Wednesday, March 11, 2020

PELAJARAN TINGGI TAPI JADI KAWAQ


A.Kadir Jasin


Masa di kampung dulu,  bangunan pertama kita temui, nampak atau hidu kalau kita masuk atau keluar rumah dari pintu belakang adalah tandas atau jamban.

Seorang anak muda berpelajaran tinggi yang  mendapat habuan daripada menggunakan pintu belakang ini memohon restu dan doa daripada saya baginya memikul "amanah" yang diberkan kepadanya. (Dia tulis dalam bahasa Inggeris.)

Saya balas dalam bahasa Inggeris juga yang terjemahannya berbunyi: "Ayah saya mengajar saya jangan jadi hipokrit. Tidak ada amanah di sini. Yang ada adalah pengkhianat pilihan rakyat. Saya sangka orang berpelajaran tinggi mempuyai "conscience" yang tinggi juga. Nampaknya saya silap."

Tidak salah bercita-cita besar. Tapi janganlah khianat, tikam belakang dan jadi kawar. Saya tidak tahu apa nilai dan kod moral yang di ajar di IPT sekarang. Boleh jadi tidak ada.

Sekarang dimaklumkan pula kepada saya yang salah seorang lantikan Kabinet semalam ada kes jenayah perdagangan. Katanya "insider trading". Harap tak betullah.

Wallahuaklam.Terima kasih.


No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers