UNTUK BACAAN AHLI BERSATU MALAYSIA

(Untuk bacaan ahli Bersatu seluruh Negara. Disediakan oleh Saudara Ulya Awamah Husamuddin, ahli Majlis PimpinanTertinggi (MPT) Bersatu).

Benarkah Tun Mahathir perancang utama untuk jatuh kerajaan pilihan rakyat, PAKATAN HARAPAN?

Untuk menjawab soalan ini marilah kita renungkan KRONOLOGI PERISTIWA apa yang berlaku.

21.2.2020

Bermula dengan Mesyuarat Majlis Presiden PH.
Keputusan Mesyuarat sebulat suara: Tun M sebagai PM, Tun akan melepaskan jawatan kpd DSAI selepas Sidang APAC, tarikh akan diumumkan kemudian.

23.2.2020

▶Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi BERSATU
Dibentangkan pd semua Ahli MPT cadangan usaha kerjasama UMNO+PAS - 3 KALI Tun sebutkan tidak akan sama sekali berkerjasama dgn parti-parti ini secara en bloc. Keputusan mesyuarat juga menyerahkan pada Tun utk membuat keputusan.

▶Pulang dari Mesyuarat MPT ini, Pimpinan Muafakat Nasional diwakili oleh Dato Seri Zahid Hamidi hadir ke rumah Tun dan DSZH meletakkan syarat utk Tun terima semua ahli MP Umno+Pas dan buat keputusan ‘sekarang’ (ketika itu juga). Tun berasa marah dan menolak gerakan ini dan kekal dgn prinsip beliau.

▶Pada malam yang sama LANGKAH SHERATON berlaku. Majlis itu hanya bertujuan mewujudkan persepsi kononnya PAKATAN HARAPAN telah berpecah. Tiada mesyuarat diadakan. Tiada perbincangan. Sekadar majlis utk mewujudkan KRISIS. Tun M dan Mukhriz tidak dijemput. Tun menghantar YB Syed Saddiq utk menyatakan bahawa Tun tidak bersetuju.

24.2.2020

▶Pimpinan Pakatan Harapan hadir ke rumah Tun. Tun jelaskan sekali lagi pendirian beliau dan nyatakan tidak bersetuju dgn gerakan Muafakat Nasional.

▶Disebabkan Tun terlalu marah dgn tindakan dan pengkhianatan Langkah Sheraton Tun LETAKKAN JAWATAN selaku PM. Surat perletakan jawatan dihantar ke YDPA jam 1.00 tengahari.

▶ Beberapa jam selepas itu Tan Sri Muhyidin (TSMY) pula mengumumkan Bersatu keluar dari PH sedangkan keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi BERSATU menyatakan serahkan kpd Tun utk buat sebarang keputusan.

▶Sekali lagi Tun berasa sgt marah dan meletakkan jawatan sbg Pengerusi BERSATU

▶Malam hari yg sama sekali lagi mesyuarat MPT Bersatu diadakan dan sebulat suara menolak perletakan jawatan Tun selaku pengerusi.

25.2.2020

▶MPT dan TSMY telah bertemu dgn Tun dan memujuk beliau utk menjadi Pengerusi Bersatu semula. Tun BERSETUJU.

▶Sebelah petang MP UMNO+PAS dipanggil mengadap YDPA

26.2.2020

▶MP Bersatu+Pakatan Harapan pula dipanggil mengadap YDPA dan sewaktu itu calon PM adalah antara Tun dan DSAI

27.2.2020

▶Tun telah dipanggil oleh YDPA dan YDPA memberitahu bahawa tiada sesiapa mempunyai majoriti utk dicalonkan sbg PM

▶Rupa-rupanya dalam senyap nama ketiga telah dihantar iaitu nama TSMY yang mengakibatkan pecahnya undi dari MP Bersatu

▶Hal ini tiada dlm pengetahuan pd MP yg mempertahankan Tun spt YB Syed Saddiq dan DS Mukhriz

▶Ptg hari yg sama ketika Tun membentangkan Pakej Ransangan Ekonomi, Tun masih menawarkan diri beliau sbg calon PM dan mendedahkan rupa-rupanya Bersatu juga telah mencalonkan TSMY. Tun berkata: beliau tidak boleh berkerjasama dgn perompak dan TSMY lebih longgar-terpulanglah kalian yang pilih.

28.2.2020

▶Melihat pengkhianatan ini, Tun telah memanggil semua MP Bersatu. Mesyuarat didominasi oleh mereka yg telah ‘berhijrah’ spt Azmin Ali, Hamzah Zainudin dan Saifudin Abdullah. Mereka telah melanggar keputusan MPT utk menamakan Tun dan mencadangkan TSMY.

▶Pada malam itu PH menyedari Tun tiada kena mengena dgn permainan kotor ini dan sekali lagi mengulangi pendirian bahawa Tun sbg calon PM

29.2.2020

▶Tun mengumumkan bahawa beliau mempunyai cukup nombor sokongan MP.

▶Namun pihak PN telah terlebih dahulu hadir ke Istana dan kemudiannya Istana mengumumkan TSMY sbg PM ke-8

▶Sewaktu itu Tun telah cukup mempunyai 114 sokongan ahli MP dan mengumpulkan tandatangan Statutory Declaration jadi mustahil TSMY mempunyai cukup sokongan dan waktu itu Tun percaya maklumat yang salah telah diberikan kpd YDPA.

▶Hari yang sama TSMY selaku Presiden telah mengeluarkan kenyataan bahawa Tun bukan lagi pengerusi Bersatu.

1.3.2020

TSMY angkat sumpah sebagai PM Malaysia Ke-8.

Persoalannya PERANCANGAN siapakah semua ini? Bukankah dari kejadian ini kita boleh nampak siapa dalang sebenarnya?

Perancangan ini bukan telah dirancang dalam tempoh yang singkat. Ia telah dirancang oleh antara pemimpin Bersatu kita sendiri sbg pengkhianat.

Mereka tekan Tun. Mereka uji kesabaran Tun dan akhirnya mereka telah memerangkap seorang pejuang yang berumur 94 tahun tanpa beliau sedari.

TSMY, Azmin Ali, Ahmad Faizal Azumu, Hamzah Zainudin, Saifudin Abdullah kamu jawablah pada rakyat. Jawablah pada penyokong kamu sendiri. Kamu sebenarnya PENGKHIANAT.

~~~~

Rujukan tambahan:

https://m.youtube.com/watch?v=Jvtn7cOJgX8&feature=youtu.be

Credit to Saudara Ulya Husamudin

No comments: