TERKINI KES SAKAU MUHYIDDIN! KATANYA MEREKA BERSIH! BOLEH PERCAYAKAH?



Perbicaraan kes menyalahgunakan kedudukan dan menerima wang daripada aktiviti haram dihadapi bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bermula 17 Sept ini di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur. Hakim Azura Alwi menetapkan 17 hingga 19 Sept, 6 hingga 8 Okt dan 26 dan 27 Nov tahun ini serta 13 hingga 15 Jan tahun depan sebagai tarikh perbicaraan, selain menetapkan 14 Mei ini untuk pengurusan kes. Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan akan mengemukakan 30 saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes itu. Antara saksi pendakwaan disenaraikan ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Peguam Chetan Jethwani yang mewakili Muhyiddin memohon pihak pendakwaan menyerahkan pernyataan saksi membabitkan saksi penting kepada pihak pembelaan sebelum perbicaraan bermula.





No comments: