LEBAI NI MEMANG TAK HADAP LA... JOM DENGAR APA LEBAI NI PUJI FIRAUN.


 

KESIAN BESAR EKONOMI US.

 

Nazri Hamdan



Shutdown kerajaan US dah mula bagi kesan besar pada sistem penerbangan negara tu sampai lebih 3,200 penerbangan delay sebab kekurangan air traffic controllers (pengawal trafik udara). 



Dekat Hollywood Burbank Airport, operasi kawalan udara sempat takde pekerja selama 6 jam, sampai kena urus jarak jauh. Sampai safety pun dah jadi isu besar.


Ni contoh bila sistem kapitalis terlalu bergantung pada “political gridlock.” Bila bajet tak lulus, semua fungsi asas kerajaan tersekat, bukan sebab tak ada duit, tapi sebab ego politik. 


Amerika ni negara yang boleh cetak trillion dolar, tapi dalam masa sama pekerja penting tak dibayar. 


Ironinya, mereka boleh hantar roket ke bulan tapi tak boleh bayar gaji pengawal trafik.



KEH KEH KEH.. DOK SEMBANG LAM KETA.. MODAL AIR LIUR NAK AJAK DEBAT DENGAN ORANG YANG BERJUANG NYAWA KE SANA.. JANGAN LAH DENGAR ORANG MACAM NI. TAK LEH PAKAI PUNYA KAKI.


 

TERBAIK POK TEH..DIA DENGAN ALONG BURMA PUN DIAM GITU JA...JENIS DIA MEREMOAT JUGA CARI MAKAN. BUKAN PENCEN JENERAL KA PA KA.

 


OOOWWWHHH PATUT LA...TAPI HAMZAH BERSIH KAH.?TN BRAHIM BERSIH ?.



OWHHH...MEZAH NAIK PASAL PAS TAK IKTIRAF...




 


GERAKAN PEMBEBASAN PATTANI PULO IKTIRAF USAHA PMX

 


GERAKAN PEMBEBASAN PATTANI, THAILAND IKTIRAF KEJAYAAN PMX Anwar Ibrahim DAN MINTA BANTU BERUNDING DENGAN THAILAND 








1. VIRAL Surat Terbuka PULO kepada Anwar Ibrahim bertarikh 7 Oktober 2025 | Patani, Thailand. 


2. Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (PULO) hari ini mengutus surat terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengerusi ASEAN, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, menyeru beliau memainkan peranan utama Malaysia dalam perdamaian Patani–Thailand.


3. Surat bertarikh 7 Oktober 2025 itu menyatakan penghargaan tinggi kepada PMX atas kepimpinan berprinsip dan diplomasi Islamik Nusantara yang semakin diiktiraf di peringkat global.




4. PULO menyanjung kejayaan diplomasi Malaysia di bawah Anwar Ibrahim:


a. Isu Timur Tengah (2023–2025) – Malaysia tampil sebagai suara Islam paling tegas menentang keganasan Zi@nis dan membawa usul penghentian serangan di Gaza ke PBB serta Sidang Khas OIC.


b. Konflik India–Pakistan (2024) – Malaysia menjadi penyokong neutral dan berani, menyeru penyelesaian berasaskan prinsip ‘justice and peace’ demi keamanan Asia Selatan.


c. Menyelesaikan Perang Thailand–Kemboja (2024) – PMX menjadi pengantara ASEAN yang berjaya menyatukan dua negara jiran itu melalui Sidang Meja Bulat Kuala Lumpur.


d. Misi Kemanusiaan Sumud Flotilla (2025) – hasil diplomasi luar biasa dengan Amerika Syarikat, Türkiye dan Qatar, Malaysia berjaya membebaskan 23 rakyat Malaysia yang ditahan Israel dalam tempoh 48 jam, antara kejayaan diplomatik paling pantas dalam sejarah Asia Tenggara.


5. Malaysia di bawah Anwar kini diiktiraf sebagai suara moral dunia Islam, mengangkat nilai “Rahmatan lil ‘Alamin” dan menampilkan wajah Islam progresif, adil serta berperikemanusiaan.


6. Surat tersebut menegaskan bahawa Patani bukan sekadar isu sejarah, tetapi isu kemanusiaan dan identiti Islam Melayu yang memerlukan sentuhan diplomasi hikmah Malaysia. 


7. Mereka yakin, di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim – tokoh gerakan Islam Nusantara dan Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia mampu menjadi jambatan perdamaian Patani–Thailand menuju keadilan hakiki dan keamanan berkekalan.


“ Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil.” (Surah Al-Maidah: 42)


8. Kebijaksanaan PMX Anwar Ibrahim kini diiktiraf dunia Islam sebagai pena damai Nusantara — suara adil yang didengar di PBB, dihormati di OIC, dan dirujuk oleh pemimpin serantau setiap kali krisis melanda.


9. Malaysia kini negara ke-13 paling aman di dunia (Global Peace Index 2025) — hasil gandingan mantap Anwar dan Saifuddin Nasution: seorang mengemudi diplomasi antarabangsa dengan hikmah, seorang lagi menjaga keamanan dalam negara dengan tegas dan berstrategi.


Dua sosok, satu misi — menegakkan keamanan, keadilan dan maruah Islam Madani di pentas dunia. Jalan terus PMX, REFORM HABIS HABISAN!


Dunia memerlukan mu.


Syam Ghaz 


#MalaysiaMadani #AnwarIbrahim #ASEAN2025 #PULO #Patani #DiplomasiMadani #PeaceForPatani #IslamNusantara




DIA TAK PANDAI MATEMATIK ATAU DIA SENDIRI SAJA SAJA TANYA UNTUK KELIRUKAN RAKYAT...NAMPAK DIA MEMANG TAK PANDAI .


 

NOHHH-

 


Jemputan Trump ke sidang ASEAN langkah strategik bukan isyarat memihak


 


Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47, disifatkan sebagai langkah strategik dan pragmatik, bukannya tanda Malaysia atau ASEAN berpihak kepada Washington.



Penganalisis geopolitik Ahmad Firdaus Mohd berpendapat, jemputan itu perlu dilihat dalam konteks realiti baharu dunia pasca-globalisasi yang kini dikawal oleh kuasa ekonomi dan kewangan, bukannya kekuatan tentera semata-mata.

“Suka atau tidak, AS masih menjadi penentu arah ekonomi dunia. Apabila kadar faedahnya dinaikkan, kesannya segera dirasai di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.


“Ringgit melemah, pelabur beralih, dan harga barang meningkat,” katanya dalam satu kenyataan analisis.

Beliau menjelaskan, pengalaman dunia menyaksikan bagaimana Washington menunjukkan kekuatan sebenar melalui kuasa mengawal aliran wang global, seperti yang berlaku apabila Rusia disekat daripada akses kepada dolar Amerika pada 2022 selepas menceroboh Ukraine.


Langkah itu, katanya, telah melumpuhkan ekonomi Rusia tanpa sebutir peluru pun dilepaskan, membuktikan bahawa pengaruh kewangan kini menjadi senjata utama kuasa besar dunia.

“Kuasa besar tidak lagi perlu menawan wilayah untuk menundukkan lawan. Cukup dengan mengawal peredaran modal, pasaran dan keyakinan pelabur,” ujarnya.

Dalam landskap antarabangsa yang kini berpaksi kepada tiga kutub utama iaitu Washington, Beijing dan Moscow, beliau menegaskan bahawa pragmatisme adalah pendekatan terbaik bagi Malaysia dan ASEAN.

“Menjemput Donald Trump ke Persidangan ASEAN bukan tanda berpihak kepada Amerika, sebaliknya langkah strategik untuk memastikan rantau ini terus relevan di mata semua kuasa besar,” katanya.


Ahmad Firdaus turut menjelaskan bahawa Trump bukan sekadar tokoh politik kontroversi, tetapi mewakili arus politik baharu di Amerika yang menolak globalisasi dan menuntut kepentingan nasional lebih diutamakan.


“Dunia di mata Trump ialah gelanggang tawar-menawar kepentingan. Dunia sedang berubah daripada sistem berasaskan prinsip kepada sistem berasaskan kepentingan,” tulisnya.



Kemahiran geopolitik


Menurut Ahmad Firdaus, dalam persekitaran global yang kian kompleks, keupayaan Malaysia dan ASEAN untuk berunding dengan semua kuasa besar tanpa terikat kepada mana-mana blok merupakan kemahiran geopolitik yang amat penting.


“Menjemput Trump ke meja rundingan ASEAN ialah isyarat bahawa Malaysia bersedia memimpin dialog, walaupun berbeza pandangan.


“Dunia kini lebih menghargai keberanian untuk berunding daripada keberanian untuk bermusuh,” tegasnya.



Tambahnya, masa depan rantau Asia Tenggara hanya akan terjamin jika ASEAN berani membentuk persekitaran serantau sendiri, bukan sekadar menjadi penonton kepada persaingan kuasa besar dunia.



Kelmarin, Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, di Dewan Rakyat berkata, Trump diundang ke Sidang Kemuncak ASEAN pada hujung bulan ini atas kapasiti Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, dan bukannya atas jemputan dua hala.


Mohamad Alamin berkata, Malaysia sebenarnya berkewajipan untuk menjemput semua rakan dialog ASEAN selaku Pengerusi ASEAN.


Beliau turut menekankan pendirian Perdana Menteri dan Menteri Luar terhadap Palestin kekal tegas, dan kehadiran Trump boleh memperkukuh usaha ke arah keamanan bersama negara-negara sehaluan seperti Qatar dan Mesir.








PM Anwar Ajak Rakyat Hadiri Himpunan Solidariti Bersama Gaza Malam ini

 


Poster Himpunan Solidariti Bersama Gaza yang dimuat naik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama hadir ke Himpunan Solidariti Bersama Gaza yang akan dianjurkan di Axiata Arena, Bukit Jalil jam 8 malam ini.

Menurut hantaran di media sosial, Perdana Menteri menyeru rakyat bersatu atas nama bangsa Malaysia menyuarakan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin bersama para wira dan wirawati yang baru pulang selepas ditahan dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

Penerbangan terkini pesawat Emirates dari Dubai ke Kuala Lumpur yang membawa 23 aktivis Malaysia yang dijadual tiba di KLIA jam 10 malam semalam.

“Saya yakin dan percaya bahawa dalam denyut nadi setiap anak Malaysia, tersemat tekad untuk terus memperjuangkan keadilan dan keamanan sejagat.

“Marilah kita berganding bahu dan bergerak sederap, mengangkat suara demi Palestin yang merdeka, bermaruah dan berdaulat.

“Ketemu esok malam, Insya-Allah,” ujarnya.

Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi bersama 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla dijangka tiba di KLIA1 jam 9.50 malam 7 Oktober 2025. Foto Facebook Farhan Fauzi

Terdahulu kesemua 23 aktivis negara dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini setelah berlepas dari Istanbul jam 11.20 malam waktu tempatan.

Penerbangan transit mereka tiba di Dubai dan berlepas ke ibu negara jam 11.14 pagi waktu tempatan dan dijadual tiba jam 10 malam semalam.

Turut berada dalam delegasi negara ialah Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi dan CEO MAPIM, Dato’ Dr. Ahmad Sani Araby yang diamanahkan Perdana Menteri bagi menguruskan proses perjalanan pulang dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Turkiye.



Gelombang Kedua Sumud Nusantara Akan Diumum Di Axiata Arena

 


Sambutan meriah dizahirkan rakyat Malaysia yang menyambut kepulangan 23 aktivis kemanusiaan Sumud Flotilla di KLIA pada 7 Oktober 2025.

SEPANG, 7 Okt – Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) akan mengumukan gelombang kedua misi kemanusiaan pada Himpunan Solidariti Bersama Gaza yang akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam nanti.

Ketua Pengarahnya, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, misi gelombang kedua itu akan bernaung di bawah payung Sumud Nusantara.

“Insya-Allah, esok (hari ini) kita akan umumkan di Axiata Arena pada pukul 8 malam, bersama menteri-menteri penaung dan penaung utama kita, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sani Araby ketika berucap pada majlis menyambut ketibaan aktivis GSF Malaysia di KLIA di Sepang pada 7 Oktober 2025. Foto Faiz Alif Zubir

“Kita akan umumkan gelombang kedua dan bagaimana kalian semua boleh memainkan peranan sehingga Palestin merdeka,” katanya ketika berucap pada majlis menyambut ketibaan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) di sini, malam tadi.

Katanya, pihaknya mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya terus berjuang dengan kesatuan hati bagi memastikan pembebasan rakyat Palestin.

“Tekadkan hati, kuatkan semangat, dan jangan berhenti di sini. Ingat betul-betul, hari ini cukup untuk kita berkata ‘enough is enough’.

Poster Himpunan Solidariti Bersama Gaza yang dimuat naik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Hari ini kita pulang dengan membawa satu mesej yang sangat kuat bahawa kita memiliki resepi tersendiri, iaitu kesatuan hati.

“Sumud itu adalah kita. Nusantara itu adalah kita. Kebangkitan itu adalah kita. Kita tidak akan tidur. Kita tidak akan alpa. Selagi mana Malaysia tidak berdiri di hadapan untuk mempertahankan Gaza,” katanya.




Kemaraan Freedom Flotilla Kini Jadi Tumpuan Dunia

 


Kemaraan peserta FFC kini menjadi perhatian dunia setelah misi GSF gelombang pertama memecahkan ego rejim Israel pada 2 Oktober 2025.

PENDAPAT, 8 Okt – Selesai misi pertama Global Sumud Flotilla (GSF) yang menempuh pelbagai dugaan dan cabaran, kini tumpuan dunia terarah kepada pelayaran misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Madleens to Gaza (TMTG) kini berada pada jarak 150 batu nautika dari pantai Gaza.

Dengan menggunakan kapal yang lebih besar dan peralatan yang lebih lengkap, misi kemanusiaan gelombang kedua selepas GSF menumpukan usaha terhadap meneruskan pemecahan kepungan dan menghantar bantuan yang amat diperlukan oleh penduduk Gaza yang terkepung dua tahun lalu.

Mengambil kisah bagaimana tentera rejim Israel mengganas kepada lebih 450 peserta GSF, semua kemungkinan telah diaktifkan termasuk memastikan provokasi tentera laut rejim disiarkan dan laporan terkini pengurusan Sumud Flotilla menyebut tentera laut rejim Israel baru sahaja menyerang dan menculik anggota kapal FFC.

Kapal yang menyertai misi FFC tidak mustahil dirempuh tentera laut rejim Israel yang tidak mengenal undang-undang antarabangsa disebabkan kegagalan PBB menggunakan pengaruhnya sejak berpuluh tahun lalu.

Humanitarian Care Malaysia (MyCare) menerusi kenyataan, hari ini turut meminta orang ramai supaya sama-sama memantau pergerakan flotila mereka.

“Flotilla kami kini berada pada jarak 150 batu nautika dari pantai Gaza, menghampiri zon kapal-kapal FFC dan Global Sumud Flotilla yang sebelum ini diserang oleh rejim Zionis Israel.

“Perhatikan flotila kami. Maklumkan kepada media dan ahli politik anda untuk menggesa perlindungan dan laluan selamat kepada flotila kami. Genosid di Gaza perlu dihentikan dan sekatan ke atasnya perlu diangkat segera,” kata kenyataan itu.

Difahamkan, pelayaran misi kemanusiaan FFC x TMTG mengelak untuk tiba di Gaza, Palestin pada 7 Oktober memandangkan Israel berpotensi untuk melakukan serangan ke atas sukarelawan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCare, Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, ia memandangkan tarikh itu genap dua tahun Operasi Taufan al-Aqsa dilancarkan oleh Hamas pada 7 Oktober 2023.

Seramai lapan delegasi Malaysia kini sedang belayar di atas kapal Conscience dengan seorang lagi delegasi di atas kapal layar Umm Saad bagi misi FFC x TMTG.

Provokasi tentera laut rejim Israel sememangnya sudah dijangka dan tidak mengejutkan sekiranya nasib sama menimpa peserta FFC pada 8 Oktober 2025.

Kapal terbesar Conscience melibatkan 10 kru, 20 wartawan antarabangsa, 21 pakar perubatan, tiga ahli Parlimen Turkiye, 34 aktivis dan enam Jawatankuasa Pemandu FFC.

Delegasi Malaysia diketuai oleh MyCare, manakala seramai 93 peserta dari 22 negara berlepas dari Porto Otranto, Itali pada 30 September lalu.


JANGAN LAYAN SANGAT ORANG BODO


 

ULANG KISAH TEKAN BUTTON


 

PARPU HENTAM JEBAT

 


KPDN KESAN STESEN BUAT UNTUNG TIPU PENGGUNA MINYAK


 

Saya cabar kepimpinan tertinggi PN debat saya 3 lwn 1 isu URA, lawatan T...

PMX mana boleh pecat Tiong sesuka hati , cukup lah setakat amaran keras ...

PMX IS SUMMONED TO THE STATE PALACE! APPARENTLY THIS IS THE REASON HE WA...

LAMBAT LAGI NAK JADI KERAJAAN. BENTANG ISU OUN TAK BETOI...


 

BUANG SAJA SI PELAQ NI.

 

Abd Halim


Di UK tak kira kau ni bangsa apa, British ke, Cina ke, India ke, Pakistan atau Arab sekalipun..



Kalau kau minum arak tempat awam boleh dikenakan denda £100 atau dikemukakan tindakan undang-undang..


Contohnya kalau kau mabuk sampai mengganggu orang awam, polis boleh tangkap kamu bawah undang-undang drunk and disorderly..


Jika kau memandu dalam keadaan mabuk "Drink Driving" kau akan kena hukum sampai 6 bulan penjara atau denda tanpa had "unlimited fine"..


Kau tidak dibenarkan memandu paling kurang satu tahun, atau 3 tahun jika pernah disabit dalam tempoh 10 tahun..


Justeru, jika kau memandu dalam keadaan mabuk alkohol atau dadah atau memandu secara “carelessly” hingga menyebabkan kematian orang..


Kau akan kena penjara seumur hidup "life imprisonment" sebagai maksimum, dengan denda tanpa had (unlimited fine)..


Lesen memandu kau kena ban sampai 15 tahun, dan kalau kau ditangkap memandu sambil mabuk berulang kali, lesen kau ban seumur hidup tanpa hak memohon semula selama 15 tahun..


Nama kau akan disiarkan di media-media tempatan secara menyeluruh dan akan dimalukan secara sosial atau "public accountability"...


Falsafah mereka “If you take a life through your negligence, you lose your freedom.”


Berbeza dengan negara kau duduk sekarang, jika kau memandu secara mabuk masih dianggap sebagai kecuaian, bukan pembunuhan dengan niat atau "manslaughter"...


Hukuman pada pemandu mabuk ni jarang dikenakan hukuman maksimun, biasanya 3 ke 10 tahun penjara, denda RM20,000–RM50,000, dan lesen digantung ..


Namun untungnya kau duduk di Malaysia sebab banyak kes dikurangkan sebab faktor rayuan, pengaruh atasan, atau perjanjian luar mahkamah dengan keluarga mangsa..


Penguatkuasaan di jalan raya pula masih tidak konsisten dan masih wujud budaya “settle luar”..


Harap kerajaan Malaysia buka mata lebar-lebar,. sampai bila nyawa rakyat nak dijadikan collateral damage sebab undang-undang terlalu lembik terhadap pemabuk-pemabuk bangsat ni?


Berbeza di UK, rakyat mereka sangat marah jika seorang mati kerana pemandu mabuk, mereka anggap itu adalah pengkhianatan terhadap nilai kemanusiaan...


Di Malaysia, ramai masih lihatnya sebagai “kemalangan” bukan jenayah moral, sedangkan dalam Islam sendiri, membunuh orang kerana cuai atau mabuk itu tetap dosa besar...


وَمَن يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُّتَعَمِّدًا فَجَزَاؤُهُ جَهَنَّمُ خَالِدًا فِيهَا


“Sesiapa yg membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka Jahannam, kekal di dalamnya.”(Surah al-Nisa': 93)


Jadi kesimpulan dia, di UK hukum ditegakkan supaya manusia takut untuk cuai, namun di Malaysia, manusia cuai sebab mereka tahu hukum tak berapa nak ditegakkan..🤷‍♂️👊




DUIT MAIL MASUK KANTUNG KERAJAAN

 

Voket


Wang tunai melebihi RM169 juta yang didakwa milik bekas PM,  Ismail Sabri Yaakob, hari ini, secara rasmi dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia.




Ia berikutan tiada pihak ketiga berkepentingan hadir bagi mencabar prosiding melucut hak harta itu.


Jumlah itu membabitkan pelbagai mata wang iaitu RM14,772,150; SG$6,132,350; US$1,461,400 dan CHF3 juta (Swiss Franc); EUR12,164,150; JPY363,000,000 (Yen); GBP£50,250; NZ$44,600; AED34,750,000 (Emirati Dirham) dan AUD352,850.


Sumber: Harian Metro




WALAUN WALATOK KIOK.

 Norshidah Md Daud


Mempertikai keupayaan PMX di peringkat antarabangsa sebenarnya umpama kita x mengakui yang kita ni jauh lemah dalam komunikasi international terutamanya d kalangan pemimpin walaun...






Contoh tahun lepas...

Macam mana hubungan yang baik dgn Turki, PMX berjaya bawa anak bini Nadir keluar dari Palestin untuk di bawa kembali ke Malaysia...

Nadir sendiri mengakui misi gila yang di ketuai oleh PMX...


Sudah2 la jd walaun dgn walatok...




WALAUN KERIAU BERAS HILANG.. NI DIA SOH NAIK REGA BERAS LAK.


De De


 Ok ana simpan sini...kot mana nak Tau nanti bila kerajaan ikut saranan Dan nasihat ni... Org yg sama akan tuduh kerajaan itu ini pula..😏🤔





BUKAN SAHAJA TIONG YANG HARUS DIPECAT. TETAPI BEBERAPA MENTERI YANG TAK PUNYA APA KEJAYAAN DALAM KEMENTERIAN WAJIB DI BUANG. IANYA MENJATUHKAN MARUAH PM.



 MEMUJI PERDANA MENTERI…


7 October 2025


Sudah lama saya tak puji Perdana Menteri, tetapi kali ini saya ingin memujinya kerana tidak gentar memberi amaran keras kepada Menteri Pelancongan, Tiong King Sing.


Dalam amaran kerasnya itu Anwar Ibrahim berkata, menghidangkan minuman keras dalam acara rasmi adalah tidak wajar kerana dasar kerajaan secara tegas tidak membenarkan ia dihidangkan sama sekali.


“Kami telah berikan peringatan keras kepada menteri dan kementerian supaya tidak mengulangi kesilapan ini,” tegasnya.


Sejak timbul isu arak di majlis makan malam anjuran Tourism Malaysia yang menjadi bualan masyarakat baru-baru ini, ramai yang sinis dengan mengatakan Anwar  tidak mungkin berani memberi teguran, apa lagi untuk memecat menteri berkenaan, meskipun itulah desakan yang paling banyak kedengaran.


Kata mereka, Anwar ini bergantung kepada sokongan bukan Melayu, maka sudah tentu tidak berani menegur kelakuan tidak wajar mana-mana Ahli Parlimen bukan Melayu.


Tetapi ternyata jangkaan itu meleset sama sekali.


Bukan setakat teguran biasa yang diberikan, malah teguran yang keras.


Jadi, tahniahlah kepada Perdana Menteri.


Meski begitu, masih ramai yang nampaknya tak puas hati.


Mereka tetap mahukan Tiong King Sing dipecat, tambahan lagi melihatkan sikapnya yang berkeras mempertahankan hidangan arak itu dengan dalih-dalih yang nampak hanya reka-rekaan.


Malah beberapa Ahli Parlimen DAP juga didapati menyokong beliau dalam mengadakan hidangan arak ketika majlis makan malam dan pelancaran kalendar Tahun Melawat Malaysia 2026 itu.


Dengan itu, kata mereka, sebagai pengajaran yang lebih meluas, memberi amaran keras saja tidak memadai.


Tiong sebaliknya perlu diberhentikan atau dinasihatkan berundur sebagai menteri, jika pun Perdana Menteri tidak mahu dilihat bertindak keras dengan memecatnya.


Saya telah menulis sebelum ini dengan menyebut bahawa jika Tiong terus dikekalkan lagi sebagai menteri, alamatnya bala besar  bakal menimpa kepada kerajaan madani ini.


Bala besar itu tidak lain ialah kehilangan sokongan rakyat yang lebih ketara yang akhirnya mungkin membawa kepada kekalahan dalam pilihan raya.


Maka itu, saya sependirian dengan ramai yang lain yang mahukan Tiong digugurkan atau  dinasihatkan meletak jawatan.


Ertinya, amaran keras saja tidak memadai, tapi mesti disusuli dengan ketiadaannya lagi dalam kabinet madani.


Jika itu berlaku, selepas ini saya tidak akan teragak-agak untuk memberi pujian sekali lagi kepada Perdana Menteri.


Tapi kalau Tiong masih kekal lagi dalam kabinet, tiadalah apa-apa pujian dapat diberikan. – ShahbudinHusin 07Okt2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/10/memuji-perdana-menteri/



BETUL APA KATA MAMAT NI


 

KALAU NEGERI 32-0 BUKAN BALER


 

BARUA TOK SAKA


 

BANGGA LA PM AMBIL PORT..BUKAN BERKECUALI


 Aku bangga gila jadi rakyat Malaysia 🇲🇾






Serious weh, bila aku tengok rakyat negara lain yg join Global Sumud Flotilla tu kena tangkap, tapi kerajaan depa buat tak tau ja… aku terus rasa sebak.

Bayang la weh… rakyat depa kena culik dengan r3j1m paling k3j4m atas muka bumi ni, tapi takdak sorang pun pemimpin depa yg ambik peduli. Sunyi sepi ja. 😔

Tapi Malaysia lain beb.


PMX Anwar Ibrahim sendiri call sana sini usaha betoi² utk pembebasan aktivis kita, siap selalu tanya khabar rakyat kita yang ada atas kapal tu. Hang bayang, Perdana Menteri weh! Negara lain pun jeles tengok.

Aku duduk rumah pun rasa macam nak bangun berdiri nyanyi lagu Negaraku.

Syukur weh… untung sungguh kita ni jadi rakyat Malaysia ❤️🇲🇾



DIA SELALU GINI. SEBAB DIA PUN PERNAH JADI MENTERI UNDANG UNDANG. PERANAN UTAMA TUTUP DEWAN DAN BENTANG HARGA KENAIKAN LETRIK