PECAH 3 HARAP BOLEH PERFORM...


Mat Saman Kati



Dah banyak tempat aku komen pasal ni tapi sekerat jalan, masing-masing blah macam tu saja. Sama ada tak boleh jawab soalan aku ataupun menyampah dengan aku...tak tau la. Tapi honestly, aku pun naik meluat dengan posting ni.

Masa PH, Alam sekitar, Tenaga, Sains & Teknologi, Perubahan Iklim semua dibawah Yeo Bee Yin. Memang nampak Yeo buat kerja dan perform. Team media cukup bagus sebab setiap kali dia turun, team media dia siap buat live. Tahniah.

Selain daripada berada di tempat bencana atau longgokan sampah, apa pencapaian Yeo BY dalam Sains&Teknologi, Tenaga dan Perubahan Iklim?

Projek tambak laut kat Penang yang bukan saja mencemar perairan, menghilangkan pendapatan nelayan, perubahan eko-sistem yang cukup besar...tapi dia diam.

Projek korek pasir secara mega diperairan Perak pun dia diam.

Tak ada inovasi sains dan teknologi yang boleh dibanggakan sampaikan ada Menteri lain yang terpaksa keluarkan idea kereta terbang.

Berapa banyak idea green energy yang dicadang atau dilaksanakan?

Aku bukan nak kutuk Yeo Bee Yin. Tidak. Tapi kita patut sedar bahawa isu alam sekitar terlalu besar untuk ditangani oleh satu kementerian.

Jadi bila MESTECC dipecahkan jadi dua iaitu Kem. Alam Sekitar dan Kem. Sains, Teknologi dan Inovasi, aku harap ia lebih effisien. Kalau TITM nak jaga Kem. Alam Sekitar pun tak boleh, wajib kita kutuk. Kalau KJ gagal membawa idea baru dan inovatif wajib kita kutuk.

Ni yang pecah satu jadi tiga ni mai ikut mana?

Dulu ada Kem. Air, Tanah dan Galian dimana menterinya ialah Xavier. Xavier perform tak? Yang aku tau, kerja dia merasmikan majlis dan jumpa Vincent Tan bincang projek. Lulus projek pasir.

Sekarang ni, Tenaga...yang dulu dibawah MESTECC, diserapkan kedalam Kem. Tenaga dan Sumber Asli. Dan ini lebih baik sebab kalau dulu, apa-apa idea dari MESTECC bertindih dengan Xavier. Tu pasal tak ada satu idea pun terlaksana.

Jimat wang rakyat ni retorik saja. Bila kerajaan berjimat, rakyat kena ikat perut. Tapi pemimpin dari Menteri sampai ADUN semua naik gaji. Tak sampai dua tahun dah boleh beli Camry, Lexus, Vellfire.