Tok Dor merepek sebab tak guna bahasa Melayu walaupun dalam majlis ada tiga orang Inggeris. Beliau kini jadi pejuang bahasa pula. Baguslah.
Sebelum apa-apa beliau sendiri kena perbetulkan dahulu pronunciation (penyebutan) bahasa Melayunya agar tidak berbaur dengan dialek Marang yang banyak ikang.
Selepas sebutan betul dan benar, lepas tu barulah boleh bercakap tentang bahasa Melayu apa lagi hendak perjuangkannya. Jangan rungsing Tok Dor walaupun orang guna bahasa Inggeris mereka tidak caci maki dan sindir Tok Dor macam Tok Dor amalkan. Yakinlah. Horas. Trims.
Pelantikan tiga syarikat baharu untuk menyediakan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) dibuat melalui proses lantikan secara terbuka.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya membuat lantikan secara terbuka bagi memastikan fungsi syarikat tersebut tidak diragui.
Loke menjawab pertanyaan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) yang ingin tahu mengenai kriteria yang membolehkan ketiga-tiga syarikat baharu dipilih biarpun tidak mempunyai pengalaman.
Misi Pencarian Semula Pesawat MH370
Pada Disember 2024, Malaysia membuat keputusan untuk menyambung semula pencarian MH370, pesawat yang hilang 10 tahun lalu tanpa sebarang petunjuk jelas. Dengan kerjasama syarikat robotik maritim, Ocean Infinity, misi ini membawa harapan baharu untuk merungkai salah satu misteri terbesar dalam sejarah penerbangan.
Kali ini, pencarian akan memberi fokus kepada kawasan baharu seluas 15,000 kilometer persegi di Selatan Lautan Hindi. Menariknya, misi ini menggunakan pendekatan ‘no find, no fee’—bermaksud kerajaan Malaysia tidak perlu membayar jika pesawat tidak ditemui. Walaupun kos pencarian dianggarkan sekitar USD70 juta (RM315 juta), tumpuan utama adalah untuk mencari jawapan yang telah lama dinantikan.
Perbicaraan kes menyalahgunakan kedudukan dan menerima wang daripada aktiviti haram dihadapi bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bermula 17 Sept ini di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur.
Hakim Azura Alwi menetapkan 17 hingga 19 Sept, 6 hingga 8 Okt dan 26 dan 27 Nov tahun ini serta 13 hingga 15 Jan tahun depan sebagai tarikh perbicaraan, selain menetapkan 14 Mei ini untuk pengurusan kes.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan akan mengemukakan 30 saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes itu.
Antara saksi pendakwaan disenaraikan ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Peguam Chetan Jethwani yang mewakili Muhyiddin memohon pihak pendakwaan menyerahkan pernyataan saksi membabitkan saksi penting kepada pihak pembelaan sebelum perbicaraan bermula.
Tiba di Bandar Seri Begawan dan terus ke Istana Nurul Iman bagi menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan negara Brunei Darussalam.
Turut menyertai sesi ini adalah bekas Perdana Menteri Thailand merangkap Ketua Kumpulan Penasihat Tidak Rasmi Kepada Pengerusi ASEAN 2025, Thaksin Shinawatra.
Perbincangan kami tentunya terarah kepada Kepengerusian ASEAN 2025 dan peri pentingnya mendapat nasihat dan panduan Paduka Seri Baginda Sultan, selaku pemimpin paling senior yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas di kalangan pemimpin ASEAN lain.
Antara disentuh adalah terkait situasi di Myanmar, yang mana walaupun negara itu terikat dengan Konsensus Lima Perkara, namun segala ikhtiar harus digerakkan untuk meneruskan proses penglibatan dengan semua pihak berkepentingan.
Kami juga menyatakan kebimbangan terhadap peningkatan masalah yang berpunca daripada ekonomi atau pasaran gelap, didominasi oleh penyeludupan dadah, pemerdagangan manusia, serta penipuan dalam talian atau scam yang berleluasa.
Kami turut membincangkan solusi terbaik untuk mencapai trajektori positif dalam usaha menyelesaikan krisis di Myanmar serta memastikan semua Menteri Luar negara ASEAN sentiasa dimaklumkan mengenai perkembangan ini.
Selain itu, terdapat pandangan bahawa Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat (AS) yang dicadangkan selaras dengan Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN Januari lalu perlu segera dilaksanakan.
Berkenaan dengan pertikaian di Laut China Selatan, kami bersetuju bahawa perlu ada kemajuan diplomatik yang lebih meluas secara multilateral, dengan aspirasi agar rundingan mengenai Kod Tatalaku (CoC) dapat diselesaikan sesegera mungkin.
Fokus utama juga diberikan kepada cara terbaik untuk memperkukuh perdagangan intra-ASEAN dan mempertingkatkan kerjasama ekonomi, termasuk keperluan untuk rangka kerja peraturan yang lebih mesra perniagaan dan berkesan. Pendekatan strategik dalam hal ini adalah untuk menggalakkan aliran modal yang lebih rancak serta merangsang pertumbuhan serantau yang lebih kukuh demi kemakmuran bersama.
Mengenai mata wang kripto, kami membincangkan kepentingan membangunkan infrastruktur Blockchain yang betul serta memastikan kebolehcapaian digital sebagai prasyarat utama bagi pembangunan yang sihat dan progresif di rantau ini.
Lelaki yang merupakan dalang melepaskan tembakan kepada seorang tukang cuci di pusat beli belah di Setia Alam awal Februari lalu, dilaporkan tumpas di tangan polis.
Lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an itu ditembak mati dalam satu operasi serbuan dilakukan pihak berkuasa jam 3 pagi tadi di Pulau ketam, dekat Klang Selatan,
Menurut laporan media, berlaku aksi tembak menembak antara polis dengan suspek yang juga seorang penjenayah dikehendaki, sebelum suspek akhirnya tewas.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan perkara ini dalam satu kenyataan.
“Sewaktu serbuan tersebut, berlaku tembak-menembak antara pasukan polis dan penjenayah di sebuah bilik hotel.
“Pasukan polis berjaya menembak mati seorang lelaki dan menemui dua senjata api berisi peluru bersama suspek tersebut.
“Semakan mendapati suspek yang dikehendaki ini mempunyai sembilan rekod jenayah termasuk satu kes jenayah dadah dan tujuh kes jenayah samun, selain dipercayai terbabit dalam insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah Setia City Mall baru-baru ini,” katanya.
Setakat ini tidak dapat disahkan sama ada keberadaan suspek di pulau berkenaan kerana bersembunyi selepas diburu polis sejak kejadian tembak pada 8 Februari itu atau untuk melarikan diri ke luar negara.
Sebelum ini kecoh apabila seorang tukang cuci di Setia City Mall ditembak di bahagian kaki dan punggung.
Suspek didakwa melepaskan empat das tembakan terhadap mangsa.
Kelantan perlu selesai segera masalah air supaya pesawah boleh tingkat hasil padi
Harapandaily
Kerajaan negeri Kelantan perlu mengetepikan politik dan memfokuskan kepada isu pengurusan air di negeri itu yang saban tahun memberi kesan ekstrem kepada para pesawah dan petani.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Khalid Abdul Samad berkata, kerjasama antara kerajaan negeri, KADA dan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) amat diperlukan.
Ia bagi memastikan keberkesanan sistem air di kawasan pesawah khususnya di Kemubu, Kelantan dapat dijamin, sekaligus meningkatkan hasil pertanian dan mengurangkan kebergantungan terhadap beras import.
“Kita perlu mengetepikan politik dan memberikan tumpuan kepada usaha untuk membantu petani dan memastikan bekalan beras tempatan dapat dipertingkatkan,” katanya pada program Ruang Bicara Bernama semalam.
Khalid berkata, pesawah di negeri itu sering berdepan dua masalah ekstrem iaitu banjir pada Disember yang menyebabkan sawah tenggelam dan kekurangan air akibat kemarau pada Februari.
Justeru untuk menangani masalah itu, KADA telah memulakan projek penambahan dan pembinaan dua rumah pam baharu di Kemubu yang dijangka siap menjelang Ogos tahun ini.
“Kemubu 3 boleh berfungsi jika paras air hanya dua meter dan Kemubu 4 boleh beroperasi walaupun paras air hanya satu meter.
“Ini akan memastikan bekalan air mencukupi walaupun pada musim kemarau yang panjang.
“Kami sudah mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri untuk membaiki sheet pile yang rosak akibat banjir tetapi perlu memenuhi syarat-syarat ditetapkan kerajaan negeri. Oleh itu, kerjasama antara pihak-pihak berkenaan adalah sangat penting,” katanya menurut Bernama.
Sementara itu, bagi melindungi pesawah daripada kerugian akibat bencana alam, Khalid menyarankan mereka mengambil dan berdaftar skim insurans Takaful yang diusahakan oleh Agrobank di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Azman menyampaikan sumbangan bagi pihak Perdana Menteri kepada Mohd Herman Rusli di HTA, Kuala Lumpur. Foto Instagram Mohd Herman Rusli
KUALA LUMPUR, 17 Feb – Muhammad Hariz Iman Mohd Herman, yang mengalami masalah hilang penglihatan akibat barah neuroblastoma (barah saraf), mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada keluarga kanak-kanak itu hari ini.
Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin, kepada Mohd Herman Rusli, 38, iaitu bapa Muhammad Hariz Iman atau nama manjanya Hariz, yang berumur dua tahun enam bulan, ketika menziarahi keluarga itu di Hospital Tuanku Azizah Kuala Lumpur (HTA), dekat sini.
Khabar gembira itu dikongsikan Mohd Herman menerusi hantaran di akaun Instagram (IG) miliknya, hari ini.
“Alhamdulillah… Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat (YB) Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas sumbangan yang diberikan dan disampaikan melalui Setiausaha Politik beliau, Datuk Azman Abidin.
“Terima kasih juga kepada Ustaz Muhammad Fikri Abd Aziz (Ketua Cabang Keadilan Putrajaya) serta Tuan Radin Azmi Radin Rahman.
“Sumbangan dan keprihatinan ini amat bermakna bagi kami sekeluarga, terutama buat anak saya, Muhammad Hariz Iman, dalam perjuangan kami berperang dengan kanser ini,” tulisnya.
Dalam hantaran sama, Mohd Herman turut menghargai sokongan yang diberikan oleh Anwar.
“Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan dengan keberkatan yang berlipat ganda.
“Terima kasih atas kasih sayang dan sokongan yang diberikan,” katanya.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan kisah Hariz, yang dilahirkan normal namun hilang kedua-dua belah penglihatannya sebelum disahkan menghidap barah neuroblastoma tahap empat pada 5 Ogos tahun lalu.
Anak keempat daripada lima beradik itu sudah menjalani lapan kitaran kemoterapi rapid Cojec dan dua kitaran kemoterapi AIS di HTA.
Mengikut jadual, enam lagi kitaran kemoterapi akan dijalankan pada 17 Februari depan.
Langkah pindaan dibuat bagi menggalakkan penyertaan perniagaan berskala kecil dalam sektor perlombongan serta memastikan bekalan bijih mineral yang stabil bagi industri pemprosesan.
JAKARTA, 18 Feb – Parlimen Indonesia dijangka mengundi pada Selasa bagi meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) untuk meminda undang-undang perlombongan negara.
Pindaan itu bertujuan memperkukuh pembangunan industri pemprosesan mineral domestik serta mengawal selia pemberian permit perlombongan kepada kumpulan agama dan universiti.
Langkah tersebut diambil bagi menggalakkan penyertaan perniagaan berskala kecil dalam sektor perlombongan serta memastikan bekalan bijih mineral yang stabil bagi industri pemprosesan.
Indonesia, yang kaya dengan sumber mineral, berusaha memperkembangkan lagi sektor logam domestiknya.
Draf RUU tersebut telah diluluskan dalam mesyuarat antara badan utama parlimen dan kerajaan lewat Isnin.
Undian rasmi dijangka berlangsung dalam mesyuarat pleno pada Selasa.
Undang-undang baharu itu akan memberikan keutamaan akses kepada konsesi perlombongan bagi syarikat yang berhasrat membina kemudahan pemprosesan mineral.
Selain itu, kumpulan agama dan universiti, melalui unit perniagaan di bawah kawalan mereka, turut diberikan keutamaan akses kepada kawasan perlombongan tertentu sebagai sumber pendapatan.
Sebelum ini, keutamaan tersebut hanya diberikan kepada syarikat milik kerajaan.
Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Mineral, Bahlil Lahadalia, pindaan itu memberikan kepastian kepada kerajaan dalam usaha menyusun semula sistem pelesenan perlombongan.
“Pindaan undang-undang ini juga memberikan kepastian kepada kami dalam usaha menyusun semula sistem pelesenan perlombongan,” katanya dalam mesyuarat pada Isnin.
Pindaan turut dibuat bagi memenuhi keputusan Mahkamah Perlembagaan pada 2021, yang mengarahkan semakan semula beberapa artikel berkaitan perlombongan yang didapati bercanggah dengan perlembagaan. – REUTERS
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Raja Bahrain, Sheikh Hamad Isa Al Khalifa di Kuala Lumpur pada 20 Julai 2024 sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 18 Feb – Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selama tiga hari ke Bahrain bermula hari ini akan mengukuhkan lagi hubungan diplomatik yang terjalin di antara kedua-dua negara sejak 50 tahun lalu.
Ini kunjungan pertama Anwar ke negara ini sebagai Perdana Menteri dan ia menjadi lebih bersejarah dengan jemputan Putera Mahkota, Sheikh Salman Hamad al-Khalifa yang juga Perdana Menteri Bahrain.
Perdana Menteri akan diiringi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan serta pegawai kanan kerajaan.
Kenyataan media lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Bahrain bermula 18 hingga 20 Februari 2025. Foto Wisma Putra
Duta Besar Malaysia ke Bahrain, Shazryll Zahiran, berkata dalam lawatan itu, Anwar dijadual mengadakan kunjungan ke atas Putera Mahkota Bahrain dengan kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan perkembangan dan kemajuan hubungan kedua-dua negara.
Katanya, antara tumpuan yang akan dibincangkan ialah pengukuhan dan peningkatan kerjasama dalam sektor utama berkepentingan bersama termasuk perdagangan dan pelaburan, pertahanan, keterjaminan makanan, perbankan Islam, industri halal, kesalinghubungan dan pelancongan serta isu serantau dan global.
“Selaku Pengerusi ASEAN, Perdana Menteri juga akan menyampaikan jemputan kepada Putera Mahkota untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-GCC kedua dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC + China yang julung kali diadakan sewaktu Kepengerusian ASEAN Malaysia.
“Perdana Menteri juga dijadual menghadap Raja Bahrain, Sheikh Hamad Isa Al Khalifa sewaktu lawatan rasmi ini dan sesi menghadap ini adalah satu penghormatan tinggi kepada Malaysia di samping menzahirkan keutuhan hubungan dua hala antara Malaysia dan Bahrain,” katanya pada sidang media di sini.
Perdana Menteri turut dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan dan Ekonomi Bahrain, Shaikh Salman Khalifa Al Khalifa bagi membincangkan peluang kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.
Di sela lawatan rasmi, Perdana Menteri akan menyertai Persidangan Dialog Intra-Islamik (IIDC) dan menyampaikan ucapan pada sesi utama persidangan berkenaan.
“IIDC adalah persidangan anjuran tiga organisasi Islam iaitu Al-Azhar Al-Sharif, Supreme Council Islamic Affairs (Bahrain) dan Muslim Council Of Elders yang akan dihadiri 298 agamawan dari 75 negara.
“Ucapan Perdana Menteri sewaktu persidangan itu akan menzahirkan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam yang progresif bertepatan dengan konsep MADANI,” katanya.
Selain program rasmi, Perdana Menteri dijadual menghadiri majlis makan malam bersama Diaspora Malaysia di Bahrain.
“Lawatan julung kali Perdana Menteri ke Bahrain adalah sangat signifikan bagi mencerminkan hubungan akrab antara kedua-dua negara.
“Lawatan rasmi ini juga akan menjadi wadah terbaik untuk Perdana Menteri mengetengahkan dasar luar Malaysia, terutama pendirian negara terhadap isu serantau dan global di pentas antarabangsa serta fokus kepada Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia,” katanya.
Bahrain adalah rakan dagang kesembilan terbesar Malaysia bagi rantau Asia Barat pada tahun lalu manakala Malaysia pula adalah rakan dagang ketiga terbesar Bahrain dalam kalangan negara ASEAN dan ke-18 terbesar di peringkat global pada 2023.
Berdasarkan statistik 2024, nilai perdagangan Malaysia dan Bahrain adalah sebanyak RM1.19 bilion dengan jumlah eksport sebanyak RM251.2 juta dan import sebanyak RM934.3 juta.
Min hairan kenapa walaun gigih sangat sokong dan bekap selebriti berpakaian perempuan dalam AJL tu?
Oh, rupa-rupanya satu geng dengan PAS rupanya. Patutlah walaun sokong sangat.
Di Kedah tu, satu tindakan tegas tidak pernah PAS ambil ke atas puak-puak jadian ni. PAS sekadar jadi bisu pekak tuli berdiam diri sahaja.
Alhamdulillah, di peringkat penguatkuasaan Madani, JAKIM telah keluar kenyataan akan bertindak tegas ke atas artis pujaan walaun yang berpakaian perempuan tu.
Saya berterima kasih atas respon TMB Kelantan YB Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan .
Cuma ambo nak minta ke TMB, cukup cukup lah putar belit kes ini kalau pun Kerajaan Negeri dan pihak sekolah mahu berlepas diri.
Kenyataan TMB bahawa kes ini ditutup kerana tiada unsur jenayah yang dikesan adalah satu menipulasi fakta yang sekali lagi menghiris hati keluarga yang sudah sekian lama menahan kepedihan.
Untuk maklumat TMB, mengikut surat polis yang dihantar kepada peguam keluarga pada tahun 2024 kes tersebut di klafikasikan sebagai NFA (No Further Action) pada tahun 2020, iaitu 4 tahun selepas Mahkamah Koroner membuat keputusan pelajar ini dibunuh oleh seseorang yang masih bebas.
Keputusan Mahkamah Koroner tahun 2016 tersebut sudah tentu ada elemen jenayah yang telah dibuktikan sepanjang 3 bulan proses inkues berjalan, cuma entah di mana silapnya Polis yang sebelum ini amat cekap dalam menyiasat kes kes pembunuhan seperti ini gagal mengesan siapa pelakunya atau yang disyakki melakukan pembunuhan itu.
Sudah 2 tahun @ 4 musim padi tidak menjadi, adakah musim ini akan berulang lagi??
Percayalah... Petani Kada yang bergantung kepada Pam Air Kemubu akan terus berhadapan dengan masalah air selagi isu air Sungai Kelantan yang cetek di Kemubu tidak diselesaikan.
Puak yang dok laung di mana beras tempatan tidak pernah merasa jerit perit ini....
Mangsa dan keluarga mangsa menetap dalam Parlimen Pasir Mas yang diwakili oleh MP yang paling bermulut lantang. Dun pula namanya Meranti yang diwakili oleh MB Kelantan sekarang.
Kalau pembangkang ingat poster atau posting macam ni 𝗸𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝘁𝘂𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿, memanglah silap besar. Sebaliknya posting begini bakal jauhkan pengundi atas pagar kepada PN.
Semua makhluk, kecuali iblis, 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗷𝗲𝗹𝗲𝗸 pada sikap biadab dan menghina. Kalau PN 𝗻𝗼𝗿𝗺𝗮𝗹𝗶𝘀𝗮𝘀𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗯𝗶𝗮𝗱𝗮𝗯𝗮𝗻, lama kelamaan PN sendiri yang terlihat jijik di mata rakyat.
Jadi bila tengok posting begini, aku senyum je. Korang tak jejaskan DS Anwar sikit pun. Beliau masih PM dan akan kekal PM 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹, InsyaAllah. Jadi teruskan biadab begini. Biarkan semakin meluat rakyat pada kamu. Bagus bagi PH. Guane boh?
Isu undian 7-2 oleh Majlis Raja-Raja yang dicanangkan pihak tak bertanggungjawab baru-baru ini ternyata tidak berlaku.
Menurut Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim juga tidak berangkat menghadiri majlis berkenaan kerana gering.
Jadi, dari mana datangnya angka sembilan raja yang mengundi tu?
Nampaknya apa yang diperkatakan oleh Johari Ismail dan Papagomo memang sekadar fitnah bagi memenuhi masa lapang.
Maka tak salah la kalau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ambil tindakan ke atas mereka-mereka ini, kan?
Syabas Menteri Komunikasi atas ketegasan membendung isu 3R agar tidak dipermainkan serta bertindak mengikut landasan yang betul!
Hari ini tersebar gambar ini mengatakan bahawa Malaysia diletakkan sebagai negara paling korup - dimasukkan tarikh gambar tersebut kononnya November 2024. Tujuannya ialah untuk menfitnah Kerajaan MADANI.
Setelah diselidik, tarikh sebenar gambar tersebut ialah 19 November 2013 dan ia merujuk kepada zaman NajibRazak. Gambar tersebut ialah sebahagian dari berita yang diterbitkan oleh Wall Street Journal. Hyperlink kepada berita tersebut ada di ruang komentar untuk rujukan pembaca sekelian.
Ini adalah cubaan menyebarkan berita palsu. Semoga ALlāh SWT memelihara kita dari kebatilan.
Mewakili Penyelaras Dun Kuala Semantan menyampaikan Bantuan Tunas Makmur dibawah Inisiatif Makmur Pahang kepada pelajar tahun 1 yang baru mula bersekolah harini ini di SK Lanchang dan SK Desa Bakti.
Kerajaan negeri Pahang dibawah pimpinan YAB Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy telah memperuntukkan RM 9 Juta bagi program ini dan dianggarkan 250,000 penerima terdiri daripada pelajar sekolah,IPT,guru dan pensyarah menerima manfaat dari Inisiatif kerajaan negeri.
Semoga keprihatinan kerajaan negeri bagi membantu meringankan perbelanjaan rakyat dapat di manfaatkan sepenuhnya dalam meningkatkan pendidikan generasi akan datang.