Kerajaan tebuk ikut atap: Tabik spring untuk Hadi, kata Kadir Jasin



Kerajaan tebuk ikut atap: Tabik spring untuk Hadi, kata Kadir Jasin
"Ini memang kerja pencuri dan kaki mengendap kelas dunia - intai dan masuk ikut celah atap," tulis Kadir.
Bekas Penasihat Media kepada Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin membuat ‘tabik spring’ kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila berkata, kerajaan yang ada sekarang bukan dibentuk melalui pintu belakang tetapi “tebuk ikut atap.”
“Yang ini saya tabik spring kepada Tuan Guru Abdul Hadi. Masuk ikut bumbung ini selalunya bomba saja buat. Sekarang Muhyiddin buat. Hebat.

Kadir mengulas berita yang disiarkan oleh Malaysia Dateline sebelum ini.
“Tapi yang perempuan dan jantan lembut tu boleh ke kerabat masuk ikut celah atap?” tulis Kadir ketika berkongsi laporan Malaysia Dateline yang melaporkan berita kenyataan Hadi.
Dalam berita itu, Hadi berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ada sekarang bukan masuk ikut pintu belakang tetapi tebuk ikut atap.
Menurut Kadir, kerja masuk ikut atap ini bukan kerja orang biasa.
“Ini memang kerja pencuri dan kaki mengendap kelas dunia – intai dan masuk ikut celah atap.
“Kalau atap rumbia masuk akallah. Tapi rumah dan bangunan sekarang semua atap genting atau zink.
“Tak tahulah kalau Tuan Guru Abdul Hadi dah ajar Muhyiddin ilmu ghaib dan ilmu toyol,” tulis bekas Ketua Pengarang akhbar NST itu.
Bagi Kadir, walaupun Hadi tidak menyertai Kabinet Muhyiddin, dia mesti tahu apa yang Muhyiddin buat.
“Kalau macam tu, walaupun Tuan Guru Abdul Hadi tak dibawa masuk Kabinet, dia mesti tahu apa yang Muhyiddin buat.
“Wak Zahid macam mana? Orang Jawa pun setahu saya pandai ilmu ghaib ni.
“Jadi bukan saja pintu belakang Perikatan Nasional masuk. Semua lubang dan celah mereka masuk. Ajaib,” tulis Kadir, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu itu.

UMNO SABAH KECEWA, SEORANG PUN TAK DILANTIK MENTERI

BOLEH PULA MCA TAK GUNA BAHASA MELAYU?

KEDAH MUNGKIN TUMBANG?



Rabu, 11 March 2020 | 6:29pm

Ketua Pembangkang DUN Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor (dua dari kiri) melihat hasil tangkapan ikan di bot nelayan di di Pasar Bisik Ikan, Kuala Muda. - NSTP/Nor Farhani Che Ad

Pentadbiran Mukhriz dijangka tumbang

SUNGAI PETANI: Pentadbiran Kedah dijangka bertukar tangan dalam tempoh terdekat, berikutan tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pakatan Harapan (PH) dijangka menyokong pembentukan kerajaan negeri oleh Perikatan Nasional (PN).

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, mendakwa ketika ini, kerajaan negeri gabungan PH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, tidak lagi kukuh.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah, menjelaskan beberapa ADUN negeri dijangka mengumumkan sokongan kepada PN, sekali gus menyebabkan pertukaran kerajaan negeri tidak dapat dielakkan lagi.




END GAME FOR PH????


COME ON.,.,HISHAMUDDIN,..BAWA BALIK JHO LOW




Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin dengan komitmen dan pengalaman Menteri Luar Negeri, Hishammuddin Hussein untuk terus membantu membawa pulang ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low yang dikehendaki pihak berkuasa dalam siasatan berhubung skandal 1MDB.

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berkata, ia berdasarkan pengalaman dan sekarang porfolio Hishammuddin sebagai menteri luar negeri. Pastinya beliau akan menggunakan pengalaman yang ada untuk membantu proses membawa pulang, mengesan, menangkap dan seterusnya mendakwa di mahkamah.

"Jadi pihak PDRM mengalu-alukan," katanya dalam sidang media selepas majlis penganugerahan Pingat Jasa Negara kepada 265 penerima di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, Kelantan, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan bantuan yang mahu dihulurkan oleh Hishammuddin sebelum ini akan lebih mudah selepas dilantik kembali sebagai menteri.

Sebelum ini anggota Parlimen Sembrong itu menyatakan komitmen beliau untuk membantu kerajaan dalam usaha tersebut.

Sebagai rekod, Hishammuddin pertama kali memberi tawaran untuk mencari Jho Low Oktober 2018 lalu, dengan menegaskan bahawa beliau ingin melihat kesudahan berhubung kes 1MDB.

Sementara itu, Abdul Hamid juga mengesahkan bekas menteri pertahanan pada zaman BN itu sudah memberi bantuan dengan menghulurkan maklumat. Ya ada (bagi maklumat). Sebagai seorang yang bertanggungjawab, sesiapa pun yang rasa bertanggungjawab boleh berkongsi apa juga maklumat mereka akan tampil membantu PDRM," katanya.

Kerajaan pimpinan Muhyiddin diselubungi ketidakpercayaan



Kerajaan pimpinan Muhyiddin diselubungi ketidakpercayaan
AJK Pimpinan Nasional AMANAH, Mohamed Hanipa Maidin berkata, keabsahan kabinet Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin yang ditubuhkan melalui kerajaan pintu belakang itu akan diragui bahkan sampai bila-bila.
Kata beliau, biarpun manifesto bukan keperluan mandatori, namun ia menjadi pegangan rakyat untuk melihat pencapaian sesebuah kerajaan dengan merujuk kepada manifesto yang dibuat setelah berunding dengan rakyat.
“Dengan mempunyai manifesto, kerajaan terikat dengan tanggungjawab, untuk menunaikan segala janji yang dibuat dalam manifesto tersebut.
“Dari situlah timbulnya tanggapan pentadbiran yang baik dan kerajaan yang bertanggungjawab,” kata beliau yang merujuk kepada kerajaan pimpinan Muhyiddin yang tidak mempunyai manifesto.
Selain itu kata Hanipa, ketiadaan jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah jelas bertentangan dengan contoh yang diambil daripada persidangan perlembagaan Wesminister.
Jelas beliau, ia barangkali membuktikan bahawa Muhyiddin berhadapan dengan kesukaran memilih dan melantik timbalan perdana menteri yang dipercayai.
“Menurut pandangan saya, tidak keterlaluan untuk menyimpulkan bahawa kerajaan beliau diselubungi dengan ketidakpercayaan yang tinggi. Justeru, senario sebegini bakal menyumbang ke arah ketidakstabilan.
“Umum mengetahui bahawa kerajaan yang tidak stabil tidak baik bagi ekonomi, sekali gus menghalang pelabur luar datang ke Malaysia,” kata Ahli Parlimen Sepang itu.
Ujar beliau, sebaik dilantik sebagai PM, Muhyiddin berjanji kepada semua rakyat, menerusi ucapannya di kaca tv, bahawa kabinetnya hanya akan terdiri daripada mereka yang layak dan berintegriti.
“Apakah kita boleh menghubungkan integriti dengan tindakan khianat?
“Suka atau tidak, beliau hanya mampu membentuk kerajaan setelah berjaya menghianati mandat rakyat,” 

Kabinet Muhyiddin mungkin bertahan hingga PRU15, Najib konspirator sebenar



Kabinet Muhyiddin mungkin bertahan hingga PRU15, Najib konspirator sebenar
Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan kabinet baharu yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertahan sehingga pilihan raya umum akan datang, lapor The Star Online hari ini.
Bekas Perdana Menteri itu juga mengakui bahawa undi tidak percaya terhadap Muhyiddin besar kemungkinan akan gagal.
Dalam temubual dengan dengan Sinar Harian semalam menurut laporan itu, Dr Mahathir berkata, konspirator sebenar di sebalik kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah Najib Razak.
“Konspirator sebenar adalah Najib. Apabila dia kalah dalam pilihan raya lalu, beliau mendapat idea bahawa jika dia wujudkan kerajaan Melayu Islam, dia akan mendapat banyak sokongan daripada orang Melayu.
“Inilah pendekatan yang diusahakan sekian lama tetapi tidak berkesan dan gagal,” kata Dr Mahathir dipetik.
Tambah beliau, Najib dan Pas menekankan naratif Melayu Islam dan “DAP jahat” untuk mendapatkan sokongan partinya Bersatu untuk menubuhkan kerajaan Melayu.
Katanya, tiba-tiba mereka yang kalah, menang, dan mereka yang menang dikatakan kalah dan ini adalah konspirasi sebenar.
Jelas beliau, Najib amat memerlukan kuasa semula kerana beliau sedang berhadapan dengan kes rasuah 1MDB dan tidak lama lagi akan dihukum.
“Dan sekarang mereka telah menang,” katanya.

AZMIN JUGA YANG MENJADI PERMATA, UMNO HANYA KACA DIMATA MUHYIDDIN


Walaupun UMNO menyumbang 39 kerusi Parlimen dalam Perikatan Nasional atau PN serta memainkan peranan penting dalam merealisasikan cita-cita Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri, kedudukan parti itu nampaknya langsung tidak diberi penghargaan yang sewajarnya.
Kedudukan UMNO dalam PN tidak lebih umpama gerabak keretapi kelas ketiga saja layaknya.
Setelah hanya 16 daripada 39 Ahli Parlimen UMNO saja diberikan jawatan menteri dan timbalan menteri dan kerusi TPM yang sepatutnya diberikan kepada UMNO telah dikosongkan, penghinaan seterusnya kepada parti itu datang lagi apabila Muhyiddin mengumumkan bahawa Azmin Ali, salah seorang menteri kanan yang dilantiknya akan mempengerusikan mesyuarat kabinet jika beliau tiada dalam negara.
Kata Muhyiddin lagi, hanya jika Azmin juga tiada dalam negara, barulah Ismail Sabri Yaakob, seorang lagi menteri kanan akan mempengeruskan mesyuarat kabinet.
Dalam bahasa mudah, walaupun berjawatan menteri kanan bersama empat orang yang lain, Azminlah TPM dalam kerajaan Muhyiddin ini.
Kenapa mesti Azmin yang hanya menyumbang 10 kerusi Parlimen mewakili bekas Ahli-Ahli Parlimen PKR yang diberi keistimewaan itu?
Selain UMNO mewakili blok terbesar Ahli Parlimen, bukankah Ismail Sabri jauh lebih lama dan berpengalaman sebagai menteri berbanding Azmin?
Selain itu, berbanding UMNO yang memiliki 39 kerusi Parlimen, semua Ahli Parlimen blok Azmin yang jumlahnya 10 orang daripada bekas PKR juga turut diberikan jawatan sama ada menteri atau timbalan menteri oleh Muhyiddin.
Dengan itu, pengumuman Muhyiddin bahawa Azmin akan mempengerusikan mesyuarat kabinet jika beliau tiada, adalah satu lagi penghormatan Muhyiddin kepada golongan pengkhianat, sekaligus menambahkan lagi penghinaannya kepada UMNO.
Lebih daripada itu, melalui keistimewaan ini, Muhyiddin dengan jelas cuba melindungi Azmin yang terkait dengan hubungan seks sejenis, malah diakui oleh bekas Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz bahawa bekas Timbalan Presiden PKR itu adalah pasangan seks semburitnya sebagaimana yang terkandung dalam video yang tersebar luas sebelum ini.
Walaupun pihak polis dan Peguam Negara tidak mendakwa Azmin atas alasan video tersebut tidak cukup terang untuk mengenalpasti identiti pelakunya, tetapi sesiapa yang menontonnya pasti tidak berfikir dua kali untuk mengatakan ia adalah Azmin.
Terselamatnya Azmin daripada undang-undang hanyalah kerana ketika itu Tun Mahathir Mohamad dilihat melindunginya berikutan kecenderungan politiknya yang kuat menghentam Anwar Ibrahim.
Begitu pun, sebagaimana yang dilaporkan oleh media, salinan asli “video Haziq” telah pun dihantar kemudiannya kepada pihak polis agar pihak berkuasa terus menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya.
Apakah Muhyiddin tidak sedar perkara ini?
Dalam keadaan sekarang, sebagai anak ulama, apakah Muhyiddin juga tidak dapat menilai bahawa Azmin bukanlah seorang pemimpin yang benar-benar bersih, tidak saja untuk diberikan jawatan menteri, tetapi juga untuk diberi keistimewaan mempengeruskan mesyuarat kabinet yang membayangkan kedudukannya adalah nombor dua dalam kerajaan PN ketika ini.
Dalam hal ini, apakah UMNO masih tidak sedar dan hanya berdiam diri saja berikutan kedudukannya di mata Muhyiddin adalah semakin jelas hanya sebagai penumpang kelas tiga saja?
Setelah UMNO diberi jawatan yang sedikit dalam kabinet dan menolak untuk melantik Zahid Hamidi sebagai TPM, kini UMNO terus dihina lagi oleh Muhyiddin melalui kuasa Perdana Menteri yang ada dalam tangannnya.
Kalau sebelum ini Zahid Hamidi dikatakan ditolak untuk dijadikan TPM kerana kes mahkamahnya sedang berjalan, dari segi moral, apakah bezanya dengan Azmin yang turut sedang dibicarakan oleh rakyat seluruh dunia kerana perlakuan seks sejenis dan video semburitnya? (ShahbudinHusin 11/03/2020)


HATI-HATI ADA PIHAK MAHU BUAT "KENDURI RAKYAT" TAPI MAHU PERANGKAP AHLI KEADILAN UNTUK KELUAR PARTI DI PAHANG



Baru-baru ni di Bera, mereka merancang untuk buat perjumpaan dan sidang media untuk keluar parti beramai2.  Surat-surat  telah diedarkan bagi tujuan tersebut.  Malangnya, rancangan tersebut gagal kerana tiada sambutan bahkan di kubu kartel kuat di Pahang iaitu di Bera sendiri pun nak cari 10 orang untuk keluar parti pun gagal.

Maka, plan hari itu gagal.  Usaha untuk mengumpulkan ahli-ahli  Keadilan yang sanggup jadi "pelacur" politik seperti bos mereka Si Kitol Semburit dan Mak Lampir yg cuba diusahakan oleh balaci kartel dari Jerantut, yang kalah bertanding KC Jerantut ini gagal samasekali.

Namun, usaha jahat mereka tidak habis di situ.  Terbaru, pada 15/3/20 ini di Bera juga, mereka mahu jemput lagi.  Kali ini mereka cuba memperdaya ahli-ahli  Keadilan atas nama "jemputan kenduri".  Siapa anjur?  Siapa lagi, NGO yang dulunya jadi ejen kartel iaitu "MuaFuckat" tu la.  Inilah NGO yang jadi ejen bantu si kitol dan mak lampir untuk menjayakan cita2 pengkhianatannya.

Pada hari kenduri itu nanti, mereka mahu kendurikan sekor-sekor ahli yang bodoh yang boleh mereka tipu, agar keluar dari parti untuk bersama si kitol dan mak lampir.  Si kitol semburit dan mak lampir tu kini belum sah menjadi ahli Bersatu walaupun borang untuk menjadi ahli mereka dah hantar.  Samada Bersatu terima mereka atau tidak, belum tahu lagi.  Oleh itu, mungkin semburit ni mahu tubuhkan parti baru yang akan bersekongkol dengan pengkhianat yang merampas kerajaan PH baru- baru ni.

Aku nasihatkan kepada semua pejuang Keadilan khususnya di negeri Pahang agar jangan jual maruah diri dan menjadi "pelacur politik" hanya untuk memuaskan nafsu dua ekor pengkhianat ini iaitu Jemin semburit dan Mak Lampir.  Mereka berdua tidak akan lama dgn jawatannya sekarang kerana orang khianat tidak akan selamat.

Jangan terperangkap dengan agenda ejen  kartel yang telah khianat kepada kita hingga sanggup jatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat asalkan cita2 mereka tercapai. Mereka akan gunakan majlis kenduri itu nanti untuk buat sidang media kononnya ramai ahli Keadilan umum keluar parti.  Adakah anda sanggup "dikendurikan"?

WFAUZDIN NS


PELAJARAN TINGGI TAPI JADI KAWAQ


A.Kadir Jasin


Masa di kampung dulu,  bangunan pertama kita temui, nampak atau hidu kalau kita masuk atau keluar rumah dari pintu belakang adalah tandas atau jamban.

Seorang anak muda berpelajaran tinggi yang  mendapat habuan daripada menggunakan pintu belakang ini memohon restu dan doa daripada saya baginya memikul "amanah" yang diberkan kepadanya. (Dia tulis dalam bahasa Inggeris.)

Saya balas dalam bahasa Inggeris juga yang terjemahannya berbunyi: "Ayah saya mengajar saya jangan jadi hipokrit. Tidak ada amanah di sini. Yang ada adalah pengkhianat pilihan rakyat. Saya sangka orang berpelajaran tinggi mempuyai "conscience" yang tinggi juga. Nampaknya saya silap."

Tidak salah bercita-cita besar. Tapi janganlah khianat, tikam belakang dan jadi kawar. Saya tidak tahu apa nilai dan kod moral yang di ajar di IPT sekarang. Boleh jadi tidak ada.

Sekarang dimaklumkan pula kepada saya yang salah seorang lantikan Kabinet semalam ada kes jenayah perdagangan. Katanya "insider trading". Harap tak betullah.

Wallahuaklam.Terima kasih.


KENAPA AWAL LAGI DAH NAK SURUH BUBAR PARLIMEN?


Md Zulaimi Kazin.


 TS Annuar Musa lebih bersetuju bubar parlimen awal?

Beliau dah jadi menteri dan UMNO dpt 12 Menteri, kenapa TSAM seolah2 masih tidak puas hati.

Senang je nak baca... Menteri2 UMNO yg dilantik tidak solid team Zahid. Mereka yg kalah pemilihan dan tidak dlm senarai MKT Umno juga dilantik jadi menteri, ini menimbulkan ketidakpuasan team Zahid.

Andainya Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, UMNO khususnya team Zahid tiada masalah, begitunjuga sekutu mereka Pas.

Sebaliknya TS Muhyiddin dlm keadaan parti yg terbelah dua walaupun miliki MP yg ramai (campur Umno lompat dan PKR Azmin lompat) berada dalam keadaan sukar. Rasanya MN (Pas dan Umno) tidak perlukan mereka jadi nak tak nak Bersatu Muhyiddin kena berdepan dgn PH dan MN.

Cuba senaikan negeri mana yg mereka kuat utk dijadikan tapak?

Inilah bijaknya politik TS Annuar Musa. Mereka boleh menguasai kerajaan secara solid tanpa perlu berunding dgn Bersatu.

Satu lagu, andainya berlaku PRU dalam.masa terdekat tokoh2 mereka yg bermasalah masih blh bertanding dan andainya mereka menang, bermakna rakyat telah mensucikan mereka dan mereka boleh pegang jawatan PM dan Menteri kabinet. Mungkin mahkamah juga akanntunduk dengan pilihan rakyat... jadi pentingnya PRU diadakan segera.

Kalau Pas dan UMNO tarik sokongan pd kabinet Muhyiddin yg didalangi Azmin, tiada pilihan lain melainkan bubar parlimen atau Muhyiddin dtg melutut kpd PH. Kalau senario ini berlaku PH tidak perlu tergesa2 dan bernafsu nak masuk balik kementerian dengan menerima secara total team Muhyiddin, sekurang2nya tolak geng Azmin.

PECAH 3 HARAP BOLEH PERFORM...


Mat Saman Kati



Dah banyak tempat aku komen pasal ni tapi sekerat jalan, masing-masing blah macam tu saja. Sama ada tak boleh jawab soalan aku ataupun menyampah dengan aku...tak tau la. Tapi honestly, aku pun naik meluat dengan posting ni.

Masa PH, Alam sekitar, Tenaga, Sains & Teknologi, Perubahan Iklim semua dibawah Yeo Bee Yin. Memang nampak Yeo buat kerja dan perform. Team media cukup bagus sebab setiap kali dia turun, team media dia siap buat live. Tahniah.

Selain daripada berada di tempat bencana atau longgokan sampah, apa pencapaian Yeo BY dalam Sains&Teknologi, Tenaga dan Perubahan Iklim?

Projek tambak laut kat Penang yang bukan saja mencemar perairan, menghilangkan pendapatan nelayan, perubahan eko-sistem yang cukup besar...tapi dia diam.

Projek korek pasir secara mega diperairan Perak pun dia diam.

Tak ada inovasi sains dan teknologi yang boleh dibanggakan sampaikan ada Menteri lain yang terpaksa keluarkan idea kereta terbang.

Berapa banyak idea green energy yang dicadang atau dilaksanakan?

Aku bukan nak kutuk Yeo Bee Yin. Tidak. Tapi kita patut sedar bahawa isu alam sekitar terlalu besar untuk ditangani oleh satu kementerian.

Jadi bila MESTECC dipecahkan jadi dua iaitu Kem. Alam Sekitar dan Kem. Sains, Teknologi dan Inovasi, aku harap ia lebih effisien. Kalau TITM nak jaga Kem. Alam Sekitar pun tak boleh, wajib kita kutuk. Kalau KJ gagal membawa idea baru dan inovatif wajib kita kutuk.

Ni yang pecah satu jadi tiga ni mai ikut mana?

Dulu ada Kem. Air, Tanah dan Galian dimana menterinya ialah Xavier. Xavier perform tak? Yang aku tau, kerja dia merasmikan majlis dan jumpa Vincent Tan bincang projek. Lulus projek pasir.

Sekarang ni, Tenaga...yang dulu dibawah MESTECC, diserapkan kedalam Kem. Tenaga dan Sumber Asli. Dan ini lebih baik sebab kalau dulu, apa-apa idea dari MESTECC bertindih dengan Xavier. Tu pasal tak ada satu idea pun terlaksana.

Jimat wang rakyat ni retorik saja. Bila kerajaan berjimat, rakyat kena ikat perut. Tapi pemimpin dari Menteri sampai ADUN semua naik gaji. Tak sampai dua tahun dah boleh beli Camry, Lexus, Vellfire.

UNTUK BACAAN AHLI BERSATU MALAYSIA

(Untuk bacaan ahli Bersatu seluruh Negara. Disediakan oleh Saudara Ulya Awamah Husamuddin, ahli Majlis PimpinanTertinggi (MPT) Bersatu).

Benarkah Tun Mahathir perancang utama untuk jatuh kerajaan pilihan rakyat, PAKATAN HARAPAN?

Untuk menjawab soalan ini marilah kita renungkan KRONOLOGI PERISTIWA apa yang berlaku.

21.2.2020

Bermula dengan Mesyuarat Majlis Presiden PH.
Keputusan Mesyuarat sebulat suara: Tun M sebagai PM, Tun akan melepaskan jawatan kpd DSAI selepas Sidang APAC, tarikh akan diumumkan kemudian.

23.2.2020

▶Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi BERSATU
Dibentangkan pd semua Ahli MPT cadangan usaha kerjasama UMNO+PAS - 3 KALI Tun sebutkan tidak akan sama sekali berkerjasama dgn parti-parti ini secara en bloc. Keputusan mesyuarat juga menyerahkan pada Tun utk membuat keputusan.

▶Pulang dari Mesyuarat MPT ini, Pimpinan Muafakat Nasional diwakili oleh Dato Seri Zahid Hamidi hadir ke rumah Tun dan DSZH meletakkan syarat utk Tun terima semua ahli MP Umno+Pas dan buat keputusan ‘sekarang’ (ketika itu juga). Tun berasa marah dan menolak gerakan ini dan kekal dgn prinsip beliau.

▶Pada malam yang sama LANGKAH SHERATON berlaku. Majlis itu hanya bertujuan mewujudkan persepsi kononnya PAKATAN HARAPAN telah berpecah. Tiada mesyuarat diadakan. Tiada perbincangan. Sekadar majlis utk mewujudkan KRISIS. Tun M dan Mukhriz tidak dijemput. Tun menghantar YB Syed Saddiq utk menyatakan bahawa Tun tidak bersetuju.

24.2.2020

▶Pimpinan Pakatan Harapan hadir ke rumah Tun. Tun jelaskan sekali lagi pendirian beliau dan nyatakan tidak bersetuju dgn gerakan Muafakat Nasional.

▶Disebabkan Tun terlalu marah dgn tindakan dan pengkhianatan Langkah Sheraton Tun LETAKKAN JAWATAN selaku PM. Surat perletakan jawatan dihantar ke YDPA jam 1.00 tengahari.

▶ Beberapa jam selepas itu Tan Sri Muhyidin (TSMY) pula mengumumkan Bersatu keluar dari PH sedangkan keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi BERSATU menyatakan serahkan kpd Tun utk buat sebarang keputusan.

▶Sekali lagi Tun berasa sgt marah dan meletakkan jawatan sbg Pengerusi BERSATU

▶Malam hari yg sama sekali lagi mesyuarat MPT Bersatu diadakan dan sebulat suara menolak perletakan jawatan Tun selaku pengerusi.

25.2.2020

▶MPT dan TSMY telah bertemu dgn Tun dan memujuk beliau utk menjadi Pengerusi Bersatu semula. Tun BERSETUJU.

▶Sebelah petang MP UMNO+PAS dipanggil mengadap YDPA

26.2.2020

▶MP Bersatu+Pakatan Harapan pula dipanggil mengadap YDPA dan sewaktu itu calon PM adalah antara Tun dan DSAI

27.2.2020

▶Tun telah dipanggil oleh YDPA dan YDPA memberitahu bahawa tiada sesiapa mempunyai majoriti utk dicalonkan sbg PM

▶Rupa-rupanya dalam senyap nama ketiga telah dihantar iaitu nama TSMY yang mengakibatkan pecahnya undi dari MP Bersatu

▶Hal ini tiada dlm pengetahuan pd MP yg mempertahankan Tun spt YB Syed Saddiq dan DS Mukhriz

▶Ptg hari yg sama ketika Tun membentangkan Pakej Ransangan Ekonomi, Tun masih menawarkan diri beliau sbg calon PM dan mendedahkan rupa-rupanya Bersatu juga telah mencalonkan TSMY. Tun berkata: beliau tidak boleh berkerjasama dgn perompak dan TSMY lebih longgar-terpulanglah kalian yang pilih.

28.2.2020

▶Melihat pengkhianatan ini, Tun telah memanggil semua MP Bersatu. Mesyuarat didominasi oleh mereka yg telah ‘berhijrah’ spt Azmin Ali, Hamzah Zainudin dan Saifudin Abdullah. Mereka telah melanggar keputusan MPT utk menamakan Tun dan mencadangkan TSMY.

▶Pada malam itu PH menyedari Tun tiada kena mengena dgn permainan kotor ini dan sekali lagi mengulangi pendirian bahawa Tun sbg calon PM

29.2.2020

▶Tun mengumumkan bahawa beliau mempunyai cukup nombor sokongan MP.

▶Namun pihak PN telah terlebih dahulu hadir ke Istana dan kemudiannya Istana mengumumkan TSMY sbg PM ke-8

▶Sewaktu itu Tun telah cukup mempunyai 114 sokongan ahli MP dan mengumpulkan tandatangan Statutory Declaration jadi mustahil TSMY mempunyai cukup sokongan dan waktu itu Tun percaya maklumat yang salah telah diberikan kpd YDPA.

▶Hari yang sama TSMY selaku Presiden telah mengeluarkan kenyataan bahawa Tun bukan lagi pengerusi Bersatu.

1.3.2020

TSMY angkat sumpah sebagai PM Malaysia Ke-8.

Persoalannya PERANCANGAN siapakah semua ini? Bukankah dari kejadian ini kita boleh nampak siapa dalang sebenarnya?

Perancangan ini bukan telah dirancang dalam tempoh yang singkat. Ia telah dirancang oleh antara pemimpin Bersatu kita sendiri sbg pengkhianat.

Mereka tekan Tun. Mereka uji kesabaran Tun dan akhirnya mereka telah memerangkap seorang pejuang yang berumur 94 tahun tanpa beliau sedari.

TSMY, Azmin Ali, Ahmad Faizal Azumu, Hamzah Zainudin, Saifudin Abdullah kamu jawablah pada rakyat. Jawablah pada penyokong kamu sendiri. Kamu sebenarnya PENGKHIANAT.

~~~~

Rujukan tambahan:

https://m.youtube.com/watch?v=Jvtn7cOJgX8&feature=youtu.be

Credit to Saudara Ulya Husamudin