Kabinet Muhyiddin mungkin bertahan hingga PRU15, Najib konspirator sebenar



Kabinet Muhyiddin mungkin bertahan hingga PRU15, Najib konspirator sebenar
Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan kabinet baharu yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertahan sehingga pilihan raya umum akan datang, lapor The Star Online hari ini.
Bekas Perdana Menteri itu juga mengakui bahawa undi tidak percaya terhadap Muhyiddin besar kemungkinan akan gagal.
Dalam temubual dengan dengan Sinar Harian semalam menurut laporan itu, Dr Mahathir berkata, konspirator sebenar di sebalik kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah Najib Razak.
“Konspirator sebenar adalah Najib. Apabila dia kalah dalam pilihan raya lalu, beliau mendapat idea bahawa jika dia wujudkan kerajaan Melayu Islam, dia akan mendapat banyak sokongan daripada orang Melayu.
“Inilah pendekatan yang diusahakan sekian lama tetapi tidak berkesan dan gagal,” kata Dr Mahathir dipetik.
Tambah beliau, Najib dan Pas menekankan naratif Melayu Islam dan “DAP jahat” untuk mendapatkan sokongan partinya Bersatu untuk menubuhkan kerajaan Melayu.
Katanya, tiba-tiba mereka yang kalah, menang, dan mereka yang menang dikatakan kalah dan ini adalah konspirasi sebenar.
Jelas beliau, Najib amat memerlukan kuasa semula kerana beliau sedang berhadapan dengan kes rasuah 1MDB dan tidak lama lagi akan dihukum.
“Dan sekarang mereka telah menang,” katanya.

No comments: