Lelaki yang merupakan dalang melepaskan tembakan kepada seorang tukang cuci di pusat beli belah di Setia Alam awal Februari lalu, dilaporkan tumpas di tangan polis.
Lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an itu ditembak mati dalam satu operasi serbuan dilakukan pihak berkuasa jam 3 pagi tadi di Pulau ketam, dekat Klang Selatan,
Menurut laporan media, berlaku aksi tembak menembak antara polis dengan suspek yang juga seorang penjenayah dikehendaki, sebelum suspek akhirnya tewas.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan perkara ini dalam satu kenyataan.
“Sewaktu serbuan tersebut, berlaku tembak-menembak antara pasukan polis dan penjenayah di sebuah bilik hotel.
“Pasukan polis berjaya menembak mati seorang lelaki dan menemui dua senjata api berisi peluru bersama suspek tersebut.
“Semakan mendapati suspek yang dikehendaki ini mempunyai sembilan rekod jenayah termasuk satu kes jenayah dadah dan tujuh kes jenayah samun, selain dipercayai terbabit dalam insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah Setia City Mall baru-baru ini,” katanya.
Setakat ini tidak dapat disahkan sama ada keberadaan suspek di pulau berkenaan kerana bersembunyi selepas diburu polis sejak kejadian tembak pada 8 Februari itu atau untuk melarikan diri ke luar negara.
Sebelum ini kecoh apabila seorang tukang cuci di Setia City Mall ditembak di bahagian kaki dan punggung.
Suspek didakwa melepaskan empat das tembakan terhadap mangsa.
No comments:
Post a Comment