Wednesday, March 11, 2020

KENAPA AWAL LAGI DAH NAK SURUH BUBAR PARLIMEN?


Md Zulaimi Kazin.


 TS Annuar Musa lebih bersetuju bubar parlimen awal?

Beliau dah jadi menteri dan UMNO dpt 12 Menteri, kenapa TSAM seolah2 masih tidak puas hati.

Senang je nak baca... Menteri2 UMNO yg dilantik tidak solid team Zahid. Mereka yg kalah pemilihan dan tidak dlm senarai MKT Umno juga dilantik jadi menteri, ini menimbulkan ketidakpuasan team Zahid.

Andainya Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, UMNO khususnya team Zahid tiada masalah, begitunjuga sekutu mereka Pas.

Sebaliknya TS Muhyiddin dlm keadaan parti yg terbelah dua walaupun miliki MP yg ramai (campur Umno lompat dan PKR Azmin lompat) berada dalam keadaan sukar. Rasanya MN (Pas dan Umno) tidak perlukan mereka jadi nak tak nak Bersatu Muhyiddin kena berdepan dgn PH dan MN.

Cuba senaikan negeri mana yg mereka kuat utk dijadikan tapak?

Inilah bijaknya politik TS Annuar Musa. Mereka boleh menguasai kerajaan secara solid tanpa perlu berunding dgn Bersatu.

Satu lagu, andainya berlaku PRU dalam.masa terdekat tokoh2 mereka yg bermasalah masih blh bertanding dan andainya mereka menang, bermakna rakyat telah mensucikan mereka dan mereka boleh pegang jawatan PM dan Menteri kabinet. Mungkin mahkamah juga akanntunduk dengan pilihan rakyat... jadi pentingnya PRU diadakan segera.

Kalau Pas dan UMNO tarik sokongan pd kabinet Muhyiddin yg didalangi Azmin, tiada pilihan lain melainkan bubar parlimen atau Muhyiddin dtg melutut kpd PH. Kalau senario ini berlaku PH tidak perlu tergesa2 dan bernafsu nak masuk balik kementerian dengan menerima secara total team Muhyiddin, sekurang2nya tolak geng Azmin.

No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers