COME ON.,.,HISHAMUDDIN,..BAWA BALIK JHO LOW




Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin dengan komitmen dan pengalaman Menteri Luar Negeri, Hishammuddin Hussein untuk terus membantu membawa pulang ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low yang dikehendaki pihak berkuasa dalam siasatan berhubung skandal 1MDB.

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berkata, ia berdasarkan pengalaman dan sekarang porfolio Hishammuddin sebagai menteri luar negeri. Pastinya beliau akan menggunakan pengalaman yang ada untuk membantu proses membawa pulang, mengesan, menangkap dan seterusnya mendakwa di mahkamah.

"Jadi pihak PDRM mengalu-alukan," katanya dalam sidang media selepas majlis penganugerahan Pingat Jasa Negara kepada 265 penerima di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, Kelantan, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan bantuan yang mahu dihulurkan oleh Hishammuddin sebelum ini akan lebih mudah selepas dilantik kembali sebagai menteri.

Sebelum ini anggota Parlimen Sembrong itu menyatakan komitmen beliau untuk membantu kerajaan dalam usaha tersebut.

Sebagai rekod, Hishammuddin pertama kali memberi tawaran untuk mencari Jho Low Oktober 2018 lalu, dengan menegaskan bahawa beliau ingin melihat kesudahan berhubung kes 1MDB.

Sementara itu, Abdul Hamid juga mengesahkan bekas menteri pertahanan pada zaman BN itu sudah memberi bantuan dengan menghulurkan maklumat. Ya ada (bagi maklumat). Sebagai seorang yang bertanggungjawab, sesiapa pun yang rasa bertanggungjawab boleh berkongsi apa juga maklumat mereka akan tampil membantu PDRM," katanya.

No comments: