𝗿𝘂𝗮𝗻. Tahun 2020 PAS tak nampak isu kaum. Tiba-tiba 2025 mata lebai jadi 𝗷𝘂𝗹𝗶𝗻𝗴.


Ini apa lagi kalau bukan 𝗸𝗲𝗺𝘂𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸𝗮𝗻? Dia menentang bukan sebab fikirkan soal Melayu atau Islam pun, tapi sebab 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗮𝗹𝗮𝘀𝗮𝗻 untuk 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Sebab PAS nak cipta 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗲𝗽𝘀𝗶 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 dan 𝗵𝗮𝘀𝘂𝘁 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶𝗮𝗻.


Begitulah rakusnya PAS dalam mendapatkan kuasa. Dia tak peduli kalau berlaku 𝗸𝗲𝘁𝗲𝗴𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗮𝘂𝗺. PAS tak peduli kalau 𝗸𝗲𝗵𝗮𝗿𝗺𝗼𝗻𝗶𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗴𝘂𝗴𝗮𝘁. Asal dapat kuasa, 𝗴𝗮𝗱𝗮𝗶 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 pun mungkin PAS sanggup.


PAS adalah contoh 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗸𝗵𝗶𝗮𝗻𝗮𝘁 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮. Mereka rela negara 𝗸𝘂𝗰𝗮𝗿-𝗸𝗮𝗰𝗶𝗿 demi kepentingan sendiri. Tak ada kehormatan mahu pun maruah pada diri lebai. Cuma orang tak beriman akan terus sokong golongan yang jelas munafik seperti PAS ini. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

GAGAL BAWA PEMBAHRUAN DI MACHANG. MACAM PMX KATA....

 




Fayhsal... Fayhsal. Itu la. Dalam hidup ni semua benda 𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗮𝗱𝗻𝘆𝗮. Gula bagus untuk tubuh. Tapi kalau kita 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹, boleh kena 𝗱𝗶𝗮𝗯𝗲𝘁𝗲𝘀. Begitulah juga dengan 𝗴𝗮𝗿𝗮𝗺, 𝗱𝗮𝗴𝗶𝗻𝗴 dan sebagainya. Kalau terlebih akan ada kesan tak elok.


Fayhsal ni 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗲𝗿𝗶𝘁 dalam parlimen ni. Dah la suara tu tak sedap, 𝗯𝘂𝗿𝘂𝗸, fakta pun ke laut. Siap pakai surat layang. Rakyat dah ramai 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝘂𝗮𝗸 dengan si Fayhsal ni. Kelaku 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 orang berakal.


Bukan setakat orang luar, orang parti sendiri, di tempat yang dia sendiri jadi 𝗮𝗵𝗹𝗶 𝗽𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻 pun dia ditolak. Eh bukan sikit-sikit punya kalah. Dia dapat tak sampai pun 25% daripada jumlah undi. 𝗧𝗼𝘁𝗮𝗹𝗹𝘆 𝗿𝗲𝗷𝗲𝗰𝘁𝗲𝗱.


Bagusnya Fayhsal 𝗺𝘂𝗵𝗮𝘀𝗮𝗯𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗿𝗶 lepas ni. Harapnya sedar semua 𝙨𝙩𝙪𝙣𝙩 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 yang dia buat bukan setakat tak laku malahan 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗿𝗶. Lepas ni cuba pakai otak dulu sebelum berkata. Tapi aku harap dia tak berubah la. Biar 𝗽𝘂𝗽𝘂𝘀 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 dari politik Malaysia. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


LEBAI RISAU ARAK DARI DADAH? DADAH TAK HARAM KAH.?

 

Lebai bising betul pasal 𝗮𝗿𝗮𝗸. Ramai sangat ke walaun yang 𝗸𝗮𝗸𝗶 𝗯𝗼𝘁𝗼𝗹 sampai lebai risau sangat.


Tapi tak ada pulak lebai bangkit soal 𝗱𝗮𝗱𝗮𝗵. Padahal kalau nak dikira, negeri lebailah yang 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 kes penyalah gunaan dadah.


Sebenarnya, lebai bukan risau pasal arak pun. Lebai tu cuma nak sentuh 𝘀𝗲𝗻𝘀𝗶𝘁𝗶𝘃𝗶𝘁𝗶 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺. Kalau bawa isu dadah, tak boleh nak kaitkan dengan orang bukan Islam. Tak 𝘀𝗲𝘀𝗲𝗻𝘀𝗶𝘁𝗶𝗳 𝗶𝘀𝘂 𝗮𝗿𝗮𝗸.


Soal Melayu paling ramai hisap dadah tu lebai apa nak peduli. 𝗧𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 lebai. Lebai cuma 𝗻𝗮𝗸 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮. Rakyat dia tak peduli.


Yang kesiannya walaun. Dengan rela 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵𝗸𝗮𝗻. 𝗠𝗮𝘁𝗶-𝗺𝗮𝘁𝗶 percaya lebai jujur. 𝗛𝗶𝗱𝘂𝗽-𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽 dia kena goreng. Tapi takpe. Walaun memang suka jadi bodoh. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



RUPANYA ARWAH GAGAL SEJAK DULU

 


FAKTA RINGKAS URA

 

Kami viral


Fakta Ringkas URA @ Akta Pembangunan Semula Bandar yang perlu walaun tahu.





1. Ia dimulakan di zaman PAS jadi kerajaan, pada tahun 2021.


2. Ia bertujuan utama untuk menyelesaikan masalah bangunan / flat lama di bandar-bandar.


3. Antara pemimpin PAS yamg pernah menyebut mengenainya ialah Annuar Musa, Shahidan Kassim dan Iskandar Abdul Samad.


4. PAS menyokong penuh perlaksanaan URA ketika mereka jadi kerajaan.


5. Namun, hanya kerana tidak chukop jumloh menjadi kerajaan, PAS u-turn dan mula sebar naratif fitnah dan salah mengenai URA.


6. Apatah lagi Menteri yang sedamg urus URA sekarang adalah DAP, maka lebih mudah PAS untuk memfitnah dan berbohong.


7. Ia bermula dengan Syed Saddiq yang mula memberi label kepada URA dengan gelaran 'Akta Rampas Rumah'.


8. Ingatkan PAS akan betulkan Syed Saddiq, kerana PAS dulu menyokong akta ini, tapi PAS ambil kesempatan itu untuk memfitnah Kerajaan Madani dengan gambarab bohong dan fitnah, iaitu Kerajaan Madani mahu usir orang Melayu dari bandar.


9. Apakah PAS ini tidak takut Allah langsung? Dulu elok je sokong Akta ini sekarang lawan pula hanya kerana sakit hati dan politik kebencian kepada DAP?


10. Akta ni sama sahaja kandungannya seperti di zaman PAS. Bab 51% pun PAS sokong masa tu.


11. Akta ini sekarang masih dalam proses semakan di pejabat peguam negara.


12. Selepas itu baru nak bentang/briefing dalam mesyuarat kabinet. Jadi kenapa PAS sanggup memfitnah sebegitu rupa?


13. Kalau betul nak bantah, bantahlah betul-betul ketika ia dibentangkan pada bulan Julai nanti.


14. Berikan juga cadangan lain bagaimana nak selesaikan masalah bangunan / flat lama. Itu baru pembangkang berkualiti.


15. Ini cadangan tambah baik pun takde, cadangan alternatif takde, yang ada hanyalah fitnah sahaja.


Min berdoa kepada Allah, semoga perbuatan PAS yang menyebar fitnah dan memporak-perandakan masyarakat, mencetus perbalahan kaum ini, dibalas oleh Allah dengan kekalahan teruk PAS dalam pilihanraya akan datang.


walaun tetap bodo.



4 NEGERI KALAH DENGAN HANYA 1 NEGERI...


 Jamzuri Ardani


Bilangan sekolah agama berdaftar di Negeri Selangor berjumlah 1,131 buah adalah tertinggi di Malaysia. 


Jika 4 negeri dibawah tadbir PAS bergabung angka sekalipun, ia tidak dapat mengatasi jumlah ini. 


Maknanya apa tuan-tuan?


Maknanya PAS hanya kuat sembang aje pasal memartabatkan Islam.  Mereka hanya mengulangi naratif Islam terancam untuk meraih undi kerana itu sahaja yang mereka tahu dan itu sahaja yang mereka mahu.



KEH..KEH...KEH...KO JANGAN PERASAN LA MAHAZALIM....


  ZUNAR CARTOONIST FAN CLUB

Ini sebenarnya cerita Akta Pembangunan Semula…





Oleh NAJIB BAKAR



Akta pembangunan semula menjadi senjata terbaru PN bermain sentimen kaum. Seolah-olah Kerajaan nak halau orang Melayu keluar dari bandar.

Melayu yang panas baran terus melompat memaki hamun mencarut walhal tak faham sebutir habuk pun.


Sampai level pegawai polis pun triggered tak pasal-pasal.

Betapa mudahnya Melayu dijadikan bidak catur oleh politikus yang pentingkan diri sendiri.

Begini.

Niat sebenar kerajaan adalah mahu mengubah keadaan bangunan-bangunan perumahan yang dah berusia lebih dua hingga tiga dekad.

Siapa pun yang jadi kerajaan, ini memang satu masalah real, bukan main-main, dan ia perlu solusi.

Kalau PN dapat jadi kerajaan nanti, ini juga salah satu perkara yang perlu diselesaikan, dan akan dicadang oleh pegawai kementerian, pegawai-pegawai yang sama.

Aku sertakan tulisan di Harakahdaily dari pemimpin PAS sendiri, juga mengatakan perkara yang sama.


Tak seharusnya kehidupan dan persekitaran daif rakyat dijadikan senjata politik.

Apakah mereka tidak layak dapat pembelaan dari Kerajaan?

Kesemua pimpinan parti politik, tak kira kerajaan atau pembangkang harus bersama-sama menyokong usaha ini.

Kalau dilihat betapa daifnya sesetengah bangunan flat yang tidak terurus, tidakkah kita rasa kasihan terhadap kanak-kanak yang terpaksa membesar di persekitaran seperti itu?

Perlu diingat, bukan semua bangunan perlu pembangunan semula.

Kalau pengurusan flat mengurus dengan baik, maka tak perlulah.


Berkenaan peratusan pemilik yang perlu bersetuju, itu baru peringkat cadangan.

Akta ni masih dalam peringkat draf. Panjang lagi proses sebelum diluluskan di Parlimen dan dibawa ke Dewan Negara.

Jika ada dilihat kelompongan atau loophole di mana-mana, bahaslah dalam Parlimen.

Itulah tugas pembikin polisi, baik di peringkat Kerajaan mahupun pembangkang.

Bukan hanya main sentimen kaum untuk dijadikan kandungan murahan di TikTok.

Demi masa depan negara, boleh tak pembangkang jadi statesmen main peranan semak dan imbang?

I know this would probably fall on deaf ears. But at least I’ve tried.







Pas ‘u-turn’ dalam sokongan terhadap Akta Pembaharuan Semula Bandar


 

Pas dikecam selepas dilihat ‘u-turn’ atau mengubah pendirian terhadap Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA).

Semasa menjadi sebahagian daripada kerajaan pada 2022, Pas menyokong cadangan penggubalan akta tersebut bagi mempercepatkan proses pembangunan semula bandar-bandar lama.

Sebaliknya, Pas apabila berada di blok pembangkang dilihat galak menyalak menentang akta yang sebelum ini mereka sendiri usulkan.



Akta URA yang dicadangkan bertujuan untuk memperbaharui kawasan bandar usang serta meningkatkan nilai hartanah dengan memberikan kuasa kepada pihak berkuasa tempatan dan pemaju untuk mempercepatkan projek pembangunan semula.

Semasa pentadbiran kerajaan sebelum ini, Pas menyokong penuh inisiatif tersebut dengan alasan bahawa ia akan membantu meningkatkan taraf hidup rakyat di bandar-bandar utama.

Walau bagaimanapun, pemimpin Pas boleh pula mengkritik keras akta tersebut.



Tuan Ibrahim Tuan Man

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menganggap URA sebagai kaedah halus supaya penduduk yang tidak mampu untuk keluar dari bandar khususnya orang Melayu dan India.

Pendek kata, semasa Perikatan Nasional (PN) berkuasa dan pemimpin mereka menjadi menteri, cadangan yang sama diutarakan tetapi tiada pula timbul isu kononnya URA mahu menghalau orang miskin selain Malaysian Malaysia.

Pas kononnya bimbang mengenai hak pemilik tanah dan potensi pengambilan paksa hartanah oleh pemaju.

Pemimpin parti pembangkang itu juga mendakwa URA boleh menjejaskan penduduk bandar yang tidak mahu berpindah serta memberi terlalu banyak kuasa kepada pemaju swasta.



Malah, bekas Exco Perumahan Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad pada tahun lalu mengaitkan URA dengan terdapatnya “satu agenda yang tidak baik” terhadap kedudukan orang Melayu.

Padahal, Iskandar pada 2022 menyatakan perlunya ada mekanisme atau garis panduan yang jelas atau lebih baik lagi, kata pemimpin Pas itu, akta yang khusus berkenaan pembangunan semula bandar.

Sikap Pas yang berbolak-balik itu mengundang reaksi daripada pemimpin blok kerajaan yang menyifatkan parti tersebut tidak konsisten dalam pendiriannya.



Antaranya, seorang ADUN Pahang yang menyifatkan pembangkang sengaja memainkan isu perkauman dalam cadangan penggubalan URA di Parlimen.

ADUN Tioman, Mohd Fadzli Mohd Ramly berkata, rancangan mengenainya sudah dibincangkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) seawal 2021 dan diulas beberapa pemimpin ketika itu.



MAT JARGON, SILA LETAK JAWATAN. MAKNA KATA ORANG BERSATU MACHANG NI CERDIK LA KERANA TAK PILIH TONG KOSNG...KAH..KAH...KAH.....HANGPA CERDIK...JARGON BODOOOWWWW ....KEH..KEH..KEH

 

Kekalahan Wan Fayhsal Bukti Beliau Cuma ‘Tong Kosong’ – Faizul Abdul Ghani


Kekalahan Wan Ahmad Fayhsal dalam perebutan jawatan Ketua Bahagian Bersatu Machang dengan hanya meraih 26 undi amat-amat memalukan.

JOHOR BAHRU, 22 Feb – Kekalahan Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dalam perebutan jawatan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Machang menunjukkan beliau cuma ‘tong kosong’ di kawasan sendiri.

Menurut penganalisis politik, Faizul Abdul Ghani, ‘populariti’ yang cuba diraih di Dewan Rakyat nampaknya tidak menjadi di kawasan parlimennya sendiri kerana terlalu menumpukan isu-isu nasional sedangkan isu-isu tempatan kurang diketengahkan ketimbang ahli parlimen lain.

“Beliau perlu sedar, penolakan anggota partinya sendiri memberi isyarat bahawa semacam ada rasa tidak puas hati di kalangan pengundi dan anggota parti dengan peranannya selaku ahli parlimen yang sepatutnya menjuarai isu-isu rakyat.

“Namun saya ingin mengucapkan ‘tahniah’ kepada anggota Bersatu yang menolak Wan Fayhsal agar beliau sedar diri dengan kekalahan yang amat-amat memalukan kerana tak semestinya bila popular di TikTok, tetapi realitinya gagal mengangkat masalah di tempat sendiri,” sindirnya secara sinis.

Terdahulu Wan Ahmad Fayhsal kalah kepada ‘orang lama’, Kamaruddin Ab Kadir atau Cikgu Din yang juga merupakan penyandang jawatan itu penggal lepas.

Pada pemilihan itu, Cikgu Din memperoleh undi sebanyak 103 sementara Wan Ahmad Fayhsal sekadar meraih 26 undi.

Sementara itu, Pengerusi Bersatu negeri Kamarudin Md. Nor ketika dihubungi mengesahkan keputusan pemilihan tersebut.

Katanya, pemilihan itu berlangsung di luar musim selepas Bahagian Machang tidak mengadakan mesyuarat sebelum ini.

“Hal ini kerana, Bahagian Machang berdepan penggantungan selepas beberapa perkara tidak menepati syarat yang ditetapkan,” katanya.

Untuk rekod, kesemua calon Bersatu di Kelantan menggunakan simbol ‘bulan’ milik Pas dalam pilihan raya umum lalu.

KAH..KAH..KAH- - Wan Fayhsal Kalah Jawatan Ketua Bersatu Machang

"BAIK SAYA BALIK JADI PRESIDEN PAS" MP PN KENA ABANG MAT SINDIR !

TERKINI! Hadi hipokrit pejuang BM | Tuan Ibrahim malu Pas dicop 'kaki f...



1. Tuan Ibrahim ingatkan ahli parti pastikan maklumat sahih sebelum sebar kepada orang ramai. 2. Takiyuddin Hassan persoal kegagalan Kerajaan sediakan buku RUU akta URA. 3. Elak banjir, Sultan Pahang titah dalamkan Sungai bagi tangani peningkatan taburan hujan. 4. Menteri KDN sahkan tiada lagi sekatan untuk Zakir Naik ceramah di Malaysia. 5. Exco pemuda Bersatu tegur Hilman, sifatkan kenyataannya jauh menyimpang dari tujuan asal. 6. Ketua pemuda PH Terengganu label Abdul hadi sebagai hipokrit berkait kritikan Bahasa Inggeris. Ikuti perkembangan semasa isu-isu panas politik Malaysia, setiap hari, hanya di NextStep Malaysia 🇲🇾





’Saya Dah Beri Mandat Kepada Fadillah’ – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada sidang media Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI 2025 di Petronas Leadership Centre, Bangi pada pada 22 Februari 2025.

BANGI, 22 Feb – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada keperluan untuknya terbabit dalam perbincangan berhubung isu penyaluran peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Perdana Menteri berkata, beliau sudah memberikan mandat penuh kepada Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Fadillah Yusof dengan perkara itu dipersetujui semua Jemaah Menteri dan parti komponen dalam Kerajaan MADANI.

“Kita sudah beri mandat penuh kepada TPM (Fadillah) untuk menemui mereka tetapi seperti mana kita tahu dah dua tahun mereka berdolak-dalih. Kita tak ada masalah dan dah beri ruang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada sidang media Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI 2025 di Petronas Leadership Centre, Bangi pada pada 22 Februari 2025.

“Tak perlu saya sendiri (jumpa pembangkang). (Sekiranya) saya nak jumpa secara berasingan, tak mengapa. Jadi saya rasa boleh (jika nak PM berjumpa pembangkang) cuma jangan dihebahkan di luar, mesti ada jalur (yang betul) untuk adakan perjumpaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI 2025 di PETRONAS Leadership Center, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar pada Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI di Bangi, Selangor pada 21 Februari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Semalam, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menyarankan supaya pihak pembangkang berjumpa dan berbincang dengan Perdana Menteri berhubung isu penyaluran peruntukan kepada Ahli Parlimen blok berkenaan.

Johari berkata, keputusan untuk memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang adalah berdasarkan keputusan Perdana Menteri sendiri.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, isu itu bukanlah perkara baharu dan tidak sepatutnya diperbesarkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan amanat ketika hadir pada Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI di Bangi, Selangor pada 21 Februari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Umpamanya ada wakil dari PH dulu (runding soal peruntukan) dengan kerajaan. Kemudian di peringkat akhir, saya bertemu dengan Perdana Menteri (waktu itu), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bermesyuarat bukan sekali dua, entah lima atau enam kali.

“Jadi bincanglah dengan baik, ini tidak, mereka belum apa-apa dah tuduh kita minta sokong PM, sedangkan tidak ada langsung syarat dikemukakan,” katanya.




Perluas Skop Perdagangan Dengan Negara Benua Afrika, Amerika Latin – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada hari kedua Sesi Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI 2025 di Petronas Leadership Centre, Bangi pada pada 22 Februari 2025.

BANGI, 22 Feb – Peranan Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan kini lebih meluas apabila bersedia membuka ruang dan jalur baharu dengan beberapa rantau termasuk di benua Afrika dan Amerika Latin yang akan membantu memperluaskan skop perdagangan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas Perdana Menteri, perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa dengan rakan-rakan dagang berpotensi dan baharu.

“Tentunya beberapa angka tunjuk itu membanggakan namun ada beberapa masalah yang harus kita tackle (tangani) dan melakukan beberapa penyesuaian dari sudut unjuran.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada sidang media Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI 2025 di Petronas Leadership Centre, Bangi pada pada 22 Februari 2025.

“Pertama kerana kerencaman dan tekanan geopolitik yang kurang menentu sama ada dengan pimpinan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan juga reaksi Eropah, China dan perkembangan (peperangan) di Gaza (Palestin) dan Ukraine,” katanya.

Ketika berucap selepas Sesi Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI 2025, Anwar yang juga Menteri Kewangan melihat kedua-dua benua itu mampu menjadi destinasi pelaburan dan perdagangan baharu bagi negara.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada sidang media Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI 2025 di Petronas Leadership Centre, Bangi pada pada 22 Februari 2025.

Tambahan pula kata Anwar, Malaysia kini menekankan dasar bebas bagi mengekalkan hubungan baik dengan semua negara malah menjalin hubungan dengan negara-negara yang ekonominya sedang berkembang.

Menyentuh mengenai sesi itu, beliau berkata permukiman itu turut membincangkan dasar negara sedia ada yang perlu dilaksanakan dan dimantapkan secara berterusan.

Permukiman yang berlangsung selama dua hari itu bermula Jumaat diadakan bagi membincangkan perkembangan hala tuju negara yang telah disusun atur setelah jadual asal pada Januari terpaksa dipinda kerana jadual padat Anwar sepanjang bulan berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar pada Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI di Bangi, Selangor pada 21 Februari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Antara lain, permukiman itu juga menjadi pertemuan dua hala untuk merangka dan menambah baik prestasi kerja Jemaah Menteri dengan melihat kepada teguran serta kritikan rakyat sepanjang tahun lalu bagi diadaptasi dan diperkasa bagi manfaat rakyat dan negara.