VIDEO DAN GAMBAR: LAPORAN POLIS TERHADAP JAMAL BAWA PENGUNDI MASUK...




Image may contain: 3 people, people sitting and indoor

No automatic alt text available.
Image may contain: 4 people


Beranikah Pas menuntut RCI Memali secara menyeluruh?


Shazni Munir Memali
 Pemuda AMANAH Nasional menuntut Pas agar mendesak kerajaan supaya telus dalam mendedahkan punca dan elemen asas yang mendorong berlakunya tragedi Memali pada 1985 jika Suruhanjaya PenyiasatanDiraja (RCI) itu ditubuhkan kelak.
Naib Ketua Pemudanya Shazni Munir Mohd Ithnin mempersoalkan pula sejauh mana keberanian Pas untuk berbuat demikian.
"Persoalannya, beranikah Pas menuntut suatu RCI yang telus dan menyeluruh  merangkumi aspek punca dan elemen-elemen asas yang mendorong ke arah tragedi tersebut?
"Pada hemat kami, keseluruhan aspek ini penting untuk disiasat memandangkan pihak kerajaan telah pun membentangkan Kertas Putih Peristiwa Memali di Parlimen pada tahun 1986.Image may contain: 4 people, people sitting and indoor


"Melalui perenggan 15, 16 dan 17 Laporan Kertas Putih berkaitan tragedi Memali dipercayai daripada ketaksuban terhadap 'Amanat Haji Hadi' yang erujuk kepada pidato Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Banggol Peradong pada 1981," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Shazni turut menjelaskan lebih spesifik dalam perenggan ke-17, Muhamad Yusof bin Husin mengakui bahawa dirinya berpegang teguh dengan amanat itu dan berfahaman bahawa orang-orang Umno itu kafir.





"Pemuda AMANAH juga berpendirian, jika RCI tersebut tetap mahu ditubuhkan, siasatan perlu meliputi aspek-aspek penting berikut: a) Punca yang mendorong ke arah tangkapan allahyarham Ibrahim Libya. b) Punca yang menyemarakkan kegiatan takfiri ketika itu. c) Keganasan tindakan polis. d) Langkah kerajaan membendung fenomena takfiri. e) Kesan 'Amanat Haji Hadi' dan langkah pencegahan," ujarnya.
Justeru Pemuda Amanah mengharapkan agar RCI ini mampu meleraikan segala kekusutan dan tidak akan dibangkitkan lagi.
"Sejarah adalah tentang keteladanan dan iktibar daripada satu-satu peristiwa.
"Kami bertekad agar tiada lagi episod takfiri, termasuklah pengulangan insiden 'tanam jirat' yang telah mencarik keharmonian rakyat.Kita tolak takfiri dan bina semula masa depan negara," ujarnya.
 Pada 16 Ogos lalu PAS menggesa kerajaan menubuhkan RCI dan perlu memohon maaf di atas konfrontasi antara pihak berkuasa dan pengikut penceramah agama Ibrahim Mahmud 32 tahun lalu di Kampung Memali di Baling, Kedah, yang menyaksikan Ibrahim, 13 pengikutnya dan 4 anggota polis terbunuh.
Kerajaan pernah menerbitkan kertas putih Peristiwa Memali yang dikemukakan dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada 1986.
Namun Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dipetik berkata saksi kejadian mendakwa Kertas Perintah 21 itu satu “pembohongan”.
RCI ini pula disambut positif oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dipetik menerusi twitter berkata, kerajaan sedia pertimbangkan penubuhan RCI untuk mengkaji peristiwa Memali 1985 jika ada permintaan.

Pakatan Harapan Johor akan cabar semua kerusi Umno-BN


 PH Johor PC 2
Pakatan Harapan (PH) Johor sudah pun bersiap siaga untuk merampas negeri Johor dengan mencabar semua kerusi Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Dalam sidang media diadakan di ibupejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Taman Kempas Utama Johor, hari ini,  Pengerusi Bersatu Muhyiddin Yassin berkata PH Johor berpendapat situasi dan keadaan di Johor sudah sampai ke tahap matang untuk PH ambil alih negeri itu daripada kepimpinan Umno-BN.
"Ini berdasarkan fakta data tinjauan yang telah dibuat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
"Stratgegi PH Johor menawan Johor daripada Umno-BN untuk mengerakkan jentera parti di semua peringkat di bawah Tuan Salahuddin, untuk menyusun dengan strategi tepat dan ingin tentukan persiapan PRU disetiap kawasan Parlimen dan Dun.
"Kesemua kerusi akan dicabar terutama kerusi di  BN.
"Kita mahu persiapan sampai ke PDM (Pusat Daerah Mengundi) dalam kerangka yang diputuskan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya). Jentera parti diperingkat akar umbi di bilik gerakan sudah disediakan bagi meninjau tahap kesiap siagaan setiap parti iperingkat negeri Johor," ujarnya.
Muhyiddin turut berkata, proses rundingan kerusi PH di negeri itu sudahpun dimulakan di peringkat Parlimen dan sebahagiannya sudah diputuskan dan akan mula berunding bagi kerusi Dun di negeri itu.
"Hari ini (mesyuarat hari ini) kita ada bincang untuk segerakan perundingan itu (pembahagian kerusi Dun) untuk memudahkan parti beri perhatian di kawasan berkenaan.
"Secara rasmi sudah diputuskan dan menunggu di bawa rundingan di peringkat nasional.Jika ada pertindihan antara parti kita akan selesaikan bersama.
"Semangat yang kita mahu wujudkan dalam perbincangan adalah persefahaman
"Saya fikir keputusan muktamad akan dibuat pucuk pimpinan PH di peringkat pusat dan pimpinan parti yang ada untuk menentukan siapa yang akan mengepalai negeri ini kelak," ujarnya yang menolak tanggapan bahawa berkemungkinan beliau akan memimpin negeri itu sekiranya PH menang PRU akan datang.
J/K PH Johor dibentuk:  Muhyiddin dilantik Pengerusi, Salahuddin Pengarah Pilihan Raya
Hari ini diadakan mesyuarat pertama Pakatan Harapan Negeri Johor  yang turut mengumumkan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Johor dan Salahuddin Ayub dilantik Timbalan Pengerusi Negeri dan Pengarah Pilihan Raya Negeri manakala Timbalan Pengarah Pilihan Raya dilantik Ir Mad Nasir Hashim dari Bersatu.
Setiap parti gabungan telah melantik tiga wakil untuk berada dalam jawatankuasa di peringkat negeri.
Bagi jawatan Setiausaha Pakatan Harapan dilantik Datuk Osman Sapian (Bersatu) dan Bendahari Gan Tek Cheng (DAP).
Manakala empat Jawatankuasa Biro juga turut dibentuk dalam Pakatan Harapan membabitkan Biro Penerangan dan Mobilasi dilantik Suhaizan Kaiat (Amanah); Biro Tawaran dan Dasar Dr Rama Krishnan (DAP); Biro Perpaduan Kuzan Abu Bakar(PKR); Biro Guaman Jimmy Puah (PKR); Biro Eonomi dan Pembangunan Mazlan Bujang (Bersatu).
Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub dalam sidang media sama turut berkata, pelantikan Muhyiddin sebagai Pengerusi PH Negeri adalah keputusan konsensus parti dalam PH.
"Pemilihan Tan sri sebagai Pengerusi PH dibuat secara konsensus maknanya bukan majoriti.Saya katakan di Johor betapa kami dalam AMANAH DAP PKR dan PPBM serius di dalam membina kekuatan PH di Johor.
"Tiada sebarang 'distribute' dalam pemilihan Tan Sri. Rakyat Johor memberi isyarat jelas bahawa inilah pimpinan parti yang akan berjuang untuk rakyat negeri johor sebagai suatu keyakinan kita terhadap apa yang kita tawarkan kepada rakyat Johor kali ini.
"Kita boleh berubah dan kita ada barisan kepimpinan yang bila-bila masa boleh ambil alih kuasa Umno-BN," ujarnya.
Bagi Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong pula berkata, beliau mengalu-alukan pelantikan Muhyiddin dan Salahuddin dalam barisan kepimpinan PH di Johor untuk memastikan jentera pilihan raya berjalan lancar di setipa peringkat.
"Kami alukan Tan Sri Muhyiddin dan juga Salahuddin sebagai tokoh nasional. Mereka akan membantu Johor dan menjadikan Johor medan pertarungan penting dalam PRU untuk menang dan menawan Putrajaya.
"Kami perlu memenangi sebanyak mungkin kerusi Parlimen di Johor dan kedua tokoh ini sangat menyumbang membantu ke arah itu," ujarnya.

UMNO, PAS TERMALU SENDIRI



Dua bekas Ketua Polis Negara akhirnya bersuara mengenai ura-ura kerajaan, dan kemudian disokong oleh Pas untuk mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja atau RCI berhubung tragedi Memali.

Tun Hanif Omar melontarkan tiga persoalan berhubung hasrat menubuhkan RCI Memali itu - apa lagi yang mahu dicari, apa yang masih tidak puas hati dan apakah perkara penting yang belum terjawab berkaitan tragedi tersebut?

Selain mungkin kerana kertas putih peristiwa Memali sudah pun dibentangkan di Parlimen pada 26 Februari 1986 oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tun Hanif juga mengingatkan bahawa setiap RCI akan mempunyai kos tersendiri yang akan ditanggung oleh rakyat.
Seorang lagi bekas Ketua Polis Negara, Rahim Nor pula mengingatkan RCI Memali, jika ditubuhkan, hanya akan mendedahkan peranan Presiden Pas, Hadi Awang dalam peristiwa berdarah itu.

Kata beliau, Amanat Hadi tidak dapat dielakkan adalah memainkan peranan utama sehingga tercetusnya peristiwa Memali.

"Ada dua elemen penting dalam Amanat Hadi. Pertama, dia kata orang-orang Islam tidak perlu menjadi Kristian, Yahudi atau Nasrani untuk menjadi kafir, sebaliknya cukup dengan mengamalkan politik suku dan agama suku.

"Kedua, Hadi juga kata perjuangan yang mereka lakukan adalah jihad dan sekiranya terkorban dalam perjuangan, mati mereka adalah syahid," ujar Rahim lagi.

Sekarang macam mana?
Setelah membaca kenyataan Tun Hanif, masihkah UMNO, terutamanya Zahid Hamidi yang ternampak galak membangkitkan isu itu yang dilihat satu lagi cubaan meletakkan kesalahan sesuatu peristiwa kepada Tun Mahathir Mohamad, mahu meneruskan hasrat menubuhkan hasrat RCI berkaitan Memali itu?

Mahu tidak mahu, beliau kini patut berasa malu terhadap dirinya sendiri kerana tidak dinafikan bahawa kenyataan Tun Hanif adalah pukulan paling pedih terhadap kewibawaannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

Apa lagi yang mahu dicari, apa yang masih tak puas hati dan apakah perkara penting yang belum terjawab sehingga kini? 

Sediakah Zahid Hamidi faham dan hadam betul-betul tiga pertanyaan Tun Hanif itu?

Berikutan peringatan Rahim Nor pula, apakah Pas, khususnya Tuan Ibrahim Tuan Man dan Takiyuddin Hassan, masih lagi kekal dengan pendirian mahu menyokong penubuhan RCI berkenaan?

Sama seperti Zahid Hamidi yang patut malu dengan kenyataan Tun Hanif, Tuan Ibrahim dan Takiyuddin juga sewajarnya merasa malu sama kerana bacaan politik mereka rupa-rupanya tidaklah lebih cerdik berbanding Rahim Nor.

Kecuali kiranya Tuan Ibrahim dan Takiyuddin memang bertujuan untuk memalukan Hadi, sediakah mereka melihat Presiden Pas itu dipersalahkan jika RCI Memali ditubuhkan nanti? (ShahbudinHusin 22/08/2017).

Peruntukan RM8 juta di pedalaman Sabah sekadar ‘gula-gula politik’ – Adrian Lasimbang


PENSIANGAN, 22 OGOS: Pemberian peruntukan RM8 juta yang diumum Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman kepada empat daerah iaitu Tenom, Pensiangan, Keningau dan Ranau tidak lebih daripada ‘gula-gula politik’ menjelang pilihan raya kata Penyelaras DAP Pensiangan, Adrian Lasimbang.
Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman kelmarin yang berkata peruntukan bernilai RM8 juta tersebut telah diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mana setiap bahagian bakal menerima RM2 juta.
Menurut Adrian, peruntukan RM2 juta kepada kawasan Pensiangan adalah imbuhan untuk mengaburi mata pengundi yang bakal mengundi pada pilihan raya yang akan tiba tidak lama lagi.
“(BN) Tidur selama empat tahun, sekarang ia bangun cuma tinggal berberapa bulan sahaja sebelum pilihan raya untuk menghambur gula-gula, dengan harapan masih terus dapat memperbodohkan orang-orang kampung pedalaman dengan pemberian peruntukan RM2 juta, inilah politik UMNO dan BN,” katanya.
Tindak-tanduk BN itu ujarnya sudah menjadi tradisi setiap kali menjelang musim pilihan raya.
Apa yang menyedihkan, selepas menabur ‘gula-gula politik’, rakyat dibiarkan terabai untuk tempoh empat tahun lagi dengan pelbagai masalah melibatkan infrastruktur kemudahan asas, pendidikan, kemiskinan dan sebagainya seperti yang berlaku di Pensiangan.
Adrian yang juga Pengarah Pendidikan Politik DAP Sabah turut mempertikaikan pemberian dana tersebut di mana daerah Nabawan tidak tersenerai sebagai penerima peruntukan.
Beliau masa yang sama melahirkan rasa kecewanya apabila Najib, sebagai orang nombor satu negara ini tidak hadir untuk melihat dengan sendiri kemunduran dan kepayahan rakyat di Nabawan dan Pensiangan.

‘Amanat Hadi’ punca tragedi Memali?


GELANG PATAH, 22 OGOS: Jika Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung tragedi Memali dibentuk, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah antara individu yang perlu dihadapkan ke jawatankuasa itu bagi menentukan sama ada amanat yang pernah dikeluarkannya mempunyai kesan terhadap peristiwa berdarah berkenaan.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang membuat cadangan itu sambil merujuk kepada ucapan Presiden PAS itu pada 7 April 1981 yang kemudiannya dinamakan sebagai ‘Amanat Hadi’ yang antara lain menuduh UMNO-Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan kafir yang memerintah seperti penjajah.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata demikian mengulas kesediaan kerajaan UMNO-BN untuk mempertimbangkan penubuhan RCI bagi menyiasat kejadian yang berlaku pada 1985 di Memali, Kedah itu sehingga meragut 18 nyawa.
Pemerhati politik mahupun pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) melihat langkah kerajaan itu sebagai serangan peribadi terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa kononnya adalah dalang di sebalik tragedi berkenaan.
Cadangan penubuhan RCI tragedi Memali itu muncul selepas jawatankuasa yang sama ditubuhkan bagi menyiasat kerugian pertukaran asing (forex) oleh Bank Negara yang berlaku pada 1990-an sewaktu Tun Mahathir mentadbir negara sebagai Perdana Menteri.
Tun Mahathir yang kini mengetuai HARAPAN merupakan pemimpin yang lantang menyerang tanpa henti pentadbiran Datuk Seri Najib Razak ekoran skandal mega melibatkan firma pelaburan berdaulat milik negara, 1MDB.
Kit Siang dalam kenyataannya hari ini turut memetik ‘Amanat Hadi’ seperti berikut:
“Percayalah, kita menentang Umno, bukan kerana nama dia Umno. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
“Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku, agama suku.” 

80 peratus ahli Bersatu Tasek Gelugor bekas ahli Umno


Timbalan Pengerusi Parti Bersatu P.Pinang Datuk Seri Shariff Omar menerima borang keahlian cawangan baru di Tasek Gelugor baru baru ini
Melihat kepada senario politik terkini, Umno-BN di Parlimen Tasek Gelugor tidak lagi mampu untuk mendapat kemenangan sekali lagi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Malah rekod kemenangan mereka dalam PRU13 yang lalu dengan kemenangan tipis di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Teluk Air Tawar yang dimenangi oleh Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang, Datuk Jahara Abdul Hamid dengan majoriti 840 undi serta Dun Sungai Dua dengan kemenangan hanya 357 undi bukan lagi suatu imaginasi.
Azmi Alang Timbalan Pengerusi Parti Bersatu Bahagian Tasek GelugorDemikian dizahirkan oleh Timbalan Ketua Bahagian, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tasek Gelugor, Azmi Alang ketika ditemui semalam.
Jelas beliau lagi, keahlian Bersatu yang telah mencecah lebih 3,000 ahli kini merupakan tamparan hebat kepada Umno Bahagian Tasek Gelugor yang diterajui oleh Shabudin Yahaya selaku Ahli Parlimen.
"Lebih 80 peratus ahli Bersatu di Parlimen Tasek Gelugor kini adalah terdiri dari pimpinan Umno cawangan dan penyokong tegar mereka.
"Selain itu terdapat juga ahli Pas yang telah muak dengan permainan politik pemimpin atasan mereka menyertai Bersatu dan juga Parti Amanah Tasek Gelugor.
"Yang terbaru ialah penyertaan 120 orang lagi ahli Umno yang menyerahkan borang kemasukan mereka yang mewakili cawangan Permatang Tok Bidan, Permatang Binjai, Permatang Tok Jaya dan Pekan Darat," ujarnya lagi.


Umno gagal bela orang kampung
Menurut Azmi lagi, kegagalan Umno Bahagian memberi pembelaan terhadap golongan miskin dan orang kampung menyebabkan mereka semakin tertekan dan menyertai pembangkang.
"Umno di Parlimen Tasek Gelugor hanya mementingkan temolok pemimpin dan mengkayakan kroni-kroni mereka secara melampau.
"Dahulu semasa Datuk Seri Shariff Omar memimpin Umno Tasek Gelugor, beliau telah berjaya melaksanakan pengambilan tanah untuk pembinaan Masjid Simpang Tiga yang berdiri megah kini.
"Namun kini, Umno Tasek Gelugor sudah tidak lagi mempunyai keupayaan untuk memberi pembelaan kepada golongan marhaen khususnya yang semakin bercambah miskin di kampung-kampung," tegasnya lagi.
Beliau juga berkata, kesedaran yang ada pada golongan luar bandar kini menyebabkan mereka mulai bangkit dan menolak kepimpinan Umno.
"Kehadiran Zahid Hamidi dengan program kenduri rakyat di Tasek Gelugor minggu lalu tidak mampu untuk menambah keahlian Umno di Parlimen ini.
"Sebaliknya kehadiran beliau selepas kenduri rakyat yang sama dianjurkan oleh Najib di Permatang Pauh itu tidak akan memberi apa-apa manfaat kepada pengundi dan rakyat di kedua-dua buah Parlimen tersebut.
"Mereka kerahkan semua agensi kerajaan, pelajar sekolah, maktab dan penjawat awam untuk hadir bagi menunjukkan sokongan kepada kedua-dua pemimpin Umno tersebut, bukanlah kehadiran atas kerelaan tetapi kerana terpaksa, " katanya lagi.
Walau bagaimana pun tambahnya, hampir 60 ribu pengundi yang ada di Tasek Gelugor akan memberi tamparan yang hebat kepada Umno dan BN dalam PRU ke 14 yang akan datang.
"Penduduk miskin di Tasek Gelugor yang menjual petai, menjual tapai, memanjat pokok buah kelapa juga tidak diberi pembelaan oleh Umno.
"Apa lagi yang menjual daun pandan, pisang dan ubi kayu serta kangkung dan bayam turut hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
"Manakala pimpinan Umno Bahagian hidup senang lenang, yang kaya semakin kaya, yang papa dan kedana tidak dibela sehingga kini, " keluhnya kesal.
Sehubungan itu katanya, pengundi di Tasek Gelugor mesti bangkit dan menolak Umno dan BN di Tasek Gelugor.
"Sebaliknya berikan mandat kepada Pakatan Harapan untuk membawa perubahan yang lebih baik dalam pilihan raya umum yang akan datang," katanya.

PEMBAHAGIAN KERUSI PH DI SEMENANJUNG SELESAI

KEJAYAAN SUKAN SEA BUKAN ‘FEEL GOOD FACTOR’ PRU 14 – PENGANALISIS

BERSEDIA, PRU 14 BOLEH JADI SEPTEMBER – KHALID SAMAD

HANYA TUN MAHATHIR YANG SALAH, KABINET TIDURKAH?